Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan

Komunikasi merupakan bidang baru berbanding dengan bidang-bidang ilmu yang lain .

Perkataan komunikasi berasal daripada “communicare”yang bermaksud penyertaan atau

pemberitahuan. Secara terperinci perkataan “communis” pula bererti milik bersama atau

berlaku dimana-mana . Manakala perkataan “communis opinio” membawa pengertian

pendapat umum . Disini dapatlah dirumuskan bahawa perkataan “komunikasi’ menekankan

kegiatan seseorang individu atau kelompok serta sifat ingin mempengaruhi orang lain.

Selain dari itu komunikasi lebih menitikberatkan soal sosial. Justeru itu kertas kerja ini akan

membentangkan apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi ,teori , teori komunikasi ,

perkembangan komunikasi barat amnya dan di Malaysia khususnya serta proses

pembentukan teori komunikasi . Disamping itu kupasan apakah kepentingan teori

komunikasi kepada kita akan turut disentuh.

Perkembangan bidang komunikasi diasaskan oleh pakar-pakar daripada bidang-bidang lain

seperti sosiologi, antropologi, psikologi,psikologi sosial dan sains politik yang telah lama

bermula.Setelah itu pakar-pakar ini memasuki bidang komunikasi bagi menjalankan

penyelidikan untuk cuba menjawab persoalan-persoalan yang timbul didalam bidang masing-

masing.

Sesungguhnya bidang komunikasi semakin penting kepada semua kerana manusia tidak boleh

hidup tanpa komunikasi.Sebagaimana yang diketahui komunikasi merupakan keperluan asas

seperti juga makanan, tempat tinggal dan pakaian. Seseorang yang tidak berkomunikasi

mungkin akan berada dalam keadaan lapar dan dahaga.


Komunikasi menjadi semakin penting di dalam kehidupan kita sebagai individu, anggota

keluarga,ahli masyarakat,anggota organisasi dan juga rakyat sesebuah Negara. Justeru itu

kecemerlangan individu, anggota keluarga, organisasi dan sebagai pemimpin sesungguhnya

memainkan peranan yang penting bersandarkan komunikasi yang berkesan dan dapat diterima

oleh semua pihak atau lebih jelas lagi ianya difahami.

Definasi (maksud) komunikasi

Komunikasi bermaksud memindahkan atau menyampaikan mesej daripada satu pihak kepada

pihak lain. Mesej ialah maklumat yang boleh disampaikan sama ada dengan menggunakan

pertuturan , perbuatan, tulisan ataupun lukisan dan gambar.Komunikasi menjadi lebih berkesan

apabila maklumat yang hendak disampaikan difahami dan mendapat tindakbalas daripada

penerima maklumat.

Menurut Nobert Wiener komunikasi berhubungkait dengan maklumat, dimana maklumat

mempunyai peranan penting di dalam kehidupan manusia. Sembilan puluh peratus kegiatan

manusia dilakukan dengan komunikasi.Menurut beliau maklumat adalah hasil kegiatan

manusia pertukaran idea dengan dunia luar sehingga kita dapat

menyesuaikan diri dengan idea tersebut. Proses menyesuaikan diri sebenarnya merupakan

kegiatan komunikasi menerima dan menggunakan maklumat.

Littlejohn pula melihat komunikasi sebagai tekaan yang bijak diman ia digunakan dalam

kehidupan seharian dan untuk menerangkan sesuatu keadaan berdasarkan pemerhatian atau

kajian yang sistematik.

Manusia harus mempunyai maklumat yang cukup untuk hidup dengan berkesan. Oleh yang

demikian , komunikasi merupakan suatu yang mutlak dalam kehidupan manusia . Disini
dapatlah disimpulkan bahawa maksud komunikasi itu ialah berkait rapat dengan bahasa,

pergerakan tubuh badan,meniru tindakan orang lain dan pengaruh social.

Apa itu teori ?

Teori pula boleh didefinasikan menurut beberapa orang sarjana diantaranya:-

Cragan & Shield , 1998 mengatakan kenyataan yang mengandungi konsep-konsep dan

perkaitan diantaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelaskan , menerang ,

menilai , membuat ramalan dan membuat kawalan terhadap fenomena. Sarjana ini membentuk

teori untuk menyelesaikan serta mencari jawapan kepada teka-teki ,dimana teori itu sendiri

memberi penjelasan terhadap fenomena yang menjadi teka- teki itu.

Menurut Griffin, 1997 pula teori merupakan peta tentang kebenaran di mana teori adalah

jawapan sementara yang dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu

fenomena . Ianya bersifat sementara .Kita juga boleh menerima , menolak atau mengubahsuai

teori berdasarkan kajian yang dijalankan. Kefahaman tentang teori dapat membantu kita dalam

kehidupan kita seharian.

Melalui dua pendapat di atas dapatlah dirumuskan bahawa teori adalah kenyataan atau

penerangan yang dibentuk bagi menerangkan sesuatu fenomena dimana ianya bersifat

sementara atau kajian secara sistematik. Kefahamanmengenai teori akan dapat membantu kita

dalam kehidupan seharian.

Definasi teori komunikasi


Disini kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan teori komunikasi. Teori komunikasi amat

berguna kepada kita , samada kita sebagai pengamal , pengguna komunikasi ataupun sebagai

manusia biasa. Terdapat beberapa definasi mengenai teori komunikasi diantaranya ialah:-

Hubungan diantara konsep teoretikal yang membantu memberi secara keseluruhan ataupau

sebahagiannya,keterangan, penjelasan, penerangan, penilaian ataupun ramalan tindakan

manusia berdasarkan komunikator (orang) berkomunikasi (bercakap,

menulis, membaca, mendengar, menonton dan sebagainya untuk jangkasa masa tertentu

melalui media ( Cragan & Shield , 1998 ).

Menurut Littlejohn 1996 pula, ianya merupakan satu teori atau sekumpulan ‘pemikiran

kolektif’ yang didapati dalam keseluruhan teori terutamanya yang berkaitan dengan

proses komunikasi. Menurut Borman, 1989 pula ianya satu perkataan atau istilah yang

merupakan paying untuk semua perbincangan dan analisis secara berhati-hati, sistematik dan

sedar mengenai komunikasi.

Melalui definasi yang telah diutaranya melalui beberapa tokoh, dapatlah dijelaskan bahawa

setiap teori memberi penerangan dan hubungan berkenaan konsep yang berbeza dan tidak

semua teori mampu memberi penjelasan, penerangan, penilaian dan ramalan yang sama.

Justeru itu untuk membuat klasifikasi teori komunikasi maka metateori atau teori tentang teori

diperlukan. Metateori merupakan peta topografi yang diperlukan untuk membuat klasifikasi,

perbentangan dan penilaian teori-teori komunikasi. Disini bolehlah dinyatakan bahawa teori

komunikasi ialah teori yang digunakan untuk menerangkan, menjelaskan, menilai, membuat

ramalan demi untuk memahami fenomena komunikasi.


Contoh bagaimana teori komunikasi boleh digunakan untuk menerangkan kenapa lebih ramai

penonton tv3 berbanding stesen tv yang lain dan mengapa seseorang itu berdebar- debar atau

merasa malu untuk membuat sesuatu ucapan apabila berhadapan dengan orang ramai. Disini

teori komunikasi dapat memberi pengetahuan dan kesedaran untuk menghapi situasi atau

fenomena tersebut.

Perkembangan bidang komunikasi

Perkembangan bidang komunikasi bermula sejak manusia hidup bermasyarakat dan membina

tamadun sendiri ditempat kumpulan manusia itu berada. Pengguna komunikasi sebagai

penggerak dan penggembleng manusia bagi mencapai pembangunan yang diingini. Setiap

masyarakat atau tamadun memelukan sokongan sistem komunikasi yang berkesan untuk

mencapai cita-cita mereka.

Bidang komunikasi hanya dikenali sebagai bidang pengajian yang penting pada abad ke 20. Ini

menunjukkan bidang komunikasi sebagai bidang pengajian yang baru berbanding dengan

bidang-bidang lain komunikasi. Komunikasi mula menjadi tumpuan dengan perkembangan

pesat teknologi komunikasi seperti radio, televisyen, telefon, satelit, rangkaian computer serta

perkembangan perindustrian dan politik dunia.

Justeru itu timbul keperluan untuk mengetahui apakah kesan perkembangan teknologi

komunikasi memberi kesan yang maksimum terhadap individu, masyarakat dan rakyat

sesebuah Negara. Ini menyebabkan timbul keinginan dikalangan penyelidik untuk mengetahui

kesan ucapan-ucapan politik terhadap masyarakat sehingga timbul kajjian-kajian tentang

propaganda dan pendapat umum.


Disamping itu kajian-kajian didalam bidang psikologi sosial tentang kesan tayangan wayang

gambar terhadap kanak-kanak propaganda serta pembujukan dan dinamik kelompok turut

dijalankan. Selain itu pelbagai kajian yang bertujuan mengetahui tentang penggunaan

teknologi baru seperti radio, computer (internet), televisyen dan lain-lain .

lagi. Walaubagaimanapun pengajaran kemahiran asas komunikasi seperti pidato umum,

perbincangan kumpulan dan kesan amalan komunikasi di bilik darjah masih diteruskan.

Perkembangan bidang komunikasi diakui sebagai bidang pengajian yang sah dan penting

selepas perang Dunia Kedua. Sebelum kita melihat perkembangan bidang komunikasi di

Malaysia disini dibentangkan perkembangan bidang komunikasi di Amerika Syarikat dan

Eropah menurut Griffin (1997). Terdapat beberapa era perkembangan bidang komunikasi.

i) Era Awal (1900 – 1930)

Kebangkitan Retorik pada tahun 1935 terdapat 200 Universiti dan Kolej di Amerika Syarikat

yang menyenaraikan Jabatan Pengucapan secara berasingan daripada

Jabatan Bahasa Inggeris. Ini menunjukkan pengucapan awam menjadi semakin penting dimana

guru-guru yang mengajar pengucapan awam menjadi ahli Jabatan Bahasa Inggeris yang cuba

menekankan persembahan lisan.

Disamping itu kursus yang ditawarkan juga lebih memberi panduan praktik dalam

mempengaruhi penerima melalui hebahan awam (public address), interpretasi lisan, drama,

debat dan perbincangan meja bulat. Guru-guru menggunakan tulisan Zaman Greek dan Rome

sebagai bahan rujukan dimana Plato, Aristotle, Cicero dan Quantilian menjadi sumber bahan

pengajian dan hebahan awam.

ii) Era Komunikasi dan Sains Sosial (1930 – 1960) : Kesan Media
Pada peringkat ini Griffin menyatakan ianya merupa era kebangkitan dimana empat Lasswell

yang merupakan ahli sains politik yang membuat analisis propaganda Nazi bagi mengenal pasti

kesan kuat terhadap mereka yang mendengar.

Sarjana seterusnya ialah Paul Laparsfeld yang merupakan pakar sosiologi yang menubuhkan

Biro Penyelidikan Sosial Gunaan (Burean of Appleed Social Research) di University Colombia

untuk mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan dan sector perniagaan serta menjalankan

projek penyelidikan radio yang menjadi perintis kajian tinjauan dan teknik kumpulan sasaran

(focus group) untuk melihat impak penyiaran terhadap emosi.

Pada tahun 1950 sekumpulan penyelidik komunikasi pertubuhan komunikasi yang dikenali

sekarang sebagai International Communication Assaciation (ICA) Shannon Den Weaver

(1948) membentuk dan mengasaskan model linear komunikasi dqn David Berlo (1960)

memudahkan model kepada empat bahagian asas iaitu :-

Sumber ----- Mesej------ Saluran ------ Penerima

Perkembangan ini menggalakan kebanyakan Jabatan di Universiti-Universiti menukar nama

dengan menambah perkataan komunikasi.

Pada era ini timbul isu-isu yang melihat isu konfrantasi hak asasi, rusuhan dibandar-bandar .

Penglibatan Amerika Syarikat di Vietnam,,demontrasi di kampus-kampus,Beaatles, hippe,

revolusi seks, budaya dadah, pembunuhan J.F.Kennedy,Jr dan Malcome x .Keadaan ini

mengakibatkan perubahan arus bidang komunikasi daripada melihat kesan pengucap kepada

komunikasi antara perseorangan.

v) Era Retorik Baru (1965- 1980)


Pada tahun 1965 Edwin Black (1965) mengutarakan cara baru menganalisis ucapan. Pada

waktu itu muncul artikal-artikal seperti “The Retoric of Black Power”, oleh Burgess (1969)

dan Retoric of confrontation” oleh Scott dan Smitth (1969). Mereka mendapati ucapan awam

tidak mempunyai kaitan dengan ucapan yang disediakan dengan rapi ataupun hujah-hujah yang

diterima akal.

vi) Era Pencarian Model Sejagat (1970-1980)

Selepas satu dekad membuat penyelidikan empiric, tetapi hasilnya belum dapat dibanggakan.

Ini disebabkan oleh kekurangan teori yang besar yang dapat

memfokuskan segala penyelidikan dalam bidang komunikasi. Menurut Kuhn (1970) sains

yang matang perlu model atau paradigma yang sejagat, tetapi ahli sains social dalam bidang

komunikasi belum mencapai tahap itu.

vii) Era Pergolakan Bidang Komunikasi (1980- kini)

Menurut Griffin menggunakan perkataan ‘pergolakan’ untuk menggambarkan percubaan

untuk melihat percampuran idea dan tenaga kreatif serta tekanan yang berlaku dalam bidang

komunikasi masa kini. Penyelidikan komunikasi juga .berkembang selari dengan

perkembangan bidang ilmu yang memerlukan proses penyelidikan untuk berkembang.Banyak

jurnal diterbitkan diantanya ialah Communication Theory,Language and Social

Interaction.Menurut beliau lagi bidang komunikasi dalam abad ke-21 diibaratkan dua arus yang

menggambarkan sains dan komunikasi.

Perkembangan Bidang komunikasi di Malaysia

Pada tahun 1970-an Malaysia turut mengalami perkembangan dalam bidang komunikasi secara

sistematik dimana empat Jabatan Komunikasi ditubuhkan diempat buah universiti. Universiti
Sains Malaysia (USM) -1970 merupakan pelopor pertama menubuhkan jabatan komunikasi

diikuti ITM kini UITM(1972) ‘School of Mass Communication’ ,UKM (1976) dan

UPM(1979) menubuhkan Jabatan Komunikasi Pembangunan.

Peranan sarjana komunikasi berperanan sebagai pengajar, penyelidik dan penerbit

/penulis,sedikit berbeza di UPM peranannya ditambah kepada tugas pentadbiran dan

pengembangan. UPM lebih menekankan kepada pembangunan masyarakat tani yang

merupakan pengguna terakhir segala maklumat yang dihasilkan melalui penyelidikan.

Sarjana komunikasi di Malaysia kebanyakannya mendapat Masters dan PhD dalam bidang

tersebut dari luar Negara (Amerika Syarikat, United Kingdom,Australia ) ini sedikit sebanyak

mempengaruhi struktur kurikulum.Diantara pengasas bidang komunikasi di Malaysia ialah

Prof. Dr.Vincent Low (USM),Prof. Syed Arabi Idid(dulu UKM,sekarang UIA), Prof. Dr. Md

Salleh Hassan(UPM) dan ramai lagi.

Justeru itu perkembangan bidang komunikasi di Malaysia sesungguhnya dipengaruhi sedikit

sebanyak dengan apa yang berlaku di barat kerana pengasas bidang komunikasi juga mendapat

pendidikan dan latihan di barat.

Proses pembentukan teori komunikasi

Setelah kita lihat perkembangan bidang komunikasi ,seterusnya bagaimanakah proses

pembentukan teori komunikasi berlaku.Proses pembentukan teori komunikasi bermula dengan

penyelidikan yang berlaku dengan beberapa kaedah yang dikemukakan oleh Miller dan

Nicoholas (1976) iaitu pertanyaan soalan, pemerhatian, dan membentuk jawapan.Contoh

kajian yang dijalankan melalui soalan ialah apakah fenomena itu?,Dimana penyelidikan

dijalankan cuba menjawab soalan-soalan dengan cara teratur dan sistematik. Melalui

pemerhatian pula iaitu melihat secara objektif perkara yang dikaji


dan pemerhatian yang digunakan berbeza mengikut kecenderungan para sarjana.Pada

peringkat membentuk jawapan para sarjana memberi definasi , menerang dan menjelaskan

untuk membuat pertimbangan.tentang sesuatu fenomena.

Hasil daripada persoalan dan pemerhatian dapatlah dilihat proses pembentukan teori yang

mana teori adalah persoalan ataupun kenyataan sementara tentang sesuatu fenomena

komunikasi,Walaubagaimanapun para sarjana masih lagi menguji teori itu sehingga kepastian

atau pengitlakan dapat dibuat. Ini dapat dirumuskan bahawa proses menguji teori adalah proses

penyelidikan.Ini membuktikan tanpa penyelidikan pembentukan teori yang mantap dan umum

untuk menerangkan pelbagai aspek komunikasi tidak dapat dibentuk.

Apakah kepentingan teori komunikasi kepada kita ?

Teori komunikasi sesungguhnya penting kepada kita adalah disebabkan beberapa factor

diantaranya ialah:-

1) Teori komunikasi dapat membantu atau panduan dalam membuat sesuatu keputusan untuk

tindakan sewajarnya.

2) Dapat membuat jangkaan terhadap pola kejadian disekeliling kita agar dapat dikenalpasti.

3) Membuat ramalan terhadap sesuatu kepentingan sebelum sesuatu keputusan dibuat.

4) Membantu kitu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah dan dengan

orang disekeliling.

5) Seseorang akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang kompleks.

6) Membantu kita menjalani kehidupan yang mencabar dengan sempurna.


8) Membolehkan kita menghurai apakah sebab musabab sesuatu kejadian dengan lebih baik

dan dapat membezakan samada perkara itu baik atau tidak.

Sesungguhnya teori komunikasi dapat menerangkan bagaimana reaksi perlakuan

manusia.Kepelbagaian teori komunikasi juga menggambarkan komunikasi merupakan

sesuatu yang kompleks.Sehubungan itu seseorang yang memahami teori komunikasi dapat

membantu bagi menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna .

Ini kerana pengetahuan tentang teori komunikasi membolehkan seseorang membuat jangkaan

atau,ramalan ,membuat perancangan bagi mengatasi sesuatu situasi. Oleh yang demikian

samada sebagai individu , anggota keluarga , anggota organisasi, pemimpin dan pengikut

tentunya dapat memberikan peranan yang lebih efisyen sekiranya teori komunikasi dijadikan

asas kehidupan seharian.

Bibliografi

Astrid S. Susanto,(1987) Komunikasi Teori Dan Praktis 1.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

Ishak Abdul Hamid Dan Jusang Bolong (2008).Kemahiran Komunikasi Antara

Perseorangan.Universiti Putra Malaysia.

John F.Cragan & Donald C.Shield.(1998) Understanding Comunication Theory.United States

of America.

James W.Carey,(1992) Comunication As Culture, New York.Unwin Hyman, Inc


Mohd. Hamdan Adnan & Zulkarimein Nasution.(1992) Komunikasi Pembangunan

Pengenalan Dan Penerapan.Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Muhamad Rosli Selamat (2008).Strategi Perhubungan Awam. Universiti Putra Malaysia.

Saodah Wok,Narimah Ismail, Mohd.Yusof Hussain.(2006) Teori-teori Komunikasi.PTS

Profesional.

Proses pembentukan teori komunikasi

Proses penyelidiakn penting kepada pembentukan teori komunikasi. Penyelidikan merupakan satu
susunan pengalaman secara sistematik yang digunakan oleh para sarjana untuk mencari jawaban
kepada persoalan-persoalan mengenai komunikasi atau fenomena-fenomena lain yang berkaitan.

Terdapat empat kaedah penyelidikan yang sering digunakan oleh penyelidikan komunkasi untuk
menkaji fenomena komunikasi, iaitu eksperimen, tinjauan, analisis tekstual dan etnografi.
Eksperimen dan tinjauan adalah kaedah kuantatif yang digunakan oleh ahli sains untuk kajian teori
manakala analisis tekstul dan etografi adalah kaedah kualitatif yang digunakan oleh sarjana
kemanusian.

Definisi : /prosés/ 1 perubahan, peristiwa dll yg berlaku berturut-turut dgn sendirinya: ~


perkembangan jiwa; ~ penghadaman makanan. 2 cara atau kaedah tertentu yg diikut utk membuat
sesuatu: ~ Bessemer salah satu cara membuat keluli yg dipelopori oleh Bessemer. 3 beberapa
perbuatan berperingkat-peringkat yg dilakukan utk mendapatkan sesuatu: ~ pengeluaran minyak
kelapa sawit memang rumit dan memerlukan modal yg banyak. memproses 1 membuat
(menyediakan, menjalankan) sesuatu menerusi berbagai-bagai proses: Sebuah kilang ~ minyak telah
dibina di Port Dickson. 2 membubuh ubat pd kayu supaya tahan lama (tidak dimakan ulat dll).
pemprosesan perbuatan atau hal memproses. pemproses 1 alat, kilang dsb yg memproses sesuatu: ~
makanan. 2 ist perkakasan atau perisian yg mempunyai kemampuan mengolah data bagi mencapai
sesuatu hasil: Penggunaan komputer sbg ~ kata. ~ imej ist pemproses dlm sistem komputer yg
digunakan utk memproses imej (bentuk grafik). ~ kata ist atur cara atau program komputer utk
tujuan menulis, mengedit, menyimpan dsb teks, dan seterusnya mencetak teks tsb. ~ kembar ist
sistem komputer yg mempunyai dua pemproses yg membolehkan sesuatu atur cara dijalankan dgn
lebih pantas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Anda mungkin juga menyukai