Anda di halaman 1dari 25

Topik

Pengurusandan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan dan mendefinisikan konsep permainan tradisional 2. Menyatakan prinsip pengurusan dan pengelolaan permainan tradisional serta faedah permainan tradisional 3. Menyatakan langkah-langkah pengelolaan dan pentadbiran permainan tradisional serta contoh-contoh pertandingan.

PENGENALAN
Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Permainan tradisional berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa. Tujuan permainan tradisional adalah untuk mengisi masa lapang, merayakan sesuatu pesta atau perayaan dan meningkatkan ukhuwah antara peserta. Permainan tradisional dapat meningkatkan kemahiran psikomotor dan kecergasan di kalangan peserta. Tiada undang-undang dan sistem pertandingan yang piawai dalam pertandingan permainan tradisional. Undang-undang dan

208

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

sistem pertandingan yang di guna pakai bergantung kepada keadaan dan tempat pertandingan.

9.1

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional atau sukan tradisional adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti rekreasi. Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan. Permainan tradisional dimainkan bertujuan bagi mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti permainan tradisional biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan. Peraturan permainan tradisional bergantung kepada persetujuan pemain. Oleh itu peraturannya berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain, begitu juga dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Permainan tradisional juga boleh dijalankan dan diberhentikan pada bila-bila masa serta wujud dalam bentuk sejagat. Dalam erti kata lain permainan tradisional tidak mempunyai masa yang piawai. Permainan tradisional adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi dan rohani dan intelektual. Permainan tradisional merupakan permainan yang di warisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Biasanya adalah sukar bagi kita hendak menjawab persoalan yang berkaitan dengan sejarah permainan tradisional seperti dari mana asal permainan tradisional, siapa pelopor permainan ini, di manakah permainan ini mula diperkenalkan dan berbagai lagi. Ini disebabkan permainan tradisional disebar dari mulut ke mulut dan tiada dokumen atau rujukan khas yang boleh kita rujuk. Kebanyakan permainan tradisional dicetuskan dari pengalaman kehidupan sesuatu bangsa seperti berdasarkan pekerjaan, sumber ekonomi dan kehidupan sosial sesuatu bangsa atau keturunan. Bahan atau sumber yang digunakan dalam permainan tradisional biasanya berada di sekitaran atau alam sekeliling. Kebanyakan permainan tradisional di Malaysia tidak memerlukan alat yang khusus. Biasanya alatan yang digunakan dalam permainan ini mudah di peroleh sama ada dalam bentuk bahan tempatan yang mudah dan murah diperolehi atau bahan kitar semula.

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI) 209

Tujuan Pertandingan Permainan Tradisional Terdapat pelbagai tujuan permainan tradisional antaranya ialah: (a) (b) Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi masa lapang. Permainan tradisional seperti permainan dam dan congkak adalah permainan yang meminta pemainnya berfikir. Oleh itu mendorong pemainnya menggunakan fikiran dalam menyelesaikan masalah. Permainan tradisional seperti permainan wau membolehkan pemainnya menggunakan kreativiti dalam membina wau. Permainan tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu kita membina kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran seperti: (i) (ii) kekuatan kardiovaskular kelenturan

(c) (d)

(iii) Daya tahan otot (iv) Kekuatan otot (v) Ketangkasan

(vi) Imbangan (vii) Koordinasi (viii) Kuasa (ix) Masa tindak balas (x) Kelajuan

Kebaikan Permainan Tradisional Permainan tradisional bukanlah sesuatu merupakan pertandingan ke arah permainan profesional, sebaliknya konsep permainan tradisional adalah untuk berlipur dan memenuhi masa lapang pemainnya. Dari sini dapatlah dirumuskan permainan tradisional lebih bersifat permainan dari pertandingan. Oleh kerana sifat permainan tradisional ini sebagai permainan untuk beriadah. Ia dilihat berupaya menangani masalah tekanan hidup harian pengamalnya dan membentuk kehidupan yang bermotivasi. Oleh itu permainan tradisional dilihat berupaya membentuk kesihatan emosi yang baik.

210

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

Permainan tradisional sebagai medan yang baik untuk membentuk komunikasi yang berkesan antara permain sepasukan dan pemain lawan yang seterusnya akan merangsang ukhuwah. Sosiologi atau pemasyarakatan merupakan satu proses sepanjang hayat yang perlu dilalui oleh seseorang individu. Permainan tradisional dapat akan memudahkan individu untuk menerapkan kebudayaan, nilai, sikap dan sahsiah sesuatu bangsa atau masyarakat. Oleh kerana sifat permainan tradisional yang lebih menekankan persahabatan dan kebudayaan permainan tradisional merupakan alat yang baik dalam proses sosiologi. Seperti permainan yang lain, permainan tradisional juga dilihat dapat membentuk kecergasan fizikal dan mental buat pemainnya. Permainan tradisional dapat membentuk kemahiran motor yang berguna dan bermakna kepada pengamalnya. Dengan kata lain permainan tradisional memberi peluang yang terbaik kepada pengamalnya untuk membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal. Permainan tradisional yang melibatkan aktiviti fizikal dilihat dapat membentuk kecekapan dalam menguruskan badan Pengurusan badan merujuk kepada kebolehan mengawal anggota dalam pelbagai situasi pergerakan dan konteks persekitaran yang pelbagai. Pengurus badan merangkumi: Penjagaan postur yang betul Pengawalan dan perimbangan tubuh dalam satu situasi Pengaruh ritma dalam pendalian pergerakan badan Koordinasi pergerakan yang cekap Pergerakan merentasi lantai ruang

Jenis Permainan tradisional Oleh kerana permainan tradisional lahir daripada budaya dan sosiologi masyarakat, permainan tradisional wujud dalam variasi pertandingan yang banyak. Permainan tradisional dipertandingkan dalam dua jenis sama ada dalam bentuk individu (dipertandingkan antara individu dengan individu yang lain) dan kumpulan (di pertandingan lebih dari seorang sekumpulan).

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI) 211

Jadual 9.1: Jenis Permainan Tradisional Individu Congkak Dam Wau Gasing Laga Ayam Kumpulan Usung balak Galah panjang Tating lawi Sorong kereta Sepak raga bulatan

Kategori Pertandingan Permainan tradisional terbahagi kepada dua iaitu pertandingan anjung dan pertandingan laman.
Jadual 9.2: Ciri-ciri Kategori Permainan Tradisional Permainan Anjung Kawasan permainan di dalam ruangan rumah contohnya di anjung rumah Tempat permainan dileparan simen atau lantai kayu Tempat permainan melibatkan kawasan yang tidak luas Melibatkan bilangan permain yang tidak ramai Permainan Berpasukan Kawasan permainan di luar rumah atau di kawasan lapang contohnya di padang Tempat permainan rumput atau simen di ruang tanah,

Tempat permainan melibatkan kawasan permainan yang luas Melibatkan permain yang ramai dan biasanya dalam bentuk kumpulan.

Sistem Pertandingan Oleh kerana permainan tradisional tidak mempunyai peraturan khas yang termaktub sebagai undang-undang piawai. Sistem pertandingan permainan tradisional bergantung kepada peserta yang mengambil bahagian. Namun dewasa ini permainan tradisional telah mula mendapat perhatian dari Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Kebudayaan Dan Warisan. Sistem pertandingan permainan tradisional mula di piawaikan tetapi mengikut keadaan pertandingan. Permainan tradisional biasanya dipertandingkan dalam bentuk individu, berpasangan atau berkumpulan. Bagi pertandingan permainan tradisional yang mempunyai penyertaan individu yang ramai contohnya pertandingan gasing sistem yang dipertandingkan sesuai dalam bentuk kalah mati. Namun bagi pertandingan yang terdiri dari kumpulan yang kurang daripada 10 penyertaan adalah di cadangkan sistem pertandingan secara liga.

212

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

SEMAK KENDIRI 9.1


1. 2. 3. Huraikan kebaikan pengelolaan dan pertandingan permainan tradisional? Nyatakan kategori pertandingan permainan tradisional dan cirikan perbezaannya? Nyatakan dan huraikan tujuan pertandingan permainan tradisional?

9.2

SISTEM UNDIAN DALAM PERMAINAN TRADISIONAL

Sebelum memulakan permainan tradisional biasanya undian dilakukan bagi menentukan bagaimana untuk menentukan atau memulakan pertandingan. Undian dilakukan adalah bagi membolehkan permainan menjadi lancar tanpa bantahan serta memberi keadilan kepada pemain. Tujuan undian dilakukan dalam permainan tradisional ialah: (a) (b) (c) (d) Memilih ahli kumpulan atau pasangan Memilih ketua kumpulan atau memilih peranan yang di mainkan oleh pemain Menentukan giliran bermain dengan menentukan pasukan dan pemain mana yang akan mulakan pertandingan Menentukan tempat permainan

Terdapat pelbagai cara undian yang dilakukan dalam permainan tradisional antaranya ialah: Tepuk Daun Undian tepuk daun biasanya digunakan bagi menentukan kumpulan atau pemain yang memulakan pertandingan. Undian ini melibatkan dua orang, alat yang digunakan dalam permainan ini ialah sehelai daun. Pemain akan memilih bahagian daun yang di kehendaki. Contohnya A akan memilih belakang daun dan B akan memilih hadapan daun. Cara membuat undian ini ialah: (a) Pemain perlu meletakan daun di tapak tangan

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI) 213

(b) (c) (d) (e) (f)

Pemain perlu duduk berhadapan dengan sebelah tangan pemain diangkat separas bahu atau lebih. Aras kedudukan tangan perlulah sama tinggi Salah seorang daripada pemain melekatkan daun pada tapak tangan. Secara serentak kedua-dua pemain hendaklah menepuk tangan. Daun akan di biarkan jatuh ke tanah

Jika bahagian daun tengadah ke atas maka pemain B memenangi undian itu begitu juga sebaliknya. Berbisik Undian ini biasanya dilakukan bagi menentukan ahli kumpulan, berbisik dilakukan secara berpasangan. Sebelum proses ini dilakukan ketua kumpulan akan di lantik. Biasanya pemain yang hendak berbisik akan memilih pasangan yang sama padan dari segi saiz dan umur. Cara membuat undian ini (a) (b) (c) Ketua kumpulan akan mengambil kata putus bagi menentukan perkara yang hendak di bisikan contohnya kapal terbang ke kapal laut Pemain bersama pasangan mereka akan melaksanakan proses berbisik Pasangan yang berbisik biasanya akan mengelak daripada di dengari oleh ketua kumpulan katakan hasil bisikan A memilih kapal terbang B memilih kapal laut Selesai mengambil keputusan A dan B akan berjumpa dengan ketua kumpulan. Katakan ketua kumpulan harimau memilih kapal laut maka B adalah ahli kumpulan harimau. A akan masuk dalam kumpulan yang lain. Ketua kumpulan akan memilih secara bergilir-gilir

(d)

(e)

Kaedah berbisik ini di lakukan bagi memberi keadilan kepada kumpulan dalam memilih ahli kumpulan. Cabut Bilah lidi Undian cabut bilah lidi dilakukan bertujuan untuk menentukan kumpulan atau pemain yang memulakan permainan, memulakan giliran bermain atau membahagi kumpulan. Alat undian yang digunakan boleh terdiri daripada lidi penyapu, ranting kayu kecil atau lalang.

214

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

Cara membuat undian (a) (b) (c) (d) (e) Undian di lakukan dengan cara salah seorang pemain menggenggam alat tersebut. Setiap alat undian mempunyai panjang yang berlainan Bahagian atas alat undian perlulah sama dan dapat dilihat bagi memudahkan pemain mencabut. Bahagian bawah hendaklah di lindungi Tujuan (i) Bagi Menentukan Kumpulan yang Memulakan Permainan Ketua kumpulan akan mencabut bilah lidi salah satu dari dua bilah lidi. Sekiranya bilah lidi pendek di cabut maka kumpulan yang diwakilinya akan memulakan permainan (bergantung persetujuan awal). Bagi Menentukan Pemain yang Memulakan Permainan Semua pemain dikehendaki mencabut lidi, setelah cabutan dilakukan semua pemain akan mengukur panjang atau pendek lidi yang di cabut. Pemain yang mendapat lidi terpanjang atau terpendek (bergantung persetujuan awal) akan memulakan pertandingan.

(ii)

(iii) Bagi Menentukan Kumpulan Terdapat dua bentuk lidi sahaja yang di sediakan sama ada lidi panjang atau pendek. Semua pemain dikehendaki mencabut lidi, setelah cabutan dilakukan semua pemain akan mengukur panjang atau pendek lidi yang di cabut. Pemain yang mendapat lidi panjang berada dalam satu kumpulan dan yang pendek satu kumpulan. Ram-ram Rip Undian ini biasanya dilakukan untuk memilih tukang jadi atau memilih pemain yang memulakan permainan. Selain daripada cara undian ram-ram rip juga merupakan sejenis permainan, ram-ram rip merupakan sejenis undian yang menggunakan anggota tangan. Cara membuat undian (a) (b) (c) Seorang ketua dilantik sebagai ketua untuk membuat pengundian ini Ketua akan menghulurkan tangan ke hadapan Kesemua pemain akan membuat bulatan kecil mengelilingi tangan yang dihulur

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI) 215

(d) (e)

Pemain akan meletakkan jari telunjuk pada tapak tangan ketua Ketua akan menyebut ram-ram rip dan dengan serentak ketua akan menggenggam tapak tangannya pemain lain akan cuba menarik jarinya sesiapa yang tertangkap pemain tersebut akan menjadi tukang jadi. Dalam keadaan terdapat lebih satu jari tertangkap undian seterusnya dilakukan kepada hanya pemain yang jarinya tertangkap sahaja Undian akan dilakukan sekiranya semua pemain berjaya melepaskan jarinya daripada ditangkap

(f) (g)

Melambung Benda atau Alatan Benda atau Alatan Permainan Undian ini biasanya di lakukan untuk menentukan giliran pemain dalam satu permainan. Antara permainan tradisional yang menggunakan permainan ini ialah guli, tuju getah, gelek para dan lambung getah bulat. Cara membuat undian (a) (b) (c) (d) Untuk memulakan pengundian terdapat dua garis perlu dibina satu garis melambung dan satu garis sasaran Pemain di kehendaki berdiri dan melambungkan benda atau alatan permainan di garis melambung ke garis sasaran. Alatan atau benda yang jatuh akan di ukur jaraknya dari garisan sasaran Giliran pemain dalam satu permainan bergantung kepada jarak alatan yang di lambung dengan garis sasaran. Jarak yang paling dekat akan memulakan pertandingan

Meneka Benda dalam Genggaman Undian ini biasanya di lakukan bagi menentukan pasukan mana yang memulakan permainan. Permainan ini melibatkan seorang yang berkecuali. Cara membuat undian (a) (b) Orang yang berkecuali akan menggenggam objek yang di pilih, proses ini dilakukan secara bersembunyi dan tidak diketahui oleh kedua-dua pemain. Setiap ketua pasukan akan meneka tangan yang menggenggam objek tersebut sama ada tangan kiri atau kanan. (Sekiranya ketua pasukan A memilih kanan ketua pasukan B akan memilih kiri pilihan tidak boleh sama) Wakil pasukan yang membuat tekaan yang betul akan memulakan pertandingan

(c)

216

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

Lambung Duit Undian ini juga biasanya digunakan untuk menentukan pasukan yang akan memulakan pertandingan. Alat undian yang di gunakan ialah duit syiling Cara membuat undian (a) (b) (c) (d) Wakil pasukan akan memilih permukaan duit syiling Lambungan dalam bentuk pusingan ke atas akan dilakukan oleh orang yang berkecuali atau pengadil Bila duit jatuh wakil pasukan dan pengadil akan melihat hasil lambang duit syiling yang tengadah ke atas Pemain yang membuat tekaan pada duit syiling yang tengadah ke atas dikira sebagai pemenang undian

Mencabut Nombor atau Perkataan Undian ini biasanya dilakukan bagi menentukan kumpulan atau giliran pemain. Cara membuat undian (a) (b) (c) (d) (e) (f) Kepingan kertas di potong berdasarkan bilangan pemain Jika undian ini di lakukan bagi menentukan ahli kumpulan, nombor ditulis adalah mengikut kumpulan. Tetapi sekiranya undian dilakukan untuk menentukan giliran, nombor ditulis dalam sistem menaik mengikut jumlah ahli Kepingan kertas yang di tulis nombor akan di gulung dengan kemas dan di isi ke dalam kotak serta di kocak Setiap pemain boleh mengambil satu gulungan kertas sahaja Nombor yang tercatat akan menentukan giliran atau kumpulan pemain

Wan Tu Zum Undian ini dilakukan bagi menentukan pasukan mana yang akan memulakan permainan. Cara membuat undian (a) Dua orang wakil kumpulan akan menujukan lambang-lambang yang telah ditetapkan secara serentak dengan tangan

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI) 217

(b) (c)

Terdapat tiga lambang tradisi yang boleh dibentuk iaitu air, gelas dan batu. Air di lambangkan dengan tapak tangan menghala ke atas, gelas dilambangkan dengan kelima-lima jari di kucup menghala ke atas dan batu dilambangkan dengan pemain mengepal kelima-lima jarinya. Bagi memulakan undian pemain duduk atau berdiri berhadapan. Kedua pemain akan menyembunyikan tangan ke belakang untuk membentuk lambang. Wakil kumpulan akan menyebut wan tu zum secara serentak dan akan menghulur tangan yang di lambangkan ke hadapan. Kemenangan di tentukan melalui tafsiran di bawah: (i) (ii) Air dan gelas Air dengan batu Gelas akan menang kerana gelas mencedok air Air akan menang sebab air boleh menenggelamkan batu Batu akan menang serba ia boleh menenggelamkan batu

(d)

(e) (f)

(iii) Gelas dengan batu

(iv) Undian wan tu zum boleh dilakukan lebih dari sekali bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak Lai Lai Li Tham Plom Undian ini biasanya di gunakan untuk mencari tukang jadi atau menentukan giliran pemain. Dalam undian ini pemain akan menggunakan tapak tangan dan bahagian belakang tangan Cara membuat undian (a) (b) (c) (d) (e) Pemain membentuk satu bulatan dalam keadaan berdiri dan menghadap antara satu sama lain Pemain akan bersama menyanyi lagu Lai lai li tham Plom Pemain menyembunyikan tangan di belakang sambil menyanyi dan menghulurkan tangan serentak apabila menyebut perkataan plom. Selain daripada itu terdapat juga pemain menyanyi sambil menterbalikkan tapak tangan dan berhenti apabila menyebut perkataan plom Pemain yang melambangkan tangannya berlainan dengan pemain-pemain lain akan menjadi tukang jadi

218

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

9.3

CONTOH-CONTOH PERMAINAN TRADISIONAL

Terdapat berbagai jenis permainan tradisional atau sukan tradisional di Malaysia antara permainan tradisional ialah: (a) ACI Sorok Permainan ini juga di kenali sebagai main sorok-sorok, permainan ini amat digemari oleh kanak-kanak. Jumlah pemain yang mengambil bahagian dalam permainan ini tidak terhad. Permainan ini juga amat mudah di mainkan dan tidak mempunyai undang-undang yang sukar. Aci sorok merupakan sejenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan permainan yang luas. Persekitaran rumah merupakan kawasan yang sesuai untuk dijadikan gelanggang permainan. Biasanya sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang menyorok. Cara Bermain Sebelum permainan dijalankan, seorang pemain dipilih sebagai pencari dengan undian. Undian jenis lai lai li tam plong selalu dilakukan bagi memilih pemain ini. Setelah undian dilakukan, pencari hendaklah berdiri dengan menutup matanya di rumah induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat di lakukan oleh pencari. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang menyorok di sekitar kawasan yang telah ditetapkan. Sekiranya terdapat pemain yang menyorok di luar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi pencari. Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari pemain, pencari hendaklah menyebut dengan kuat nama pemain tersebut dan dituruti dengan sebutan ibu. Dalam masa yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit induk, dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh mencuit induk pula. Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok ditemui. Setelah kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula. Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu rumah induk,

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI) 219

maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan permainan dimulakan semula. (b) Congkak Permainan ini juga dikenali Jongkok di utara semenanjung. Permainan congkak telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Namun asal usul permainan congkak tidak di pasti dengan jelas. Pemain congkak dimainkan di dalam rumah iaitu dari jenis permainan anjung. Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu bersaiz besar dan diukir seperti perahu atau pun menggunakan lubang digali di atas tanah, dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Hujung papan congkak yang dibuat dari kayu biasanya diukir dalam bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala di bahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Buah congkak terdiri daripada biji congkak, biji getah dan biji guli. Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak. Cara Bermain Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan ini diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong sama ada di kawasan sendiri atau lawan. Sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri, permainan perlulah dihentikan. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Selepas itu pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah

220

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi buah apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. (c) Galah Panjang Permainan ini antara permainan tradisional yang agak terkenal. Galah panjang biasanya di jadikan pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan tradisional ini dimainkan di luar rumah. Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, sama ada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimen dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, anggaran luas gelanggang antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan. Penanda garisan, biasanya menggunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Sekiranya gelanggang simen digunakan cat biasanya digunakan. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorek garisan tersebut di atas tanah sahaja. Cara Bermain Permainan ini dimainkan secara berkumpulan terdapat dua kumpulan dalam satu permainan satu kumpulan akan bertindak sebagai kumpulan penyerang dan satu kumpulan bertindak sebagai kumpulan bertahan. Setiap kumpulan akan mempunyai pemain tidak kurang dari empat orang dan biasanya terdiri dari sepuluh pemain sahaja. Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu zum dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan mematikan pasukan sama ada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain akan ditentukan terlebih dahulu. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak. Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, sama ada secara individu atau beramai-ramai.

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI) 221

Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit atau dicuit oleh pasukan bertahan. Pasukan bertahan adalah cuba menghalang (mencuit atau menangkap) setiap penyerang di sepanjang garisan permulaan dan garisan jagaannya Jika salah seorang pasukan penyerang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya. Peraturan Permainan Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dihalang oleh pemain pasukan bertahan. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur ke belakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati jika melakukan demikian. Pasukan penyerang juga dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawanan tersebut. (d) Konda Kondi Konda-kondi yang juga dikenali sebagai Perik Mata di kawasan-kawasan tertentu memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain. Pemain perlu memikirkan arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang. Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang. Undian secara 'wan to zum' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu. Permainan Pertama Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang. Kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek untuk melambungkannya ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang. Sementara itu, ahli pasukan lawan akan cuba

222

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati dengan itu permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan. Jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli pasukan lawan hendaklah membaling kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang. Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata. Permainan Kedua Pemain penyerang akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Pemain ini akan diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat. Untuk mematikan pasukan penyerang pemain lawan akan cuba menyambut kayu tadi. Jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, mata yang diperoleh akan di campur dengan mata daripada permainan pertama tadi. Permainan Ketiga Seterusnya, pemain beralih kepada permainan ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini. (e) Bulu Ayam Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh bergantung kepada tempat. Bulu ayam dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki yang melibatkan seramai dua atau lebih pemain. Jika terdapat ramai yang bermain, beberapa kumpulan yang terdiri beberapa orang boleh dibentuk. Permainan ini adalah seperti permainan

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI) 223

sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga. Membuat Bola Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). Sebatang paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4sm garis pusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat. Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucuk paku menembusi di tengahtengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan di sekeliling paku tadi dan diikat dengan getah skrap atau getah gelang dengan kemas. Untuk kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat. Cara Bermain Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terlebih dahulu bagi menentukan giliran. Undian yang biasa dilakukan ialah secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu permainan serta mengikut gilirannya. Penentuan mata sama ada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui oleh pemain terlebih dahulu sebelum permainan bermula. Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika sepakan dilakukan oleh pemain giliran dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ke tanah. Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat. Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi di setiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.

224

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

(f)

Cari Cucu Permainan Mencari Cucu merupakan permainan tradisional yang biasa dimainkan oleh kanak-kanak di luar rumah. Permainan ini boleh dimainkan dalam jumlah pemain yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digunakan dalam permainan ini. Peralatan yang digunakan dalam permainan ini ialah sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat. Terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan dalam permainan ini. Menentukan Nenek Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Bagi menentukan nenek maka undian secara lai lai li tam plong perlu dijalankan. Siapa di kalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta. Permainan Cari Cucu Pada peringkat permulaan kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan diantara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai. Nyanyian Cucu

Nenek, nenek, si bongkok tiga. Siang mengantuk, malam berjaga. Mencari cucu di mana berada. Nenek kahwin dengan anak raja.
Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka pelakon nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari jalan. Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya.

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI) 225

Nyanyian Nenek

Cucu, cucu tak dapat lari. Nenek tua banyak sakti. Sekarang nenek nak cari ganti. Siapa yang kena, dia menjadi.
Setelah selesai dendangan nenek semua cucu duduk mencangkung dengan mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri di sekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu, nenek perlu meneka nama cucu tersebut dengan betul. Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan. (g) Gasing Gasing adalah permainan yang popular di semenanjung terutama di Kelantan. Ada berbagai jenis gasing yang terdapat di Malaysia antaranya ialah gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Membuat Gasing Gasing perlu dibuat dari kayu yang tahan kepada hentakan mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih, contohnya dari spesies merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing. Kayu yang hendak di buat gasing akan dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut. Setelah gasing disiapkan kerja-kerja seperti melilitkan timah pada kepak gasing bagi menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan melindung gasing dari serpih. Bagi menambahkan keindahan rupa paras gasing maka tanduk kerbau dipasangkan di bahagian kepala gasing

226

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

selepas itu dikilatkan dengan varnis. Ciri Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja. Cara Bermain Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan cara kita melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri pula dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambulnya direnggut. Pertandingan Gasing Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan. Gasing Uri Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kirakira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat daripada kayu berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras. Gasing Pangkah Gasing jenis ini dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI) 227

Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing, pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurangkurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing. Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pertandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula. (h) Sepak Raga Permainan sepak raga telah wujud sejak 600 tahun lalu. Permainan sepak raga telah di mainkan oleh golongan bangsawan sehingga ke rakyat jelata pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah Melayu juga ada menceritakan tentang permainan sepak raga, Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Cara Bermain Untuk memulakan permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan. Menimang Bola Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa

228

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang. (i) Wau Bentuk teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, wau juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Permainan wau merupakan permainan bagi memenuhi masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Wau telah di mainkan oleh orang Melayu sejak sekitar kurun kelima belas. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit. Jenis Wau Wau dicipta bergantung kepada kreativiti pembinanya, oleh itu terdapat pelbagai jenis nama dan bentuk wau. Contohnya wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Wau juga biasanya di hiasi oleh corak yang bermotifkan awan larat yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga di jadikan sebagai hasil kraf tangan dan hiasan dinding. Membuat Wau Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, bermula dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau. Masa yang diambil untuk membuat wau biasanya mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk siap. Cara Bermain Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI) 229

Permainan tradisional atau sukan tradisional adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti rekreasi. Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan. Permainan tradisional dimainkan bertujuan bagi mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan Permainan tradisional adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi dan rohani dan intelektual. Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Kebanyakan permainan tradisional dicetuskan dari pengalaman kehidupan sesuatu bangsa seperti berdasarkan pekerjaan, sumber ekonomi dan kehidupan sosial sesuatu bangsa atau keturunan. Biasanya alatan yang digunakan dalam permainan ini mudah diperolehi sama ada dalam bentuk bahan tempatan yang mudah dan murah diperolehi atau bahan kitar semula. Permainan tradisional bukanlah sesuatu merupakan pertandingan ke arah permainan profesional, sebaliknya konsep permainan tradisional adalah untuk berlipur dan memenuhi masa lapang pemainnya. Permainan tradisional dapat akan memudahkan individu untuk menerapkan kebudayaan, nilai, sikap dan sahsiah sesuatu bangsa atau masyarakat. Permainan tradisional yang melibatkan aktiviti fizikal dilihat dapat membentuk kecekapan dalam menguruskan badan Sistem pertandingan permainan tradisional bergantung kepada peserta yang mengambil bahagian. Sebelum memulakan permainan tradisional biasanya undian dilakukan bagi menentukan bagaimana untuk menentukan atau memulakan pertandingan.

230

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI)

aspek jasmani emosi dan rohani dan intelektual bahan kitar semula budaya dan sosiologi masyarakat, di warisi dari generasi terdahulu kecekapan dalam menguruskan badan kehidupan yang bermotivasi. lebih bersifat permainan dari pertandingan masa yang piawai menggunakan kreativiti

mulut ke mulut pelopor permainan ini peraturan khas Peraturan permainan tradisional perimbangan tubuh dalam satu situasi persahabatan dan kebudayaan postur yang betul proses sosiologi satu generasi ke generasi yang lain sumber ekonomi dan kehidupan sosial

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher Laman Web Kementerian Belia dan Permainan Laman Web Majlis Permainan Negara Laman Web perpustakaan negara Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989). Rancangan kurikulum baru sekolah menengah. Kuala Lumpur.

TOPIK 9 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN (SUKAN MINI) 231

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Teng Boon Tong. (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus Diploma Penguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education. Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai