Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

WEBINAR MENTAL HEALTH :


RELAXATION THERAPY

TARIKH :
9 APRIL 2022

MEDIUM :
GOOGLE MEET
FACEBOOK LIVE PAGE KOLEJ SERI TANJUNG

ANJURAN :
JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ SERI TANJUNG, KAMPUS MUKAH

DISEDIAKAN OLEH :
ELVICIA LENENG ANAK PHILIP
BIRO AKADEMIK DAN KEPIMPINAN
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Seri Tanjung Sesi 2021/2022
1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon kelulusan melaksanakan
program dan peruntukan bagi program seperti yang telah dinyatakan di atas.

2.0 LATAR BELAKANG


Program “WEBINAR MENTAL HEALTH : RELAXATION THERAPY” ini merupakan
sebuah program anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Seri Tanjung, UiTM
Cawangan Sarawak Kampus Mukah Sesi 2021/2022.

Program “WEBINAR MENTAL HEALTH : RELAXATION THERAPY” akan mendedahkan


teknik yang digunakan untuk meredakan stres. Program webinar ini akan
dilaksanakan secara atas talian melalui pelantar Google Meet. Program ini dianjurkan
agar para pelajar dapat mengetahui teknik yang berkesan untuk mengatasi stres
semasa belajar.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


1. Mendedahkan kepada pelajar bahawa terapi relaksasi boleh membantu
menenangkan tubuh, merendahkan tekanan darah dan kadar degupan jantung.
2. Membantu pelajar untuk menguruskan pelbagai masalah seperti keresahan yang
berkaitan penyakit.
3. Ilmu dalam mengetahui teknik-teknik terapi relaksasi yang betul.
4. Membimbing pelajar untuk memberikan fokus pada imej yang menenangkan
untuk menggantikan perasaan negatif atau tertekan.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Terbuka kepada semua pelajar UiTM seluruh sistem. Pelajar akan diberikan e-sijil
setelah menghadiri program ini.

Anggaran Peserta : 74 orang


Jawatankuasa Pelaksana : 25 orang
Penceramah Jemputan : 1 orang

5.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 9 April 2022


Masa : 10.00AM - 12.00PM
Pelantar : Google Meet (komunikasi 2 hala antara penceramah dan peserta)
Facebook live
Penceramah : En Afiq Aimanuddin bin Ali
Jurupulih Cara Kerja (U29)
Hospital Umum Sarawak
Aturcara :
Masa Aktiviti
09.30 am Persediaan Dari semua AJK
09.55 am Panel Jemputan Masuk
10.00 am Majlis Bermula
10.05 am Bacaan Doa
10.10 am Pengenalan Penceramah
10.15 am Webinar Mental Health : Relaxation Therapy
En Afiq Aimanuddin bin Ali
Occupational Therapist Hospital Umum Sarawak
11.30 am Sesi Soal Jawab
11.55 am Link Kehadiran & Scan QR Code Kehadiran
11.57 am Sesi Bergambar bersama Panel Jemputan
12.00 pm Bersurai

6.0 IMPAK KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI


1. Pelajar mengetahui teknik dan kemahiran untuk menenangkan minda dan tubuh.
2. Pelajar dapat mengatasi pelbagai masalah contohnya seperti keresahan ataupun
insomnia.
3. Dapat mempraktikkan teknik terapi relaksasi di dalam kehidupan seharian.

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM

PENASIHAT : PUAN JURIAH BINTI JAPAR


PENGARAH PROGRAM : ELVICIA LENENG ANAK PHILIP
TIMBALAN PENGARAH : ANASTASIA SIEU ANAK EDWIN
PROGRAM
SETIAUSAHA : EMILY IDA NICHOLAS JERMAN
MODERATOR : ARIANA DUNDUN ANAK ANTHONY
PENGACARA MAJLIS : MACCLAINE USUN ROBERT
BIRO MULTIMEDIA & : 1. ADRIENE GEOFFERY
HEBAHAN 2. SYLVIA TUMIE ANAK DATU
3.CLAUDIA SARAN RICHARD
4. SYUZIANA GRACE ANAK ALBERT SAKUM
BIRO PENGURUSAN : 1.ASNIRA IRDINA BINTI SANI (K)
PESERTA 2. AMELIA ALEXANDRA UDING BINTI ABDULLAH
GHADAFI
3.NUR SHAFIERAH AWALIAH BINTI SARAPIL
4.SHIMA ANAK MASING
BIRO URUSETIA : 1.NURUL AZIMAH BT ROSLI
2.DAYANG NURALIA BT AWG JOBLI
3. SHAIRAH ADIBAH BINTI MD KASIMAN
4. REGIENA ANAK FRANKLING TEGIK
BIRO PROTOKOL : 1. NUR AINA BINTI ZAMAHARI
2. MAGDELINE SWEEN ANAK DONNY
3. FAZLIN GILLIAN TINA
BIRO TEKNIKAL : 1. AISYAH SYAHIRAH BINTI ANSHAR
2. SHARLYN MARYAM JAMES
3. WELMA KUNYANG ANAK GUNTOR
BIRO JEMPUTAN : MORRIENISA ANAK JULAI

DESKRIPSI TUGAS PELAKSANAAN JAWATANKUASA:

PENGARAH PROGRAM
⮚ Menyediakan kertas kerja
⮚ Membuat perancangan program
⮚ Memastikan semua kerja yang dilakukan setiap biro berjalan dengan lancar

TIMBALAN PENGARAH PROGRAM


⮚ Menyediakan Borang C HEP
⮚ Menyediakan surat iringan
⮚ Membantu Pengarah Program

SETIAUSAHA
⮚ Menyediakan surat lantikan kepada semua jawatankuasa pelaksana program
⮚ Memohon surat jemputan penceramah daripada HEP
⮚ Menyediakan Laporan Aktiviti

MODERATOR
⮚ Bertindak sebagai moderator program
⮚ Menyediakan skrip moderator
⮚ Mengawal perjalanan program

PENGACARA MAJLIS
⮚ Menjadi pengacara majlis sebelum bermula sesi bersama penceramah jemputan
⮚ Menyediakan skrip pengacara majlis

BIRO MULTIMEDIA DAN HEBAHAN


⮚ Menyediakan ayat hebahan
⮚ Menyediakan poster program
⮚ Menyediakan backdrop program (virtual backdrop)
⮚ Mengemaskini media sosial
⮚ Menyediakan video promosi program
⮚ Menyediakan Waiting Scene
⮚ Mereka sijil untuk AJK pelaksana, penceramah dan peserta
⮚ Pengenalan Penceramah ( video atau slide )

BIRO PENGURUSAN PESERTA


⮚ Memastikan peserta memasuki program mengikut jadual yang dirancang
⮚ Menyampaikan maklumat dan mengurus peserta dalam Whatsapp Group
⮚ Membuat Whatsapp Group peserta
⮚ Menyediakan Google Form pendaftaran
⮚ Menyediakan QR Code kehadiran dan maklum balas program. (e-sijil)

BIRO URUSETIA
⮚ Mengumpul maklumat berkenaan sijil untuk diberikan kepada peserta
⮚ Mengagihkan sijil kepada peserta dan AJK melalui emel

BIRO PROTOKOL
⮚ Menyediakan teks bacaan doa
⮚ Memastikan AJK mematuhi gerak kerja yang telah ditetapkan
⮚ Menyediakan jadual rehearsal
⮚ Menyediakan backup plan
⮚ Menyediakan cue sheet dan atur cara program
⮚ Mencari pembaca doa & skrip bacaan doa
⮚ Menyediakan salutasi
⮚ Menyediakan soalan kepada penceramah

BIRO JEMPUTAN
⮚ Berhubung dengan penceramah
⮚ Mendapatkan maklumat penceramah
1. Nama Penuh
2. No Kad Pengenalan
3. Jawatan
4. Gred Jawatan
5. Alamat Tempat Bekerja
6. Salinan Kad Pengenalan
7. Salinan Penyata Bank

BIRO TEKNIKAL (Google Meet dan Facebook live)


⮚ Menyediakan link Google Meet dan link facebook bagi menjalankan program ini
⮚ Mengawal kelancaran Google Meet sepanjang program
⮚ Memastikan program berjalan dengan lancar dan teratur
⮚ Mengetuai rehearsal ( Find Host & Co-Host Panelist )

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Bil Perkara Butiran Jumlah (RM)


1. Bayaran Honorarium Penceramah RM80 x 2 jam x 1 orang 160.00
Gred U29
2. Hadiah Kuiz Peserta RM50 x 3 peserta 150.00
Jumlah Keseluruhan (RM) 360.00
9.0 PENUTUP

Program ini dilaksanakan untuk membantu pelajar mengatasi stres yang dihadapi
sepanjang belajar. Melalui program ini pelajar dapat mengenal pasti dan
mempraktikkan teknik yang sesuai untuk terapi relaksasi. Oleh yang demikian,
melalui program “ WEBINAR MENTAL HEALTH : RELAXATION THERAPY “ anjuran
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Seri Tanjung UiTM Cawangan Sarawak Kampus
Mukah berharap program ini serba sedikit dapat membantu mahasiswa dan
mahasiswi yang dalam keadaan yang stres ataupun keresahan dapat mengatasi
masalah tersebut dengan terapi relaksasi ini.

Diharapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat mencapai objektif
program dan mahasiswa mahasiswi dapat menerapkan dan mempraktikkan teknik
relaksasi dalam kehidupan seharian untuk meningkatkan kesihatan dan
kesejahteraan secara keseluruhan. Semoga segala usaha yang dijalankan dapat
memberi impak yang positif kepada siswa dan siswi UiTM Cawangan Sarawak
Kampus Mukah. Kelulusan daripada Ybhg Prof Madya amatlah diharapkan dalam
proses kelancaran program ini.

Sekian, terima kasih


Disediakan oleh,

ELVICIA LENENG ANAK PHILIP


Biro Akademik dan Kepimpinan
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Seri Tanjung
Sesi 2021/2022
Merangkap Pengarah Program
Webinar Mental Health: Relaxation Therapy
Tarikh : 23 Februari 2022

Disemak oleh,

JURIAH BINTI JAPAR


Penasihat
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Seri Tanjung
Sesi 2021/2022
Tarikh : 23 Februari 2022

Diluluskan oleh,

PROF. MADYA DR. SAIMI BIN BUJANG


Penolong Rektor
UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah

Tarikh : ……………………………………………

Anda mungkin juga menyukai