Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN HARI PERMUAFAKATAN

PENDIDIKAN KHAS SMK ASAJAYA, BIL 1/2019.

Tanggal 12 april 2019 hari jumaat, majlis permuafakatan bersama ibu bapa dan
pelajar telah diadakan mengikut kelas dan guru masing-masing. Majlis berlangsung
pada pukul 0930 pagi selepas rehat sehingga pukul 1120 pagi.

Majlis permuafakatan ini dibuat bertujuan untuk mendedahkan kepada ibu bapa
tentang laporan prestasi pelajar mengikut ujian penilaian yang telah dibuat pada bulan
mac. Selain itu, tujuan hari permuafakatan ini dibuat adalah supaya ibu bapa tahu dan
mengambil berat tentang akhlak serta sahsiah pelajar ketika berada disekolah, guru
juga menekankan tentang kehadiran pelajar ke sekolah adalah amat penting dan perlu
di ambil berat oleh ibu bapa pelajar.

Kehadiran ibu bapa pelajar memuaskan dan hampir kesemua ibu bapa dapat
memberi komitmen untuk hadir ke majlis permuafakatan tersebut. Bagi ibu bapa pelajar
yang tidak hadir mereka mungkin mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

Sebagai penutup, majlis permuafakatan ini telah berjalan dengan lancar dan
perlu diteruskan pada masa akan datang supaya dapat meningkatkan kesedaran ibu
bapa pelajar agar sentiasa mengambil berat tentang perihal akademik dan sahsiah
anak-anak.

Laporan disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

(Sharifah Munawwarah Binti Wan Madehi) (Puan Dayang Azlina Bin Awang Alli)
Guru Interim, PPKI SMK Asajaya. Penolong Kanan, PPKI SMK Asajaya.
Antara gambar sekitar majlis permuafakatan:

Anda mungkin juga menyukai