Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KORIS, BATU PAHAT

KERTAS CADANGAN

PROJEK HIDROPONIK KORIS GLORIOUS

YBrs. Guru Besar,


Sekolah Kebangsaan Koris.

TAJUK KERTAS CADANGAN :


PROJEK HIDROPONIK KORIS GLORIOUS)

1. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM


Hidroponik merupakan satu kaedah penanaman tumbuh-tumbuhan tanpa tanah.
Hidroponik adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu perkataan ‘hydro’ bermaksud
‘air’ dan ‘ponos’ bermaksud ‘kerja’. Secara amnya hidroponik adalah aktiviti kerja air.
Penanaman tumbuh-tumbuhan secara biasa di atas tanah dikenali sebagai ’geoponics’.
Tumbuh-tumbuhan dapat membesar dengan mendapat zat makanan dan air dalam
bentuk larutan. Dalam sistem hidroponik, makanan dibekalkan kepada pokok melalui
larutan baja yang dikenali sebagi larutan nutrien. Bekalan larutan nutrien yang seimbang
membolehkan akar tumbuh dengan sempurna dan sihat. Ini akan menggalakan
tumbesaran tumbuh-tumbuhan bagi pengeluaran daun dan pucuk. Oleh sedemikian,
projek hidroponik ini amat sesuai di jalan kan di sekolah bagi mendedahkan murid-murid
dengan aktiviti luar bilik darjah. Sistem hidroponik ini telah mula memberi sumbangan
kepada kemajuan industri dan pengeluaran sayur-sayuran. Penanaman secara
hidroponik merupakan satu kaedah pengeluaran sayuran moden dan berteknologi tinggi
yang berpotensi untuk berkembang lebih maju di Malaysia sejajar dengan hasrat
pendidikan agar murid-murid mempunyai kemampuan berfikir dan bertindak dalam
meningkatkan arus kemajuan diri masing-masing.Sikap kerjasama yang erat juga dapat
diwujudkan menerusi program sebegini di kalangan warga sekolah.

2. OBJEKTIF PROGRAM
2.1 Untuk memastikan murid-murid dapat petingkat kemahiran sedia ada kepada
pengetahuan yang lebih mendalam dalam ilmu pertanian.

2.2 Mewujudkan suasana ceria ketika pengajaran dan pembelajaran disampaikan


oleh

Guru.

2.3 Menyemai dan menanam sikap mencuba sesuatu yang baharu

2.4 Untuk memberi alternatif program peningkatan budaya kekitaan dan keakraban
dikalangan warga sekolah.
3. KUMPULAN SASARAN/PESERTA
Murid-murid Tahun 5

4. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : sepanjang tahun 2022
Tempat : Tapak tanaman herba SK Koris

Tentatif Program :

TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN

9.1.2022 9.00 pagi  Mesyuarat JK Induk AJK Induk

 Hebahan awal projek kepada guru AJK


13.1.2022 8.00 pagi
dan murid yang terlibat murid

 Penyerahan bahan projek AJK


16.1.2022 9.00 pagi
murid

 Pembinaan tapak besi AJK


24.1.2022 8.00 pagi
murid

06.02.2022 9.00 pagi  Mula projek dan majlis pelancaran Semua guru
dan murid

Mac-Mei 2022  Hebahan gambar perjalanan projek Ajk Induk


melalui facebook rasmi sekolah

Jun 2022  Kutipan hasil dan ulasan projek Semua murid


dan guru

Julai –Oktober  Penanaman fasa 2 Semua murid


dan guru
2022

November dan  Kutipan hasil dan ulasan projek Semua murid


dan guru
disember 2022
5. JAWATANKUASA KERJA

PENGERUSI : CIKGU NOOR’AZLAN BIN ZAKARIA

TIMB. PENGERUSI : CIKGU ZAKARIA BIN MOHD SHEH

NAIB PENGERUSI 2 : CIKGU ZALINA BINTI ABDUL RAHMAN

NAIB PENGERUSI 3 : CIKGU ABD HALIM BIN MUSTAPA

PENYELARAS PROGRAM : CIKGU MUHAMMAD HAFIZ BIN KHASDIR

SETIAUSAHA : CIKGU SH SALEHA BINTI SYED MOHAMED

BENDAHARI : CIKGU SAROYAH BINTI SALAM

AHLI JAWATANKUASA KERJA : CIKGU NORAZILA BINTI MOHD SALLEH


CIKGU ZARINA BINTI SAHARI
CIKGU ZULKEFLEE B MD JIDIN
ENCIK AZAHARUDDIN B SALLEH

6. IMPLIKASI KEWANGAN

6.1 SUMBER KEWANGAN : PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI (TS25)

6.2 ANGGARAN PERBELANJAAN KESELURUHAN

BIL PERBELANJAAN JUMLAH (RM)


1.
SET hidroponik 7 RM210

2. Set baja AB RM40

3. Tapak besi RM150

JUMLAH 400.00

7. PENUTUP
Diharapkan dengan adanya projek ini dapat mewujudkan iklim pembelajaran dan
pengajaran yang sihat di kalangan murid-murid. Semoga usaha murni ini mendapat
sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

............................................ ............................................

SH SALEHA BINTI SYED MOHAMED EN ZAKARIA B MOHD SHEH


Setiausaha TS25 GPK Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Koris Sekolah Kebangsaan Koris

Tarikh : Tarikh :

KERTAS CADANGAN

PROJEK HIDROPONIK KORIS GLORIOUS

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH


Meluluskan Kertas Cadangan Projek Hidroponik Koris Glorious

atau

Tidak meluluskan Meluluskan Kertas Cadangan Projek Hidroponik Koris Glorious

Ulasan:

..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................

........................................................
(NAMA PENGURUS SEKOLAH)

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai