Anda di halaman 1dari 37

BAB 2

HUBUNGAN INDIVIDU
DENGAN DIRI SENDIRI
PENGENALAN

 Dalam perkaitan manusia dan organisasi, terdapat tiga peringkat yang


terlibat secara langsung untuk mencapai keberkesanan organisasi, iaitu:
tahap individu, tahap berkumpulan dan tahap organisasi.

 Pada tahap individu, iaitu tahap yang paling asas, faktor-faktor seperti
sikap, pengetahuan, motivasi dan kemahiran individu akan mempengaruhi
keberkesanan individu tersebut.

 Pada tahap kedua, individu-individu tadi mungkin akan bekerja secara


berkumpulan untuk mencapai matlamat organisasi. Apabila seseorang itu
bekerja di dalam kumpulan, interaksi di antara ahli kumpulan mempunyai
kesan secara langsung kepada individu tersebut.

 Di tahap terakhir, iaitu tahap organisasi, kedua-dua peringkat individu dan


kumpulan akan bergabung dan menentukan keberkesanan organisasi.
3 PERINGKAT UTK CAPAI KEBERKESANAN
ORGANISASI

Tahap
Organisasi

Tahap
Kumpulan
Tahap
Individu
ILMU TINGKAHLAKU

 Ilmu tingkahlaku merupakan sebahagian daripada bidang psikologi,


yakni kajian tentang tingkahlaku individu. pemahaman diri sendiri
dalam konteks hubungan manusia dalam pentadbiran.

 Tiga tajuk utama yang akan dilihat ialah sikap, konsep-konsep


kendiri, dan juga motivasi.
1. Sikap (Attitude)

 Sikap adalah satu set unsur perasaan (Affective), kelakuan (Behavioral)


dan pemikiran (Cognitive) yang stabil terhadap diri sendiri, orang lain,
sesuatu keadaan atau sesuatu perkara (Seta et al, 2000). Ketiga-tiga
komponen di atas yang dipanggil MODEL ABC, akan membentuk sikap
seseorang.

 Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi sikap (Reece & Brandt, 1999),


iaitu:
(i) Sosialisasi - keluarga, rakan-rakan, masyarakat
(ii) Budaya – etnik, tradisi, warisan
(iii) Pengalaman - kesan-kesan positif atau negatif dalam hidup
(iv) Kerja – matlamat sendiri, organisasi, rakan kerja, majikan
(v) Idola – pengaruh tertentu, seseorang, media
2. Konsep-konsep Kendiri (Self-Concepts)

 Segala bentuk hubungan manusia bermula dengan diri dan


bergantung kepada bagaimana kita melihat diri sendiri. Konsep
kendiri terbentuk sepanjang kehidupan kita dan berperanan
menentukan banyak perkara dalam hidup. Kejayaan seseorang
dalam kerjaya dan kehidupan akan bergantung kepada konsep
kendiri yang dipegang.

 Terdapat dua konsep kendiri, iaitu: self-esteem dan self-


disclosure.
2. Konsep-konsep Kendiri (Self-Concepts)

a. Self-esteem
 Merupakan penilaian positif atau negatif yang dibuat oleh individu terhadap diri
sendiri. Ia bertemakan bagaimana seseorang menghargai dirinya.

 Menurut pakar psikologi, Carl Rogers, self-esteem sebahagiannya bergantung


kepada persepsi orang lain terhadap kita dan selalunya kita akan cuba untuk
mencapai persepsi tersebut (Garrison & Bly, 1997).

 3 perkara asas (Garrison & Bly, 1997) yang boleh memastikan kita memiliki
self-esteem yang tinggi:

(i) Mampu menerima keadaan fizikal tubuh badan kita.


(ii) Menjangkakan atau mengharapkan sesuatu yang realistik, dan
(iii) Penilaian dan persepsi kita terhadap diri sendiri tidak banyak berbeza dengan
persepsi orang lain terhadap kita.
2. Konsep-konsep Kendiri (Self-Concepts)

a. Self-esteem
 4 komponen penting yang mempengaruhi pembentukan self-esteem:

(i) Self-Awareness – yakni konsep cuba memahami diri sendiri dan


bagaimana kelakuan kita boleh mempengaruhi orang lain.
(ii) Self-Acceptance – iaitu tahap kita boleh menerima dan menyukai diri
sendiri.
(iii) Self-Efficacy – keyakinan diri yang anda mampu untuk mencapai sesuatu
yang anda ingin lakukan.
(iv) Self-Respect – ialah apa yang anda fikirkan dan rasakan tentang diri
sendiri.
2. Konsep-konsep Kendiri (Self-Concepts)

b. Self-Disclosure
 Merupakan satu proses membenarkan orang lain tahu apa yang kita
fikirkan, rasakan atau mahukan (DeCenzo, 1997). Ia juga membolehkan kita
lebih mengenali diri sendiri dan seterusnya berpeluang menjalin hubungan
interpersonal yang sihat.

 Teras kepada self-disclosure adalah kepercayaan. Lebih dalam kepercayaan


seseorang terhadap orang lain, lebih mudah untuk individu tersebut
mengamalkan self-disclosure.

 Self-disclosure melibatkan perkara-perkara atau informasi yang dianggap sulit


atau berisiko. Ia hanya boleh diketahui oleh orang lain sekiranya individu itu
sendiri yang memberitahu informasi tersebut.

 Kegagalan seseorang untuk ‘membuka’ dirinya kepada orang lain akan


mengakibatkan individu tersebut dibebani dengan banyak rahsia.
2. Konsep-konsep Kendiri (Self-Concepts)

b. Self-Disclosure
 Kepentingan self-disclosure antara lain adalah seperti berikut:

(i) Untuk meningkatkan kejituan dalam berkomunikasi


(ii) Untuk mengurangkan tekanan
(iii) Untuk meningkatkan self-awareness
(iv) Untuk memupuk hubungan interpersonal yang lebih baik

 Salah satu konsep yang popular dalam topik self-disclosure ialah Johari
Window atau tetingkap Johari. Konsep ini telah diperkenalkan oleh John
luft dan Harry Ingham (gabungan John + Harry = Johari).
 Model Johari Window adalah satu percubaan untuk menerangkan tentang
kesan self-disclosure ke atas hubungan individu dengan diri sendiri serta
dengan orang lain.
2. Konsep-konsep Kendiri (Self-Concepts)

b. Self-Disclosure
 Secara amnya ia bolehlah dikatakan berkenaan ‘How much we know and
how much we show.’ Konsep Johari Window adalah berdasarkan empat
tetingkap yang mewakili maklumat tentang diri yang diketahui oleh individu
sahaja dan maklumat yang dikongsi bersama orang lain. .
 Keempat-empat tetingkap ini mempunyai maklumbalas yang berbeza
seperti berikut (Dubrin, 2000):

1. The OPEN frame – maklumat yang dikongsi atau diketahui umum.


2. The BLIND frame – maklumat yang diketahui orang lain tetapi tidak
diketahui oleh diri sendiri.
3. The HIDDEN frame – maklumat yang hanya diketahui oleh diri sendiri.
4. The UNKNOWN frame – maklumat yang tidak diketahui oleh diri sendiri
mahu pun orang lain.
2. Konsep-konsep Kendiri (Self-Concepts)

b. Self-Disclosure

Know to self Not Known to self

1 2
Known to others
OPEN BLIND

3 4
Not known to others HIDDEN UNKNOWN
2. Konsep-konsep Kendiri (Self-Concepts)

b. Self-Disclosure
1. Tetingkap OPEN
 Tetingkap satu merujuk kepada maklumat yang anda tahu mengenai diri
anda maklumat ini juga dikongsi bersama dengan orang lain dan tidak
ada sebab untuk anda menyembunyikannya.
 Tetingkap ini menjadi semakin besar apabila hubungan anda dengan orang
lain semakin berkembang.

2. Tetingkap BLIND
 Di dalam tetingkap dua, anda tidak dapat ‘melihat’ dan sedar mengenai
diri sendiri tetapi orang lain dapat memerhatikan tingkah laku dan diri
anda dengan jelas.
 Disebabkan anda ‘buta’ dan tidak boleh menilai diri sendiri dalam tahap ini,
maka ia boleh menjejaskan keberkesanan dalam interaksi anda dengan
orang lain.
2. Konsep-konsep Kendiri (Self-Concepts)

b. Self-Disclosure
3. Tetingkap HIDDEN
 Tetingkap tiga merujuk kepada maklumat dan perasaan yang anda
sembunyikan daripada orang lain seperti persaan malu, takut untuk
berkongsi, menyesal dan sebagainya.
 Walau bagaimanapun, kepercayaan terhadap orang lain mampu
membantu anda berkongsi maklumat dan perasaan dengan orang lain.

4. Tetingkap UNKNOWN
 Tetingkap empat mewakili keadaan yang agak membimbangkan kerana
anda berhadapan dengan maklumat yang tidak diketahui oleh diri
sendiri dan juga orang lain seperti keluarga dan kawan-kawan.
 Keadaan ini juga mencabar sekaligus menyeronokkan kerana ia
membuatkan anda tertanya-tanya akan kemampuan dan potensi diri yang
sebenar.
2. Konsep-konsep Kendiri (Self-Concepts)

b. Self-Disclosure
4. Tetingkap UNKNOWN
 saling percaya-mempercayai dapat membantu individu supaya lebih
terbuka.
 Terdapat beberapa jenis ketakutan yang menghalang self-disclosure seperti
(Benton, 1998):
(i) Takut terperangkap dalam sesuatu situasi yang di luar jangkaan apabila
berkongsi maklumat dan perasaan dengan orang lain.
(ii) Takut akan hilang kawalan ke atas keadaan sewaktu berkomunikasi.
(iii) Takut untuk menghadapi kenyataan iaitu mempelajari sesuatu mengenai diri
sendiri yang tidak disenangi atau cuba dielakkan.
(iv) Takut kelihatan seperti seorang yang telah tewas.
(v) Takut diri tidak diterima oleh orang sekeliling.
(vi) Takut diperkotak-katikkan oleh orang lain.
3. Motivasi

 Istilah motivasi lahir daripada perkataan Latin ‘movere’ yang bermaksud


‘untuk menggerakkan sesuatu’ (Pinder, 1998).

 Motivasi dirujuk sebagai satu proses dalaman yang mendorong dan


mempengaruhi tingkah laku seseorang untuk mencapai sesuatu yang
diinginkan.

 3 peringkat dalam proses pembentukan motivasi: (1) perlu wujud suatu


keinginan dalam diri seseorang itu. (2), sesuatu tindakan akan diambil untuk
memenuhi keinginan tersebut. Dan (3), individu akan mengalami rasa puas
setelah keinginan tersebut dicapai.

 Motivasi terbahagi kepada 2 jenis, iaitu motivasi dalaman (intrinsic


motivation) dan motivasi luaran (extrinsic motivation). Kedua-dua jenis
motivasi ini mempunyai satu set nilai dan tanggapan yang berbeza.
3. Motivasi

 Motivasi dalaman adalah berdasarkan faktor dari dalam diri seseorang


untuk bertindak manakala motivasi luaran wujud kerana individu itu
mengharapkan sesuatu pulangan atau hasil secara material ke atas
sesuatu yang dilakukan.

 Dalam konteks pekerjaan misalnya, ciri-ciri motivasi dalaman yang utama


boleh dilihat dari segi keseronokan bekerja, bebas dari tekanan fizikal
dan mental, pencapaian, dan juga self-esteem yang tinggi. Manakala
motivasi luaran adalah seperti gaji dan ganjaran, keselesaan tempat
kerja, pengiktirafan dan status (Pinder, 1998).

 Motivasi dipengaruhi oleh faktor fisiologikal, psikologikal dan juga faktor-


faktor persekitaran dan sosial di sekeliling kita.
3. Motivasi

1. Teori Hieraki Keperluan (Abraham Maslow)

 Teori ini dijelaskan berasaskan 2 andaian iaitu:


(i) Manusia mempunyai pelbagai keperluan daripada yang paling asas
seperti keperluan biologikal kepada keperluan psikologikal yang lebih
tinggi.
(ii) Keperluan-keperluan ini wujud mengikut satu hieraki, yakni keperluan di
tahap paling bawah perlu dicapai dahulu sebelum keperluan berikutnya
dipenuhi.
HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

Keperluan
Pencapaian
Hasrat Diri
Keperluan
Penghargaan

Keperluan Sosial

Keperluan Keselamatan

Keperluan Fisiologi
3. Motivasi

2. Teori X dan Y (Douglas McGregor)


 Teori motivasi kerja yang dikaitkan dengan konteks pekerja dan gaya
pengurusan organisasi bukunya, The Human Side of Enterprise (Garrison
& Bly, 1997).
 2 gaya pengurusan yang diamalkan di organisasi.
 Teori X - andaian yang negatif dan pesimis di mana pekerja secara
amnya terpaksa dipaksa untuk bekerja. Mereka tidak suka kerja itu, malas
dan tidak mempunyai motivasi. Majikan perlu bersikap tegas dan
memastikan kerja dibuat walaupun menggunakan tindakan hukuman dan
pemantauan yang ketat.
 Teori Y - pandangan yang lebih optimis terhadap pekerja. Mengandaikan
manusia sebenarnya boleh bekerja dengan baik dan menganggap
pekerjaan adalah sebahagian daripada kehidupan.
 Peranan majikan ialah untuk membantu meningkatkan motivasi pekerja
dengan memberi bimbingan dan sokongan kepada mereka.
3. Motivasi

3. Teori Dwi-Faktor (Frederick Herzberg)


 Memperkenalkan teori motivasi kerja berdasarkan dua faktor yang
dipanggil faktor Hygiene dan faktor Motivators. Contohnya:

a. Faktor Hygiene
(i) Gaji; (ii) Ganjaran dan kemudahan sampingan;
(iii) Keselesaan tempat kerja; (iv) Pangkat; dan
(v) Peraturan dan polisi organisasi

b. Faktor Motivators
(i) Keseronokan kerja itu sendiri; (ii) Tanggungjawab yang dipikul;
(iii) Peluang membangunkan diri; (iv) Pencapaian prestasi kerja; dan
(v) Pengiktirafan yang diterima
3. Motivasi

3. Teori Dwi-Faktor (Frederick Herzberg)


 Faktor hygiene adalah keperluan-keperluan asas kerja dan tidak
bertindak sebagai alat motivasi yang utama tetapi jika ianya diabaikan,
kesannya boleh membawa kepada penurunan tahap motivasi dan
melemahkan morale pekerja.

 Faktor motivators pula ialah yang sebenarnya menjadi alat motivasi


untuk jangka panjang (Reece & Brandt, 1999).

 Kepuasan kerja hanya dapat dirasai jika pekerja mampu memiliki faktor-
faktor ini.

 Pekerja yang tidak dapat mencapai faktor motivators akan


berkecenderungan meminta atau merungut tentang faktor-faktor hygiene
tadi.
3. Motivasi

4. Teori Jangkaan (Victor Vroom)


 Motivasi diwujudkan melalui kepercayaan seseorang terhadap 3 unsur
yang saling berkait.
 Ketiga-tiga unsur ini akan mempengaruhi satu sama lain dan melahirkan
motivasi.
 Mengikut teori ini, motivasi adalah hasil daripada gandaan ketiga-tiga
unsur yang dikenali sebagai:

(i) Expectancy – iaitu, sesuatu usaha yang diambil akan menghasilkan


prestasi yang baik.
(ii) Instrumentality – iaitu, sesuatu prestasi yang baik akan membolehkan
seseorang mendapat ganjaran atau pulangan yang setimpal, dan
(iii) Valence – iaitu, persepsi nilai yang di letakkan pada sesuatu ganjaran
yang diterima itu.
(Seta et al., 2000)
PERSONALITI

 Personaliti merupakan satu definisi yang luas dan selalunya sukar untuk
kita menentukan secara tepat personalitI yang dimiliki oleh seseorang.

 Gordon Allport, salah seorang ahli psikologi yang berpengaruh dan terkenal
dengan kajian personaliti telah mengemukakan Trait Theory untuk
memudahkan kita memahami konsep personalti ini.

 Beliau telah mengenalpasti beberapa trait yang secara amnya meletakkan


individu dalam beberapa kategori yang mendorong tingkah laku mereka.

 Trait ialah satu komponen khusus dalam personaliti, yang menggambarkan


kecenderungan tertentu yang ada pada seseorang dalam elemen-elemen
seperti perasaan, pemikiran dan juga tindakan; contohnya, kita sering
mengkelaskan seseorang sebagai pendiam, pemalu, sensitif, aktif, ceria,
dan sebagainya.
Faktor-faktor yang mempengaruhi
Personaliti

 Terdapat 2 faktor utama yang mempengaruhi personaliti iaitu faktor


semulajadi (nature) dan faktor persekitaran (nurture).

 Faktor semulajadi merujuk kepada unsur-unsur biologi seseorang yang


diwarisi secara semulajadi menerusi genetik, contohnya manusia dilahirkan
dengan beberapa ciri unik yang tertentu seperti keadaan fizikal dan rupa
bentuk yang mengikut keturunan ibu bapa masing-masing, kebolehan IQ
atau kecerdikan yang berbeza dan juga kelebihan serta kekurangan yang
di luar kawalan manusia.

 Faktor pengalaman merujuk kepada proses pembelajaran dan pengalaman


yang dilalui oleh seseorang dalam kehidupannya sehari-hari.
Faktor-faktor yang mempengaruhi
Personaliti

 Faktor-faktor lain yang mempengaruhi personaliti termasuklah peranan dan


didikan keluarga dan budaya dalam masyarakat.

 Contoh, suasana dan hubungan kekeluargaan yang dirasai oleh individu


seperti perhatian yang diberikan oleh ibu bapa dan ahli keluarga, sokongan
moral dan material, serta perasaan kasih sayang.

 Sesuatu budaya yang terdapat dalam masyarakat juga memberi kesan


dalam mempengaruhi personaliti seseorang. Ada masyarakat yang
mementingkan adab sopan, sistem kelas, dan nilai-nilai moral.

 Sepertimana manusia, pekerjaan juga mempunyai personaliti tertentu. Oleh


itu, adalah penting bagi mencari penyesuaian antara personaliti kerja
dengan personaliti individu sebab kesan dan hasilnya akan dapat dilihat
dalam kerjaya seseorang.
Dimensi-dimensi utama Personaliti

 ‘The Big Five’ Personalty Dimensions iaitu, lima asas kepada personaliti
yang universal yang dikenalpasti wujud dan konsisten diguna pakai secara
umum dalam mana-mana budaya sekalipun. Berikut adalah kelima-lima
dimensi tersebut (DeCenzo, 1997):

• merujuk kepada kecenderungan keadaan


emosi seseorang.
• Personaliti extroversion merupakan emosi
positif dan rasa senang terhadap diri sendiri dan
juga pada persekitaran individu tersebut.
Extroversion vs. Introversion Seseorang yang tergolong dalam dimensi ini
akan memiliki trait seperti ceria dan periang.
• Introversion pula merupakan ciri yang
sebaliknya seperti pendiam dan pemalu.
Dimensi-dimensi utama Personaliti

• Dimensi ini merujuk kepada kecenderungan


pergaulan antara individu.
Agreeableness vs. • Kriteria agreeableness adalah seperti mudah
Antagonism berunding dan disenangi ramai
• Antagonism mencerminkan seseorang yang suka
bermusuhan dan sukar didekati.

• Dimensi ini merujuk kepada tahap keprihatinan


dan kebolehpercayaan seseorang.
• Conscentiousness mempunyai sifat seperti
Conscientiousness vs. berhati-hati dan bertanggungjawab.
Undirectness • Undirectness pula seperti cuai dan tidak boleh
diharapkan.
Dimensi-dimensi utama Personaliti

• Dimensi ini merujuk kepada kestabilan emosi


Emotional stability vs. seseorang contohnya, keyakinan diri atau sering
Instability murung dan gelisah.

• Dimensi ini merujuk kepada sikap keterbukaan


seseorang. Openness merupakan kriteria seperti
spontan, suka perubahan, ‘adventurous’.
• Reservedness pula seperti senang diramalkan,
Openness vs. Reservedness tipikal dan terlalu berhati-hati.
• Kajian menunjukkan Agreeableness dipilih sebagai
faktor yang paling penting dalam hubungan
manusia, sementara Conscientiousness pula dipilih
sebagai faktor yang paling dikehendaki dalam
konteks kerja (DeCenzo, 1997).
Jenis-Jenis Personaliti

 Jenis A (Type A)

(i) Seseorang yang mempunyai keinginan terhadap pencapaian yang sangat


tinggi, dan bermatlamat;
(ii) Memiliki daya saing yang tinggi;
(iii) Sentiasa bertindak dengan cepat, tidak sabar;
(iv) Bekerja bersungguh-sungguh;
(v) Sukakan tekanan, cabaran;
(vi) Cenderung memilih sesuatu yang berisiko;
(vii) Inginkan kesempurnaan; dan
(viii) Bersikap agresif.
Jenis-Jenis Personaliti

 Jenis B (Type B)

(i) Seseorang yang lebih tenang dalam membuat sesuatu;


(ii) Boleh bersabar;
(iii) Mempunyai matlamat, tetapi tidak terlalu tertekan dalam menghadapi
kerja;
(iv) Tidak tergopoh-gapah; dan
(v) Mampu bersosial.
KOMUNIKASI INTRAPERSONAL

 Komunikasi intrapersonal bermakna bagaimana seseorang itu


meihat dan memberi maklumbalas terhadap diri sendiri.

 Ia melibatkan proses internal seseorang seperti kognitif, perasaan


dan emosi. Ia juga dikenali sebagai self-talk.

 Kesan komunikasi ini adalah berterusan dan berlaku mungkin


secara kita menyedarinya ataupun tidak, contohnya, apabila kita
bercakap pada diri kita sendiri.
KOMUNIKASI INTRAPERSONAL

 Individu akan memainkan dua peranan, sebagai pengirim dan penerima


mesej dalam proses komunikasi intrapersonal (Dubrin, 2000).

 Ini bermakna individu akan menghantar mesej kepada dirinya sendiri untuk
diinterpretasikan maknanya. Mesej tadi dihantar melalui satu saluran, yakni
disebabkan pengirim dan penerima mesej adalah individu yang sama,
saluran di sini merujuk kepada samada melalui otak, hati, deria, dan nilai
yang ada pada individu tersebut.

 Kemudian maklumbalas yang akan diterima adalah bergantung kepada


penafsiran yang dibuat melalui saluran tadi. Contohnya, individu akan
memberi maklumbalas seperti, menangis, bergelak, tersenyum, menjerit,
dan sebagainya, bergantung kepada mesej yang diterima.
Proses Komunikasi Intrapersonal

PENGIRIM SALURAN PENERIMA

MAKLUM BALAS
Faktor-faktor yang mempengaruhi
komunikasi intrapersonal

PENAMPILAN DIRI PERASAAN/MOOD


Bersih, bergaya, Lucu, marah,
selekeh… sedih…

PERANAN
PERSONALITI
DIRI ANDA Pelajar, ibubapa,
Trait, imej…
pemimpin…

KAPASITI INTELEKTUAL NILAI


Logikal, reflektif, Agama, budaya,
spekulatif… amalan…
Emosi

 Emosi merupakan elemen perasaan/mood seseorang, contohnya takut,


sayang, gembira, cemburu, dan lain-lain yang mempengaruhi pemikiran
dan tingkah laku seseorang (Reece & Brandt, 1999).
 Perasaan ini muncul berdasarkan aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekeliling
kita.
 Apabila perasaan kita ‘diaktifkan’, otak akan mentafsirkan apa yang berlaku
sama ada secara rasional atau tidak rasional.
 Walaupun perasaan banyak memainkan peranan dalam bagaimana
seseorang bertindak, penting difikirkan juga yang kita boleh memilih
caramana untuk bertindak.
 Daniel Goleman, dalam bukunya Emotional Intelligence, berpendapat
pengawalan dan kecerdikan emosi adalah lebih penting daripada tahap IQ
seseorang.
Emosi

 Menurut beliau, IQ hanya berperanan sebanyak 20% dalam menentukan


kejayaan seseorang, selebihnya adalah bergantung kepada pengaruh-
pengaruh lain termasuklah kecerdikan emosi (Reece & Brandt, 1999).
 Kita boleh mengawal emosi dengan mengenal pasti emosi yang biasa
dialami dan mengubah cara memanifestasikannya mengikut cara yang
sihat. Namun begitu, menyesuaikan emosi memerlukan latihan.

Proses Berlakunya Emosi

IRRATIONAL THINKING

ACTIVATING
EVENTS FEELINGS BEHAVIOR

RATIONAL THINKING

Anda mungkin juga menyukai