Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA CADANGAN

BULAN JUN 2021

1. PROGRAM SANITIZE PERUMAHAN PPR


2. PROGRAM JURUBICARA PERINGKAT NEGERI JOHOR
SIRI PERTAMA DAN SIRI KEDUA

ANJURAN:
JABATAN PILIHAN RAYA
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)
NEGERI JOHOR
KERTAS KERJA CADANGAN

1. PROGRAM SANITASI PERUMAHAN PPR

1.1 PENDAHULUAN

1.1.1 Program ini adalah bertujuan untuk membantu dan melindungi pihak-pihak yang
terlibat dengan menjalankan perlaksanaan operasi sanitasi awam bagi memastikan
tempat-tempat awam bebas daripada Coronavirus.

1.1.2 Kawasan perumahan PPR adalah kawasan yang padat dengan penduduk yang
juga merupakan pengundi dan akan mengundi dalam PRU ke-15.
1.1.3 Program ini juga dijalankan seminggu sekali pada setiap hujung minggu iaitu
hari sabtu selama sebulan.

1.2 OBJEKTIF
1.2.1 Memastikan kawasan perumahan yang padat dengan penduduk disanitasi
dengan cara yang betul dan berkesan.
1.2.2 Memastikan sanitasi yang dilaksanakan memberi impak positif kepada
penduduk.
1.3 PERLAKSANAAN

 PPR MELANA INDAH


Hari : Sabtu
Tarikh : 5 Jun 2021
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Jalan Sutera Ros 12/1 Taman Perling, 81200,
Johor Bahru, Johor

 PPR UDA UTAMA


Hari : Sabtu
Tarikh : 12 Jun 2021
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Jalan Uda Utama 4/1, Bandar Uda Utama, 81200,
Johor Bahru, Johor

 PPR TAMAN SETIA INDAH


Hari : Sabtu
Tarikh : 19 Jun 2021
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Taman Setia Indah, 81100 Johor Bahru Johor

 PPR SRI STULANG


Hari : Sabtu
Tarikh : 26 Jun 2021
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Jalan Sri Stulang, Projek Perumahan Rakyat, 81750
Johor Bahru, Johor

1.4 JAWATANKUASA PERLAKSANAAN


Pegawai Jabatan Pilihan Raya
Sekretariat Program
Sukarelawan

1.5 KUMPULAN SASARAN


1.5.1 Program ini akan melibatkan beberapa orang pegawai Jabatan Pilihan Raya,
Sukarelawan dan kerjasama dari kawasan rukun tetangga PPR Melana Indah,
PPR Uda Utama, PPR Taman Setia Indah dan PPR Sri Stulang.
1.6 KESIMPULAN
1.6.1 Diharap kertas kerja cadangan ini dapat dibincangkan dengan lebih
terperinci dan mendapat sokongan dari semua pihak, kami juga akan
memastikan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya nanti.

1.7 ANGGARAN KOS PERLAKSANAAN


BIL PENERANGAN Per unit / Jumlah (RM)
RM
1. Mesin Sanitasi (2 Set) RM350.00 RM700.00
2. Bahan kimia (2 Tong) RM500.00 RM1000.00
3. Makanan untuk sukarelawan seramai 20 orang (4minggu) RM10.00 RM800.00
TOTAL RM2500.00
2. PROGRAM JURUBICARA PERINGKAT NEGERI JOHOR SIRI PERTAMA DAN
SIRI KEDUA

2.1 PENDAHULUAN
2.1.1 Program dirangka bagi mengenalpasti bakat-bakat dari kalangan ahli parti PPBM
yang berpotensi dan akan diketengahkan untuk menjadi jurucakap mewakili parti
yang membawa isu-isu semasa samada untuk dibahaskan atau yang akan
disampaikan kepada rakyat (pemudahcara).

2.1.2 Tumpuan akan diberikan terutamanya menjelang persediaan untuk menghadapi


Pilihanraya ke-15 yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja.

2.1.3 Penyertaan akan dibuat secara berperingkat. Bergantung pada keadaan semasa
kes Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan
dan pihak berkuasa.

2.2 OBJEKTIF
2.2.1 Untuk mengenalpasti bakat-bakat yang berpotensi dalam berdebat berkaitan isu-
isu politik semasa.

2.2.2 Untuk memantapkan persediaan setiap bahagian bagi menghadapi PRU ke-15.

2.3 PERLAKSANAAN
 SIRI PERTAMA
Hari : Sabtu
Tarikh : 26 Jun 2021
Masa : 10.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Pejabat Jabatan Pilihan Raya Negeri Johor

 SIRI KEDUA
Hari : Ahad
Tarikh : 27 Jun 2021
Masa : 10.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Pejabat Jabatan Pilihan Raya Negeri Johor
2.4 JAWATANKUASA PERLAKSANAAN
Pegawai Jabatan Pilihan Raya
Moderator
Ahli Panel (2 parlimen berbeza)
Sekretariat Program

2.5 KESIMPULAN
2.5.1 Diharap kertas kerja cadangan ini dapat dibincangkan dengan lebih
terperinci dan mendapat sokongan dari semua pihak, kami juga akan
memastikan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya nanti.

2.6 ANGGARAN KOS PERLAKSANAAN


BIL PENERANGAN Per unit / Jumlah (RM)
RM
1. Makan pagi (15 orang x 2Hari) RM5 RM150
2. Makan tengahari (15 orang x 2Hari) RM13 RM390
TOTAL RM540

Anda mungkin juga menyukai