Anda di halaman 1dari 6

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/324054891

Kepentingan Teori Komunikasi Kepada Masyarakat

Article · March 2018

CITATIONS READS
0 6,823

1 author:

Muhammad Jeffery Hizwan Bin Said


Universiti Sains Malaysia
11 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

International Politics View project

Peranan Program Pengajian Tinggi Dalam Pemulihan Banduan di Penjara Malaysia View project

All content following this page was uploaded by Muhammad Jeffery Hizwan Bin Said on 28 March 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


KEPENTINGAN TEORI KOMUNIKASI KEPADA MASYARAKAT
Disediakan oleh: Muhammad Jeffery Hizwan bin Said
Universiti Terbuka Malaysia (OUM)

1.0 PENGENALAN

Komunikasi adalah suatu proses penyampaian maklumat atau pesanan dari satu pihak
kepada pihak yang lain agar terjadi keadaan yang mempengaruhi perbuatan seseorang.
Ramai pakar menilai bahawa komunikasi sangat diperlukan dalam kehidupan
bermasyarakat. Ini diterangkan oleh Profesor Wilbur Schramm yang menerangkan
bahawa komunikasi dan masyarakat adalah dua data kembar yang tidak dapat
dipisahkan satu sama lainnya. Saodah, Narimah dan Mohd Yusof (2003)
menerangkan komunikasi merupakan suatu yang asas seperti mana keperluan kita
untuk makanan, tempat tinggal dan pakaian. Individu dalam masyarakat akan
berkomunikasi sama ada antara rakan sekaum atau dengan kaum lain dalam proses
sosial masyarakat. Kebiasaannya ia melibatkan proses pertukaran dan koordinasi
maklumat. Oleh kerana itu, tanpa komunikasi masyarakat tidak mungkin akan
terbentuk, sebaliknya tanpa masyarakat maka manusia tidak mungkin dapat
mengembangkan komunikasi (Schramm, 1988). Komunikasi dikatakan berhasil
apabila terjadinya persefahaman antara penerima dan pemberi isyarat dalam
komunikasi sehingga tujuan utama komunikasi dapat tercapai.

Justeru itu, makalah ini ditulis untuk membincangkan tentang teori komunikasi dan
kepentingannya kepada masyarakat.

2.0 TEORI KOMUNIKASI

Teori Komunikasi secara dasarnya adalah penyataan untuk menerangkan,


menjelaskan, menilai dan membuat ramalan terhadap komunikasi. Gabungan konsep
antara teori iaitu penyataan dengan komunikasi telah membentuk satu tanggapan atau
proses yang berfaedah untuk penyelidikan. Cragan dan Shields, (1998) menerangkan
yang teori komunikasi ialah satu kenyataan yang mengandungi konsep yang
membantu memberi secara keseluruhan atau sebahagian, keterangan, penjelasan dan
mempunyai perkaitan antaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelas

1
dan menilai fenomena serta ramalan. Manakala Borman (1989) pula memberi
pendapat definisi satu perkataan atau istilah yang merupakan pendokong kepada
semua perbincangan yang berkaitan dengan proses komunikasi. Berbanding Littlejohn
(1996), pendapat yang dikemukakan oleh pakar komunikasi ini lebih jelas iaiu teori
komunikasi adalah satu teori atau sekumpulan ‘collective wisdom’ yang didapati
daripada keseluruhan teori berkaitan proses komunikasi.

Teori komunikasi adalah penting bagi individu dan masyarakat untuk memahami
konsep interaksi individu yang menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat
madani. Bahagian seterusnya akan membincangkan tentang kepentingan teori
komunikasi kepada masyarakat.

3.0 KEPENTINGAN TEORI KOMUNIKASI KEPADA MASYARAKAT

Teori Komunikasi adalah penting kepada masyarakat kerana ianya akan akan menjadi
asas pembentukan sosial diantara individu. Bahagian ini akan membincangkan empat
kepentingan teori komunikasi kepada masyarakat.

3.1 Meningkatkan Pengetahuan Masyarakat

Laswell (1949) menyatakan melalui komunikasi manusia dapat mengetahui peluang


yang ada untuk dimanfaatkan, dipelihara dan mengelakkan daripada perkara-perkara
yang akan mengancam persekitarannya. Dalam kehidupan bermasyarakat, komunikasi
juga merupakan suatu asas yang penting bagi meningkatkan pengetahuan individu dan
kelompok masyarakat yang tinggal dalam komuniti persekitarannya. Melalui
komunikasi manusia dapat mengetahui sesuatu kejadian atau peristiwa yang telah dan
akan berlaku, sesuatu pengetahuan atau berita itu disebarkan dengan mudah melalui
komunikasi. Malah melalui komunikasi manusia dapat mengembangkan pengetahuan
dan mendalami sesuatu ilmu yang dipelajarinya berdasarkan pengalamannya ataupun
berdasarkan maklumat atau informasi yang mereka terima daripada lingkungan
persekitarannya.

3.2 Menjelaskan Maklumat Secara Terperinci Kepada Masyarakat

Komunikasi di dalam sesuatu komuniti atau masyarakat juga amat penting bagi
menjelaskan sesuatu perkara yang perlu disampaikan kepada seseorang dengan cara

2
yang baik dan maksud yang jelas yang boleh memberikan sesuatu impak positif
diantara pihak yang terlibat. Teori komunikasi ialah satu kenyataan yang
mengandungi konsep yang membantu memberi secara terperinci atau sebahagian
daripada sesuatu maklumat, keterangan, penjelasan dan mempunyai persamaan
diantaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelas dan menilai
fenomena serta ramalan (Cragan and Shields, 1998). Apabila sesuatu maklumat
disampaikan dengan terperinci dan nyata, perbalahan antara pihak yang terlibat dalam
komunikasi tersebut dapat dielakkan.

3.3 Menerapkan Nilai-Nilai Murni Dalam Masyarakat

Komunikasi juga bukan hanya dikenali sebagai penyampaian maklumat dan idea
antara manusia tetapi ia amat penting di dalam proses menghasilkan, membentuk dan
mengekalkan perhubungan dan nilai-nilai murni, budaya, sasaran dan juga bagi
mencapai sesuatu matlamat (Clegg, 2005) dan komunikasi juga amat penting didalam
setiap aspek kehidupan bermasyarakat. Memetik kenyataan daripada Langley (2006),
tanpa komunikasi “seluruh aspek kehidupan kita akan runtuh”, disini dapat kita
tafsirkan bahawa komunikasi itu amat penting bagi mengekalkan keharmonian,
kesejahteraan sesuatu kehidupan bermasyarakat kerana seluruh aspek kehidupan
manusia sejak zaman dahulu lagi sehingga pada hari ini komunikasi merupakan suatu
medium penting yang dapat memberikan kestabilan pada sesebuah institusi
kemasyarakatan, organisasi dan juga dapat memacu perkembangan ekonomi sesebuah
negara itu sendiri. Dalam kehidupan seharian kita manusia secara langsung atau tidak
terlibat dalam aktiviti komunikasi yang boleh mempengaruhi ornag lain dalam
masyarakat, sebagai contoh seorang guru menggunakan medium komunikasi bagi
menyampaikan maklumat kepada anak murid dan pelajarnya, ini jelas menunjukkkan
bahawa komunikasi mampu mempengaruhi pemikiran dan juga tingkah laku
seseorang.

3.4 Memberi Gambaran Yang Lebih Jelas Sesuatu Perkara

Antara kepentingan lain komunikasi dalam masyarakat adalah bagi mendapatkan


sesuatu gambaran yang lebih jelas bagaimana sesuatu perkara atau kejadian itu boleh
berlaku. Little John (2009) menegaskan bahawa teori adalah ringkasan dan rekaan,
bukannya realiti. Beliau juga, menyatakan bahawa “teori ialah satu percubaan untuk
menerangkan dan menjelaskan satu pengalaman atau satu idea tentang bagaimana

3
sesuatu kejadian berlaku. Melalui penyampaian maklumat yang lebih terperinci,
sesuatu maklumat itu akan lebih mudah diterima dan juga dapat membantu bagi
menyelesaikan atau merungkaikan sesuatu permasaalahan yang terjadi. Impak-impak
positif dan nilai murni terhasil dalam sesuatu masyarakat seperti mencapai sesuatu
kesepakatan dalam perbalahan atau menyelesaikan sesuatu keraguan atau masalah, ini
dibantu dengan adanya komunikasi.

6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapat kita simpulkan disini bahawa komunikasi merupakan


tunjang dan asas utama dalam kehidupan bermasyarakat kerana ia berkait rapat
dengan tugas serta aktiviti harian kita khususnya dan masyarakat amnya. Dengan
danya komunikasi kita dapat memberitahu, menghantar dan menerima pesanan
kepada seseorang. Tidak hanya disitu, melalui komunikasi, hubungan kemasyarakatan
dapat diterapkan melalui komunikasi yang berunsur hiburan dan jenaka yang boleh
mengeratkan hubungan antara individu dan masyarakat di dalam sesebuah komuniti
itu khasnya. Setiap ruang dan aspek kehidupan kita dipengaruhi oleh komunikasi yang
baik mahupun komunikasi dengan cara yang kurang baik, ia jelas mencakupi segala
aspek kehidupan masyarakat. Dengan demikian komunikasi tidak dapat dipisahkan
dengan kehidupan umat manusia dan masyarakat. Ia amat diperlukan untuk mengatur
aktiviti seharian dan pergaulan antara manusia.

RUJUKAN

Borman. (1989).
Clegg, S. R., Kornberger, M. & Pitsis, T. (2012). Managing and organizations: an
introduction to theory and practice 3rd ed. London: Sage
Cragan, J. F., & Shields, D. C. (1998). Understanding communication theory: The
communicative forces for human action. MA: Allyn & Bacon.
Laswell, H. (1948). The structure and function of communication in society. The
communication of ideas. New York: Harper
Langley, M. (2006). How to Pass the DQT. Blogspot. Diambil dari:
http://michael.langley.id.au/blog/posts/37

4
Littlejohn, S. W. (2009). Evaluating communication theory. In S. W. Littlejohn & K. A.
Foss (Eds.), Encyclopedia of Communication Theory, Vol. 1. Thousand Oaks,
CA: Sage.
Saodah, Narimah dan Mohd Yusof. (2003).
Schramm, W. (1949). The effects of mass commmunications: A review. Journalism
Quaterly 26 (4), 397–410.

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai