Anda di halaman 1dari 2

KAJIAN TINDAKAN BAGI MURID PRASEKOLAH

Isu : Murid mengalami kekeliruan ketika menulis huruf ‘b’ dan huruf ‘d’.

Tajuk program Mengenal dan menulis huruf kecil ‘b’ dan ‘d’ menggunakan kaedah
inovasi: GOTAMTU bagi murid prasekolah.

Sasaran : 1. Murid prasekolah (4+ & 5+ tahun)


2. Murid yang mengalami kekeliruan menulis huruf ‘b’ dan ‘d’.

Pelaksanaan : 1. Aktiviti GO (Gores)

a. Guru menyediakan dua kad huruf kepada murid.


b. Murid menggunakan hujung batang pensel untuk menggores kad
dengan berhati-hati.
c. Kemudian, murid dibekalkan dengan kertas goresan dan batang lidi.
Murid menggores bentuk huruf ‘b’ dan ‘d’ apabila disebut oleh guru.

2. Aktiviti TAM (Tampal)

a. Guru menyediakan pelekat bulatan kecil kepada murid.


b. Murid melekat pelekat di atas huruf ‘b’ dan ‘d’ yang disediakan.
c. Murid melekatkan pelekat di atas huruf dengan penuh.
d. Murid menyentuh huruf ‘b’ dan ‘d’ berdasarkan kertas pelekat di atas
huruf sambil menyebut nama huruf.

3. Aktiviti TU (Tulis)

a. Murid menulis huruf ‘b’ dan ‘d’ berdasarkan yang disebut oleh guru.
b. Murid menulis perkataan yang mengandungi huruf ‘b’ dan ‘d’ dalam
lembaran kerja yang disediakan.

Gambar pelaksanaan kaedah GOTAMTU:

Impak program 1. Kaedah GOTAMTU dapat dilaksanakan dengan baik.


inovasi kepada 2. Kaedah ini dapat membantu murid sasaran mengenal dan menulis
murid sasaran: huruf ‘b’ dan ‘d’ dengan baik.
3. Bentuk kedua-dua huruf juga ditulis dengan kemas. Murid sudah tahu
titik kemasukan ketika menulis huruf ‘b’ dan ‘d’.
UJIAN PRA UJIAN POST

Kekuatan: 1. Kaedah GOTAMTU ini membantu mengatasi masalah kekeliruan


murid untuk mengenal pasti huruf ‘b’ dan ‘d’.
2. Bentuk huruf ‘b’ dan ‘d’ yang dihasilkan juga kemas.
3. Kaedah GOTAMTU boleh diaplikasikan dengan huruf yang lain.
4. Kos yang murah menggunakan bahan sedia ada.
5. Pembelajaran multisensori membolehkan murid belajar melalui
pengamatan deria penglihatan, pendengaran dan sentuhan.

Kelemahan : 1. Aktiviti ini perlu sentiasa diulang apabila murid yang masih mempunyai
masalah menulis huruf terbalik dapat diatasi.
2. Murid perlu sebut dan ingat ketika menulis huruf. Sekiranya murid tidak
menyebut huruf, agak sukar untuk murid mengingat apabila ditanya
semula nama huruf tersebut.

Penambahbaikan : 1. Aktiviti dalam kaedah ini boleh ditambah iaitu dengan menerapkan
elemen terapi seni bagi mengatasi masalah murid.

2. Bagi murid yang mudah bosan dengan aktiviti yang sama, variasi
aktiviti perlu dilaksanakan. Justeru, terapi seni yang merangkumi
pelbagai aktiviti ‘hands on’ dapat menarik minat murid.

Anda mungkin juga menyukai