Anda di halaman 1dari 1

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN

KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK)


Kg. Pulau Mantanani, DUN N.08 Pintasan, 89158 Kota Belud
Tel : 017-8159665

Kepada,
Pegawai Daerah,
Pejabat Daerah
Kota Belud.

Melalui,
Husaimi Bin Maslin
UPPM,
Dun N.8 Pintasan
Kota Belud.

MEMOHON LAMPU SOLAR UNTUK KEMUDAHAN MURID & PENDUDUK KAMPUNG


PULAU MANTANANI

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Untuk makluman pihak Tuan Kampung Pulau Mantanani masih tidak


mempunyai tenaga elektrik sepenuh masa.Kebiasaan murid-murid dan ibu
bapa akan menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya ada program yang
melibatkan anak-anak sebagai contoh belajar Al-Quran dan sebagainya
pada waktu malam. Untuk makluman pihak Tuan lagi perjalanan untuk ke
sekolah agak gelap dan ini boleh mendatangkan bahaya pada anak-anak
dan ibu bapa yang mungkin berisiko dengan binatang buas dan sebagainya.

3. Sehubungan dengan itu, saya mewakili penduduk Kampung Pulau


Mantanani amat berharap pihak Tuan dapat menyumbang lampu solar
sepanjang perjalanan murid dan ibu bapa ke sekolah. Mudah mudahan
dengan adanya kemudahan lampu solar ini dapat menjamin keselamatan
murid dan ibu bapa dan seterunsya dapat memberi manafaat kepada
penduduk Pulau Mantanani yang lain.

Sekian, segala kerjasama dan keperihatinan dari pihak Tuan didahului dengan
jutaan terima kasih.

Saya yang menurut perintah,


______________________
(Jamaluddin Bin Free)
Pengerusi JPKK Kg Pulau Mantanani

Anda mungkin juga menyukai