Anda di halaman 1dari 13

1|TEORI KOMUNIKASI

Di antara kaedah penyelidikan komunikasi yang di bincangkan, yang manakah sesuai


digunakan untuk melihat kesen internet kepada remaja ? nyatakan sebab sebab pilihan
anda.
Teknologi Maklumat
Bidang teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini tidak dapat dinafikan akan
kewujudannya.Ia sudah menjadi komponen utama dalam kehidupan harian dan akan
bertambah penting pada masa akan datang.Lebih-lebih lagi pihak kerajaan telah mengambil
inisiatif untuk menjadikan ekonomi digital sebagai tulang belakang ekonomi negara serta
untuk menjadi pendahulu era digital dan maklumat.Cabaran yang menanti kita kelak tentulah
cabaran dalam usaha menjadikan teknologi maklumat sebagai budaya khlayak yang sekaligus
mencerminkan ciri penerimaannya secara menyeluruh sebagai sebahagian daripada tresam
kehidupan seharian masyarakat serta dapat membendung isu darjat dan kelas kehidupan.
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru,
malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak
awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang
berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu
tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan
lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan
mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada
penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah
& Rose Alinda, 1996).
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah
menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi.
Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada
yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi
terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan
berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda
perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau
MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi
komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam
sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam
bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang
pendidikan.

2.0 Definisi Internet


Internet merupakan satu rangkaian yang bersifat global menghubungkan lebih daripada
seorang pengguna dari seluruh dunia yang membolehkan pertukaran maklumat
berlaku.menurut Majalah Dewan Masyarakat(keluaran Disember 2005) mentakrifkan internet
sebagai suatu rangkaian komputer antarabangsa yang menghubungkan lebih 40 ribu
rangkaian komputer yang diurus bersama secara bersendirian.Manakala Majalah PC (jilid 3
vol 95) mendefinisikan internet sebagai suatu sistem yang menggabungkan rangkaian seluruh
dunia dengan menyediakan peerkhidmatan komunikasi data seperti login jarak jauh (remote
login),pemindahan fail,e-mail dan kumpulan berita (news group).

2|TEORI KOMUNIKASI

3.0 Sejarah Internet


Bermulanya internet adalah untuk sistem pertahanan USA bagi menghadapi serangan nuklear
daripada Soviet Union dalam perang dingin dan tidaklah bersifat global seperti sekarang.Idea
yang berasaskan rangkaian yang tiada mempunyai kuasa pusat yang terdiri daripada beberapa
nod yang boleh menyampai dan menerima mesej.Mesej adalah dalam bentuk paket yang
mempunyai alamat destinasi. Kemudian ia dimajukan dan diluaskan penggunaan daripada
hanya menghubungkan dua syarikat kepada perhubungan seluruh dunia.Di Malaysia
teknologi internet bermula pada tahun 1993 dan terus berkembang hingga kini dan
dianggarkan pelanggannya adalah memlebihi daripada 45000 orang.
4.0 Perkhidmatan-Perkhidmatan Internet
4.1 Perkhidmatan Capaian Internet
FTP ( File Transfer Protocol)
Pemindahan fail dalam internet disokong oleh suatu spesifikasi yang dinamakan Protokol
Pemindahan Fail ( File Transfer Protocol :FTP). FTP menggunakan sistem pelangganpelayan iaitu pengggunaan aturcara pelanggan dinamakan FTP bagi membuat sambungan
kepada aturcara pelayan pada komputer jauh. Konsep FTP mudah, misalnya jika ingin
menghantar satu arahan meminta pelayan menghantar satu salinan fail tertentu. Pelayan
bertindakbalas dengan menghantar fail yang diminta. Aturcara pelanggan akan menerima fail
itu dan disimpan ke folder yang dikehendaki. Terminologi FTP adalah komputer yang
digunakan dinamakan hos tempatan dan komputer yang satu lagi dinamakan hos jauh. FTP
menjadi penting terutama apabila sesuatu fail itu besar dan lebih kompleks di mana e-mail
tidak boleh berfungsi dengan baik apabila kita ingin membawa antara 10 ke 12 muka surat.
Download
Dirujuk sebagai memindah-terima fail atau kadang-kala disebut sebagai memuat turun fail.
Ini kerana internet menjadi sumber sebagai kepada fail-fail lain termasuk
permainan,grafik,font,bunyian,muzik,video dan lain-lain.Proses memindah terima adalah
amat mudah dan ia dibahagikan kepada 5 langkah iaitu mencipta satu folder khas dalam
cakera keras,nama folder biarlah ada makna contoh download,cari dan pindah terima fail
yang dikehendaki,cari fail yang dikehendaki dan menyimpannya ke dalam folder yang telah
disediakan,membuka mampatan fail yang dipindah terima,memasang perisian berkenaan dan
memadamkan fail-fail yang tidak diperlukan.

3|TEORI KOMUNIKASI

4.2 Perkhidmatan Carian Internet


Disebut sebagai enjin pencari atau search engine.Ia digunakan untuk mendapatkan
maklumat tertentu dengan pantas.Terdapat beberapa enjin pencari iaitu:
Yahoo Web Cawler
Hotboot
Alta Vista
Excite
Terdapat juga enjin pencari tempatan iaitu CARI tetapi kurang berkesan.Prestasi setiap enjin
pencari adalah berbeza.Pengguna yang ingin mencari sesuatu maklumat perlu memasukkan
kata kunci (keywords) pada ruang cari yang disediakan.

4.3 Perkhidmatan Komunikasi


4.3.1 Komunikasi Berasaskan Teks
a) Mel Elektronik ( E-Mel)

Mel Elektronik atau E-Mel merupakan mel yang dihantar secara elektronik, khasnya
menerusi system komputer. E-Mel hampir sama dengan mel yang biasa Cuma ianya tidak
memerlukan penggunaan setem bagi tujuan penghantaran. Perbezaan di antara e-mel dengan
mel secara tradisi ialah proses penghantaran mel menerusi teknologi elektronik adalah lebih
pantas dan lebih murah. Proses surat-menyurat dapat dilakukan dalam masa yang lebih
singkat dan murah. Proses surat-menyurat dapat dilakukan dalam masa beberapa saat sahaja
sebelum e-mel yang dihantar boleh diterima oleh penerima walau di penghujung dunia mana
mereka berada. Seorang pengguna juga boleh menghantar salinan atau menyertakan lampiran
dengan mel elektronik.
Mel elektronik bukan sahaja terhad kepada penghantaran teks malah berupaya menghantar
gambar, grafik, video, audio, animasi dan sebagainya. Satu mel elektronik yang dihantar
kepada satu alamat mel elektronik yang diketahui boleh terus dihantar kepada seorang
pengguna mahupun kepada beberapa orang pengguna secara serentak. Justeru itu, mesej yang
sama boleh disalurkan kepada ramai pengguna internet yang lain tanpa perlu menyalin
semulamel tersebut. Komunikasi menerusi mel elektonik juga membolehkan seseorang itu
berhubung dengan orang lain dengan lebih cepat dan mudah. Mel elektronik juga
membolejkan pengguna berhubung dengan pengguna lainsama ada dengan kehadirannya
ataupun tidak, di dalam atau di luar negara.
Mel eletronik adalah satu perkhidmatan internet yang popular dan memudahkan pengguna
berkomunikasi antara satu sama lain. Setiap pesanan yang dihantar, akan melibatkan kos
yang amat minimum . Pesanan dan pertanyaan boleh ditulis bila-bila masa dan dihantar dari
rumah atau pejabat dan akan sampai kepada penerima dalam masa yang singkat. Selain
daripada bentuk teks, penghantaran melalui e-mail boleh melibatkan imej grafik dan suara (
voice mail ). Penghantaran maklumat tersebut boleh dilakukan sama ada dari seorang ke

4|TEORI KOMUNIKASI

seorang atau dari seorang kepada ramai, yakni se kumpulan penerima secara serentak.
Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya
melalui kemudahan e-mail.
b) Perbincangan Dalam Kumpulan (News Group).
Satu lagi penggunaan internet ialah untuk mengambil bahagian di dalam kumpulan
perbincangan (News Group). Terdapat banyak kumpulan perbincangan elektronik di merata
dunia. Semasa dalam perbincangan elektronik, seseorang yang terlibat boleh memainkan
peranan yang pasif ataupun aktif. Aktif bererti mereka akan membaca mesej yang diterima
daripada kumpulan perbincangan dan bertindak ke atasnya. Pasif pula bererti seseorang itu
akan membaca kiriman daripada kumpulan perbincanagn tetapi tidak bertindakbalas
kepadanya.
Di internet, kita boleh membaca atau menyertai perbincangan tentang pelbagai subjek
mengikut minat dan cita rasa kita. Kumpulan perbincangan secara asasnya adalah aplikasi
dan lanjutan kepada penggunaan e-mail secara berkesan. Komuniti-komuniti yang terbentuk
secara elektronik yang mempunyai minat yang sama membolehkan ahli-ahli yang menyertai
kumpulan perbincangan berkongsi pendapat dan membantu di antara satu sama lain tanpa
batasan sempadan geografi. Terdapat beribu-ribu kumpulan diskusi yang boleh disertai oleh
pendidik mengikut minat mereka.
c) Internet Relay Chat (IRC)
Salah satu cara berkomunikasi paling cepat yang dapat disertai ialah kumpulan perbualan
yang terdapat dalam internet. Internet Relay Chat tidaklah merujuk kepada sekumpulan orang
berbual sesama sendiri dan mereka dapat mendengar suara masing-masing. Sebaliknya, IRC
bermakna kita berbual dengan orang lain dengan menggunakan papan kekunci. Kita boleh
berbual serentak dengan ramai orang di seluruh dunia. Beribu-ribu orang di seluruh dunia
berbincang tentang berbagai tajuk setiap masa melalui IRC. Setiap tajuk yang berlainan
dinamai "saluran".
IRC sebenarnya berdasarkan model pelayan pelanggan. Ini bermakna, perisian pelanggan dan
pelayan diperlukan untuk melihatnya. Terdapat banyak perisian pelanggan IRC untuk
pelbagai komputer yang berlainan. Antara yang terkenal ialah mIRC ( http://www.mirc.com
), netmeeting, ICQ ( http://www.mirabilis.com ), dan lain-lain lagi. Perisian pelanggan IRC
akan berkomunikasi dengan pelayan IRC dalam Internet. Kita log masuk pelayan dengan
menggunakan perisian pelanggan dan kemudian pilihlah saluran yang diminati. Melalui
kemudahan yang disediakan oleh beberapa web server ( contohnya Xoom
http://www.xoom.com ) , kita berpeluang membina ruang perbualan sendiri. Ruang-ruang
perbualan ini boleh diubahsuai untuk digunakan sebagai bilik mesyuarat siber.

5|TEORI KOMUNIKASI

4.3.2 Komunikasi Berasaskan Suara


Mel suara atau voicemail adalah merupakan mel yang mengandungi suara. Mel suara tidak
banyak berbeza berbanding dengan mel yang berasaskan teks. Mel suara menghantar suara
atau audio. Satu mel suara yang dihantar kepada satu alamat mel elektronik yang diketahui
boleh terus dihantar kepada seorang pengguna mahupun kepada beberapa orang pengguna
secara serentak. Justeru itu, mesej yang sama boleh disalurkan kepada ramai pengguna
internet yang lain tanpa perlu menyalin semulamel tersebut.
Komunikasi berasaskan suara menggunakan mel elektonik juga membolehkan seseorang itu
berhubung dengan orang lain dengan lebih cepat dan mudah. Mel elektronik juga
membolejkan pengguna berhubung dengan pengguna lainsama ada dengan kehadirannya
ataupun tidak, di dalam atau di luar negara. Mel eletronik adalah satu perkhidmatan internet
yang popular dan memudahkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain. Setiap
pesanan yang dihantar, akan melibatkan kos yang amat minimum . Pesanan dan pertanyaan
boleh ditulis bila-bila masa dan dihantar dari rumah atau pejabat dan akan sampai kepada
penerima dalam masa yang singkat. Selain daripada bentuk teks, penghantaran melalui e-mail
boleh melibatkan imej grafik dan suara ( voice mail ). Penghantaran maklumat tersebut boleh
dilakukan sama ada dari seorang ke seorang atau dari seorang kepada ramai, yakni
sekumpulan penerima secara serentak. Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan
memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mail.
4.3.3 Komunikasi Berasaskan Video
Sidang video membenarkan lebih dari dua orang untuk bertemu secara bersemuka tanpa perlu
kehadiran mereka secara reliti. Apa yang diperlukan ialah perhubungan seperti juga
menggunakan telefon Cuma ianya membolehkan pihak-pihak yang berkomunikasi dengan
menggunakan sdang video melihat antara satu sama lain melalui skrin komputer. Sistem ini
juga membolehkan sebarang fail komputer dipindahkan menerusi talian komunikasi dan ini
secara tidak langsung memudahkan proses perkongsian maklumat. Dengan menggunakan
sidang video, sesuatu jarak yang jauh beribu batu menjadi dekat tambahan pula dengan
teknologi telekomunikasi masa kini menjadikan penyiaran sidang video menjadi lebih terang
dan jelas, tidak kira di mana jua mereka berada. Sidang video juga boleh digunakan sebagai
alat bantuan mengajar. Dengan kata lain, sidang video membolehkan pembelajaran jarak jauh
menjadi semakin mudah dan efektif.

6|TEORI KOMUNIKASI

5.0 Isu-Isu Semasa Internet


Melalui revolusi teknologi maklumat atau IT,teknologi dunia dan persekitarannya turut
berubah dari semasa ke semasa. Ramai yang beranggapan bahawa revolusinya di seluruh
dunia terlalu laju berbanding revolusi pertanian dan revolusi perindustrian.Antara teknologi
IT yang sering diperkatakan iailah kad pintar(smart card) dan e-dagang(e-commerce).
a) Kad Pintar
Peranan dan fungsinya adalah semakin penting pada hari ini.Ia bukan sekadar sekeping objek
kecil daripada bahan plastik yang boleh dimuatkan dengan mudah ke dalam poket,sebaliknya
ia mampu menyimpan maklumat kritikal secara elektronik di dalamnya terus kekal,dilindungi
dan boleh diakses pada bila-bila masa. Saiznya yang hanya sebesar kad kredit itu,lazimnya
dilengkapi dengan sebuah mikrocip elektronik yang tertanam di dalamnya.Cip tersebut
adalah bertujuan untuk menyimpan data-data elektronik dan program-program yang
dilindungi dengan ciri-ciri keselamatan. Sesetengah piawaian pula akan mendefinisikan
beberapa aplikasi khusus kad pintar meliputi kad telefon selular digital,kad kredit (master
card) dan dompet elektronik (Visa Cash). Satu lagi teknologi kad pintar yang bakal
diperluaskan adalah penggunaan teknologi biometrik yang akan membolehkan seseorang
individu itu dikenalpasti identitinya menerusi pengenalpastian maklumat cap tangan,cap
jari,retina mata atau suara.

b) E-Dagang
E-dagang atau perdagangan elektronik diwujudkan untuk menyelesaikan masalah jarak dan
waktu.Melalui teknik ini peniaga dan pembeli dapat berinteraksi di alam maya.Di dalam
internet,peniaga-peniaga bolehmendirikan kedai-kedai maya mereka yang dapat mempamer
dan mempromosikan barangan jualan mereka.Seseorang penjual barangan kraftangan di
Kelantan boleh memasarkan barangannya melalui internet dengan membina tapak webnya
sendiri yang membolehkan seorangpembeli dari negara Jepun membuat tempahan.Melalui Edagang, pembeli ini boleh membuat bayaranmenggunakan wang elektronik,kad kredit,bank
maya atau mengepos terus cek kepada penjual tersebut.Ramai yang masih ragu-ragu dengan
keselamatan dan kebolehpercayaan e-dagang terutama penggunaan nombor kad kredit yang
ada kemungkinan boleh dipintas dan disalin oleh penceroboh (hackers) yang berniat
jahat.Tetapi dengan adanya beberapa ciri-ciri keselamatan seperti enkripsi,pensijilan
digital,tandatangan digital,wang digital dan lain-lainpiawaian keselamatan seperti
SET(Secure Electronik Transaction) yang dibangunkan oleh VISA, Mastercard dan
SSL(Secure Socket Level) yang dibangunkan oleh Netscape. Malahan Wharton Econometric
Forecasting Associates meramalkan pertubuhan E-Dagang sebanyak 69% setiap tahun
sehingga 2003 di mana dijangkakan jumlah perdagangan yang dilakukan media elektronik
akan melebihi angka RM 3.8 billion.

7|TEORI KOMUNIKASI

6.0 Kebaikan-kebaikan Sistem Internet


Internet banyak meberikan manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian
tinggi.Ia membuka dimensi baru sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa
dan lokasi.Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama
iaitu penggunaan perpustakaan.Masyarakat ramai juga tidak terlepas merasai bahang internet
dengan capaian berita dengan cepat dan pantas sama ada berita liputan dalam atau luar negara
misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France 98 mahupun berita panas
seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Namun terdapat pelbagai kebaikan lain
mengenai penggunaan internet iaitu:
a) Pendidikan Dalam Internet
Kini terdapat Universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan
akaun internet untuk pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar mengguanakan internet
untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa melangkah
kaki ke bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian
melalui internet.Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan
sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video
membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek.
Begitu juga penggunaan perpustakaan maya di mana membenarkan kita mencari buku dalam
talian jika mempunyai kad perpustakaan dengan perputakaan tersebut.
b) Perniagaan Dalam Internet
Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual
beli barangan dan perkhidmatan.Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan internet
dalam dua cara iaitu:
(i) Memasar, menjual barangan,perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.
(ii) Mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet.
Maka bermula dari sini, orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.
c) Perubatan Dalam Internet
Internet merevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita
dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan
menjalankan pembedahan. Hospital maya sudah pun berkembang dalam internet.Hospital ini
sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi meberi capaian khazanah sumber perubatan yang
begitu banyak yang terdapat dalam internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak
seimbas atau membuat pencarian dalam pengkalan data untuk mencari jawapan kepada
permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara

8|TEORI KOMUNIKASI

rawatan terkini dengan apa yang dinamai sebagaiteleperubatan. Dengan menggunakan


teknologi ini,pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada
berbatu-batu daripada bilik pembedahan.

d) Mempercepatkan dan mempermudahkan kehidupan manusia


Teknologi internet mempermudahkan segala urusan.Kemudahan atas talian atau "on line"
membolehkan pelbagai jenis bil boleh dibayar. Antaranya bil pinjaman
kereta,rumah,pinjaman pendidikan,perkhidmatan penerbangan dan sebagainya. Bukan itu
sahaja, pelbagai urusan pejabat pada masa kini menggunakan internet sebagai
mempercepatkan proses tertentu dan teknologi ini memudahkan urusan tersebut. Ekonomi
pembangunan negara akan meningkat dengan sistem ini jika ia digunakan dengan betul.
e) Memperluaskan aktiviti sosial dunia
Sistem internet juga dapat menghubungkan kita dengan negara-negara lain.Aktiviti sosial
dapat diperluaskan dengan penggunaan internet. Misalnya e-mail satu proses hubungan dua
hala yang canggih dan cepat.Pada masa dahulu sistem surat yang melambatkan
digunakan.Kaedah kominikasi global ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara
negara.
f) Pusat perkembangan ilmu dunia
Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan melayari internet.Misalnya laman web google
dapat membantu banyak pelajar dan masyrakat dalm mencari pelbagai maklumat terkini
mengenai sesuatu perkara. Sistem ini merupakan perpustakaan dunia. Ia mempercepat dan
mempermudahkan kita mencari maklumat.

7.0 Keburukan-Keburukan Sistem Internet


Di sebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan
internet.Ia diibaratkan sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong
buah atau sayur tetapi menjadi satu kesakahan pula jika ia digunakan untuk membunuh dan
diklasifikasikan sebagai penyalahgunaan. Antaranya ialah:
a) Medium Penyebaran Dakyah Jahat
Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh
mubaligh-mubaligh kristian ini yang menghasilkan laman web kitab Injil yang diselewengkan
dalam bahasa Malaysia.Sebaran ini dilakukan untuk memesongkan akidah agama islam
khususnya. Golongan sasaran mereka ialah golongan remaja.
b) Memberi Maklumat Palsu Untuk Kepentingan Puak Tertentu

9|TEORI KOMUNIKASI

Malah terdapat juga manusia yang menyalahgunakan internet sebagai pusat sebaran
maklumat palsu untuk kepentingan peribadi mereka. Antaranya ialah terdapat laman web
yang dibina bagi mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan
mafia "Trench Coat".
c) Medium Penyebaran Virus
Penyebaran virus melalui internet dalah perkara biasa kita dengar.Terutamanya penyebaran
melalui penghantaran e-mel seperti virus mutant,melissa yang terbaru adalah virus CIH yang
menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya Kesan daripada virus hinggalah
merosakkan sistem sesebuah PC.
d) Pecah Masuk Ke Sistem Lain
Iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun
bank.
e) Pornografi
Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat
terutama kepada remaja belasan tahun kerana internet membenarkan access tanpa had. Ia
sudah tentu boleh melekakan masyarakat islam dari segi kehidupan yang sihat.
f) Menurunnya Produktiviti Syarikat
Ia seringkali dibicarakan sebagai satu faktor yang menyumbang ke arah menurunnya
produktiviti syarikat jika pekerja melapangkan masa yang sepatutnya melakukan kerjha tetapi
kepada melayan internet.Jika ramai yang melakukannya ia akan membarah dan akhirnya kos
operasi juga akan meningkat ekoran penggunaan sumber yang tidak betul.
8.0 Internet Dalam Bidang Pendidikan
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru,
malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak
awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang
berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu
tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan
lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan
mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada
penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah
& Rose Alinda, 1996).
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah
menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi.
Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada

10 | T E O R I K O M U N I K A S I

yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi


terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan
berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda
perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau
MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi
komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam
sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam
bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang
pendidikan.
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat
memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu,
NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya
pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft
(1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan
komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan
yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di
sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan
matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar
tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982)
menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebut an dan bahasa
matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman
yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini
telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah
dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ).
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and
Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:Pelajar
yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap
dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih
kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu
pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan. Pencapaian
pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara. Kumpulan yang
belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka
masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain. Penggunaan
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti
spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula
dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam
pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara
langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.
Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan
maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada
semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra
dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui'

11 | T E O R I K O M U N I K A S I

(virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat
menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam
suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan
kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara
kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus
diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al,
1996).
Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar
terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada
internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa
minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat
kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini
akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti
komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia
pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi
yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).
Internet akan menjadi sebahagian dari sekolah bestari menjelang Januari 1999 kelak. Telah
pun diumumkan bahawa, semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet
menjelang tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama serta bantuan
kepakaran MIMOS, telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan (Sulaiman, 1996). Melalui
projek ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan
rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang
berterusan kepada guru-guru. Program ini, walaupun kurang berjaya, tapi sekurangkurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan pelajar tentang
penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan. Dalam perkembangan terbaru,
Kementerian Pendidikan Malaysia , melalui Bahagian Pendidikan Guru, sedang menjalankan
Kursus Dalam Perkhidmatan (14 Minggu ) Bestari kepada guru-guru di seluruh negara
bertempat di beberapa buah maktab perguruan. Guru-guru ini dipilih daripada 90 buah
sekolah yang dijangka akan melaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. Dalam
kursus ini, guru-guru akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran generik termasuklah
kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan utama
dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan berpeluang menjadikan
internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.
Internet atau Internasional Network of Networks ialah sebuah rangkaian gergasi komputer
di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara
satu sama lain ( Crumlish, 1996 ). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer
di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna
dari lebih daripada 160 buah negara (Zoraini, 1995). Dalam rangkaian Internet, terdapat
berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari.
Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian komputer, video, audio, majalah,
kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Di dalam Internet terdapat lebih
daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa
orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama,

12 | T E O R I K O M U N I K A S I

termasuklah matematik. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para
pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti
pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan
dengan berkesan. Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya
,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka,
khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi
tunjang dan ikutan utama. Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban
tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan
sistematik. Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam
menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan
mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap
ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.
Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti
yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat menggunakan internet
secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai
sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa
hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mail.Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh
guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):Berkomunikasi secara dalaman dan
luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian. Mendapatkan
khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal. Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung
dengan proses pengajaran dan pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan
inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya. Menghubungi agensi
pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di
gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah berkongsi menjalankan
sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain. Berbincang dengan rakan dari
kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa.
Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan
rakan pena di luar negara. Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu
masalah pelajaran secara "on-line". Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak
faedah kepada para pelajar ( Zoraini, 1996).Antara kebaikan lain internet adalah pelajar lebih
peka terhadap isu semasa dunia,pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi
komputer,pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan dan pelajar dapat meningkatkan
kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi.

13 | T E O R I K O M U N I K A S I

9.0 Kesimpulan
Ke tiga-tiga aliran atau kategori atau cabang falsafah berkenaan mencorakkan pendidikan
dalam pelbagai hal seperti resolusi standard pendidikan, kandungan mata pelajaran dan
kurikulum pendidikan guru, autonomi universiti, kebebasan akademik, undang-undang dan
peraturan tentang pentadbiran pendidikan, penglibatan dan disiplin pelajar, pengajaran,
pembelajaran dan sebagainya.Misalnya, metafizik memberi panduan kepada matlamat dan
objektif pendidikan.Epitemologi memberi dorongan kepada usaha-usaha penyelidikan bagi
mengembangkan ilmu dan menyelesaikan masalah pendidikan.Aksiologi mempersoalkan
kerelevenan mata pelajaran dalam kurikulum. Etika memberi panduan kepada usaha-usaha
pendidikan sebagai ejen sosialisasi.Estetika pula memberi panduan kepada kandungan
kurikulum bagi melahirkan manusia yang halus sifat kemanusiaannya dan cinta kepada
ketenteraman dan keharmonian alam.Oleh yang demikianke tiga-tiga cabang falsafah
berkenaan mempunyai kepentingan masing-masing dalam bidang pendidikan. Ia juga telah
dicorakkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan,berketrampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga,masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai