Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PROGRAM

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


SK TAMPASUK II 2022
1.0 PENGENALAN

Perkhemahan unit beruniform ini merupalam antara saluran pendidikan luar bilik darjah yang
sangat berkesan. Usaha ini adalah bertujuan untuk menangani masalah gejala sosial. Perkhemahan ini
diharap dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri.
Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka ini akan didedahkan dengan pengalaman-pengalaman
pembelajaran yang sukar diperolehi ketika di dalam bilik darjah. Ia menanam sifat keberanian dan
kepercayaan interpersonal. Diharapkan program ini akan dapat memberi peluang kepada murid-
murid menonjolkan kemampuan diri mereka disamping mengeratkan hubungan silaturahim
dikalangan murid dan guru-guru.

2.0 NAMA PROGRAM

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Tampasuk II

3.0 MATLAMAT

Perkhemahan unit beruniform ini diharap dapat membina keyakinan diri murid apabila
berhadapan dengan situasi kehidupan yang mencabar, disamping menerapkan sikap hormat-
menghormati di antara satu sama lain. Ia juga merupakan satu aktiviti pengukuhan ilmu pendidikan
luar serta perkongsian ilmu dan pengalaman antara unit persatuan Pengakap, Tunas Puteri dan Bulan
Sabit Merah.

4.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat :

4.1 Memperolehi pengalaman yang berguna dalam kehidupan seharian

4.2 Menyemai semangat bekerja dalam kumpulan

4.3 Mengukuhkan semangat jati diri

4.4 Membina keyakinan dan ketrampilan diri

5.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN

5.1 Tarikh : 07 – 09 Disember 2022 (Rabu-Jumaat)

5.2 Tempat : Sekitar kawasan / Padang SK Tampasuk II

5.3 Masa : 5.3.1 - 07 Disember 2022 (7:30 pagi pendaftaran)

5.3.2 - 09 Disember 2022 (10:00 pagi majlis penutupan)

5.4 Jurulatih/Fasilitator : Guru-guru SK Tampasuk II


6.0 SASARAN PENYERTAAN

119 orang murid tahap dua SK Tempasuk II

- xx ahli Pengakap

- xx ahli Tunas Puteri

- xx ahli Bulan Sabit Merah Malaysia

7.0 BAYARAN PENYERTAAN

Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 10 (sepuluh ringgit sahaja). Bayaran ini adalah
untuk menampung perbelanjaan seperti :

i. Aktiviti

ii. Makan dan minum peserta

8.0 JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG : Salaman bin Arin (Guru Besar)

PENASIHAT I : Jemir Kinsom (Pen. Kanan 1)

PENASIHAT II : Jame Sungkit (Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)

PENGERUSI : Rosnah binti Sepah (Pen. Kanan Kokurikulum)

NAIB PENGERUSI : Salamah binti Dain (Ketua Guru Penasihat Persatuan UBF)

SETIAUSAHA : Nor Ahayati binti Gan (Setiausaha Kokurikulum)

BENDAHARI : Junaidah Satuh

Rinawati binti Sabanah

AHLI JAWATANKUASA : Jasmi bin Tumai (Pengakap)

Lucilla Anggun (Tunas Puteri)

Nuis Adam (Bulan Sabit Merah Malaysia)


9.0 JAWATANKUAS PELAKSANA

Kem Komandon : Jinnius Maintum

Pen. Kem Komandon : M. Rozaidi bin Ab Rahman

9.1 Penyelaras Aktiviti

MALAM PENGHAYATAN (LDK) CIKGU SALAMAH


KEMBARA BERPASUKAN CIKGU ZULKIFLE
MASAKAN ‘SURVIVAL’ / MASAKAN CIKGU RAMLAH
KHEMAH/GAJET CIKGU JASMI
KULIAH SUBUH USTAZ ROZAIDI
SENAMROBIK CIKGU RAMLAH

9.2 Jawatankuasa Kecil Pelaksana

PENDAFTRAN GURU PENASIHAT UNIT


PERSIAPAN TEMPAT DAN SIARAYA CIKGU JASMI
CIKGU ZULKIFLE
SUPARMAN PAIMO
MAKANAN DAN MINUMAN CIKGU MASKANAH
CIKGU NORBIH
CIKGU NORSIAH
CIKGU SALAMAH
BARIDAH DALUT
JASNUN AMIT
JUMIAH GAPAL
HADIAH / CENDERAHATI CIKGU NOR AHAYATI
CIKGU NUIS
KAWALAN KESELAMATAN (MALAM) & CIKGU JINNIUS
KECEMASAN LEE REZER SUANTIM
RUSILIN MIOH
JULINAH DAHAYAT
IBADAH / KEROHANIAN USTAZAH JAINUN
USTAZ ROZAIDI
CIKGU HAMIMI
CIKGU FRYDORA

9.3 Jawatankuasa Kecil Aktiviti

MALAM PENGHAYATAN (LDK) Cikgu Norbih


Penyelaras : Cikgu Salamah Cikgu Frydora
Cikgu Nor Ahayati
KEMBARA BERPASUKAN Cikgu Jinnius
Penyelaras : Cikgu Zulkifle Cikgu Maskanah
Ustaz Rozaidi
MASAKAN ‘SURVIVAL’ Cikgu Norsiah
Cikgu Ramlah Cikgu Rinawati
Cikgu Nuis
KHEMAH/GAJET
Penyelaras : Cikgu Jasmi
KULIAH SUBUH Cikgu Hamimi
Penyelaras : Ustaz Rozaidi Cikgu Frydora
Ustazah Jainun
SENAMROBIK Cikgu Zulkifle
Penyelaras : Cikgu Ramlah Cikgu Jinnius

10.0 TENTATIF

TARIKH MASA AKTIVITI TINDAKAN


07:00 - Peserta datang ke sekolah dan berkumpul Kawalan murid oleh
di tapak perhimpunan. guru-guru yang
masuk ke tahap 2
pada masa 07:00
hingga 08:00.
08:00 - Pendaftaran peserta mengikut unit masing- Guru penasihat dari
masing. setiap unit.
- Menyusun barang-barang yang dibawa
untuk perkhemahan dengan kemas dan
teratur.
09:00 - Taklimat perkhemahan. Kem Kom
10:00 - Rehat
10:30 - Ceramah/bengkel ikatan dan simpulan. Cikgu Jasmi
Ustaz Rozaidi
12:00 - Rehat
- Solat bagi peserta muslim.
13:30 - Mendirikan khemah. Semua guru
penasihat.
07/12/22
14:30 - Ceramah/bengkel gajet. Cikgu Ramlah
(RABU)
- Solat bagi peserta muslim. Cikgu Frydora
16:30 - Rehat
17:00 - Aktiviti rekreasi (sukaneka) Cikgu Jinnius
Cikgu Zulkifle
Cikgu Ramlah
18:00 - Kemas diri. Ustaz Rozaidi
- Solat/kuliah moral Cikgu Hamimi
19:00 - Makan JK makan dan minum
20:00 - Malam Penghayatan (LDK) Cikgu Norhayati
Cikgu Norbih
Cikgu Salamah
Cikgu Maskanah
21:00 - Ceramah/bengkel bantu mula (first aid) Cikgu Nuis
Cikgu Frydora
Cikgu Hamimi
Cikgu Rinawati
22:00 - Taklimat pendek Kem Kom
22:15 - Tidur
TARIKH MASA AKTIVITI TINDAKAN
04:45 - Solat/kuliah moral Ustaz Rozaidi
Cikgu Hamimi
05:30 - Kemas diri
06:00 - Taklimat pagi Kem Kom
06:30 - Senam robik Cikgu Ramlah
07:15 - Kemas diri
08:00 - Sarapan JK makan dan minum
08:45 - Ceramah/bengkel kawad kaki. Kem Kom
9:15 - Latihan kawad kaki Semua guru
penasihat unit
10:30 - Rehat
11:00 - Kembara berpasukan
12:30 - Makan JK makan dan minum
- Solat bagi peserta muslim
- Rehat
08/12/22
13:30 - Masakan survival Cikgu Ramlah
(KHAMIS)
- Memasak masakan ringkas Cikgu Jinnius
Ustaz Rozaidi
Cikgu Jasmi
15:30 - Latihan kawad Semua guru
penasihat
16:30 - Pertandingan kawad Semua PK pengadil.
17:15 - Aktiviti rekreasi Cikgu Zulkifle
Cikgu Frydora
18:00 - Kemas diri. Ustaz Rozaidi
- Solat/kuliah moral Cikgu Hamimi
19:00 - Makan JK makanan
20:00 - Malam riang ria/Malam bakat Semua guru
penasihat
22:00 - Taklimat ringkas Kem Kom
22:15 - Tidur

TARIKH MASA AKTIVITI TINDAKAN


04:45 - Solat/kuliah moral Ustaz Rozaidi
Cikgu Hamimi
05:30 - Kemas diri
06:00 - Taklimat pagi Kem Kom
06:30 - Senam robik Cikgu Ramlah
09/12/22 07:15 - Kemas diri
(JUMAAT) 08:00 - Sarapan JK makan dan minum
08:45 - Majlis perasmian penutupan
- Penyampaian hadiah
10:15 - Menurunkan khemah Semua guru
penasihat
11:00 - Bersurai
11.0 KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI RM


1 MAKANAN DAN MINUMAN PESERTA
Minum pagi (2 X) RM 2.00 X 119 orang X 2 476.00
Makan berat (4 X) RM 4.00 X 119 orang X 4 1 904.00
JUMLAH 2 380.00
2 PERBELANJAAN HADIAH
Peserta terbaik L & P (2 X) RM 10.00 X 2 20.00
Pentandingan kawad kaki RM 80.00 X 1 80.00
RM 70.00 X 1 70.00
RM 60.00 X 1 60.00
Kumpulan LDK terbaik RM 50.00 X 1 50.00
RM 40.00 X 1 40.00
RM 30.00 X 1 30.00
RM 20.00 X 7 140.00
JUMLAH 490.00
3 PERBELANJAAN LAIN
Belerang 5kg RM 10.00 X 8 80.00
Kayu api / Arang RM 10.00 X 10 100.00
Batang lidi RM 6.00 X 10 60.00
Kentang 6kg RM 8.00 X 6 48.00
Mancis RM 15.00 15.00
Tali pengikat RM 3.50 X 10 35.00
Mentol RM 5.00 X 20 100.00
Kain putih 10m RM 5.00 X 10 50.00
Bahan masakan RM 300.00 300.00
Peralatan makan pakai buang RM 150.00 150.00
Kanopi RM 200.00 200.00
JUMLAH 788.00
JUMLAH KESELURUHAN 3 658.00

Sumber kewangan :

Yuran penyertaan murid (RM 10.00 X 119) = RM 1 190.00


Wang kokurikulum = RM 2 468.00

12.0 PENUTUP

Diharapkan melalui program yang dirancang ini akan dapat melahirkan insan yang kental
jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak jawatankuasa
dengan sedaya upaya merancang dan berusaha untuk merealisasikan objektif perkhemahan ini. Apa
yang paling penting ialah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti
yang telah disusun untuk mereka. Melalui program ini juga adalah diharapkan ianya berjaya dilakukan
dan dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya program
ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat
dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan merancang dan mengelola program
seumpama dengan lebih baik.
Disediakan oleh :

(JINNIUS MAINTUM)

Disemak oleh :

(NOR AHAYATI GAN)


Setiausaha Kokurikulum SK Tampasuk II

Disokong oleh :

(ROSNAH BT. SEPAH)


Penolong Kanan Kokurikulum SK Tampasuk II

Diluluskan oleh :

(SALAMAN BIN ARIN)


Guru Besar SK Tampasuk II

Anda mungkin juga menyukai