Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA

21700 KUALA BERANG


HULU TERENGGANU
Tel : 09-6811884
Fax: 09-6817254

KERTAS KERJA PROGRAM BERSAMA MURID


PEMULIHAN DAN LINUS

TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA

TARIKH :
12 JULAI 2016

MASA :
8.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TELAGA

DENGAN KERJASAMA:
JAWATANKUASA PEMULIHAN
JAWATANKUASA LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)
KERTAS KERJA PROGRAM BERSAMA MURID PEMULIHAN DAN LINUS

1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan, perkataan pulih bermaksud kembali seperti
biasa, sembuh, atau baik semula. Maksud perkataan pulih di sini adalah berkait
rapat dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan daalm pembelajaran.
Pendidikan pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha-usaha untuk membaiki
sesuatu kekurangan dan membetulkan sesuatu yang tidak betul. Ianya bertujuan
untuk mengatasi masalah kelemahan yang dihadapi oleh guru dan murid dalam
proses pengajaran dan pemulihan.

Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang


dijalankan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan
mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu
dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata pelajaran
dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada jenis masalah.

2.0 Matlamat
Antara matlamat utama program pemulihan ialah :

membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran untuk


menguasai kemahiran tertentu
membantu murid-murid membetulkan sikap yang negatif dan tingkah laku
yang menjejaskan pembelajaran
memupuk serta mengembangkan keyakinan diri dan sikap positif terhadap
pembelajaran

3.0 Objektif
Program ini bertujuan untuk membolehkan murid-murid :

menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang


dipilih dan menggunakan bahan-bahan yang bersesuaian dengan
kemampuan murid
mendapatkan layanan dan kemudahan yang sesuai dengan keupayaan
dan perkembangan mental individu
mengurangkan beban masalah yang dihadapi oelh murid-murid yang
lemah melalui bantuan guru dan pihak yang berkenaan (pihak sekolah
dan ibu bapa)
mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke tahap
yang lebih maju
memperoleh serta mengukuhkan keyakinan diri dan sifat berdikari apabila
berada dalam kumpulan dan masyarakat
mendapat peluang yang sama seperti rakan-rakan mereka dengan
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti social di dalam dan di luar bilik darjah
meneruskan pelajaran dalam system persekolahan biasa atau sekolah
khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing

4.0 Tempat
Dewan SK Telaga
Tarikh
12 Julai 2016 (Selasa)
Masa
8.30 pagi hingga 12.30 tengahari

5.0 Sasaran
Sasaran Program Bersama Murid Pemulihan dan Linus ini adalah 26 orang
murid yang terdiri daripada murid kelas pemulihan dan murid tegar Linus Bahasa
Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Senarai nama rujuk lampiran 1.

6.0 Anjuran
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Jawatankuasa Pemulihan
Jawatankuasa Literasi dan Numerasi
7.0 Tentatif Program

Masa Aktiviti
8.00 8.30 pagi Ice Breaking
8.30 9.30 pagi Slot 1: Aktiviti Bahasa Melayu
9.30 10.30 pagi Rehat
10.30 11.30 pagi Slot 2 : Aktiviti Matematik
11.30 12.30 tgh Slot 3: Aktiviti Bahasa Inggeris
12.30 12.45 tgh Slot 4 : Refleksi

8.0 Anggaran Perbelanjaan


Belanjawan

Bil Item Kuantiti Harga (RM)


1. Makan dan minum peserta (RM 3.50 X26 orang) 91.00

JUMLAH KESELURUHAN 91.00

Pendapatan

PCG Bimbingan dan Kaunseling RM 91.00

9.0 Jawatankuasa Pengelola Program

JAWATAN KUASA INDUK PROGRAM PEMULIHAN DAN LINUS

Pengerusi : Tn Hj Raseli bin Ismail (Guru Besar)


Naib Pengerusi 1 : Pn. Siti Zaliha binti Yaacob (GPK 1)
Naib Pengerusi 2 : En Mohammad Rushdi bin Harun (GPK HEM)
Naib Pengerusi 3 : En Affarifin bin Adam (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn Noor Haliza binti Wahab (Bimbingan dan Kaunseling)
Setiausaha : Pn Che Maznah binti Ngah
AHLI JAWATANKUASA KERJA
Pn Dayang Koh Hamidah bin Awang Ali
Pn Molinda binti Hamat
En Mohd Muswadi bin Saman
Pn Norzalina binti Kefli
Pn Salina binti Musa
Cik Noor Hanan binti Mahmood
Pn Norhayati binti Mohd Zin
Pn Nurfazila binti Mohamed Fahmi
Pn Khalijah binti Yusoff

10.0 Penutup

Di harapkan agar program yang dijalankan ini dapat memberi impak positif
kepada para peserta serta motivasi dan minat untuk terus belajar dan tidak
ketinggalan dalam matapelajaran di samping dapat menumpukan sepenuh perhatian
semasa guru mengajar di dalam kelas.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

....................................... ...........................................
(Noor Haliza binti Wahab) (Raseli bin Ismail)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar SK Telaga.
Lampiran 1

Senarai nama peserta Program Bersama Murid Pemulihan dan Linus

Bil Nama Kelas


1. AFIQ DANIAL BIN MAHADI 2 URANUS
2. AQIL AMSYAR BIN MOHD REDZUAN 2 URANUS
3. MEGAT BASYIR BIN MEGAT ABDUL KARIM @ ROSMADY 2 URANUS
4. MOHAMAD NAZRIEL BIN MOHD SUPIAN 2 URANUS
5. MUHAMMAD AMIRUL ASHRAF BIN ABD WAHAB 2 URANUS
6. MUHAMAD FAHMIZAN BIN AHMAD 2 URANUS
7. MUHAMMAD HARRIS FARHAN BIN AZMAN 2 URANUS
8. MUHAMMAD IQBAL SAKHAWI BIN DAUD 2 URANUS
9. MUHAMMAD KHAIRUL HADI BIN SI BAWEH 2 URANUS
10. MUHAMMAD NOOR IKHWAN ADHA BIN MOHAMMED 2 URANUS
NOORUDDIN
11. FARAH NADHRAH BINTI ABDUL KAMAL 2 URANUS
12. NUR AIN IRDINA BINTI ZAMRI 2 URANUS
13. NUR AMEERA QAYSHA BINTI MOHD NASAEE 2 URANUS
14. MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZAMRI 3 URANUS
15. MUHAMMAD DANISH HAIKAL BIN ALIAS 3 URANUS
16. MUHAMMAD DANISH HAKIM BIN SALIM 3 URANUS
17. MUHAMMAD FAIZ AZLAN BIN ABDULLAH 3 URANUS
18. MUHAMMAD HAFIZ DENIAL BIN MOHD SUHAIMI 3 URANUS
19. MUHAMMAD HARIS IZZWAN BIN MOHD HAMRAN 3 URANUS
20. MUKHLIS BIN MAHATHIR EFFENDI 3 URANUS
21. TON MUHAMMAD SAIFULLAH BIN TON AZMAN 3 URANUS
22. NUR ELIEYA NATASYA BINTI SAZALI 3 URANUS
23. SITI KHATIJAH BINTI MAT ANUAR 3 URANUS
24. MUHAMMAD HAIKAL IRFAN BIN ABDULLAH 4 URANUS
25. MUHAMMAD HASIFF AJWAD BIN NOR AZMI 5 URANUS
26. SHAHRIZAL AMIZA AFIF BIN MUHAMMAD FAZLI 5 URANUS

Anda mungkin juga menyukai