Anda di halaman 1dari 13

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN, KEMATANGAN DAN PRESTASI

OLEH: NOR BAHIAH BT SAMSUDIN NURULAZMIRA BT AZMI

DEFINISI PERTUMBUHAN
Menurut Kamarudin Husin(1997;4) pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang boleh dinilai atau diukur dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain dari satu jangka masa ke satu masa yang lain.

Melibatkan perubahan dari segi kuantiti berat badan,tinggi,lebar dada dan sebagainya.
Menurut beliau lagi,pertumbuhan juga melibatkan perubahan struktur dan fungsi individu menuju kematangan.

PERBEZAAN ANTARA PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN


PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN

JASMANI

Tinggi,berat,saiz ,pertumbuhan saraf ,gigi dan pancaindera Keuapayaan berfikir berkembang termasuk perkara yang subjektif

Kemahiran menggunakan anggota badan seperti berjalan,berlari dan sebagainya Kemahiran menggunakan bahasa,perkaitan angka,pemikiran dan penaakulan keupayaan menguasai perasaan dan mengawal perasaan Timbul kesedaran perbezaan jantina,disiplin,kumpulan ,peranan,penyesuaian diri dengan rakan sebaya.

MENTAL

EMOSI

Perasaan sayang,suka,duka ,marah dan sebagainya Interaksi dengan keluarga,rakan sebaya,jiran dan masyarakat

SOSIAL

DEFINISI KEMATANGAN
Kematangan bererti perkembangan ke arah keadaan yang matang. Setiap individu dilahirkan dengan satu tempoh biologikal yang memastikan perkembangan ke arah keadaan matang. Pertumbuhan biologikal dan kematangan seseorang kanak-kanak tidak semestinya bergerak seiring dengan tarikh atau umur.

Sesetengah kanak-kanak akan berkembang lebih pesat dari aspek biologikal berbanding umur. Dengan kata lain, walaupun dua orang kanak-kanak mempunyai umur yang sama, mereka tidak semestinya mencapai tahap kematangan biologikal yang sama pada umur tersebut. Petunjuk kematangan dalam kajian pertumbuhan lazimnya berdasarkan kematangan rangka, kematangan seksual dan kematangan somatik.

KEMATANGAN RANGKA
Merupakan kaedah yang paling baik dalam penilaian umur biologikal atau status kematangan. Rangka merupakan petunjuk yang ideal tentang kematangan kerana perkembangannya merangkumi tempoh pertumbuhan yang menyeluruh. Semua kanak-kanak bermula dengan rangka rawan di peringkat pranatal dan berkembang menjadi rangka lengkap di peringkat awal dewasa. Kadar di mana tulang berkembang dari rawan ke pembentukan tulang awalan, ke bentuk tulang yang pelbagai dan seterusnya ke peringkat dewasa berbeza antara tulang di dalam seseorang individu dan antara individu-individu. Tulang-tulang tangan dan pergelangan tangan merupakan asas utama penilaian kematangan rangka di dalam kanak-kanak.

KEMATANGAN SEKSUAL

Penilaian lazimnya dilaksanakan dalam 5 peringkat dan secara pemerhatian. Peringkat 1 -menunjukkan perkembangan prabaligh. Contohnya, alat kelamin lelaki adalah sama saiz di peringkat awal kanak-kanak. Peringkat 2 -menunjukkan perkembangan awalan setiap ciri peningkatan awal buah dada (perempuan), pembesaran alat kelamin (lelaki), pemunculan bulu pubik (lelaki dan perempuan). Peringkat 3 dan 4 -menunjukkan kematangan berterusan setiap ciri dan adalah sukar untuk dinilai. Peringkat 5 - menunjukkan keadaan perkembangan matang atau dewasa bagi setiap ciri. # Perlu diingatkan bahawa kelima-lima peringkat yang dinyatakan adalah satu penilaian yang lazim hasil daripada pemerhatian. Setiap individu akan berkembang mengikut tahap kematangan masing-masing dan tidak semestinya semua ciri yang dinyatakan berkembang dari peringkat 1 ke

KEMATANGAN SOMATIK
Penggunaan ukuran badan sebagai petunjuk kematangan memerlukan data kajian berbentuk longitudinal . Jika data yang diperolehi merangkumi zaman remaja, ketepatan ukuran anggota badan yang khusus semasa pertumbuhan pesat remaja ini boleh digunakan sebagai petunjuk kematangan somatik. Pengukuran ketinggian merupakan aspek yang lazimnya digunakan sebagai penilaian kematangan somatik. Umur di puncak halaju ketinggian ( peak height velocity) adalah petunjuk yang lazim digunakan dalam kematangan somatik. Ini adalah peringkat umur di mana ketinggian maksimum dicapai semasa pertumbuhan pesat remaja. Anggaran umur yang sama boleh dibuat pada puncak halaju anggota lain seperti umur di puncak halaju pertumbuhan dalam panjang kaki, ketinggian berduduk, biacromial, bicristal, lebar, berat badan dan kekuatan otot. Satu lagi petunjuk kematangan somatik boleh dikira berdasarkan peratusan ketinggian dewasa yang dicapai pada sesuatu peringkat umur.

DEFINISI PRESTASI
Prestasi dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:

1.Prestasi Aerobik
2.Pretasi Anarobik Petunjuk prestasi aerobik semasa pertumbuhan adalah merujuk kepada perubahan di dalam kardiovaskular, pulmonari, otot rangka, substrat, pengawalatur suhu badan. Kuasa aerobik adalah kuasa maksimum tenaga yang dihasilkan dalam seminit oleh gentian otot yang berfungsi. Kapasiti aerobik adalah jumlah tenaga yang sedia ada untuk melaksanakan aktiviti aerobik .

Prestasi Anaerobik
Penghasilan tenaga anaerobik adalah penting dalam pertumbuhan kanak-kanak kerana kebanyakan aktiviti mereka melibatkan penggunaan tenaga yang banyak, berintensiti tinggi dan jangka masa yang lama. Oleh yang demikian, sumber tenaga yang dihasilkan oleh pengoksidaan otot rangka adalah tidak mencukupi untuk menampung keperluan tenaga ini. Semasa pertumbuhan penentu-penentu prestasi anaerobik seperti morfologi, fisiologi dan biokimia akan berubah. Jisim otot yang akan bertambah mengikut umur memberi satu kesan terus kepada penghasilan tenaga anaerobik. Kepekatan maksimum laktat darah meningkat mengikut umur semasa pertumbuhan. Kepekatan laktat otot semasa senaman submaksimum adalah lebih rendah dalam kanak-kanak berbanding dewasa. Oleh yang demikian, pemerhatian ini mencadangkan bahawa individu yang sedang membesar kurang bergantung pada metabolisme glikogen untuk menampung ATP yang digunakan semasa aktiviti aerobik dan anaerobik.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN,KEMATANGAN DAN PRESTASI

FAKTOR FIZIKAL
Secara puratanya, lelaki mempunyai aktiviti fizikal yang lebih berbanding perempuan. Walau bagaimanapun, lelaki akan mengalami penurunan yang lebih di peringkat lewat remaja berbanding perempuan. Tahap aktiviti lazimnya meningkat dari peringkat pertengahan kanak-kanak ke awal remaja, tetapi akan menurun. Penurunan ini biasanya berlaku di peringkat lewat remaja kerana permintaan sosial remaja dan kerjaya. Kanak-kanak lazimnya lebih aktif dalam musim panas apabila cuti persekolahan bermula. Pada remaja, aktiviti fizikal menurun pada waktu ini kerana mencari pengalaman pekerjaan. Aktiviti fizikal bukannya sama dengan latihan senaman. Latihan senaman melibatkan aktiviti fizikal yang kerap dan sistematik seperti kalistenik, bebanan, berlari dan permainan atau aktiviti sukan yang dilakukan pada tahap intensiti tertentu untuk tempoh tertentu. Oleh yang demikian, kita tidak boleh anggapkan perbezaan pertumbuhan dan kematangan antara atlet muda dan bukan atlet adalah disebabkan oleh latihan kerap. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa aktiviti fizikal yang kerap tidak mempunyai sebarang kesan terhadap pertumbuhan ketinggian

Bagi perempuan, latihan bertahap tinggi dalam sukan daya tahan telah menyebabkan proses nyahmineralisasi tisu tulang dan ini ada kaitannya dengan fungsi haid yang telah berubah akibat latihan yang mendadak, lalu menyebabkan kekurangan hormon estrogen. Latihan kerap telah didapati membawa kepada hipertrofi otot rangka dan peningkatan penguncupan protein dan kepekatan enzim. Latihan kerap juga memberi kesan positif ke atas lemak badan, walaupun ini bergantungan pada tempoh lakuan. bukti kajian ke atas dewasa telah menunjukkan bahawa penurunan lemak hasil daripada latihan adalah disebabkan oleh penurunan saiz sel lemak dan bukannya perubahan dalam bilangan sel lemak. Aktiviti kerap tidak memberi sebarang kesan terhadap peningkatan atau penurunan kematangan rangka. latihan rintangan untuk membentuk kekuatan tidak digalakkan untuk kanak-kanak prabaligh. Ini adalah kerana kuantiti hormon androgen dalam peredaran tidak mencukupi untuk memberi kesan positif. Selain dari ini, faktor keselamatan dalam latihan rintangan juga diambil kira. Kajian telah menunjukkan bahawa sebelum, semasa dan selepas pertumbuhan pesat remaja, lelaki yang aktif mempunyai kuasa aerobik yang lebih berbanding yang lain.

FAKTOR SOSIAL
Keadaan di mana seseorang kanak-kanak dilahirkan dan dipelihara akan membawa kesan terhadap pertumbuhan dan kematangan. Status sosioekonomi keluarga seseorang kanak-kanak adalah faktor yang signifikan dalam pertumbuhan dan kematangannya. Saiz keluarga juga memberi kesan terhadap pertumbuhan dan kematangan kanak-kanak dan ini bergantungan dari tempat ke tempat. Walau bagaimanapun, kesannya adalah tidak ketara dan jelas. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang kerap merokok sewaktu hamil lazimnya mempunyai berat badan dan ketinggian yang rendah. Menyedut asap rokok daripada ibu bapa yang merokok juga memberi kesan terhadap saiz anak. Kawasan tempat tinggal juga memberi kesan terhadap pertumbuhan dan kematangan kanakkanak. Pengaruh psikologi dan emosi juga memberi kesan terhadap pertumbuhan dan kematangan kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai