Anda di halaman 1dari 1

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN PRASEKOLAH SK.

PEKAN KENINGAU
Prasekolah SK. Pekan Keningau mula beroperasi pada tahun 2003. Pembinaan sebuah
bangunan konkrit kelas prasekolah juga mula dibina pada tahun tersebut. Jumlah murid pada
ketika itu adalah seramai 25 orang murid dan mempunyai seorang guru dan seorang Pembantu
Pengurusan Murid. Guru pertama yang ditugaskan untuk mengajar di kelas prasekolah tersebut
adalah Cikgu Hassan Gulambani yang berasal dari Daerah Tenom dan dibantu oleh seorang
Pembantu Pengurusan Murid (N17) iaitu Puan Norhafida Aipin yang berasal dari Daerah
Keningau. Dalam fasa pembinaan bangunan konkrit prasekolah baru ini, kelas sementara yang
digunakan adalah Dewan Serbaguna SK. Pekan yang tidak berdinding. Terdapat banyak
pengalaman pahit dan manis dihadapi oleh guru, PPM, dan murid ketika itu apabila
menggunakan dewan serbaguna tersebut sementara menunggu bangunan yang baru akan siap.
Seterusnya pada awal tahun 2012, oleh kerana pertambahan pemohon yang amat
mengharapkan pembukaan kelas baru, SK. Pekan telah mendapat peruntukkan untuk membina
sebuah lagi bangunan konkrit untuk menambah kelas prasekolah baru yang lebih luas dan selesa.
Semasa proses pembinaan kelas baru tersebut, kelas Tahun 1 telah digunakan untuk menampung
25 orang murid prasekolah yang baru mendaftar. Kelas Tahun 1 tersebut adalah merupakan
sebuah bangunan kayu yang telah usang dan berusia lebih 52 tahun selepas pembinaannya pada
tahun 1950. Dalam masa yang sama, guru baru juga telah dilantik bertugas pada ketika itu ialah
Cikgu Rinus @ Jiwol Kilip yang berasal dari Daerah Keningau dan dibantu oleh seorang
Pembantu Pengurusan Murid (N17) iaitu Puan Jessica Aji yang juga berasal dari daerah yang
sama. Mereka menduduki kelas bangunan kayu tersebut sehinggalah bangunan konkrit baru siap
sepenuhnya pada awal tahun 2013.
Pada tahun 2014, sidang petang diwujudkan kerana terdapat ramai pemohon terutamanya
murid yang berumur 6 tahun. Guru sidang petang yang pertama ialah Cikgu Romadilah dan
dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid (N17), iaitu Puan Rukiah Thomas yang juga berasal
daripada Daerah Keningau. Prasekolah SK. Pekan pada ketika ini mempunyai 2 buah bangunan
dengan kapasiti murid seramai 75 orang dengan tiga orang tenaga pengajar dan 3 orang
Pembantu Pengurusan Murid (N17).

Anda mungkin juga menyukai