Anda di halaman 1dari 1

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN

KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK)


Kg. Pulau Mantanani, DUN N.08 Pintasan, 89158 Kota Belud
Tel : 017-8159665

Kepada,
Pegawai Daerah,
Pejabat Daerah
Kota Belud.

Melalui,
UPPM,
Dun N.8 Pintasan
Kota Belud.

MEMOHON MINI ASTAKA, NAIK TARAF PADANG DAN TIANG BOLA


PADANG BELIA KG PULAU MANTANANI

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Kampung Pulau Mantanani`mempunyai ramai belia yang aktif dalam permainan bola
sepak. Para belia yang berada di Pulau Mantanani selalu menganjurkan aktiviti pertandingan
bola sepak yang banyak melahirkan bakat bakat baru dalam pembangunan bola sepak di
negeri Sabah. Apa yang menjadi kesukaran kepada kami sekarang ialah keadaan padang Kg
Pulau Mantanani tidak baik untuk digunakan sekarang akibat keadaan tanah yang tidak rata
dan tiang gol pun sudah rosak teruk.Kadang kadang Ini telah mengakibatkan kecederaan pada
penduduk Kampung yang bermain di padang tersebut. Untuk makluman pihak Tuan juga di
sekitar padang kami tidak mempunyai Astaka,ini menyukarkan kanak-kanak dan para wanita
yang sama hadir menyokong permainan ini tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk
menonton.

3. Sehubungan dengan itu, saya mewakili para belia Pulau Mantanani amat berharap pihak
Tuan dapat membantu merealisasikan impian belia Pulau Mantanani untuk mendapat mini
astaka, Padang Bola dan tiang gol yang lebih baik dan selamat. Saya amat berharap
pemohonan kami ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak Tuan.

Sekian, segala kerjasama dan keperihatinan dari pihak Tuan didahului dengan jutaan terima
kasih.

Saya yang menurut perintah,

_______________________
( )

Anda mungkin juga menyukai