Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN LAKSAMANA, KOTA TINGGI

KERTAS KERJA

PROJEK RIANG RIA BISKUT RAYA

TARIKH :

27 APRIL 2021 (SELASA)


28 APRIL 2021 (RABU)

TEMPAT :

BILIK K - ASPERIASI

ANJURAN:

PENDIDIKAN KHAS
SK LAKSAMANA
1.0 PENGENALAN

Projek Riang Ria Biskut Raya ini merupakan salah satu program transisi masakan
bagi melatih murid-murid Pendidikan Khas ketidakupayaan pendengaran dan
ketidakupayaan penglihatan untuk meningkatkan kefungsian motor halus murid
melalui langkah-langkah penyediaan biskut raya. Selain itu, murid juga
dapat merasai kemeriahan dan keseronokan persediaan menyambut Hari Raya
bersama-sama rakan – rakan, guru dan pembantu pengurusan murid. Projek ini
juga dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru dan
murid sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Dengan adanya projek ini, murid
akan memperoleh pengalaman dan pendedahan secara langsung dalam
penghasilan beberapa jenis kuih raya dan berpeluang untuk menambah ilmu
supaya boleh digunakan pada masa akan datang.

2.0 RASIONAL

Matlamat Projek Riang Ria Biskut Raya ini dapat memberi pengalaman langsung
kepada murid untuk membuat sendiri biskut raya serta memberi kesempatan merasa
biskut yang telah dibuat hasil air tangan sendiri. Projek ini juga dilihat mampu
menjadi platform yang baik dalam mencungkil minat murid dalam penyediaan produk
makanan. Hal ini kerana, murid-murid berkeperluan khas ini sangat memerlukan
kemahiran-kemahiran sampingan untuk memastikan jaminan pekerjaan pada era
globalisasi yang makin mencabar pada masa kini.

3.0 OBJEKTIF

Objektif utama prjek ini adalah:

3.1 Melatih murid-murid berkeperluan khas menguasai kemahiran- kemahiran


tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian seperti
urusan berjual beli.

3.2 Memberi pengalaman secara langsung kepada murid dalam penyediaan biskut
raya.

3.3 Memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas membuat


Persediaan menghadapi Hari Raya.

3.4 Mengeratkan hubungan antara guru dan murid Pendidikan Khas melalui aktiviti
penyediaan biskut raya

4.0 SASARAN
Aktiviti – aktiviti yang akan dijalankandalam program tersebutakan melibatkan:
4.1 Semua guru PPKI SK Laksamana

4.2 Semua murid dan pembantu pengurusan murid Pendidikan Khas


5.0 TARIKH, TEMPAT DAN MASA
Tarikh : 27 dan 28 April 2021(Selasa dan Rabu)
Tempat : Bilik K-Asperiasi
Masa : 8.00 pagi hingga 12.05 tengah hari.

6.0 BILANGAN JENIS KUIH RAYA


Terdapat 4 jenis kuih raya yang akan disediakan ialah Cornflakes Madu, Cornflakes
Salted Egg, popiah Cheese dan popiah nestum.

7.0 ANGARAN PERBELANJAAN


ANGGARAN KOS
BIL ITEM/PERKARA
(RM)
1. Balang kuih (RM 1.40X 100) RM 140.00
2. Paper roller 4.5in ( RM 6.50 X 1) RM 6.50
3. Kertas Sticker (RM 3.00 X10) RM 30.00
4. Tape (RM 2.00 X 10) RM 20.00
5. Bahan Cornflakes Madu dan Cornflakes Salted
Egg
- Cornflakes (RM 13.00 x 10 kg = RM 130.00)
- Madu (RM 13.00 x 2 bekas = RM 26.00)
- Paper cups (1000keping) (RM 8.00 X 1= RM
8.00)
RM 307.40
- Coloured rice 250 g (RM 9.00 X 1= RM 9.00)
- Ceri potong (RM 4.00 X 2= RM 8.00)
- Mentega (RM4.00 X 10 = RM 40.00)
- Serbuk Salted Egg 250g (RM15.60X 4= RM
62.40)
- Gula Ising 1kg (RM 6.00 X 4= RM 24.00 )
6. Bahan Popiah Cheese dan popiah nestum RM 176.40
- Kulit popiah (RM 5.00 x 10 = RM 50.00)
- Minyak masak 5 kg (RM 25.00)
- Serbuk cheese 1 kg (RM 55.00 x 1 kg = RM
55.00 )
- Serbuk Cili 500g (RM 3.00 x 2= RM 6.00 )
- Nestum 500g (RM 10.00 x 1 = rm 10.00 )
- Susu tepung 1kg (RM 16.50 x 1 = RM 16.50)
- horlick 400 g (RM 13.90 x 1= RM 13.90)

Jumlah keseluruhan yang dipohon adalah sebanyak RM 680.30


Sumber Kewangan : Geram Perkapita Murid (PCG)
8.0 TENTATIF PROGRAM
27 APRIL 2021 , RABU
28 APRIL 2021, KHAMIS

9.0 KESIMPULAN
Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi daripada
semua pihak yang terlibat, adalah amat diharapkan semoga projek ini akan dapat
dilaksanakan dengan sempurna dan tercapai objektifnya. Diharapkan juga program
ini dapat meransang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu
kemahiran disamping mengukuhkan hubungan di antara murid, guru dan
masyarakat luar.

Disediakan oleh : Disah dan diluluskan oleh :

………………………………… ………………………………..
Pn Yusrina Binti Wan Yusof Tn. Hj Mohd Nizam Bin Abdul Rahman
Guru Pendidikan Khas Guru Besar
SK Laksamana, Kota Tinggi SK Laksamana, Kota Tinggi

Anda mungkin juga menyukai