Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

BENGKEL DIGITAL CLASSROOM

PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN ABAD KE-21

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU BUDU

TAHUN 2020

1.0 PENGENALAN

Abad ke-21 begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin
penting kini. Kepentingan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini selaras
dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang sememangnya penting untuk
diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Profesionalisme guru perlu dipertingkatkan
memandangkan mereka adalah tunjang kepada pelopor kemahiran abad ke-21 dalam
melahirkan modal insan kreatif dan inovatif. Kajian lepas mendapati bahawa tahap
kesediaan guru dalam menguasai kemahiran masih pada tahap memuaskan. Kegagalan
guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran menyebabkan kemahiran ini sukar digarap di kalangan
guru. Tanpa kesediaan yang tinggi di dalam diri guru, segala reformasi pendidikan yang
dijalankan bagi melahirkan generasi muda sejajar dengan perkembangan dunia akan
menemui jalan kegagalan.

2.0 TUJUAN
Meningkatkan keberkesanan pedagogi dan pentaksiran di kalangan guru menggunakan
aplikasi semasa sekaligus melonjakkan penguasaan dalam kalangan murid sekolah
rendah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membina aplikasi Online Discussion ( Perbincangan atas Talian ) sebagai minda
dalam pemerkasaan PdPc berkesan

3.2 Menekankan perkara-perkara berikut;


i. Differentiated Instruction-Form Theories Practice
ii. Planning for and Managing a Differentiated Classroom.
4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Guru-guru SK Ulu Budu

5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 6 Februari 2020


Hari : Khamis
Masa : 2.00-4.30 Petang
Tempat : Pusat Sumber, SK Ulu Budu

6.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil. Anggaran Belanjawan Jumlah

1. Air Mineral (1.50 × 12 orang =RM 18.00 RM 30.00


Air kotak (1.00 × 12 orang) = RM 12.00

2. Bahan dan alat tulis Kelengkapan sekolah

7.0 TENTATIF PROGRAM

MASA TENTATIF CATATAN

2.00-3.00 Petang Ceramah dan perkongsian


dariapda guru-guru mengenai
PdPc Abadke-21
3.00-4.00 Petang Praktikal
-Latihan dalam kumpulan
mengenai perancangan
pengajaran.
4.00-4.30 Petang Sesi soal jawab/diskusi

8.0 STRATEGI PROGRAM

i- Kaedah ceramah: Memberi kefahaman tentang konsep Pengajaran dan


Pembelajaran Abad ke-21 dengan mengaplikasikan Digital Classroom
ii- Kaedah Praktikal: Dilaksanakan melalui bengkel-bengkel dalam kumpulan kecil
dengan memfokuskan pengaplikasian elemen abad ke 21 dalam rancangan pengajaran
harian dan proses pengajaran dan pembelajaran.

iii- Sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman.

9.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar program ini akan berjalan lancar dan dapat mencapai
objektif serta matlamat yang digariskan sekaligus bersama-sama memperkasakan
kemenjadian murid-murid dengan bekalan pengetahuan dan
kemahiran berfikir.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

__________________ _____________________

(Puan Jeanica May Ak Kuyah) (Cik Nurfasiha Binti Ya @ Ismail)

Setiausaha Panitia Bahasa Melayu, Ketua Panitia Bahasa Melayu,

SK Ulu Budu. SK Ulu Budu.

Anda mungkin juga menyukai