Anda di halaman 1dari 2

Lidiah Enterprise,

Pulau Mantanani,
89150, Kota Belud,
Sabah.
__________________________________________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pulau Mantanani,
89158, Kota Belud,
Sabah. 8 Nov 2017

Tuan,
MEMOHON PERLANJUTAN PERJANJIAN KONTRAK KANTIN SEKOLAH

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya selaku pengurus Syarikat Lidiah Enterprise ingin memohon perlanjutan menguruskan
kantin sekolah untuk sesi 2018 dan 2019.

3. Untuk makluman pihak tuan pihak kami telah bersedia dan merancang untuk membuat lebih
banyak penambahbaikan sekiranya diberi peluang untuk menguruskan kantin sekolah ini lagi pada
masa akan datang. Di sini kami ingin maklumkan kepada pihak tuan antara perancangan dan
sumbangan yang akan kami lakukan antaranya ialah :
1. Mengubahsuai Dewan Mini Sabli agar lebih besar untuk selaraskan agar semua murid
makan dan minum hanya di dewan kantin itu sahaja ketika rehat.
2. Menyediakan bekas makanan (kontena) dan minuman kepada semua murid.
3. Menyediakan meja RMT khas dengan mengasingkan setiap darjah agar lebih teratur.
4. Memberi sumbangan hadiah dan jamuan setiap tahun pada hari Anugerah
Kecemerlangan murid.
5. Mengubahsuaikan lagi dapur kantin ka arah lebih baik dan teratur dalam bentuk konkrik.
6. Menyediakan tempat membasuh tangan khas kepada murid dan guru.
7. Mengubahsuaikan keadaan kantin ke arah yang lebih baik dan sistematik untuk
keselesaan murid mengambil dan membeli makanan.
8. Mempelbagaikan lagi makanan (lauk pauk) dan minuman untuk guru.
8. Kami juga bersedia setiap masa untuk memberi sumbangan dan menolong pihak sekolah
sekiranya diperlukan.

4. Akhir dari kami, kami berharap agar permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan
yang sewajarnya dari pihak tuan. Segala kerjasama dari pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
_________________

Anda mungkin juga menyukai