Anda di halaman 1dari 25

PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOD DAN NAMA KURSUS


GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN

SEMESTER
JANUARI 2021/2022

PUSAT
KAMPUS JOHOR BAHRU

TUGASAN INDIVIDU

Disediakan oleh:

Nor Azian Binti Abdul Aziz

Disediakan untuk:

Puan Nor Fazlin binti Uteh

Tarikh Serahan
17 April 2021
|1

PROFIL DIRI

NAMA : NOR AZIAN BINTI ABDUL AZIZ

NO. MATRIK : 258746

TARIKH LAHIR : 9 JANUARI 1981

ALAMAT : JOHOR BAHRU

NO. TEL : 017-7536182

EMAIL : azianaziz9181@gmail.com :

PEKERJAAN TENAGA NASIONAL BERHAD

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


|2

Isi Kandungan
Muka
Bil Perkara
Surat

1.0 Pengenalan 3

2.0 Kesan COVID-19 kepada Sesebuah Organisasi 3-5


2.1 Produktiviti Menurun Akibat COVID-19

6-7
3.0 Cabaran Kepimpinan Pada Waktu COVID-19

4.0 Peranan dan Tanggungjawab Organisasi 7-9

4.1 Memastikan Tempat Kerja Selamat


4.2 Memastikan Pekerja Dalam Keadaan Sihat
4.3 Memastikan Perjalanan Kerja Lancar

5.0 Penyusunan Jadual Waktu Bekerja 10

6.0 Bekerja Dari Rumah Musim COVID-19 10-13


6.1 Cabaran Bekerja Dari Rumah

7.0 Penggunaan Teknologi Komunikasi Dalam Urusan Organisasi 13

8.0 Pengurusan COVID-19 di Tenaga Nasional Berhad 14-22


8.1 Pelan Tindakan
8.1.1 Langkah Pencegahan
8.1.2 Penjarakan Sosial
8.1.3 Kebersihan Pejabat/Tempat Kerja
8.1.4 Mengekalkan Operasi Kerja Secara Sihat’
8.1.5 Tatacara Semasa Aktiviti di Tapak
8.1.6 Komunikasi
8.1.7 Kaedah Hebahan Maklumat COVID-19
8.1.8 Work From Home (WFH)
8.1.9 Return To Work (RTW)
8.1.10 Langkah Tindakan Susulan Penularan Semakin Tinggi

8.2 Pelan Tindakan dan Pencegahan Untuk Kedai Tenaga

9.0 Kesimpulan 23

10.0 Rujukan 24

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


|3

1.0 Pengenalan

Dunia pada hari ini telah digemparkan dengan penularan virus Corona pandemik
penyakit yang baharu iaitu lebih dikenali sebagai Pandemik COVID-19 yang telah
meragut beribu nyawa dan menular di serata dunia. Keghairah ambang 2020 menjadi
suram apabila 19 Disember 2019, virus yang akan menyebabkan selsema, batuk,
demam, sesak nafas dan boleh hingga membawa maut. Berita coronavirus mulai
kedengaran di China dihujung 2019, dan Mac 2020 menjadi titik bermula suatu babak
pandemik diluar jangka persis tsunami yang melanda seluruh dunia merentas
sempadan di 218 negara. Komplikasi daripada penyakit ini bukan sahaja telah
mengakibatkan jutaan angka kematian di seluruh dunia, malahan juga memberi kesan
kepada ekonomi negara dan global.

Menurut laman sesawang WHO rekod jangkitan bertarikh 26 Disember 2020


meningkat dengan mendadak telah melemahkan lebih 79.9 juta orang dengan 1.75
juta kematian. Seluruh dunia telah menutup pintu sempadan sekali gus perniagaan
global terhenti. Pakar ekonomi mereka telah meramalkan kemelesetan ekonomi
global pada tahun 2020 akibat daripada pandemik COVID-19 dengan ketidaktentuaan
pasaran saham di peringkat global, perdagangan antarabangsa, sektor perkhidmatan
hingga pelancongan penurunan peningkatan kadar pengganguran.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada suku kedua tahun 2020, akan
menyebabkan 195 juta orang kehilangan pekerjaan sepenuh masa dan negara kita
Malaysia tidak terkecuali. Akibat COVID-19, ekonomi dunia tahun 2020 lumpuh.
Jutaan hilang pekerjaan. Ekonomi dijangka mengambil masa yang lama untuk pulih.
Lebih membimbangkan adalah kesan ekonomi yang terpaksa ditanggung oleh
golongan dalam kalangan B40 dan M40 yang berdepan risiko kehilangan pendapatan,
pemberhentian kerja, serta ketidakcukupan rawatan dan makanan yang boleh
menjejaskan kehidupan seharian dan terdorong untuk terjebak dengan hutang.

Di sini kita melihat sesebuah organisasi memainkan peranan untuk membantu


mengurangkan kesan pandemik ini dengan melakukan beberapa intervasi dalam
permasalah ini terhadap prestasi dan mutu kerja sekaligus dapat mempertahankan
keungkuhan sesebuah organisasi tersebut. Mari kita bincangkan dengan lebih
mendalam.

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


|4

Rekod dari laman sesawang WHO

2.0 Kesan COVID-19 kepada Sesebuah Organisasi

Kerajaan telah mengambil langkah untuk mengurangkan penularan pandemik


ini, dengan melaksanakan fasa demi fasa Perintah Kawalan Pergerakan kepada
semua penduduk Malaysia. Pandemik COVID-19 masih belum menemui jalan
penyelesaiannya. Namun pandemik ini sudah mengajar kita pelbagai norma baharu
dalam menghadapi kehidupan mendatang. Norma ini menjadikan insan atau manusia
lebih bersifat teliti dalam meneruskan kehidupan seharian. Ianya juga memerlukan
satu bentuk norma baharu dalam membangunkan modal insan. Membangunkan
modal insan penting dalam memastikan kemajuan sesebuah organisasi dan negara.
Pembangunan modal insan yang berinovatif dan berkemahiran tinggi merupakan
faktor kritikal bagi
Data menyokong
jangkitan pertumbuhan
pandemik sosial, budaya
COVID-19 sehingga tarikh 26dan ekonomi
Disember 2020sesebuah
negara. Sesebuah organisasi dan negara yang cemerlang amat menitik beratkan
kepada kualiti modal insannya.

Peranan organisasi perlu bertindak segera untuk menyediakan polisi sedia ada
ditambah baik bagi menyesuaikan dengan cara bekerja norma baru. Untuk
memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja bukan hanya bergantung kepada
aspek fizikal semata-mata bahkan melibatkan aspek psikologi yang menyumbang
kepada kesejahteraan pekerja. Di sini kita boleh lihat dari sudut dekat kepada pekerja
dari segi masalah emosi dan kesihatan mental. Persediaan mental pada peringkat

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


|5

awal untuk menerima cara bekerja dengan suasana baru juga memberi tekanan
perasaan yang menguji tahap mental seseorang dimana persediaan diri untuk bekerja
di rumah dengan keadaan yang tidak lengkap seperti komputer, internet, mesyuarat
di talian dalam masa yang sama perlu melakukan kerja-kerja rumah dengan menjaga
anak-anak dan keluarga.

2.1 Produktiviti Menurun Akibat Covid

Isu menurunnya produktiviti selalunya sangat berhubung kait dengan isu


kesihatan mental seseorang pekerja dan seharusnya tidak boleh dipandang ringan
oleh mana-mana organisasi. Penyakit mental menjadi telah menjadi masalah
kesihatan kedua terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung. Penularan pandemik
COVID-19 turut menyumbang isu kesihatan mental dalam kalangan pekerja.
Misalnya, pelaksanaan bekerja dari rumah yang menjejaskan keseimbangan kerja
dan kehidupan. Dalam hal ini, persekitaran kerja negatif mendatangkan pelbagai
penyakit fizikal dan mental, termasuk masalah tingkah laku yang menyebabkan
pekerja bersikap sambil lewa serta suka ponteng kerja dan mutu kerja menurun.

Gejala kesihatan mental boleh mempengaruhi psikologi, fisiologi dan tingkah


laku pekerja. Tekanan psikologi seperti kemurungan, kelesuan, dan gangguan
psikosomatik sekiranya berlaku secara berpanjangan memberi kesan ke atas fisiologi.
Kemurungan akibat tekanan memberi kesan psikologi seperti kebimbangan,
kesedihan dan cepat marah. Kesan fisiologi pula seperti tekanan darah tinggi dan
tekanan otot yang kuat. Kesihatan mental turut memberi kesan terhadap tingkah laku
pekerja seperti prestasi kerja lemah, kemalangan, gangguan tidur. Pemimpin
sesebuah organisasi pula mesti bersikap telus dan adil kepada semua pekerja.
Perlunya disediakan kemudahan untuk pekerja mendapatkan bantuan daripada pakar
psikologi, kaunselor, pekerja sosial dan ahli terapi.

Produktiviti menurun untuk organisasi pula akibat dari tidak bekerja secara
normal, kurang waktu bekerja, terpaksa tutup pejabat di waktu PKP, pusingan modal
tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kita dapat lihat seperti Syarikat Air Asia
yang terpaksa mengurangkan operasinya akibat tiada permintaan akibat COVID-19.

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


|6

3.0 Cabaran Kepimpinan Pada Waktu COVID-19

COVID-19 ini telah menguji kepimpinan organisasi pelbagai sektor di seluruh


dunia. Ia mempunyai impak jangka panjang dan sangat mencabar. Ketidakpastian
menghadapi pandemik menyukarkan organisasi dan komuniti, sekali gus menuntut
pemimpin melakukan transformasi dalam corak kepimpinan. Pemimpin bersedia dan
proaktif mengharungi pandemik, mampu menyokong dan mempersiapkan ahli untuk
mengharungi cabaran mendatang. Walaupun krisis tidak dapat dielak, pendekatan
sesuai perlu diambil untuk mencegah berlaku konflik dalam kalangan pemimpin dan
ahli organisasi.

Di sini kita dapat melihat corak kepimpinan yang ditonjolkan oleh Perdana
Menteri kita dalam menangani masalah penyakit ini dengan pelbagai sudut
terutamanya dalam memastikan rakyatnya dalam keadaan selamat. Juga untuk
memastikan penularan pandemik tidak berleluasa. Kepimpinan Perdana Menteri,
beliau tindakan kerajaan mengumumkan beberapa inisiatif sememangnya dapat
membantu meringankan tekanan yang dihadapi rakyat ketika ini.

Antaranya termasuklah membenarkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


(KWSP) berusia di bawah 55 tahun mengeluarkan wang sehingga RM500 setiap
bulan bagi tempoh setahun, pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung
moratorium automatik bagi semua pembayaran semula pinjaman oleh individu dan
perusahaan kecil dan sederhana bagi tempoh enam bulan bermula 1 April 2020 di
samping bank-bank digalakkan untuk memudahkan moratorium ke atas pinjaman
korporat dan perlu menyediakan peruntukan bagi pinjaman sedemikian. Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi
Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion dengan matlamat melindungi
rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi
kesan pandemik COVID-19.

Kerajaan sebagai pemimpin kepada negara kita Malaysia di mata saya telah
membuktikan kepimpinannya dalam memastikan negara kita Malaysia tidak berada
dalam keadaan yang sangat teruk. Melihat dari sudut peringatan keselamatan yang
dilakukan setiap hari seperti yang dilakukan oleh Menteri Keselamatan Negara
dengan menghantar pesanan ringkas (short messaging sender) antaranya

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


|7

mengingatkan untuk memakai pelitup muka, elakkan sentuhan, arahan PKP dan
sebagainya. Juga menyediaakan laman sesawang MySejahtera untuk kita
mengetahui perkembangan terkini COVID-19 dan mendaftar setiap pengerakkan kita
di tempat umum.
Dengan ini, kita sebagai seorang pemimpin di organisasi diuji buat pertama
kalinya dengan masalah pandemik ini untuk kita memikirkan di segala sudut kesihatan
pekerja, emosi pekerja, kelancaran organisasi dan sebagainya.
Kebertanggungjawaban dan kecekapan pemimpin akan memastikan organisasi
berjaya mengharungi pandemik ini. Respon efektif pemimpin pada era pandemik
bukan sekadar membolehkan organisasi meneruskan operasi lebih cepat dan
meningkatkan produktiviti ahli organisasi, malah meningkatkan reputasi organisasi

4.0 Peranan dan Tanggungjawab Organisasi

4.1 Memastikan Tempat Kerja Selamat

Krisis pandemik COVID-19 merupakan risiko yang perlu dihadapi oleh


sesebuah organisasi. Ianya menguji kecekapan dalam menangani masalah pandemik
ini yang melibatkan warga kerja, pentadbiran dan kewangan organisasi itu sendiri.
Langkah pertama peranan organisasi memastikan keperluan perundangan dan
prosedur kerja selamat berkaitan COVID-19 dipatuhi dan untuk semua pekerja perlu
lebih faham untuk melaksanakan. Kita perlu memastikan tempat kerja dalam keadaan
selamat tanpa risiko jangkitan COVID-19 kepada pekerja dan orang awam yang
berurusan seperti meletakkan tanda amaran kerusi yang tidak boleh diduduk untuk
penjarakan sosial, memastikan semua pekerja dan orang awam yang berurusan
sentiasa memakai penutup muka.

Organisasi juga perlu melaksanakan beberapa perkara untuk memastikan


perjalanan kerja di waktu pandemik ini tidak menjejaskan operasi seperti :-

i. Memastikan setakat yang praktik kaedah keluar masuk dari tempat kerja
adalah selamat dan tanpa risiko jangkitan COVID-19

ii. Memastikan kemudahan dan kebajikan pekerja berkaitan kawalan risiko


COVID-19 serta sumber yang mencukupi disediakan.

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


|8

iii. Memastikan maklumat, latihan dan pengawasan berkaitan COVID-19


disediakan dan disebarkan.

iv. menyediakan PPE yang sesuai kepada pekerja mengikut keperluan


kerja masing-masing dan mematuhi SOP berkaitan COVID-19 terkini.
(contoh PKPP- Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan- yang
dikeluarkan oleh MKN)

v. Membangunkan dan menggerakkan program kawalan risiko COVID-19


yang dikenalpasti menerusi penaksiran risiko dan memastikan ia
dilaksanakan.

vi. Menjalankan pengukuran suhu badan dan saringan gejala kepada


pekerja, pelawat dan pelanggan setiap hari sebelum masuk ke dalam
tempat kerja.

vii. Memastikan tempat kerja didaftar dalam aplikasi MySejahtera dan


amalan penjarakan satu meter dipatuhi

Contoh poster yang perlu diedarkan kepada semua pekerja

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


|9

4.2 Memastikan Pekerja Dalam Keadaan Sihat

Untuk menjaga persekitaran selamat dari pandemik di pejabat, pemimpin harus


memikirkan satu cara yang berkesan dan langkah-langkah berhati untuk semua
pekerjanya untuk mengelakkan penyebaran pandemik ini. Di sini saya telah
mengambil contoh yang di ambil oleh organisasi saya iaitu sebelum masuk ke pejabat
seseorang perlu mengisytiharkan tahap kesihatan melalui satu application yang
disediakan. Antara soalan yang diutarakan :-

i. Adakah anda tinggal di kawasan Zon Merah COVID-19

ii. Adakah anda menghadiri majlis

iii. Adakah ada berhubung rapat dengan seseorang yang positif atau yang
disyaki COVID-19 dalam tempoh 14 hari

iv. Adakah anda mengalami 2 atau lebih gejala deman, selsema, dll

4.3 Memastikan Perjalanan Kerja Lancar

Seorang Pemimpin atau pengurus harus segera memikirkan langkah-langkah


intervensi yang perlu diambil untuk membantu mengurangkan kesan pandemik sekali
gus menjaga prestasi dan mutu kerja organisasi. Di sini saya sebagai seorang pekerja
telah melihat beberapa langkah oleh organisasi saya yang boleh diambil sebagai
contoh: -

Menyediakan satu laman sesawang Info COVID-19 – (one stop center) untuk para
pekerja memudahkan mengikuti maklumat terkini mengenai perjalanan di tempat kerja
seperti maklumat: -
i. Senarai Tugas sesama Bekerja Dari Rumah (BDR)
ii. Panduan Amalan Langkah Pencegahan COVID-19 di Pejabat
iii. Pengerakan staf kembali bertugas PKPB
iv. Siapa anda dalam rantaian Pandemik COVID-19
v. Infografik peranan staf terhadap rantaian COVID-19
vi. Infografik langkah pencegahan COVID-19 di Pejabat

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


| 10

5.0 Penyusuan Jadual Waktu Bekerja

Bagi memastikan perjalanan organisasi berjalan dengan lancar kecekapan


pemikiran dalam menyusun semula jadual bekerja. Untuk membantu kerajaan
mengurangkan penularan pandemik sekali gus organisasi tidak terjejas. Saya melihat
dalam oganisasi saya sendiri iaitu pihak pengurusan telah bertindak membahagikan
setiap jabatan kepada dua pasukan yang dinamakan pasukan A dan pasukan B.
setiap pasukan akan bekerja di pejabat secara bergilir mengikut mingguan. Salah satu
tujuannya jika salah seorang pasukan A terkena jangkitan dan seluruh kumpulan A
perlu dikuarantin selama 14 hari di mana waktu ini pasukan B perlu membantu untuk
menjalankan urusan organisasi. Cara ini juga dapat memastikan penjarakan antara
pekerja.

6.0 Bekerja Dari Rumah Musim COVID-19

Bekerja dari rumah mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.


Secara umumnya, bekerja dari rumah mempunyai pelbagai kelebihan seperti masa
yang fleksibel, persekitaran ruang tempat kerja yang tenang, keseimbangan lebih baik
antara rumah dengan pejabat serta tidak perlu terbabit dalam kesesakan lalu lintas.
Beberapa hasil penyelidikan menunjukkan bekerja dari rumah dalam keadaan santai
dapat menurunkan tekanan, membantu untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Ketika penularan COVID-19, bekerja dari rumah membantu mengurangkan


risiko jangkitan melalui kurangnya kontak langsung antara pekerja dengan mereka
yang berpotensi menjadi pembawa virus. Keadaan ini ditambah dengan penyebaran
pandemik ini yang juga boleh berlaku bagi mereka yang tidak mempunyai tanda-tanda
awal jangkitan. Penjarakan sosial (social distancing) dapat dijalankan dan hal ini akan
dapat memutuskan rangkaian COVID-19 dan menjadi antara mekanisma kawalan.

Dalam satu jabatan yang ramai dan salah satu cara untuk menjaga penjarakan
di antara pekerja adalah tindakan organisasi membenarkan peluang untuk bekerja
dari rumah. Seperti di organisasi saya, Jabatan yang tidak melibatkan berhubung
terus dengan pelanggan, Jabatan tersebut dibenarkan melaksanakan bekerja dari
rumah dengan membahagikan dua pasukan seperti pasukan A dan pasukan B, ianya

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


| 11

secara bergilir mingguan bertugas di rumah. Ini adalah juga satu langkah cara untuk
mengelakkan virus ini jika seorang pekerja disahkan positif dan organisasi ada pekerja
untuk berkhidmat.

Di sini seorang pemimpin atau pengurus perlu dengan lebih kreatif dan
berinovasi untuk memantau. Setiap tugasan yang dilaksanakan secara bekerja dari
rumah memerlukan satu sistem pemantauan kerja yang mudah diakses sebagai
contoh minit log kerja yang memudahkan pekerja mengemaskini tugasan mereka dari
masa ke semasa. Secara tidak langsung membantu pengurus melihat progress setiap
tugas yang diberi tanpa perlu mengeluh soal keberadaan pekerja. Mekanisma ini juga
dapat memastikan integriti, amanah dan tanggungjawab pekerja yang bertugas di
rumah tanpa dijaga dan dipantau dengan baik dan bersistematik. Ia juga dapat
menjadi alat pengukur bagi melihat kuantiti dan kualiti kerja dan seterusnya
memudahkan penilaian prestasi oleh ketua pada setiap penghujung tahun.

Sejajar dengan teknologi maklumat yang pantas dan terkini pastinya semua
tugas dapat dilaksanakan dengan mudah jika disokong dengan keperluan teknologi
maklumat seperti akses internet dan teknologi digital. Paling asas adalah teknologi
yang mampu membuat penghantaraan mesej dan video dan segala bentuk perisian
yang membolehkan kolaborasi dan pemantauan dilaksanakan di mana-mana lokasi
tanpa had seperti menggunakan applikasi Whatapps atau telegram untuk keadah
komunikasi.

Jika sebelum ini perlu bersemuka untuk mengadakan satu mesyuarat,


sekarang boleh dijalankan secara maya sahaja. Dengan teknologi yang canggih
banyak platform yang boleh digunakan untuk tujuan mesyuarat tersebut seperti
penggunaan application WEBEX, ZOOM untuk mengadakan mesyuarat di atas talian.
Penggunaan email untuk arahan kerja, penghantaraan surat-surat dan juga
maklumat-maklumat terkini. Dengan ini membolehkan segala tugasan dan kelas terus
berjalan. Bekerja dari rumah dan teknologi digital ini perlulah seiring dan sangat
berkait antara satu sama lain untuk melancarkan bekerja dari rumah.

Bekerja dari rumah ini menuntut disiplin diri dan integriti di kalangan semua
warga kerja dan setiap pekerja haruslah diingatkan tempoh bekerja dari rumah

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


| 12

bukanlah cuti rehat. Di sini penekaan terhadap seseorang pekerja melaksanakan


sikap integriti mereka di mana akan membawa pulang kerja dan dokumen perlu
merekod pergerakan aset atau dokumen penting. Kerja dengan amanah dengan
sentiasa bersedia di rumah dalam tempoh waktu bekerja dan bersedia untuk hadir ke
pejabat sekiranya diarahkan oleh ketua Jabatan. Hal ini memperlihatkan kepada kita
bahawa bekerja dari rumah ini tidak mustahil dilaksanakan. Hanya kita yang perlu
mengubah cara berfikir dan berani mencuba sesuatu yang baharu.

Contoh Laporan memantauan bekerja dari rumah

6.1 Cabaran Bekerja Dari Rumah

Bekerja di rumah juga mempunyai cabaran dan masalahnya yang tersendiri.


Pelbagai cabaran juga untuk menjayakan konsep bekerja di rumah sepanjang musim
COVID- 19 ini. Antaranya cabaran dan halangan termasuklah tiadanya sumber fizikal
seperti ruang kerja yang selesa, di luar suasana organisasi pejabat, kurang sumber
inspirasi dan tiada sokongan rakan. Cabaran terbesarnya untuk menjadi lebih
produktif di luar daripada struktur pejabat. Terdapat beberapa faktor yang kita boleh
lihat cabaran bekerja di rumah antaranya menggangu produktiviti pekerja seperti
sukar untuk fokus atau konsentrasi terhadap tugas hakiki yang dijalankan. Terdapat

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


| 13

tugas hakiki yang juga melibatkan interaksi antara pekerja ini memberi kesan secara
tidak langsung.

Cabaran bekerja dari rumah juga memerlukan disiplin kerja dan jadual yang
sistematik. Oleh itu, penting mempunyai jadual tugasan untuk memudahkan
perjalanan kerja yang telah diaturkan. Sokongan daripada keluarga juga diperlukan
untuk memberi kerjasama semasa kita melakukan kerja dari rumah. Keadaan
persekitaran rumah juga adalah sangat berbeza suasana di tempat kerja dan terdedah
dengan pelbagai gangguan seperti dari karenah anak-anak, faktor kesediaan
teknologi, gangguan bunyi dan persekitaran yang tidak kondusif boleh menyebabkan
wujud rasa tidak selesa secara tidak langsung akan mewujudkan suasana tidak
seronok untuk bekerja dari rumah.Dengan adanya cabaran ini juga peranan sebagai
seorang ketua, pengurus atau pemimpin untuk memantau fizikal dan mental pekerja
bawahan dalam memastikan perjalanan dan operasi organisasi berada ditahap yang
baik.

7.0 Penggunaan Teknologi Komunikasi Dalam Urusan Organisasi

Seiring dengan kemajuan teknologi komunikasi membolehkan organisasi


berhubung dengan pelanggan, pengurusan dan pekerja secara pantas dan efisien.
Pada keadaan semasa pandemik ini , capaian internet berkelajuan tinggi lebih mudah
untuk mencorakkan langskap kerjaya yang lebih efisien. Syarikat telekomunikasi
menawarkan pelbagai kemudahan yang menggabungkan panggilan telefon,
pelayaran internet, pemindahan dokumen dan sebagainya. Dengan adanya
perkhidmatan dan capaian data yang lebih baik, cabaran bekerja lebih mudah untuk
ditangani. Melaluinya, komunikasi antara organisasi dan pekerja boleh ditingkatkan
dengan penghantaran laporan, mesyuarat secara langsung dari luar pejabat, akses
emel serta mengaturcara aplikasi jarak jauh.
Oleh itu dengan keadaan kehidupan dengan pandemik ini dengan cara
penggunaan teknologi ini perlu lebih ditingkatkan dengan membudayakan norma
baharu, kita perlu mentransformasikan organisasi beralih ke arah pendigitalan seiring
dengan transformasi industri 4.0 yang disarankan oleh kerajaan. Sebagai contoh
untuk memohon bekalan elektrik pelanggan hanya perlu ke laman sesawang Tenaga
Nasional Berhad untuk permohonan dan juga berkaitan bil seperti untuk mengetahui
jumlah bil dan proses pembayaran.

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


| 14

8.0 Pengurusan COVID-19 di Tenaga Nasional Berhad

Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah satu syarikat monopoli


membekalkan elektrik di negara kita Malaysia dan saya adalah salah seorang pekerja
di syarikat tersebut. Di sini saya ingin berkongsi intervensi atau pelan tindakan dan
pencegahan dalam menangani pandemik COVID-19 di TNB untuk mengurangkan
risiko penyebaran jangkitan COVID-19 bagi melindungi nyawa 26 ribu pekerja
termasuk kontraktor TNB dan perniagaannya kepada 9 juta pelanggannya. TNB
adalah syarikat dan operasi TNB dikategorikan sebagai perkhidmatan penting
(essential services) dan kritikal demi kepentingan negara untuk memastikan bekalan
elektrik sentiasa berterusan dan berdaya harap dalam tempoh kritikal ini.

TNB telah melantik satu pasukan yang dinamakan Crisis Response Team
(CRT) akan menguruskan isu-isu strategik berkaitan COVID-19 di TNB. CRT
menggariskan crisis command structure, notification flow, crisis action plan dan
peranan serta tanggungjawab CRT. CRT ini juga merangkumi tindakan yang perlu
diambil sebelum, sewaktu dan selepas krisis (pre-crisis, during crisis & post crisis).
TNB sentiasa mengeluarkan arahan baru selaras dengan perkembangan semasa
yang berlaku, dengan itu kita lihat dengan lebih terperinci langkah-langkah tersebut :-

8.1 Pelan Tindakan dan Pencegahan untuk Warga Kerja

8.1.1 Langkah Pencegahan


i. Meminimakan kontak bersemuka antara anggota kerja, kontraktor dan pelawat
ii. Menjalankan kerja rasmi dari rumah (WFH) sekiranya perlu.
iii. Menangguhkan acara berskala besar.
iv. Mengadakan mesyuarat/perjumpaan secara maya.
v. Mengelakkan mesyuarat atau perjumpaan dalam ruang kerja yang sempit.

8.1.2 Penjarakan Sosial


i. Berdasarkan prinsip penjarakan sosial, dengan mengambil kira ruang pejabat
dan bilangan anggota kerja, prinsip ini hendaklah dipatuhi pada setiap masa.

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


| 15

ii. Menyediakan jadual waktu giliran bagi mengurangkan/meminimakan jumlah


anggota kerja di pejabat/tempat kerja bagi memastikan prinsip penjarakkan
sosial dipatuhi.
iii. Kawasan tumpuan ramai seperti lobi, cafeteria, lift, yard perlu disusun agar
menepati penjarakan sosial 1 meter (1m).
iv. Mengamalkan norma baru tidak bersalaman dan menggantikan dengan tanda
hormat.

8.1.3 Kebersihan Pejabat/Tempat Kerja


i. Disinfeksi/pembasmian kuman/pembersihan hendaklah dijalankan secara
berkala dan berterusan. Tempat-tempat seperti tandas, lif, lobi, meja kerja,
papan kekunci, tetikus, pemegang pintu dan peralatan kerja lain yang dikongsi
dan kerap disentuh perlu menjalani proses pembasmian kuman dengan
kekerapan mengikut keperluan. Panduan disinfeksi yang disediakan oleh
syarikat perlu dipatuhi.

8.1.4 Mengekalkan Operasi Kerja Secara Sihat


i. Semua perjalanan rasmi ke luar negara dibekukan kecuali atas kepentingan
syarikat. Perjalanan peribadi ke luar negara adalah tidak digalakkan.

ii. Semua anggota kerja dan pelawat perlu mengisytiharkan rekod perjalanan
serta keadaan kesihatan mereka sebelum memasuki pejabat/tempat kerja.

iii. Melaksanakan pemeriksaan suhu badan dan gejala COVID-19 di pintu masuk
kepada semua anggota kerja, kontraktor dan pelawat pada setiap hari.

iv. Jika terdapat anggota kerja, kontraktor atau pelawat yang mengalami sebarang
gejala COVID-19 atau suhu badan melebihi 37.5C semasa pemeriksaan suhu
badan harian, orang tersebut TIDAK dibenarkan untuk masuk ke
pejabat/tempat kerja dan perlu meninggalkan pejabat/tempat kerja serta
mendapatkan rawatan doktor dengan segera.
v. Adakan toolbox talk (bagi kakitangan teknikal)/taklimat keselamatan (bagi
kakitangan pejabat) serta beri peringatan berterusan dan waspada mengenai
pencegahan COVID-19, melalui prosidur kerja/work instruction/HIRADC.

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


| 16

vi. Memberi peringatan kebersihan tangan dengan kerap mencuci tangan dan
sabun mengikut cara yang betul

8.1.5 Tatacara Semasa Aktiviti Di Tapak

i. Anggota kerja dan kontraktor yang melaksanakan aktiviti di tapak kerja perlu
memakai 3ply surgical mask pada setiap masa sekiranya bekerja dengan ramai
orang.

ii. Anggota kerja dan kontraktor di tapak perlu sentiasa mengamalkan penjarakan
sosial sekurang-kurangnya satu meter (1m). Anggota kerja dan kontraktor perlu
kerap membersihkan tangan menggunakan air dan sabun/hand sanitizer.
Pastikan tidak menyentuh mulut, mata dan hidung sebelum membersihkan
tangan.

iii. Jika terdapat aktiviti kerja yang dijalankan tidak dapat mempraktikkan
penjarakan sosial kurang dari satu meter (1m) seperti bekerja dalam ruang
terkurung dan sebagainya, anggota kerja dan kontraktor perlu mengamalkan
langkah-langkah berikut:

i. Menangguhkan kerja-kerja tersebut sekiranya boleh atau,


ii. Meminimakan tempoh masa aktiviti kerja tersebut atau,
iii. Meminimakan bilangan anggota kerja yang terlibat dengan aktiviti tersebut.

iv. Anggota kerja perlu menukar 3-ply surgical mask apabila didapati telah basah,
koyak atau kotor dan terus dilupuskan ke dalam tong sampah tertutup (tong
sampah sisa domestik).

v. Perjumpaan/lawatan tapak atau mesyuarat secara berkumpulan di tapak harus


dielakkan. Mesyuarat boleh dijalankan secara atas talian. Sekiranya perlu
bermesyuarat di tapak, pastikan amalan penjarakkan sosial sekurang-
kurangnya satu meter (1m) semasa mesyuarat/lawatan tapak berlangsung dan
langkah pencegahan seperti membersihkan tangan dengan sabun/hand
sanitizer dipraktikkan .

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


| 17

vi. Memastikan prosidur kerja dan peraturan berkaitan keselamatan, kesihatan &
alam sekitar sediada dipatuhi oleh semua anggota kerja dan pihak yang terlibat
dengan aktiviti kerja di tapak.

Pemeriksaan berkala peralatan kerja, kenderaan dan PPE juga perlu dilakukan
sebelum mula kerja.

8.1.6 KOMUNIKASI

i. Komunikasi adalah merupakan aspek yang sangat penting dalam usaha untuk
menyebarkan maklumat berkaitan dengan wabak penularan penyakit COVID-19.
Komunikasi yang efektif akan membolehkan semua anggota kerja, kontraktor dan
pihak berkepentingan untuk mendapat maklumat dengan cepat dan tepat.

ii. Syarikat mengaktifkan Jawatankuasa Business Continuity Management (BCM) –


Sumber Manusia Kumpulan bagi menguruskan pandemik COVID-19 di TNB.

iii. Syarikat menyampaikan maklumat kepada semua anggota kerja untuk


memastikan mereka dapat menjaga kesihatan diri dan keluarga berkaitan COVID-
19. Syarikat juga memastikan kesihatan dan keselamatan anggota kerja apabila
mereka bertugas dengan mengambil langkah-langkah pencegahan.

8.1.7 Kaedah Hebahan Maklumat COVID-19

Saluran komunikasi rasmi – Surat rasmi, Siaran media, Pekeliling, Garis Panduan,
emel, SMS Blast, Internal News Flash (INF), Tenaga Safe, Tenagawan Daily dan TNB
Healthcare Edisi COVID-19. Media sosial – Applikasi Whatsapp, Facebook dan dialog
COVID-19 melalui atas talian.

Perkara yang dihebahkan adalah seperti berikut:-


i. Prosidur Operasi Standard (SOP)/garis panduan
ii. Poster/signage/buletin
iii. Video iv. Frequently Ask Question (FAQ)

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


| 18

sistem maklum balas dan pertanyaan:


i. Melalui email di tnbhealthcare@tnb.com.my dan TNB Healthcare di talian
1300-805656.
ii. Mempamerkan poster di tempat-tempat strategik di pejabat, lapangan kerja,
lift, bilik mesyuarat, kafe, surau dan dalam kenderaan syarikat.
iii. Melalui one stop center COVID-INFOPACK di TNB MyCloud – terdapat
kompilasi set SOP, Pekeliling, Garis Panduan, Posters, Video, FAQ dan
dokumen berkaitan COVID-19 untuk rujukan dan capaian melalui QR code.
Iv. Melalui mesej Presiden/ KPE, Ketua-ketua Bahagian & Jabatan.

8.1.8 WORK FROM HOME (WFH)


PKP adalah langkah pecegahan yang diambil oleh kerajaan untuk
membendung penularan Pandemik COVID-19. Sepanjang tempoh PKP, rakyat
Malaysia diwajibkan untuk terus kekal berada dirumah masing-masing. Statistik
TNB menunjukkan lebih kurang 25% warga kerja TNB diperlukan untuk
bertugas bagi memastikan bekalan elektrik berterusan semasa pelaksanaan
PKP dan 75% warga kerja menjalankan tugasan rasmi dari rumah (WFH).

Pada 17 April 2020 satu pekeliling dikeluarkan iaitu Garis Panduan


Pemantauan Bekerja dari Rumah – WORK FROM HOME (WFH).
Dimaklumkan dengan lebih terperinci seperti :-

i. Waktu kerja yang ditetapkan – 8 jam dan warga kerja menggunakan


check in dan check out atas talian yang sedia ada mengikut arahan/budi
bicara ketua masing-masing.
ii. Mesyuarat/Perbincangan atas talian secara berkala dengan
menggunakan platfrom atas talian sediaada yang selamat melalui
Webex teams/webex meeting, people matters, whatapps, VPN, e-mel
dan fasiliti IT yang dibenarkan oleh Syarikat.
iii. Perancangan dan Penetapan sasaran harian/mingguan/bulanan
Ketua Bahagian/Jabatan perlu mengenalpasti tugasan rasmi yang perlu
diselesaikan oleh warga kerja di bawah seliaan masing-masing. Ini
termasuklah perancangan dan penetapan sasaran
harian/mingguan/bulanan yang perlu dicapai oleh bahagian/jabatan,

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


| 19

mengambil kira nature of work yang bersesuaian dengan warga kerja


terlibat.
i. Templet perancangan dan pelaporan harian/mingguan
ii. Templet pelaporan tugasan strategik

8.1.9 RETURN TO WORK (RTW)

Garis Panduan Returning to Work (RTW) bagi warga kerja TNB selepas tamat
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dipatuhi. Standard Operating
Procedure (SOP) kembali bertugas selepas tamat tempoh perlaksanaan perintah
kawalan pergerakan (PKP) berikutan wabak COVID-19 yang merupakan. Langkah-
langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 di pejabat/tempat kerja selepas
tamat tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mesti diambil
sebelum anggota kerja mula RTW. Panduan ini merupakan panduan tambahan
kepada prosidur kerja/work instruction/HIRADC sediada yang digunapakai di
pejabat/tempat kerja.

i. Pergerakan warga kerja yang akan kembali bertugas RTW perlu dilaksanakan
secara berperingkat agar lebih terancang, teratur dan selamat mengikut
kesesuaian di bahagian/jabatan masing-masing.

ii. Anggota kerja yang mempunyai masalah kesihatan yang berisiko tinggi seperti
sakit buah pinggang, kanser dan lain-lain adalah kumpulan anggota kerja yang
paling akhir dibawa masuk bekerja di pejabat/tempat kerja. Ini juga termasuk
anggota kerja wanita yang mengandung atau kontak rapat kepada pesakit
COVID-19.

iii. Berdasarkan prinsip penjarakan sosial, dengan mengambil kira ruang pejabat
dan bilangan anggota kerja, Ketua Bahagian/Jabatan/Anak Syarikat adalah
bertanggungjawab memastikan prinsip ini dipatuhi pada setiap masa.

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


| 20

iv. Ketua Bahagian/Jabatan/Anak Syarikat perlu menyediakan jadual waktu giliran


bagi mengurangkan/meminimakan jumlah anggota kerja di pejabat/tempat
kerja bagi memastikan prinsip penjarakan sosial dipatuhi

v. Susunatur tempat kerja perlu dilakukan supaya mematuhi kriteria penjarakan


sosial satu meter (1m) termasuk bilik perbincangan dan bilik mesyuarat. Jika
penjarakan sosial ini tidak dapat dipatuhi kerana ruang yang terhad, hadkan
jumlah pekerja yang masuk ke tempat kerja, jumlah peserta mesyuarat atau
usahakan untuk bekerja dari rumah/mesyuarat atas talian.

vi. Anggota kerja dan kontraktor perlu melaksanakan waktu rehat dan makan
secara bergilir (staggered) bagi mengelakkan pekerja berkumpul dalam satu-
satu masa. Selain itu, makanan dan minuman yang disediakan atau dibeli dari
kedai di luar hendaklah dalam bentuk berbungkus. Hidangan secara buffet,
kongsi makanan atau kutleri adalah tidak dibenarkan

vii. Sempena RTW, TNB telah mengeluarkan prosedur yang mesti dipatuhi iaitu

i. Prosedur 1 – Sebelum masuk ke tempat kerja, setiap warga


kerja/Kontraktor/Pelawat mesti memakai pelitup muka, dan wajib
merekodkan kehadiran dan mengisi di link https://rtwsihat.tnb.com.my
atau borang saringan kesihatan untuk kontraktor dan pelawat.
ii. Prosedur 2 – saringan suhu badan
iii. Prosedur 3 – semasa Bekerja untuk senantiasa mengamalkan jarak 1
meter, menggunakan barang solat sendiri, hanya 3 orang sahaja
dibenarkan untuk berada di dalam surau pada suatu masa, dll.
iv. Prosedur 4 – Mesyuarat, menangguhkan mesyuarat yang tidak penting,
jika perlu diadakan pastikan susunan ahli mesyuarat patuhi jarak.

8.1.10 Langkah Tindakan Susulan Penularan Semakin Tinggi

Bermula hujung November 2020, fenomena kes harian empat digit telah
dilaporkan oleh KKM dan jumlah kes jangkitan COVI-19 di kalangan warga
kerja dicatatkan adalah seramai 65 orang. Pihak pengurusan telah mengambil
tindakan seperti berikut :-

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


| 21

i. Splitting Operation (Team A dan Team B) – secara dasarnya 50% warga


kerja Work From Home (WFH) dan 50% Work In Office (WIO) secara
berkala. Tujuan untuk meminimakan perjumpaan secara fizikal.
ii. Pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara
manakala bagi kawasan PKP, pergerakan merentas daerah juga tidak
dibenarkan.
iii. Warga kerja yang menjalankan perkhidmatan kritikal contohnya yang
bertugas sebagai operator di NLDC,MRCC,SRCC, Stesen Janakuasa,
Data Centre amat tidak digalakkan untuk merentas negeri untuk hal
peribadi atau menjalankan tugasan rasmi.

8.1.11 Menyediakan pelan tindakan untuk warga kerja yang positif

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


| 22

8.2 Pelan Tindakan dan Pencegahan untuk Kedai Tenaga

TNB juga prihatin kepada pelanggan yang datang berurusan di Kedai Tenaga
dengan mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut :-
i. Memastikan memakai penutup hidung dan mulut
ii. Memastikan amalan penjarakan sosial 1 meter ketika berurusan
iii. Melakukan pemeriksaan suhu badan
iv. Menggunakan hand sanitizer yang disediakan
v. Mengisi maklumat diri dan tujuan urusan

Pelanggan amat digalakkan untuk berurusan secara online untuk mengurangkan


urusan diluar secara tidak langsung membantu mengurangkan penularan
pandemik ini. Dengan itu TNB menyediakan alternatif saluran digital seperti :-
i. Telefon di talian 1-300-88-5454 (8.00 pg – 5.00 ptg) dan 15454-24 Jam
ii. E-mel – tnbcareline@tnb.com.my
iii. Mengikuti perkembangan di Facebook ‘TNB Careline’
iv. Layari www.mytnb.com.my
v. Muat turun Aplikasi mudah alih myTNB

TNB sentiasa mengeluarkan poster-poster untuk memaklumkan kepada


pelanggan seperti :-
i. Pengumuman penutupan kedai Tenaga
ii. Operasi pengebilan TNB semasa PKP
iii. Cara Pembayaran Digital semasa PKP
iv. Pengumuman Pengurangan
v. Langkah berjaga-jaga di Kedai Tenaga

Berikutan demi keselamatan pelanggan dan warga kerja TNB semasa PKP, operasi
bacaan meter dan penghantaraan bil fizikal di premis dihentikan dan bil dikira secara
anggaran berdasarkan penggunaan bulan sebelumnya dan bil akan diselaraskan
apabila pembaca meter mengambil bacaan sebenar pada bulan berikutnya akibat dari
itu bil pengguna telah melonjak naik dengan tinggi. TNB telah mengambil tindakan
dengan memberi pengurangan dan memberi jaminan tidak akan membuat
pemotongan sehingga bulan Disember.

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


| 23

9.0 Kesimpulan

Kesimpulannya pandemik ini telah menguji kecekapan seseorang kepimpinan


atau pengurus dalam mentadbir dalam organisasinya adalah penting untuk
organisasinya bertahan sepanjang pandemik ini sekaligus memastikan dari sudut
kewangan dan setiap pekerjanya dalam keadaan yang baik. Seorang pemimpin yang
mempunyai karisma yakni stail kepimpinan yang dipilih oleh seseorang pemimpin
akan menentukan identitinya di mata pengikut-pengikutnya (Razali, 1990) akan
menggunakan pendekatan demokratik amalan ini pasti akan menjadi ikutan pekerja
bawahannya seperti memberi penekanan dalam kawalan perlakuan, agar kita dapat
menyeimbangi perlindungan kesihatan dan kelangsungan ekonomi. Seperti yang kita
ketahui, pemimpin yang bertanggungjawab akan menentukan hala tuju organisasi dan
kejayaannya akan diukur melalui pencapaiannya dalam setiap keputusan yang dibuat
untuk memastikan perjalanan organisasi di musim pandemik berjalan dengan lancar.
Membantu mengurangkan penularan pandemik dengan memastikan setiap pekerja
mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Pemimpin juga perlu berubah dengan melakukan pendekatan kawal dan


perintah kepada kaedah lebih fleksibel dengan perlu memberi kuasa kepada ahli
organisasi dalam pelbagai aspek apabila berlaku krisis sebegini ini termasuklah
autoriti dan kepercayaan membuat keputusan serta melaksanakannya segera tanpa
melalui proses birokrasi. Dalam musim pandemik ini juga pemimpin juga perlu
sentiasa bersedia dan tidak boleh melengahkan masa untuk membuat keputusan
dalam membabitkan perkara tidak diketahui dan tidak dijangka.

Dalam menghadapi pandemik ini, peranan pemimpin dalam membentuk


perubahan positif dalam kehidupan organisasi. Ketelusan dalam perkongsian
maklumat organisasi adalah sangat penting ketika menghadapi COVID-19 dan juga
komunikasi yang efektif memerlukan perkongsian maklumat telus, sekali gus
meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan. Faktor signifikan dalam menentukan
ketahanan sesebuah organisasi bukan semata-mata dari sudut kewangan, bahkan
kebolehupayaan organisasi untuk mengharungi waktu sangat mencabar ini.

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746


| 24

10.0 Rujukan

AWANIByte (2020). Kepentingan Pembukaan Sektor Ekonomi


https://www.astroawani.com/video-malaysia/awanibyte-kepentingan-pembukaan-
sektor-ekonomi-1883053

Astro Awani (2020). COVID-19: Malaysia catat kes baharu tertinggi, ini tumpuan
kenyataan KKM
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-malaysia-catat-kes-baharu-
tertinggi-ini-tumpuan-kenyataan-kkm-274831

Dr Rabeatul Husna Abdull Rahman (2020). Kesan COVID-19 ke atas pekerja dan
majikan
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kesan-covid19-ke-atas-pekerja-dan-
majikan-238383

FMT Reporters (2020), 12 langkah perniagaan kecil dapat bertahan dalam krisis
COVID-19
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/20/12-cara-
perniagaan-kecil-dapat-bertahan-dalam-krisis-COVID-19/

Prof Dr Rusli Ahmad (2020). Konsep bekerja dari rumah: realiti dan cabaran
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1860228

Rafidah (2020). Kerja dari rumah kurangkan risiko jangkitan COVID-19


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/754567/kerja-dari-rumah-
kurangkan-risiko-jangkitan-COVID-19

https://www.trt.net.tr/melayu/ekonomi

https://www.astroawani.com/video-malaysia/peranan-komuniti-diperkasa-basmi-
kemiskinan-1883145

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN No. Matrik: 258746

Anda mungkin juga menyukai