Anda di halaman 1dari 9

Peti Surat 1162, 90713 Sandakan, Sabah

Tel : 089-213350
Fax : 089-212010

KERTAS KERJA AKTIVITI


KHIDMAT KOMUNITI MPU 2412

TAJUK:
Jelajah Kasih Dan Amal

LOKASI :
Pusat Jagaan Anak – Anak Yatim,
Rumah Al-Yakin Sandakan

TARIKH:
27 MAC 2022

ANJURAN:
1 DHC (Asrama)
TUJUAN
Kertas kerja ini dibuat bertujuan untuk memenuhi keperluan amali bagi kursus
Khidmat Komuniti MPU2412 . Kertas kerja ini dirangka bertujuan untuk memohon
pertimbangan, kelulusan serta bantuan kewangan dari pihak yang berkenaan dari pihak
Pentadbir Kolej. Program Jelajah Kasih Dan Amal ini dilaksanakan sepenuhnya oleh
kumpulan pelajar asrama bagi Program Diploma Pengurusan Pelancongan .

PENGENALAN

Program ini dibuat bertujuan untuk mewujudkan hubungan baik antara warga Kolej
Vokasional Sandakan dengan warga anak-anak yatim. Dengan ini, ianya boleh mewujudkan
hubungan mesra antara masyarakat dengan Kolej Vokasional Sandakan. Pelaksanaan
program ini, juga dapat menerapkan rasa kasih sayang, simpati dan prihatin terhadap
golongan yang kurang bernasib baik. Disamping itu, program ini juga dapat meningkatkan
semangat kerjasama dan tolong menolong antara ahli kumpulan sepanjang proses
pelaksanaan program. Sikap ini perlu diterapkan oleh pelajar sejak di bangku sekolah lagi
sebagai persediaan pelajar menempuhi alam pekerjaan pada masa hadapan. Aktiviti ini
dapat, meningkatkan pengetahuan pelajar tentang proses pelaksanaan suatu program.
Akhir sekali, pihak kami berharap agar kertas kerja ini mendapat kelulusan bagi
membolehkan kami melaksanakan amali Khidmat Komuniti MPU2412.

MISI

1. Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej Vokasional.
2. Membentuk pelajar Kolej Vokasional Sandakan yang berkemahiran dalam
berkomunikasi, bekerjasama dalam kumpulan dan berkepimpinan.
3. Melaksanakan program mengikut pengisian dan perancangan – perancangan yang
telah ditetapkan.
4. Menjaga nama baik dan imej Kolej Vokasional Sandakan sepanjang pelaksanaan
program.

MATLAMAT

Menyemai sikap kasih sayang, prihatin, dan simpati terhadap golongan yang
kurang bernasib baik.
OBJEKTIF

1. Mewujudkan hubungan baik antara warga Kolej Vokasional Sandakan dengan anak
– anak yatim.
2. Menerapkan rasa kasih sayang, simpati dan prihatin terhadap golongan yang kurang
bernasib baik.
3. Meningkatkan semangat kerjasama dan tolong menolong antara ahli kumpulan
sepanjang proses pelaksanaan program.
4. Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang perjalanan suatu program bermula dari
proses pencambahan idea hinggalah ke peringkat pelaksanaan.
5. Melaksanakan khidmat komuniti bagi memenuhi amali kursus MPU241

TEMA

“ Jelajah Kasih Dan Amal ”

ANJURAN

Pogram ini sepenuhnya dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar kumpulan asrama Kolej
Vokasional Sandakan di bawah program Diploma Pengurusan Pelancongan kohort 2019.

TARIKH , HARI & MASA

Tarikh : 27 Mac 2022


Hari : Ahad
Masa : 8:00 Pagi - 2:30 Petang

TEMPAT

Pusat Jagaan Anak – Anak Yatim,Rumah Al-Yakin Sandakan

PENGLIBATAN

sebanyak 10 orang pelajar 1DHC asrama dan seorang guru pengiring akan
terlibat dengan program ini.
STRUKTUR ORGANISASI

*Rujuk lampiran A

TENTATIF PROGRAM

*Rujuk lampiran B

PERINCIAN AKTIVITI

1. AKTIVITI ICE BREAKING

a) objektif slot ini adalah untuk :


 Sesi suaimesra bersama anak – anak yatim
 Untuk mengenali anak-anak yatim.
 Mengeratkan hubungan silaturahim bersama anak – anak yatim dan
pengurus mereka di sana.
b) Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut :
 Setiap ahli jawatankuasa akan memperkenalkan diri terlebih dahulu.
 Seterusnya, sesi memperkenalkan diri dilanjutkan oleh anak - anak yatim.
 Aktiviti tamat apabila semua aktiviti dijalankan.

2. AKTIVITI “MENIKMATI WAKTU”

a) Objektif slot ini adalah untuk :


 Meluangkan masa dengan lebih santai bersama anak – anak yatim.
 Mendengar perkongsian cerita serta luahan yang ingin dikongsikan oleh
mana- mana anak yatim.
b) Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut :
 Setiap ahli jawatankuasa dan anak – anak yatim tidak terikat dengan aktiviti.
 Semua ahli jawatankuasa akan bercerita, bermain santai, mendengar
perkongsian cerita dan luahan dari anak-anak yatim dan sebagainya.
 Aktiviti tamat apabila semua aktiviti dijalankan.
3. AKTIVITI JELAJAH KESERONOKAN

a) Objektif slot ini adalah untuk :

 Mengisi masa lapang bersama anak – anak yatim.


 Mewujudkan kegembiraan kepada anak – anak yatim.
 Mengeratkan hubungan bersama anak – anak yatim.

b) Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut :

 Ahli jawatankuasa akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk


menguruskan setiap aktiviti agar aktiviti berjalan dengan lancar.
 Ahli jawatankuasa yang bertugas akan menerangkan dan memberi arahan
sebelum memulakan aktiviti.
 Ativiti tamat apabila semua aktiviti selesai dijalankan

4. MEMBERSIHKAN KAWASAN

a) Objektif slot ini adalah untuk :


 Memastikan kawasan rumah anak yatim bersih.
 Menyemai sikap tanggungjawab pelajar.
b) Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut :
 Setiap ahli jawatankuasa akan membahagikan tugas untuk dilakukan.
 Setiap ahli jawatankuasa akan membersihkan kawasan yang ditetapkan.
 Ahli jawatankuasa kebersihan akan menyediakan peralatan peralatan yang
akan digunakan.
 Aktiviti tamat apabila semua aktiviti dijalankan.

5. PENYAMPAIAN CENDERAHATI

a) Objektif slot ini adalah untuk :


 Memberi penghargaan kepada pihak pengurusan anak – anak yatim kerana
sudi menerima dan membenarkan lawatan dijalankan.
 Memberi cenderahati untuk anak-anak yatim.
b) Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut :
 Ketua program akan memberi cenderahati kepada anak – anak yatim serta
pengurus rumah ini dengan diiiringi oleh guru pengiring.
 Program tamat apabila semua aktiviti selesai dijalankan.

BELANJAWAN DAN SUMBER PENDAPATAN

*Rujuk lampiran C

PENUTUP

Segala pertimbangan dan jasa baik pihak tuan/puan untuk meluluskan kertas kerja “Jelajah
Kasih Dan Amal” ini amatlah dihargai. Sokongan dari pihak tuan/ puan amatlah diperlukan
agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif yang telah
digariskan. Ucapan terima kasih kami dahulukan atas segala sokongan semua pihak yang
terlibat untuk menjayakan program ini.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

........................................... ..........................................
(MUHAMMAD ERIAN AZLI) (CHONG KOK KIONG)
Penyelaras Program Khidmat Komuniti Pensyarah Kolej Vokasional
Kolej Vokasional Sandakan Sandakan

Disahkan Oleh: Diluluskan Oleh

............................................ ............................................
(KAMIL BIN SARJI) (ONG POH SUAN)
Timbalan Pengarah Akademik Pengarah Kolej Vokasional
Sandakan
LAMPIRAN A.
BIL JAWATANKUASA NAMA

1 KETUA PROGRAM - MUHAMMAD ERIAN AZLI

2 P. KETUA PROGRAM - NUR RAHMADIANA BINTI


OTUH

3 SETIAUSAHA - NURUL ILYANA BINTI IDRIS

4 BENDAHARI - EZRA ANDERSON

5 AJK PERALATAN - SHARMAN A/L


SANDARASEKERAN
- MUHAMMAD MIOR A’RAAF

6 AJK TEMPAT - SITI SAFFAH SYAHIRAH


BINTI JOSEPH

7 AJK MAKANAN - MOHD HAIDIL AIZAT BIN


OMARSAH
8 AJK PENGANGKUTAN - NURUL AMIRA BINTI AMRAN
LAMPIRAN B

Tarikh Aktiviti Tindakan

8:00 – 8:30 pagi Muhammad Erian Azli,


 Berkumpul di Kolej Vokasional Sandakan Nur Rahmadiana,
 Sarapan Nurul Amira
 Bertolak ke Rumah Anak Yatim

9:00 – 9:30 pagi Siti Saffah Syahirah


 Tiba di Rumah Anak Yatim
 Sesi pengenalan dengan pengurus rumah
anak yatim dan melawat sekitar kawasan
rumah anak yatim.

27 Mac
9:30 pagi – 12:00 tghari Ezra Anderson, Nurul
2022
Ilyana
(Ahad)
 Ice breaking bersama anak – anak yatim.
 Jelajah Keseronokan
- Aktiviti (Canvas Paintng)
- Aktiviti ( Teka Pebuatan)
 “ Menikmati Waktu”

12:00 tghari – 1:30 ptg Mohd Haidil, Alviona


 Makan tengahari
 Solat

1.30 ptg – 2:30 ptg Muhammad Mior,


 Gotong - royong Sharman
 Penutupan/ Refleksi
 Penyampaian hadiah/ cenderahati

2.30 ptg Muhammad Erian Azli,


 Bertolak pulang Nur Rahmadiana,
Nurul Amira
LAMPIRAN C
1.Angaran Belanjawan (Peralatan, Makanan Dan Minuman, Cenderahati)
BIL PERKARA HARGA/UNIT KUANTITI JUMLAH (RM)
(RM)
MAKANAN DAN MINUMAN
1. Nasi ayam 6.00 11 tapau 66.00
2. Mineral botol kecil 9.00 2 kotak 18.00
3. Minuman kotak 15.00 2 kotak 30.00
Jumlah RM 114.00
PERALATAN
1. Canvas 10.00 3 buah 30.00
2. Berus warna 2.00 5 batang 10.00
3. Buncho 8.50 2 kotak 17.00
4. Marker Pen 3.00 2 batang 6.00
5. Plastik sampah 5.00 2 10.00
Jumlah RM73.00
CENDERAHATI
1. Alat Tulis 10 11 110
Jumlah RM110.00
JUMLAH KESELURUHAN RM297.00

2. Sumber Pendapatan Belanjawan


BIL PERKARA JUMLAH (RM) BIL PELAJAR JUMLAH (RM)

1. Sumbangan pelajar 27.00 10 orang 270.00

2. Sumbangan pensyarah 27.00 1 orang 27.00

Jumlah RM297.00

Anda mungkin juga menyukai