Anda di halaman 1dari 3

Empat tema utama kajian hubungan manusia(individu)

1. Komunikasi
Komunikasi yang baik adalah satu pencapaian dalam hubungan manusia. Melalui komunikasi
dita akan lebih memahami diri kita sendiri dan memahami orang lain. Ia adalah salah satu usaha
untuk mempertingkatkan potensi diri kita dan mengembangkannya dengan berkomunikasi.
Dengan berkomunikasi kita dapat membimbing diri kita untuk lebih berdaya produktif dalam
pemikiran dan dapat membantu orang lain. Komunikasi adalah mengenai perhubungan dan
pertalian dengan orang lain.

2. Penerimaan Kendiri
Keupayaan kita untuk menerima orang lain adalah bergantung kepada penerimaan diri kita
sendiri. Penerimaan kendiri adalah amatpenting kerana ia melibatkan penjalinan persahabatan
dengan individu lain. Kepercayaan keatas keupayaan diri akan menjamin kita semakin hamper
dengan kejayaan yang ingin kita kecapi.

3. Kesedaran Kendiri
Tingkahlaku kita adalah siapa sebenarnya diri kita. Kefahaman tentang kesedaran kendiri akan
mengawal tingkhlaku kita. Dan keupayaan memahami tingkahlaku kita sedikit sebanyak akan
mempengaruhi orang lain. Kita perlu mengetahui tingkahlaku yang bersesuaian dengan situasi di
depan kita. Tingkahlaku yang baik akan menghasilkan keputusan yang bijak dan tepat.

4. Keterbukaan Kendiri
Kepercayaan adalah sama pentingnya dengan keterbukaan kendiri. Kita perlu menerapkan
kepercayaan kepada orang lain untuk berasa dalam keadaan selamat, perasaan insecure
menyebabkan kita sukar untuk mempercayai orang dan membuatkan diri kita didalam tidak
selamat. Keterbukaan kendiri dapat membantu komunikasi dengan baik kerana ia akan
membuatkan kita tidak perlu membesarkan perkara yang tidak perlu dan melenyapkan teka-teki
yang tidak penting. Tanggungjawab seseorang pengurus aan melaksanakannya dengan berkesan
apabila membenarkan pekerja bawahannya untuk menyoal, mengkritik dan berbincang kerana
ia adalah salah satu cara untuk membantu.

Tetingkap Jauhari

1. 1. The OPEN frame – maklumat yang dikongsi atau diketahui umum. Tetingkap satu merujuk
kepada maklumat yang anda tahu mengenai diri anda maklumat ini juga dikongsi bersama
dengan orang lain dan tidak ada sebab untuk anda menyembunyikannya. Tetingkap ini menjadi
semakin besar apabila hubungan anda dengan orang lain semakin berkembang.
Contoh: saya Bernama adila dan berumur 30 tahun, kawan-kawan saya semua tahu nama saya
adila dan mengetahui umur saya, dan mereka memanggil saya dengan nama adila, nama
sesuatu yang tidak dirahsiakan, butiran peribadi yang umum semua kenalan saya tahu.
2. 2. The BLIND frame – maklumat yang diketahui orang lain tetapi tidak diketahui oleh diri sendiri.
Di dalam tetingkap dua, anda tidak dapat ‘melihat’ dan sedar mengenai diri sendiri tetapi orang
lain dapat memerhatikan tingkah laku dan diri anda dengan jelas. Disebabkan anda ‘buta’ dan
tidak boleh menilai diri sendiri dalam tahap ini, maka ia boleh menjejaskan keberkesanan dalam
interaksi anda dengan orang lain.
Contoh: kekadang tingkahlaku kita melampaui dan melebihi had kesedaran, kita tidak sedar
akan situasi tersebut namun rakan-rakan disekeliling melihatnya.

3. 3. The HIDDEN frame – maklumat yang hanya diketahui oleh diri sendiri. Tetingkap tiga merujuk
kepada maklumat dan perasaan yang anda sembunyikan daripada orang lain seperti persaan
malu, takut untuk berkongsi, menyesal dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kepercayaan
terhadap orang lain mampu membantu anda berkongsi maklumat dan perasaan dengan orang
lain.
Contoh: apabila ada sesuatu perkara yang membuatkan kita sedih dan menangis, kita tidak
berkongsi dengan orang lain kerana itu adalah erasaan kita. Namun apabila kita ada orang yang
rapat dan dipercayai, kita akan berkongsi erasaan bersamanya.

4. 4. The UNKNOWN frame – maklumat yang tidak diketahui oleh diri sendiri mahu pun orang lain.
Tetingkap empat mewakili keadaan yang agak membimbangkan kerana anda berhadapan
dengan maklumat yang tidak diketahui oleh diri sendiri dan juga orang lain seperti keluarga dan
kawan-kawan. Namun begitu, keadaan ini juga mencabar sekaligus menyeronokkan kerana ia
membuatkan anda tertanya-tanya akan kemampuan dan potensi diri yang sebenar. Keadaan ini
berlaku mungkin disebabkan tiadanya peluang untuk mencuba sesuatu yang belum pernah
dilakukan. Disamping itu, ia mungkin juga disebabkan oleh emosi yang dipendam atau minda
anda berada di dalam keadaan bawah sedar seperti ingatan zaman kanak-kanak yang disekat.
Contoh: kita tidak tahu akan saatnya tiba kematian, bagaimana saat-saat kita ditarik nyawa.
Semua tidak ada jawapan kerana kita, dan mereka tidak pernah mengalami saat-saat itu namun
kita percaya dengan Al-Quran yang menggambarkan kematian itu bagaimana.
5 jenis kumpulan dalam organisasi

1. Function Group Function Group ialah kumpulan yang ditubuhkan melalui hubungan autoriti
yang formal yang terdapat di dalam organisasi. Ia dapat dilihat di dalam carta organisasi,
misalnya Jabatan Kewangan yang diketuai oleh seorang pengurus dan terdapat lima orang
subordinat di bawahnya.
Tugas dan tanggungjawab mengikut carta organisasi.

2. Task Group Task Group pula terdiri daripada satu koleksi individu yang dikumpulkan bersama
untuk melaksanakan sesuatu tugas yang khusus. Ia mungkin terdiri daripada individu dari
sesuatu jabatan tertentu atau merangkumi ahli daripada pelbagai jabatan atau agensi.

Contoh : proposal making

3. Interest Group

Berbeza dengan Task Group dan Function Group, Interest Group adalah sebuah kumpulan yang
bersifat kurang formal dan ditubuhkan untuk menjaga kepentingan peribadi ahli-ahlinya. Contoh
kumpulan jenis ini ialah Persatuan Pengguna.
Contoh: persatuan yang dtubuhkan dalam sesuatu organisasi untuk menjaga kepentingan
peribadi ahli. Persatuan pekerja.

4. Friendship Group

Jenis kumpulan yang terakhir ialah Friendship Group yang ditubuhkan berasaskan sesuatu ciri-
ciri yang sama yang dimiliki oleh ahli-ahlinya. Misalnya kumpulan yang ditubuhkan oleh mereka
yang berada di dalam pekerjaan yang sama, aliran politik yang sama, minat yang sama dan
lainlain. Contoh Kumpulan Persahabatan ialah Kumpulan Pesara Tentera dan Persatuan Alumni.
64 5. Virtual Group Hodgetts (2002) memberikan satu lagi jenis kumpulan iaitu Kumpulan Maya
(Virtual Group). Bagaimanapun kumpulan ini lebih menjurus kepada Task Group, cuma ia
dibentuk untuk melaksanakan sesuatu tugas tanpa kehadiran ahli-ahlinya secara fizikal. Dengan
kata lain, ahli-ahli Kumpulan Maya ini berbincang tanpa bersemuka sebaliknya menggunakan
kemudahan teknologi tertentu seperti sidang video (Videoconference), e-mel dan telefon.
Kumpulan jenis ini akan menjadi semakin popular dan penting dengan wujudnya teknologi baru,
perkembangan sistem maklumat, globalisasi, dan kemunculan kerajaan elektronik.

Anda mungkin juga menyukai