Anda di halaman 1dari 5

PENGARUH MEDIA BAHARU TERHADAP PERUBAHAN

KEORGANISASIAN DAN CORAK KEPIMPINAN PDRM DENGAN


PERLAKSANAAN TOTAL QUALITY MANAGEMENT: KAJIAN
KES DI BALAI POLIS SELAYANG BATU CAVES SELANGOR

SCCA 2012 KAEDAH PENYELIDIKAN KOMUNIKASI


PENDAHULUAN: LATAR BELAKANG PERMASALAHAN

• Bentuk komunikasi manusia sentiasa melalui perubahan hasil perkembangan teknologi atau revolusi
komunikasi yang berbentuk struktural dan teknikal (Van Dijk 2006) di mana bentuk komunikasi yang
spesifik seperti secara lisan, tulisan, percetakan dan telekomunikasi turut mempengaruhi masyarakat
keseluruhannya.
• Media ini menggabungkan teknologi komputer dan maklumat, rangkaian komunikasi dan kandungan
media digital. Maklumat yang terhasil berbeza dengan teknologi pada era cetak atau penyiaran
kerana media baharu ini mempunyai ciri-ciri seperti rangkaian digital, capaian global, interaktiviti
dan komunikasi ramai kepada ramai yang menggabungkan semua elemen komunikasi secara lisan,
tulisan, visual, data, dan bunyi dengan menggunakan komputer dan alat telekomunikasi bagi
menyatukannya dalam satu platform (Holmes 2005).
• Internet telah menjadi sebuah fenomena teknologi yang menyediakan pelbagai platform untuk
menyebarkan maklumat yang signifikan dikalangan masyarakat terutamanya POLIS DIRAJA MALAYSIA
khususnya di Balai Polis Selayang yang tidak ketinggalan didalam kemajuan teknologi berinternet ini
LATAR BELAKANG
PERMASALAHAN
Didalam kajian ini, permasalahan yang sering berlaku dikalangan pegawai atasan dan
bawahan mahupun sesama sendiri didalam penerimaan maklumat atau arahan ia telah
menimbulkan pelbagai pola komunikasi yang begitu terbuka dan tanpa sekatan dengan
menggunakan media massa dan teknologi maklumat. Dari hasil perhubungan
komunikasi tersebut telah menimbulkan persepsi yang positif dan negatif dikalangan
pegawai atasan dan aggota bawahan kerana proses komunikasi di antara pegawai dan
bawahan tidak di sertakan dengan perasaan simpati dan empati sama ada dari segi
perhubungan sesama dan penyampaian arahan penugasan. Sehubungan dengan itu,
kajian ini di lakukan adalah untuk melihat sejauh mana pengaruh teknologi dan media
massa didalam mempengaruhi kepimpinan PDRM khasnya di Balai Polis Selayang Batu
Caves Selangor.
PERMASALAHAN KAJIAN:
PERSOALAN KAJIAN: APAKAH PERSOALAN-
PERSOALAN YANG INGIN DIJAWAB MELALUI KAJIAN
YANG DIJALANKAN.
• Kajian ini dilakukan adalah untuk mengukur sejauh mana pengaruh media baharu mempengaruhi
perubahan terhadap pola keorganisasian dan corak kepimpinan PDRM di zaman yang serba canggih
dengan kemajuan teknologi maklumat, disamping itu juga ia bertujuan meningkatkan kredibiliti
sebagai Seorang pemimpin pegawai atasan PDRM di dalam meningkatkan kualiti penugasan anggota
dibawahnya didalam menjalankan tugas-tugas hakiki sekaligus sebagai role model bagi masyarakat
setempat didalam mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan awam.
• kajian ini bertujuan untuk menilai kemahiran anggota-anggota pegawai polis didalam menggunakan
dan manfaatkan penggunaan media massa dan teknologi maklumat didalam perlaksaan penugasan
dan menerima arahan penugasan.
• Kajian ini juga akan menilai tempoh penggunaan dan kesan media massa terhadap tabii anggota-
anggota dikalangan pentadbiran Balai Polis Selayang sebagai pengguna didalam perlaksanaan
penugasan didalam memberi maklumat dan menerima arahan penugasan.

Anda mungkin juga menyukai