Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 6 KOTA DAMANSARA,

JALAN CECAWI 6/26, KOTA DAMANSARA,


47810 PETALING JAYA, SELANGOR.

KERTAS KERJA PERMOHONAN PEMBELIAN PETI


AIS DAN PERKAKASAN DAPUR PRASEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH:
UNIT PRASEKOLAH SK SEKSYEN 6 KOTA DAMANSARA
1.0 TUJUAN

Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon menggunakan peruntukan 2020,
bagi membeli dan membaik pulih peralatan di bangunan Prasekolah Sekolah Kebangsaan
Seksyen 6 Kota Damansara.

2.0 RASIONAL

Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara merupakan peluasan tahun


2007 dan 2020 untuk persekolahan sesi petang. Terdapat beberapa peralatan dan barang yang
telah rosak dan tidak ekonomik untuk dibaiki kerana telah digunakan hampir 13 tahun. Peralatan
dan barang memerlukan penggantian segera bagi memastikan penyediaan makanan pada murid
prasekolah berada pada tahap yang selamat dan terbaik.

3.0 OBJEKTIF

i) Membeli peti ais baharu menggantikan yang telah rosak dan lama.

ii) Mengantikan set makan murid seperti pinggan, cawan, mangkuk, sudu dan garpu kepada yang
baharu setelah hampir 8 tahun digunapakai.

iii) Membeli peralatan baharu dan moden bagi penyediaan menu sihat murid-murid prasekolah.

4.0 SASARAN

50 murid prasekolah SKS6KD

5.0 SUMBER KOS

Peruntukan BMP 2020 dan 2021


6.0 ANGGARAN KOS PERALATAN DAN JUSTIFIKASI

Anggaran
Bi Jenis Peralatan Kuantiti Justifikasi
Kos
l

1. Peti ais 2 pintu 1 2000 - Peti sedia telah rosak tidak


ekonomik untuk dibaiki.

Set makan budak (pinggan, - Set makan perlu diganti kerana


2. 50 set makan 500
sudu, cawan) terlalu lama (lebih 5 tahun).

- Memudahkan penyediaan menu


5. Air fryer 1 buah 400 sihat (ayam tanpa minyak) pada
murid prasekolah.

- Beli untuk kegunaan aktiviti di


kelas semasa tema makanan,
7. Oven 1 buah 400 perayaan dan PBL. Guru tidak
mahu lagi membawa oven dari
rumah kerana agak berat.

- Memudahkan untuk
8. Penapis air 1 buah 1000 membekalkan murid air masak
bertapis yang bersih.

Jumlah RM 4300

7.0 PENUTUP

Kami berharap permohonan kami ini mendapat perhatian dari pihak tuan/puan. Semoga dengan
peruntukan yang diberikan, dapat melancarkan lagi pengurusan prasekolah dan murid prasekolah
di sekolah ini. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh,

HALIMAH BINTI JAILANI

Guru Prasekolah,

Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara.

Disemak oleh,

NORBAITI BINTI RAMLI

Penolong Kanan Pentadbiran,

Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara.

Disahkan oleh,

OOI BAN AIK

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara.

Anda mungkin juga menyukai