Anda di halaman 1dari 15

COMMUNICATION THEORY

DISCUSS THE TERM COMMUNICATION THEORY. WHAT IS THE SIGNIFICANT


(IMPORTANCE) OF USING THEORY IN CONDUCTING SCIENTIFIC RESEARCH?
EXPLAIN HOW A THEORY IS USED AND APPLIED IN A DOCTORAL RESERACH
STUDY.

PENGENALAN
Manusia melakukan pelbagai aktiviti dalam kehidupan seharian. Aktiviti
komunikasi adalah aktiviti yang memonopoli kegiatan dan mesti dilakukan oleh
manusia. Maka itu komunikasi menjadi sangat kompleks dan penting. Ini kerana
keberkesanan setiap aktiviti yang dilakukan bergantung kepada komunikasi yang
dilakukan. Komunikasi boleh berlaku dengan orang yang dikenal ataupun dengan pihak
yang tidak dikenali. Implikasi dari sifatnya yang sangat kompleks dan tidak tekal, maka
ilmu komunikasi banyak dikaji. Oleh kerana Eropah dan Barat telah menjadi paksi
sumber ilmu sejak Perjanjian Damai Westpalia (1648), maka kajian berkaitan Teori
Komunikasi dimonopoli oleh mereka. Ianya boleh di bahagikan kepada tiga kelompok
pengajian iaitu British Cultural Studies, Frankfurt School of Critical Theory dan Chicago
School of Sociological Studeis. Tiga kelompok inilah yang memonopoli pengetahuan
tentang teori komunikasi yang dihebahkan melalui jurnal masing-masing hingga abad
ke-21. Sungguhpun terdapat idea-idea dari pemikir Timur tetapi ia tidak terkenal.
PERBINCANGAN: TERMINOLOGI TEORI KOMUNIKASI
Apakah yang dimaksudkan dengan teori komunikasi? Teori Komunikasi adalah
teori, model atau rajah-rajah yang menjelaskan fenomena-fenomena komunikasi. Ianya
menghurai permasalahan yang wujud dalam dunia komunikasi melalui penguraian
konsep-konsep yang berkaitan, menetapkan definisi dan pro posisi permasalahan
komunikasi. Termasuk mengaitkan variabel-variabel yang terlibat sebagai element of
cause yang berakhir dengan means atau hasil. Dengan memahami terminologi teori
komunikasi dan pelbagai jenis atau bentuk teori komunikasi beberapa faedah atau
kelebihan akan dapat diperoleh. Antaranya, kita akan berupaya membuat interpretasi
yang lebih tepat berkaitan dengan fenomena komunikasi. Di samping itu juga, kita akan
dapat mengenal pasti dan mempelajari kaedah (tools) bagi memperbaiki kepakaran
komunikasi sedia ada.
Kajian berkaitan teori komunikasi merupakan antara kajian yang terbanyak dan
menjadi semakin popular pada abad ke 21. Peace, Grimes, dan Jansen (2007),
menamakan minat kepada teori komunikasi disebut sebagai revolusi penemuan.
Justeru, pelbagai teori komunikasi di cipta oleh sarjana. Setiap sarjana mempunyai
pemahaman yang tersendiri terhadap teori komunikasi pada abad 21 kerana revolusi
teknologi komunikasi yang cepat berkembang. Ini kerana setiap sarjana melihat
sesuatu fenomena dari perspektif yang berbeza. Maka berlaku satu masalah akademik
dalam bidang komunikasi yang disebut constestation of idea. Masalah ini menjadi lebih

rumit, apabila ilmu atau teori komunikasi dicipta oleh sarjana dari pelbagai bidang yang
lain seperti psikologi. Maka itu, komunikasi di katakan sebagai sesuatu yang susah
difahami tetapi mudah dijelaskan (Gilson& Depoy, 2011). Susah difahami kerana ia di
asaskan dari perspektif yang pelbagai. Manakala mudah dijelaskan kerana melibatkan
kelakuan manusia.
Para sarjana yang datang dari pelbagai bidang, mungkin mempunyai banyak
idea kerana perspektif yang digunakan adalah berbeza. Ia umpama menaksir
komunikasi orang bunuh diri. Ada kajian yang menemui berlakunya komunikasi bunuh
diri (suicidal communication) sebelum seseorang itu nekad bertindak membunuh diri.
Komunikasi bunuh diri dilakukan dalam pelbagai bentuk sama ada secara lisan ataupun
bukan lisan. Contohnya mesej bunuh diri disalurkan melalui nota bunuh diri, sms, e-mel
dan lain-lain lagi. Manakala sebaliknya pula ada kajian yang mendapati tidak berlaku
langsung komunikasi bunuh diri sebelum seseorang itu nekad membunuh diri. Ini
menunjukkan sifat komplikasi dalam komunikasi bunuh diri dan sukar difahami. Oleh
yang demikian, bidang komunikasi merangsang para sarjana untuk cuba membuktikan
dan meyakinkan pihak lain kepada teori komunikasi masing-masing. Ini lah yang
menyebabkan bidang komunikasi sangat banyak di kaji dan sentiasa di eksplorasi.
Selain daripada itu, memahami teori komunikasi akan membantu kita
mengetahui tentang sesuatu yang belum kita alami atau lihat ataupun melihat sesuatu
dengan fikiran yang berbeza. Contohnya Teori Penembusan Sosial. Melaluinya, kita
akan dapat melihat tingkah laku seseorang dengan lebih baik. Sedangkan sebelum ini
hanya berdasarkan andaian awal secara luaran sahaja. Secara keseluruhannya
bolehlah di katakan bahawa dengan memahami teori komunikasi dan jenis teori
komunikasi, seseorang itu akan menjadi lebih fleksibel, toleransi, lebih terbuka dan
terkini kepada hal-hal yang berkaitan dengan komunikasi. Empat perspektif/kumpulan
yang sering digunakan oleh sarjana bagi menjelaskan kelompok teori komunikasi ialah
positivisme, post-positivisme, interpretif, dan kritis (LittleJohn, 2008). Hari ini, paradigma
teori komunikasi bergerak lebih cepat kerana komunikasi pada hari ini sangat
bergantung kepada teknologi komunikasi. Pembangunan teknologi komunikasi pada
hari ini menyebabkan sesetengah teori komunikasi menjadi tidak lagi relevan.
Oleh kerana sifatnya yang kompleks dan sangat berkait dengan tingkah laku
manusia, maka proses pembentukan disiplin komunikasi berbeza mengikut kawasan,
bentuk kehidupan, dan budaya. Contohnya di Barat khususnya Amerika Syarikat, kajian
berkaitan teori komunikasi lebih kepada bentuk kuantitatif yang cenderung untuk
mengisytiharkan komunikasi sebagai salah satu dari bidang sains sosial. Sungguhpun
didapati pendapat sarjana barat tidak sehaluan tetapi bentuk kajian komunikasi kekal
dengan bentuk kuantitatif agak lama. Kebanyakan teori komunikasi barat lebih di
monopoli secara individu oleh sarjana yang mana individu di lihat lebih tekun dan lebih
usaha bagi mencapai misi individu. Lagipun secara puratanya, teori-teori komunikasi
barat menjelaskan komunikasi sebagai tingkah laku yang tidak dirancang dan berlaku
secara semula jadi. Manakala kajian sarjana Eropah pula lebih dipengaruhi oleh
fahaman atau perspektif Karl Max (Marxist) yang bergantung kepada metod kritikal atau
kultural.

Craig (1996) berpendapat teori komunikasi tidak boleh disatukan dalam bentuk tunggal
ataupun sekumpulan teori sahaja kerana ia mengkaji tingkah laku manusia. Setiap
individu tidak boleh berkomunikasi dalam bentuk yang sama sungguhpun mereka
datang dari kelompok yang sama dan berkongsi nilai-nilai budaya. Justeru Teori-teori
komunikasi yang ada akan sentiasa menunjukkan sifat bidang komunikasi yang sangat
luas dan sentiasa dibangunkan dek fenomena komunikasi yang sentiasa berubah.
Ianya menjadi bertambah kompleks dengan kepesatan teknologi komunikasi yang
sentiasa dipertingkatkan dan berubah dengan cepat.
Teori Komunikasi mempunyai beberapa ciri penting. Pertamanya, ia dicipta oleh
manusia yang bertaraf sarjana. Manusia yang bergelar sarjana dari pelbagai bidang
mencipta teori komunikasi sebagai satu bentuk penjelasan kepada sesuatu
permasalahan atau fenomena komunikasi yang dijelaskan secara terperinci. Apabila
mengkaji tentang sesuatu fenomena komunikasi, sarjana akan membuat pilihan
berkaitan apa, bagaimana, siapa, di mana dan lain-lain lagi.
Kedua, sungguhpun teori komunikasi dicipta berdasarkan cara sarjana
mengupas fenomena komunikasi tetapi cara tersebut bukan berdiri sendiri ataupun cara
yang bersifat tunggal. Ini kerana mungkin terdapat cara yang lain bagi menjelaskan
fenomena komunikasi tersebut. Bermakna teori komunikasi yang ditemui, mungkin di
tolak atau dibahaskan oleh sarjana lain yang bersandarkan kepada perspektif yang
berbeza. Tambahan pula sifat teori komunikasi itu sendiri, sentiasa dibangunkan atau
merangsang eksplorasi.
Ketiga, dengan memahami teori komunikasi; sarjana akan dapat mengagak atau
menjangkakan sesuatu di hadapan. Ini bermakna kegunaan teori komunikasi bukan
sahaja terhad kepada memahami sesuatu fenomena sahaja tetapi ia juga bagi
memahami perkara-perkara lain sebagai persediaan. Contohnya teori komunikasi
bukan lisan. Melalui pemahaman terhadap gerak-geri bukan lisan, kita akan dapat
mengagak niat seseorang yang ingin membunuh diri seperti membuat persiapan
membunuh diri. Dengan memahami teori ini, kita akan dapat mengambil tindakan
kawalan lebih awal bagi membendung hasrat bunuh diri seseorang.
Keempat, teori komunikasi menjelaskan tingkah laku manusia. Maka teori
komunikasi tidak bersifat jumud atau statik kerana teori komunikasi yang telah
menjelaskan fenomena komunikasi 20 tahun yang lalu mungkin menjadi tidak lagi tepat
pada masa sekarang. Ini kerana fenomena komunikasi yang berlaku pada masa dahulu
tidak sama dengan fenomena komunikasi masa kini. Maka itu, di dapati bentuk mesej
yang disampaikan oleh orang bunuh diri berbeza antara dahulu dan sekarang. Jika
dahulu orang bunuh diri akan menulis di atas kertas atau benda lain sebagai mesej
bunuh diri tetapi pada hari ini orang bunuh diri menggunakan medium yang lebih
canggih seperti sms, e-mel dan rakaman video. Kadang-kadang terdapat kes di mana
teori komunikasi yang baru di temui menjelaskan teori lama tidak tepat ataupun salah.
Oleh kerana sifatnya yang bergerak atau sentiasa di uji kaji, maka teori komunikasi

mempunyai paradigmanya sendiri dan dikelompokkan kepada kumpulan-kumpulan


tertentu atau perspektif.
Akhir sekali, teori komunikasi dikaitkan dengan tindakan susulan. Tindakan
berkaitan bagaimana kita bertindak dan bagaimana kita berfikir ketika berkomunikasi.
Ataupun bagaimana berkomunikasi supaya komunikasi menjadi berkesan. Contohnya
teori komunikasi yang menjelaskan tentang elemen gangguan. Daripada teori
komunikasi ini, kita akan cuba mengurangkan kesan gangguan ketika berkomunikasi
supaya komunikasi kita menjadi lebih berkesan. Ini bermakna teori mengandungi
sejumlah arahan atau panduan bagi bertindak kepada fenomena komunikasi khususnya
masalah dalam komunikasi. Pemahaman ini selari dengan pendapat Little John (2008)
yang menyatakan teori komunikasi bukan sekadar untuk menjelaskan fakta-fakta
komunikasi yang tersembunyi, bahkan menunjukkan jalan atau kaedah melihat faktafakta komunikasi tersebut.
APAKAH KEPENTINGAN PENGGUNAAN TEORI DALAM MENJALANKAN KAJIAN
SAINTIFIK.
Dalam menjalankan sesuatu kajian saintifik khususnya komunikasi, teori
komunikasi sangat diperlukan dan merupakan prasyarat terpenting kajian. Ini kerana
teori tersebut akan menentukan hala tuju kajian ataupun menguji cuba teori sedia ada
dengan fenomena semasa. Dengan adanya teori dalam sesuatu kajian saintifik, ia akan
memberi beberapa kesan yang signifikan dan lebih impak. Kepentingan teori kepada
kajian saintifik boleh di lihat kepada kekuatan atau faedah penggunaan teori itu sendiri
seperti berikut:
Pertama; Teori komunikasi akan menyediakan maklumat-maklumat dalaman
atau panduan asas komunikasi kepada kajian saintifik di mana maklumat-maklumat
tersebut tidak mudah diperoleh. Dengan memahami teori komunikasi khususnya teori
yang sedia terbukti, kita akan berkata O macam ni sebelum memulakan kajian saintifik
atau Ahaa betul la setelah keputusan kajian di temui. Seperti dijelaskan lebih awal,
teori komunikasi adalah model logik penjelasan fenomena komunikasi atau perkara
yang ingin dikaji. Tambahan pula ia menjelaskan sesuatu yang tidak mungkin akan kita
temui atau perimbang dalam kajian sekiranya tanpa teori. Ini bermakna, dalam kajian
saintifik, teori telah membantu kita ke arah menemui idea baru ataupun membantu kita
melihat sesuatu dari perspektif yang baru. Contohnya penggunaan teori komunikasi
dalam kajian komunikasi kaunseling adalah faktor penentu kepada ketepatan dan
ketekalan penemuan kajian (Barbara dalam Brown, 2005). Dalam aspek komunikasi,
setiap kajian saintifik komunikasi, teori asas sangat perlu kerana kebanyakan fenomena
komunikasi bukan baru berlaku. Biasanya ia adalah fenomena lama tetapi berlaku
dalam bentuk yang baru. Maka teori yang berkaitan perlu dijadikan sandaran supaya
pemboleh ubah yang digunakan memiliki takat keesahan yang tinggi dan telah pernah
dibuktikan.
Kedua, dengan adanya teori komunikasi dalam kajian saintifik, pengkaji tidak
melakukan pengulangan atau lebih dikenali dengan reinvent the wheel dan seterusnya

membuang masa. Memang tidak dinafikan bahawa teori perlu diulang kaji tetapi setelah
terbukti dan disepakati, ia akan memerlukan masa yang agak lama bagi dikaji semula
supaya sesuai dengan masa. Kebanyakan teori komunikasi yang popular dewasa ini
adalah berasal dari evolusi teori terawal. Contohnya Teori Disonan Kognitif (Festinger,
1957). Teori Disonan Kognitif menjelaskan tentang kepentingan pemikiran dan
perlakuan dalam menjalinkan hubungan sekiranya perlakuan dalam komunikasi
tersebut tidak sama dengan apa yang ada dalam fikiran. Susulan daripada teori ini, 10
tahun kemudian barulah terhasil teori lanjutan kepada teori ini bagi menjelaskan
fenomena komunikasi yang lebih rumit iaitu Teori Penembusan Sosial oleh Atman &
Taylor (1973). Satu perkara yang tidak boleh dinafikan ialah setiap teori mempunyai
sejarah kajiannya yang tersendiri. Ia bermula dengan satu titik kecil, kemudian
berkembang mengikut peredaran zaman. Maka itu sejarah kajian itulah yang akan
membantu kajian saintifik pada masa kini atau pun akan datang. Ini jelas sekali dalam
perkembangan teori komunikasi. Ianya bermula dengan teori asas yang hanya melihat
elemen penghantar, mesej dan penerima. Berdasarkan sejarah kajian dan teori ini, teori
komunikasi dikembangkan dengan menambah pemboleh ubah seperti gangguan, dan
maklum balas. Contohnya teori berkaitan tingkah laku bunuh diri. Pada tahun 1970,
Azjen dan Fishbein mencipta Theory of Reasoned Action berdasarkan penemuan kajian
mereka pada ketika itu. Selepas itu, pengkaji masih meneruskan kajian dalam isu yang
sama dan telah menemui penjelasan lain selepas 15 tahun teori tersebut di cipta. Maka
Azjen mencipta Theory of Planned Behavior pada tahun 1985 bagi menggantikan teori
asal beliau yang dicipta 15 tahun dahulu. Bermakna setiap teori komunikasi akan
mengalami proses yang dinamakan pembangunan, penggabungan dan berkembang.
Ketiga, teori bertindak sebagai elemen kawalan kepada pengkaji. Dengan adanya teori
pada kajian saintifik akan dapat meneliti sesuatu pengalaman atau ilmu dalam bidang
tersebut dengan lebih fokus. Bahkan teori juga dapat mengawal pemikiran pengkaji
dengan sistematik serta dapat membantu kajian bagi meneroka penilaian penemuan
kajian saintifik. Di samping mengawal kajian, teori juga dapat membantu pengkaji
merancang matlamat kajian saintifik. Menurut West dan Turner (2007), Before applying
a theory, the researcher must have a solid understanding of the theory in question. The
researcher must know how theory defines the variables such as sender, mesej and
receiver. In order to help, the researcher need to have some ideas of where the reserch
should be going and why the problems rise.
JELASKAN BAGAIMANA TEORI DIGUNAKAN DAN DI APLIKASIKAN DALAM
PEMBELAJARAN KAJIAN.
Bagaimana teori digunakan dan di aplikasi dalam kajian? Bagi menjawab soalan
ini, jawapan akan dibuat berdasarkan pada kajian pelajar yang sedang dilakukan iaitu
kajian berkaitan komunikasi bunuh diri. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh para
sarjana, sesuatu teori menunjukkan perhubungan yang signifikan antara pemboleh
ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas. Ke arah mengupas aplikasi teori dalam
kajian bunuh diri, dua teori akan digunakan.
Pertamanya ialah Teori Komunikasi McCroskey (1971). Asas elemen dalam teori
ini ialah penghantar sumber (source), saluran (channel), penerima (receiver), saluran

maklum balas (feedback channel), dan gangguan (noise). Teori ini membahagikan
komunikasi kepada tiga peringkat iaitu sebelum komunikasi (prior to communication),
semasa komunikasi (communication process), dan selepas komunikasi (after
communication). Di semua peringkat, teori ini melihat elemen gangguan akan wujud.
Pada peringkat sebelum komunikasi, McCroskey (1971) mendapati sumber akan
melakukan proses penyelidikan bagi menyediakan konsep idea, niat dan memilih
maksud. Ini bermakna subjek yang ingin bunuh diri akan melakukan proses komunikasi
terlebih dahulu. Pada tahap ini, subjek akan membuat persediaan seperti memilih apa
yang diucapkan, bagaimana ingin disampaikan, kepada siapa mesej ingin
disampaikan dan apakah niat mesej berkenaan. Peringkat kedua [encoding process]
ialah proses komunikasi di mana subjek akan mencipta mesej dan menghantar mesej.
Pada peringkat yang sama juga, penerima pula akan melakukan proses nyahkod mesej
yang diterima. Proses ini melibatkan tindakan mendengar, melihat, interpretasi, evaluasi
dan tindak balas oleh penerima. Bermakna sekiranya subjek menyampaikan mesej
yang mungkin membawa maksud mohon menyelesaikan masalahnya atau niat ingin
membunuh diri, maka penerima harus bertindak balas dengan segera menyelesaikan
masalah atau menasihati subjek supaya tidak meneruskan niat. Peringkat yang terakhir
ialah kesan komunikasi yang mana mungkin penerima akan berfikir semula dan
mengambil tindakan sewajarnya. Maka berlakulah proses tindak balas. Hakikatnya,
pada semua peringkat tersebut, gangguan akan berlaku dan mungkin menyebabkan
komunikasi menjadi tidak berkesan ataupun gagal langsung.
Dalam kes peningkatan bunuh diri di kalangan anggota tentera, adalah
dianggarkan telah berlakunya gangguan pada proses komunikasi subjek dengan
penerima. Ataupun adanya kelemahan pada rangkaian komunikasi organisasi yang
menyebabkan mesej tidak difahami atau tidak di tindak balas. Penghantar mesej
merujuk kepada subjek yang membunuh diri dan yang telah cuba membunuh diri.
Manakala penerima pula merujuk kepada Ketua-ketua (Pegawai Memerintah, Pegawai
Pemerintah, Ketua Platun, Platun Sarjan, Ketua Seksyen, pemimpin bawahan, Pegawai
Agama, Pegawai Kaunseling), rakan-rakan, pengawal pusat tahanan dan ahli keluarga.
Manakala saluran pula bermaksud saluran komunikasi lisan dan bukan lisan yang telah
dipilih oleh subjek bagi menghantar mesej atau niat.
Bagi mengaitkan pemboleh ubah proses komunikasi interpersonal dengan
pemboleh ubah bunuh diri, teori oleh McCroskey akan di gabungkan bersama dengan
teori yang diasaskan oleh Ajzen dan Fishbein (1970). Pada peringkat awalnya teori ini
diberi nama sebagai Teori Reason Action. Teori ini menjangkakan bahawa tindakan
masa hadapan manusia boleh dijangkakan melalui perangai dan tingkah laku pada
sebelumnya. Mereka mendapati bahawa setiap subjek yang akan membunuh diri akan
melakukan komunikasi interpersonal. Subjek yang sudah tertanggung beban akan
berusaha meluahkan beban berkenaan dengan melontar mesej-mesej komunikasi yang
membawa maksud membunuh diri. Kajian mereka mendapati sesetengah kes, mesej
membunuh diri disampaikan secara terus dan terdapat juga kes-kes yang mena mesej
membunuh diri disampaikan secara berselindung (...posits that a person s behavior can
be predicted by attitudes toward the behavior and subjective norms concerning the
behavior as well as the intention to perform thatb behaviors...). Teori ini digunakan bagi

memahami komunikasi sumber atau subjek yang merupakan pemboleh ubah terpenting
kajian. Menurut Azjen, seseorang yang ingin membunuh diri, akan cuba membuat
hubungan komunikasi dengan orang lain. Mesej komunikasi ini ialah mereka ingin
membunuh diri. Ia dinyatakan sama ada secara terus, atau terselindung atau pun
melalui perbuatan-perbuatan yang tidak disangka.
Sungguhpun demikian, pada tahun 1985, kajian kepada kes membunuh diri
diteruskan. Azjen mendapati dengan memahami tingkah laku sebelum membunuh diri,
subjek boleh dinasihati supaya tidak mengambil tindakan nekad tersebut. Oleh itu Ajzen
(1985) memperkenalkan satu teori baru iaitu Theory of Planned Behavior. Azjen telah
menambah unsur pengawalan kepercayaan (control beliefs) yang terdiri dari tingkah
laku, subjektif norms, hasrat, dan kawalan tingkah laku. Ajzen mendapati bahawa
seseorang subjek yang ingin membunuh diri akan merancang setiap peri lakunya
termasuk bagaimana cara membunuh diri. Perlakuan ini tidak berlaku secara spontan
ataupun automatik. Subjek akan merancang dan menyusun setiap tindakan yang
diambil. Ini termasuklah melakukan komunikasi dengan orang lain yang berdekatan
atau rapat dengan subjek. Hasrat membunuh diri sentiasa disampaikan dalam
komunikasi tersebut. Begitu juga dengan perkakasan untuk membunuh diri, subjek
akan merancang dan berusaha mencari sesuatu yang berdekatan dan boleh membantu
hasrat untuk membunuh diri. Azjen percaya dengan memahami perancangan tingkah
laku subjek yang membunuh diri, kita akan memahami perlakuan dan pola petanda
yang diberikan. Seterusnya mengambil tindakan-tindakan pencegahan.

B.
DISCUSS THE DEVELOPMENT OF INTERPERSONAL COMMUNICATION
THEORY
Komunikasi interpersonal boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk
berkomunikasi dengan orang lain dan memahami mereka. Komunikasi interpersonal
ini berlaku apabila dua atau beberapa individu berkomunikasi muka ke muka tanpa
menggunakan perantaraan gajet teknologi. Komunikasi Interpersonal berlaku
atas pelbagai sebab iaitu untuk menyelesaikan masalah, menyelesaikan konflik,
berkongsi maklumat, membaiki persepsi diri atau memenuhi keperluan sosial seperti
ingin menyayangi dan disayangi (Pearson, 2000). Itu adalah pemahaman tradisi
terhadap maksud komunikasi interpersonal. Dek tercipta teknologi komunikasi,
sesetengah sarjana menerima perantaraan gajet dalam komunikasi interpersonal. Ini
menunjukkan perkembangan juga berlaku dalam maksud komunikasi interpersonal.
Menurut Koerner dan Flyod (dalam Smith dan Wilsson, 2010), perkembangan
komunikasi interpersonal boleh di lihat dari aspek evolusi perspektif yang digunakan
dalam setiap teori. Manakala Flyod (2009) pula berpendapat, perkembangan dalam
komunikasi interpersonal perlu di lihat aspek bagaimana cara komunikasi
interpersonal di konsepkan, bagaimana ia sepatutnya di kaji kerana ia akan
menjelaskan keseluruhan perkembangan dalam komunikasi Interpersonal.
Bagaimana pun Baxter dan Wilmot (dalam Smith dan Wilson, 2010) berpendapat,
perkembangan komunikasi interpersonal berlaku berdasarkan isu yang dikaji oleh
sarjana seperti perubahan hubungan. Isu yang dikaji sentiasa berubah mengikut
masa. Maka seharusnya perkembangan komunikasi interpersonal berkembang
berdasarkan isu. Sungguhpun terdapat beberapa pendapat tentang bagaimana
membincangkan perkembangan teori komunikasi interpersonal, tetapi jawapan ini
akan melihat isu yang menyebabkan tercipta teori komunikasi interpersonal satu
demi satu berdasarkan empat perspektif iaitu hubungan, interaksi, komunikator dan
sejarah.
PERKEMBANGAN TEORI KOMUNIKASI INTERPERSONAL
Terdapat beberapa teori komunikasi interpersonal yang sering dibincangkan. Bagi
tujuan melihat perkembangan teori komunikasi interpersonal, perbincangan akan
melihat enam teori iaitu Teori Disonan Kognitif (Festinger, 1957), Teori Penembusan
Sosial (Altman & Taylor, 1973), Teori Keperluan Sosial (1958), Teori Pertukaran
Sosial (1959), Teori Pengurangan Ketidakpastian (Berger, 1987), dan Teori
Keperluan Hierarki (1954).
a.
Perkembangan dari perspektif hubungan: Teori Disonan Kognitif (1957),
dan Teori Penembusan Sosial (1973)
Terdapat dua teori yang menekankan elemen perspektif hubungan yang
sering dibincangkan iaitu Teori Disonan Kognitif (Festinger, 1957), dan Teori
Penembusan Sosial (Atman & taylor, 1973). Perbandingan kedua-dua teori ini akan
menunjukkan perkembangan yang sangat signifikan dari aspek hubungan dalam
teori komunikasi interpersonal. Teori Disonan Kognitif ini dicipta oleh Leon Festinger
pada tahun 1957 dan menjadi teori terpenting dalam kajian psikologi sosial atau
sains tingkah laku. Festinger berpendapat apabila perlakuan kita tidak menyamai
apa yang kita percaya, maka mental akan digunakan sepenuhnya atau tegang.

Inilah yang dikatakan disonan kognitif. Keadaan ini mewujudkan keresahan atau
rasa tidak stabil. Justeru, kita akan bertindak mengubah salah satu sama ada
mengubah perlakuan ataupun mengubah kepercayaan. Takat keresahan atau
ketegangan bergantung kepada kepentingan isu yang di hadapi. Contohnya dalam
komunikasi cubaan bunuh diri, subjek percaya dengan melakukan komunikasi bunuh
diri, masalah subjek akan diberi perhatian dan diselesaikan. Tetapi setelah
melakukan beberapa kali komunikasi bunuh diri tetapi masalah subjek tetap tidak
diberi perhatian. Ini akan mewujudkan disonan kognitif pada subjek. Subjek perlu
merubah kepercayaan ataupun perlakuannya iaitu terus membunuh diri. Dalam kes
cubaan bunuh diri, disonan yang dihadapi sangatlah besar.
Bagi mengatasi masalah disonan ini, Festinger mencadangkan tiga kaedah hipotesis
mental bagi memastikan kepercayaan dan tindakan selari. Pertama, bagi
mengurangkan tahap disonan, subjek perlu bertanya, berbual ataupun berusaha
mendapatkan maklumat lanjut berkaitan masalah subjek. Dalam hal ini, pihak yang
sesuai dihubungi oleh subjek ialah Pegawai Kaunseling atau Pegawai Agama.
Hipotesis kedua, kita akan rasa tertekan apabila menyedari keputusan yang dibuat
kurang tepat atau ada keputusan lain yang lebih baik. Contohnya subjek yang
berada di persimpangan sama ada mahu meminum racun dengan kuantiti yang
banyak atau kuantiti yang sedikit. Ataupun terjun dari bangunan tinggi atau
sederhana tinggi. Ataupun melakukan komunikasi bunuh diri sebelum nekad bunuh
diri atau tidak perlu melakukan komunikasi bunuh diri. Disonan yang dihadapi oleh
subjek adalah sangat besar kerana keputusan melibatkan nyawa dan tidak boleh
berpatah balik atau sudah terlewat jika menyedarinya kemudian. Hipotesis ketiga,
justifikasi minima. Subjek akan cuba meyakinkan diri sendiri bahawa dengan
tindakan meminum racun atau bunuh diri, orang lain akan menyesal atau bersimpati
dengan subjek. Subjek mungkin membuat justifikasi minima dengan berkata, bila
aku bunuh diri, barulah mereka (pihak yang menyebabkan masalah) sedar bahawa
isu ini serius dan kemudian baru rasa kasihan kepada aku. Alasan minima ini
digunakan oleh subjek bagi meyakinkan dirinya.
Secara mudahnya, Teori Disonan Kognitif menjelaskan tentang kepentingan
pemikiran dan perlakuan dalam menjalinkan hubungan Sekiranya perlakuan dalam
komunikasi tersebut tidak sama dengan apa yang ada dalam fikiran, maka mental
komunikator mula menolak atau pasif terhadap hubungan dengan komunikator satu
lagi ataupun dikenali dengan disonan kognitif. Semakin penting dan besar
perbezaan perlakuan, maka disonan kognitif juga semakin besar. Bermakna
komunikasi akan di tolak atau dihentikan sekiranya tidak menemui kesamaan
persepsi dengan apa yang berlaku. Bermakna, hubungan dalam komunikasi
interpersonal bergantung kepada elemen ini.
Walau bagaimanapun, 16 tahun selepas itu sarjana mendapati tidak mungkin
menolak komunikasi dengan hanya disebabkan oleh perbezaan pemikiran atau
perlakuan. Ataupun menolak hubungan kerana tidak untung dalam hubungan
tersebut. Lebih-lebih lagi dalam komunikasi penting. Maka itu, sarjana komunikasi
memikirkan bagaimana mengurangkan atau membuang terus disonan ataupun
mendapatkan maklumat yang menyebabkan perbezaan pemikiran atau perlakuan.
Maka itu, Teori Penembusan Sosial (Atman & Taylor, 1973) dicipta. Teori ini
mengupas isu yang sama tetapi ia menekan perihal bagaimana untuk mendapatkan
maklumat dalam hubungan interpersonal yang diumpamakan seperti lapisan kulit

bawang. Teori ini menjelaskan peringkat maklumat yang akan diperoleh dalam
hubungan. Semakin lama hubungan, maka semakin banyaklah maklumat yang akan
diperoleh. Taylor mengumpamakan sebutir bawang yang mana lapisan bawang
adalah tahap atau takat maklumat. Ini kerana kebiasaannya dalam setiap
komunikasi, perkara luaran atau lapisan luaran kerap didedahkan lebih awal dan
pendedahan lapisan berikutnya bergantung kepada tindak balas pihak komunikator
satu lagi. Teori ini juga menjelaskan ranking hubungan yang terbahagi kepada tiga
iaitu awal, intim dan peribadi. Bermakna, perspektif hubungan juga telah
berkembang jauh yang mana komunikator tidak lagi bersifat menolak hubungan
apabila wujud perbezaan tanggapan. Bahkan berusaha mendapat lebih maklumat
yang diwakili oleh lapisan kulit bawang.

b.
Perkembangan dari perspektif interaksi: Teori Keperluan Sosial (1958),
dan Teori Penukaran Sosial (1959).
Terdapat dua teori yang penting dalam kumpulan perspektif interaksi dalam
komunikasi interpersonal. Bagi membincangkan perkembangan teori komunikasi
interpersonal yang tergolong dalam kelompok ini, perbincangan akan mengupas dua
teori yang diasaskan berdekatan iaitu perbezaan hanya satu tahap. Teori Keperluan
Sosial (Schutz, 1958), menjelaskan sikap atau perilaku individu yang akan
mempengaruhi tahap interaksi yang akan dilakukan kemudian. Interaksi dalam
hubungan interpersonal akan ditentukan oleh jenis dan takat keperluan sosial
individu berkenaan. Setiap individu memiliki keperluan sosial yang perlu dipenuhi,
maka ia melakukan komunikasi interpersonal bagi memenuhi atau mendapatkan
keperluan tersebut. Teori ini hampir serupa dengan teori keperluan Maslow tetapi
hanya fokus kepada keperluan sosial sahaja. Keperluan sosial ini diperoleh memalui
interaksi. Teori ini menjelaskan terdapat tiga keperluan sosial iaitu memberi dan
menerima (affection), keperluan didampingi dan mendampingi (inclusion), dan
mempengaruhi (control). Teori ini lebih kepada usaha mendapatkan sesuatu dan
tidak mementingkan pihak lain.
Para sarjana melihat Teori Keperluan Sosial lebih bersifat mementingkan sebelah
pihak dan komunikasi menjadi tidak lengkap. Ini selari dengan pembangunan ilmu
komunikasi seluruhnya yang pada awalnya tidak melihat elemen maklum balas.
Perkembangan disiplin komunikasi yang mula mementingkan elemen maklum balas,
menyebabkan berkembang teori awal oleh Schutz. Maka setahun selepas itu,
Thibaut dan Kelly mencipta teori susulan iaitu Teori Penukaran Sosial (1959).
Teori ini bersandarkan kepada tiga elemen penting iaitu hasil hubungan, kepuasan
hubungan dan kestabilan hubungan. Thibaut dan Kelly melihat hubungan
interpersonal yang berlaku perlu melihat kepada hasil yang diperoleh dari hubungan
tersebut. Sekiranya hasil yang diperoleh adalah seperti yang diharapkan, maka
subjek berada dalam tahap kepuasan hubungan dan subjek akan bertidak
mengekalkan hubungan yang berlaku. Contohnya, selepas melakukan komunikasi
bunuh diri, subjek mendapati ada tindak balas yang positif oleh penerima. Maka
subjek akan kekal berkomunikasi dengan orang yang sama. Justeru dalam kes
bunuh diri, didapati subjek hanya meluahkan perasaan pada individu tertentu sahaja.
Bermakna subjek puas dengan hubungan yang berlaku. Sekiranya subjek tidak
memperoleh apa yang diharapkan, maka hubungan menjadi tidak stabil dan

mungkin subjek tidak ingin berjumpa atau berhubung lagi dengan individu tersebut.
Maka jalan terakhir ialah nekad membunuh diri.
Sungguhpun teori ini hampir sama dengan teori Shutltz tetapi berbeza dari aspek
usaha mendapatkan maklumat. Teori ini lebih bersifat menjelaskan perilaku atau
tindakan susulan oleh individu akibat dari interaksi. Ia tidak terhad kepada keperluan
sosial sahaja. Ia bukan sahaja fokus kepada usaha mendapatkan tetapi melibatkan
timbal balas iaitu mendapatkan sesuatu melalui satu proses penawaran
berperingkat. Teori ini melihat komunikasi sebagai satu keperluan oleh komunikator
dan ia tidak boleh dielakkan. Teori ini menjelaskan tentang keperluan interaksi atau
pun pandangan interaksi. Ia mementingkan kepuasan komunikasi oleh kedua-dua
belah pihak. Ataupun keuntungan yang diperoleh dari komunikasi yang dilakukan.
Sekiranya tidak memasukkan diri komunikator, maka komunikasi akan ditamatkan.
Teori ini cuba menjelaskan isu sebab komunikator memaklumkan sesetengah
maklumat berkaitan dirinya kepada orang lain.
Walau bagaimanapun, terdapat sarjana yang menolak teori ini kerana individu tidak
mudah memberi maklumat pada peringkat awal hubungan. Bermakna pada
peringkat awal hubungan tidak akan wujud hasil hubungan. Individu perlu berkorban
dan bersabar hingga ke pertengahan hubungan barulah mungkin akan dapat
maklumat atau hasil. Teori ini menjadi lebih genting apabila berlaku pada
sesetengah masyarakat yang budayanya sangat tertutup yakni sukar mendedahkan
maklumat. Perbezaan yang jelas dapat dilihat hubungan antara subjek lelaki dengan
penerima perempuan. Maka itu, bagi kes urusan kaunselor, adalah sangat perlu
kaunselor yang sama jantina disediakan. Selain itu, sarjana juga menolak konsep
untung rugi dalam komunikasi. Adakah seseorang itu sangat berkira sehingga setiap
perkara perlu dilihat untung rugi. Dalam sesetengah komunikasi interpersonal,
elemen kepuasan tidak wujud sama sekali. Contohnya komunikasi seorang ketua
dengan seorang kakitangan yang membuat salah. Elemen puas tidak penting.
c.
Perkembangan dari perspektif komunikator: Teori Keperluan Hierarki
(1954), dan Teori Pengurangan Ketidakpastian (1987).
Terdapat dua teori yang agak popular yang menekankan aspek komunikator
iaitu Teori Keperluan Hierarki (1954), dan Teori Pengurangan Ketidakpastian (1987).
Teori Keperluan Hierarki atau lebih dikenali dengan Teori Maslow, menjelaskan
komunikasi sebagai satu tool atau instrumen ke arah mendapatkan asas keperluan
manusia iaitu komunikator. Maslow membahagikan keperluan kepada lima kategori
mengikut hierarki khusus iaitu keperluan fizikal seperti air, udara dan makanan;
keperluan keselamatan seperti tempat tinggal; keperluan sosial seperti kawalan;
penghargaan diri (self esteem); dan kesempurnaan diri. Setiap individu mempunyai
keinginan yang tersendiri yang perlu dipenuhi. Keperluan ini akan memotivasikan
individu usaha mendapatkan keperluan dirinya. Manakala tahap keperluan yang
perlu dipenuhi ialah tahap keperluan yang paling asas iaitu bermula dari bawah.
Teori Maslow yang diasaskan pada tahun 1954 membincangkan keperluan asas
komunikator. Isu keperluan asas ini terus dibincangkan selepas Maslow mencipta
teori berkenaan.
Teori komunikasi interpersonal yang menekankan asas komunikator di lihat
berkembang lebih jauh dalam Teori Pengurangan Ketidakpastian oleh Berger. Ia

diasaskan pada tahun 1987 kerana teknologi komunikasi di dapati mempengaruhi


perilaku komunikator. Berger melihat keperluan komunikator dari sudut yang lain
iaitu keperluan untuk mempertingkatkan kesan hubungan interpersonal yang akan
dilakukan. Pemahaman akan keperluan seperti ini, didapati tidak wujud dalam teoriteori sebelumnya. Maka bolehlah di katakan teori Berger adalah teori yang pertama
yang membincangkan keperluan maklumat bagi mengurangkan ketidakpastian.
Inilah yang di katakan satu perkembangan baru dalam komunikasi interpersonal. Ia
dibangunkan bagi menyelesaikan masalah kekurangan maklumat berkaitan
komunikator yang akan dikomunikasikan. Teori ini menggariskan tiga fasa iaitu fasa
perkenalan, fasa peribadi dan fasa exit. Bermula dengan teori sehala yang tidak
ambil tahu soal penerima; teori berkembang pada keperluan maklumat berkaitan
penerima. Pelbagai isu dan perkara yang ingin kita ketahui berkaitan komunikator
(penerima ataupun penghantar) sebelum melakukan komunikasi interpersonal.
Keperluan ini menjadi lebih genting apabila komunikasi interpersonal berlaku dalam
situasi yang tertekan atau dengan orang yang belum dikenali seperti perbincangan
kelulusan projek, mengurus krisis tebusan dengan pengganas dan lain-lain lagi.
Dalam situasi seperti ini, banyak maklumat yang ingin kita ketahui sebagai
persediaan. Maka teori ini dicipta bagi menyelesaikan fenomena ketidakpastian
terhadap komunikator, sedangkan sebelum ini komunikator tidak serius
diperkatakan. Teori ini mencadangkan tiga strategi ke arah mengurang
ketidakpastian iaitu Strategi Pasif (memerhati), Strategi Aktif (pertanyaan/pencarian)
dan Strategi Interaktif (soal jawab). Teori ini terus dikembangkan dengan menambah
aksiom 8 dan 9. Aksiom kelapan mengambil kira hubungan romantis dalam fungsi
mengurangkan ketidakpastian. Selepas itu Neulip dan Grohskop (2000), menambah
aksiom kesembilan yang mengambil kira harapan yang dibina sebelum menjalinkan
hubungan.

d.

Perkembangan dari perspektif sejarah

Komunikasi interpersonal berlaku sejak manusia dijadikan iaitu komunikasi


antara Adam dan Hawa. Tetapi nyatanya kajian ilmiah berkaitan dengannya adalah
masih baru. Kajian terawal berkaitan teori komunikasi interpersonal mungkin boleh
dikaitkan dengan kajian berkaitan retorik dan persuasif yang berada dalam bidang
pengucapan awam. Kajian terawal ini mengupas bagaimanakah cara terbaik
seseorang perucap dapat menyampaikan maklumat kepada khalayak. Nyatanya
sehingga abad ke-20, belum ada lagi fakulti komunikasi di universiti tetapi kajian
berkaitan pengucapan telah lama diadakan yang mana lebih menjurus kepada
ucapan dalam aktiviti debat, teater, persembahan seni, dan pemujukan.
Sungguhpun demikian, pada akhir abad ke-20 terdapat dua kelompok yang cuba
mengkaji ucapan dalam bentuk yang lebih spesifik. Pertama, perspektif humanistik
yang dikaji oleh Cornell School dan keduanya, perspektif saintifik oleh Midwestern
School (Smith dan Wilson, 2010). Kedua-dua kumpulan ini yang bertanggungjawab
mengasaskan kajian perihal retorik dan pengucapan yang kemudiannya dikenali
dengan komunikasi dan kumpulan ini juga yang paling awal menubuhkan Jabatan
Pengucapan dan Jabatan Teater. Dan hari ini, kita dapati di kebanyakan universiti
menggabungkan jabatan komunikasi dengan jabatan-jabatan lain yang berkait
dengan nya seperti jabatan bahasa di UPM atau pun Jabatan Sains Sosial di UKM.

Tercetusnya Perang Dunia Kedua, melihat para strategis perang mula


membincangkan kesan pengucapan yang baik kepada psikologi manusia. Maka itu,
kita dapati sebaik sahaja perang tamat, sarjana sosial khususnya pakar psikologi
mula melihat kesan pembujukan dan penolakan di mana mereka cuba memahami
proses atau faktor-faktor yang mempengaruhi interpersonal atau aktor yang terlibat
dalam perang. Dalam masa yang sama juga sarjana komunikasi mengkaji
keberkesanan media massa bagi mempengaruhi dan membujuk yang digunakan
dalam perang saraf semasa perang. Dan susulan daripada itulah model
penghantaran mesej dan model sistem hubungan di cipta.
Pada awal tahun 1960, dunia mengalami revolusi budaya yang melihat isu hak asasi
dan kepentingan kaum wanita mula menjadi penting. Revolusi ini secara automatik
merubah bentuk hubungan khususnya dalam sesebuah keluarga. Miller (1976)
menyatakan bahawa pada era itu students themselves began to demand answerr
about how to relate communicatively with their acquantances and close friends, and
romantic partners. Perkembangan yang menarik dan saya kira yang menjadi titik
tolak kepada perkembangan komunikasi interpersonal ialah gerakan yang dilakukan
oleh sarjana dalam bidang sosiologi dan psikologi, di mana mereka bertindak
berpindah jabatan iaitu dari jabatan psikologi dan sosiologi ke jabatan pengucapan.
Kumpulan ini membawa bersama fahaman sosial sains dan orientasi post-positivist
dalam kajian-kajian yang dilakukan selepas itu yang mana menumpukan kepada
kaedah kognitif bagi memahami perilaku komunikasi. Antara isu-isu yang menarik
minat sarjana-sarjana ini untuk dikaji ialah pembujukan interpersonal, mesej bukan
lisan, tarikan interpersonal, dan lain-lain lagi. Implikasi dari gerakan ini, kita dapati
pada hari ini dan boleh di katakan di kebanyakan universiti, Fakulti komunikasi
mengandung pelbagai jabatan yang mendukung disiplin sosial sains. Antara sebab
yang sering dihujahkan ialah semua disiplin berkenaan berkait dengan isu
kemanusiaan atau komunikasi kemanusiaan. Maka bagi memudahkan pemahaman,
ia diletakkan di bawah satu fakulti.
KESIMPULAN
Teori Komunikasi ialah teori yang menjelaskan fenomena komunikasi. Maka
itu, teori komunikasi sangat perlu dan penting dalam menjalankan kajian saintifik.
Teori akan sentiasa di rujuk dalam perbincangan, perbandingan. mengenal pasti dan
memahami fenomena lepas. Dengan adanya teori dalam kajian, kajian yang
dijalankan akan lebih fokus dan membincangkan perkara-perkara yang telah
ditetapkan. Di samping itu juga, teori juga sentiasa dikembangkan atau
dipertingkatkan. Di samping itu juga terdapat situasi yang hanya berlaku pada masa
lampau dan ia hanya boleh dijelaskan dengan teori. Maka untuk memahami masalah
yang dialami pada masa lampau, teori diperlukan.
Telah ditegaskan sejak awal lagi bahawa teori komunikasi sangat terkesan dek
pembangunan teknologi komunikasi. Maka, pembangunan teknologi komunikasi
turut mempengaruhi perkembangan teori komunikasi interpersonal. Begitu juga
perkembangan dari aspek perspektif yang dikupas di atas. Ia turut disebabkan oleh
kesan teknologi. Oleh kerana teknologi yang berkembang terlalu cepat, maka
perkembangan komunikasi interpersonal juga lebih cepat dari teori komunikasi lain.
Teori-teori yang dijadikan contoh perbincangan di atas berkembang atau di cipta
berdasarkan teknologi atau masalah yang dihasilkan oleh teknologi. Maka itu

pemahaman interpersonal yang pada mulanya difahami sebagai bersemuka atau


berhadapan, mula berubah kerana wujud teknologi percakapan maya yang hampir
sama dengan bersemuka. Kesemua ini seakan-akan bergerak selari iaitu
pemahaman konteks barat kerana revolusi teknologi berlaku di barat, dan para
sarjana juga dari barat. Maka perkembangan teori yang berkaitan juga adalah
berasaskan perkembangan ala barat yang mana kebanyakan teori-teori komunikasi
interpersonal di asaskan oleh para sarjana barat.

Rujukan

Adler, R.B., Rosenfeld, L.B., dan Towne, N. (1999). Interplay: The process of interpersonal
communication. Fort Woth: Harcourt Brace.
Altman, I., & Taylor, D., (1973). Social Penetration: The Development of Interpersonal
Relationships. NewYork: Holt, Rinehart and Winston
Ajzen, I. 1985. From intentions to actions: A theory of planned behaviour, ed. J. Kuhi, and
J. Beckmann, Action Control: From cognition to behaviour, pp. 11- 39. Heidelberg:
Springer-Verlag
Ajzen, I., and Fishbein, M. 1970. The prediction of behavior from attitudinal and normative
variables [Electronic version]. Journal of Experimental Social Psychology 6: 466-487
Beebe, S.A., Beebe, S.J., dan Redmond, M.V. (1999). Interpersonal communication:
Relating to others. Boston: Allyn and Bacon.
Braithwaite, D.O., dan Baxter, L.A. (2008). Engaging theories in interpersonal
communication: Multiple perspectives. London: Sage Pub.
Brown, S.D., dan Lent, R.W. (2005). Career development and counseling: Putting theory
and research to work. New Jersey: John Wiley & Sons
Coombs, W.T. (2007). Protecting organization reputations during a crisis: The development
and application of situational crisis communicationtheory.Corporate Reputation
Review. 10(3):163-176.
Craig, R.T. (1996). Communication theory as a field. New York: Guilford
Festinger, L. A. (1957). Theory of cognitive dissonance. Evanston, Ill: Row Peterson
Floyd, K. (2009). Interpersonal communications: the Whole Story. New york: Mc Graw- Hill.
Gilson, S.F., dan DePoy, E.G. (2011). Human Behavior Theory and Applications: A Critical
Thinking Approach. London: Sage Pub.
LittleJohn, S.W., dan Foss, K.A. (2008). Theories of human communication. United States:
Lyn Uhl.

Marshall. D. (2012). History of the internet: Timeline. Di capai pada 3mac 2012 di
http://www.netvalley.com/archives/ mirrors/davemarsh-timeline-1.htm.
Miller, J. B. (1976). Toward a New Psychology of Women. Boston: Beacon Press.
Neulip, J.W., dan Grohskop (2000). Intercultural Communication. UK: St Norbert College
Peace, B.M., Grimes, D., & Jansen, A. (2007). Living communication. London: Oxford Univ
Press.
Pearson, J.C., dan Nelson, P.E. (2000). An introduction to human communication
understanding ang sharing. United States: McGraw Hill Higher Education.
Schutz, W. C. (1958).FIRO, A Three-Dimensional Theory of Interpersonal Behavior. New
York: Rinehart & Co Inc.
Smith, S.W., dan Wilson, S.R. (2010). New directions in interpersonal communication.
California: SAGE Publications.
Soterios, Z. The 1982 Tylenol crisis: A landmark case study in effective public relations.
Dicapai pada 2 Mac 2012 di http://aboutpublicrelations.net/uczoulas1.htm
Thibaut, J. W., and Kelley, H. H. (1959). The Social Psychology of Groups. New York: John
Wiley & Sons.
Walther, J. B. (1996). Computer-mediated communication: Impersonal, interpersonal, and
hyper personal interaction. Communication Research. 23: 3-43.
Walther, J. B. (2011). Theories of computer mediated communication and interpersonal
relations. In M. L. Knapp & J. A. Daly (Eds.), The handbook of interpersonal
communication (4th ed., pp. 443-479). Thousand Oaks, CA: Sage.
West, R., Turner, L.H. (2007). Introducing communication Theory. New York: McGraw Hill

Anda mungkin juga menyukai