Anda di halaman 1dari 4

Kuliah Minggu 3 Tutorial Kaji rajah di Lampiran 1. Terdapat beberapa masalah dengan susunan fizikal bilik darjah ini.

. Kenal pasti masalah-masalah ini dan cadangkan cara-cara mengatasi masalah ini. Masalah Masalah 1: Buku tidak sesuai untuk diletakkan di sebelah sinki atau dekat dengan tandas. Hal ini demikian kerana buku akan basah sebaik sahaja dikenakan air. Masalah 2: Papan hitam terlalu jauh daripada guru dan murid. Ini akan menyusahkan guru untuk menjelaskan dan membimbing seluruh murid di bilik darjah. Masalah 3: Kedudukan meja guru kurang sesuai, sukar pemantauan kerana jarak terlalu jauh dengan murid serta papan hitam. Kedudukan antara sebilangan murid dengan guru agak jauh dan ini akan menjejaskan penglihatan dan pendengaran para murid semasa berada di dalam kelas. Ini menyukarkan guru untuk membuat kawalan. Masalah 4: Pintu masuk dan keluar agak jauh dengan meja guru. Ini akan menyebabkan banyak masa dibazirkan oleh guru untuk menuju ke arah meja dan memulakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pintu sepatutnya perlu diletakkan di sebelah kiri atau sebelah kanan meja guru. Kedudukan antara guru dengan murid perlulah dalam jarak yang sesuai. Sekiranya jarak antara murid terlalu dekat akan menyebabkan laluan menjadi sempit dan menyusahkan pelajar untuk menjalankan aktiviti tertentu. Meja guru hendaklah menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid dan guru. Papan hitam sepatutnya diletakkan di belakang meja guru dan di hadapan meja murid. Cadangan Buku perlu diletakkan di kawasan sudut di dalam kelas, di tepi bilik darjah atau di tempat yang memudahkan para murid untuk mengambil buku- buku.

Masalah 5: Tingkap telah ditutupi oleh rak buku dan ini akan mengakibatkan peredaran udara yang tidak baik di dalam kelas. Secara tidak langsung, keadaan ini akan menjejaskan perhatian para murid kerana pembekalan oksigen yang tidak mencukupi di dalam kelas. Masalah 6: Kedudukan komputer yang diletakkan di dalam kelas tidak sesuai kerana terlalu berhampiran dengan tandas dan sinki. Ini akan membahayakan kerana sekiranya air membasahi wayar komputer akan menyebabkan berlakunya kejutan elektrik. Masalah 7: Susunan meja dan kerusi para murid di dalam kelas juga tidak sesuai. Kedudukan murid-murid di dalam kelas sepatutnya perlu menghala ke arah guru. Bilangan murid dalam sekumpulan terlalu banyak. Bilangan murid dalam setiap susunan meja kumpulan tidak seimbang dan sama. Hal ini demikian kerana bilangan ahli yang banyak dalam sekumpulan akan menjejaskan sebilangan murid yang tidak begitu cerdik dalam menimba ilmu. Masalah 8: Tidak terdapat papan kenyataan dalam bilik darjah ini.

Tingkap perlu dibanyakkan dan mencukupi untuk membolehkan cahaya masuk dan udara beredar di dalam bilik darjah.

Komputer perlu diletakkan berhampiran dengan meja guru dan murid di bilik darjah dan tidak boleh berhampiran dengan sinki.

Susunan meja dan kerusi murid perlulah dalam bentuk kumpulan tetapi dengan bilangan murid yang sederhana. Bilangan murid dalam sekumpulan sepatutnya tidak boleh melebihi sebanyak 6 orang. Meja murid disusun secara berkelompok di mana meja disusun secara berlima.

Meletakkan papan kenyataan di depan kelas supaya dapat menjadi rujukan oleh semua murid.

Lukis pelan bilik darjah yang ideal sekali dan beri hujah-hujah yang menyokong pelan anda. Berdasarkan pelan bilik darjah yang dilukis, meja dan kerusi murid-murid disusun dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan. Meja dan kerusi dalam bilik darjah perlulah mencukupi dan disusun secara berkelompok di mana meja disusun secara berlima. Susunan sebegini untuk memudahkan pengajaran berpusatkan murid. Ini juga akan memudahkan interaksi antara murid dengan guru dan guru dengan murid. Selain itu, murid juga boleh berfokus kepada kerja sendiri dan pelajaran yang diajar oleh guru. Susunan meja dan kerusi secara berkelompok juga boleh menggalakkan interaksi antara murid semasa gerak kerja kumpulan. Di samping itu, murid juga berupaya untuk berbincang, memberikan pendapat, saling berkongsi maklumat atau bahan dan membantu antara satu sama lain sekiranya perlu. Ruang antara setiap kelompok adalah sesuai dan tidak sempit untuk membantu murid bergerak dengan aktif di dalam bilik darjah. Susunan meja murid yang membolehkan mereka fokus pada pembelajaran yang dilakukan guru di hadapan bilik darjah kerana jarak guru murid menentukan kadar tumpuan murid terhadap pengajaran guru. Meja guru perlu diletakkan di depan kelas dan membelakangi papan hitam. Meja guru juga hendaklah menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru juga perlu memastikan tidak menghalang penglihatan murid pada papan hitam semasa berada di dalam bilik darjah. Kedudukan ini juga dapat memaksimumkan pemantauan guru terhadap setiap murid dari setiap sudut. Murid-murid dapat membuat kerja ndividu dengan sebaiknya apabila mengetahui setiap gerak gerinya diperhatikan. Secara tidak langsung, kedudukan ini dapat mencapai keselesaan guru dan juga dapat merangsang semangat guru untuk mengajar dalam emosi yang positif. Tingkap dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan yang mencukupi kepada setiap murid dan guru. Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Susun atur perabot dalam bilik darjah terutamanya rak buku dan almari hendaklah disusun dengan baik dan kemas supaya tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan. Pintu dan tingkah hendaklah sentiasa dibuka untuk

memastikan pengudaraan. Keadaan cahaya dan udara bilik darjah yang cukup dapat membangkitkan semangat belajar dan membawa keselesaan kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini dapat memikat perhatian murid untuk menimba ilmu pengetahuan di dalam kelas. Bakul sampah hendaklah disediakan dan diletakkan di belakang bilik darjah untuk memastikan kebersihan kelas dijaga dan murid dapat belajar dalam suasana yang kondusif. Dengan ini, murid-murid dapat membuang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan. Tempat untuk meletakkan fail-fail guru juga disediakan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk menyimpan bahan-bahan berkenaan dan juga untuk kegunaan murid. Guru juga dapat mendapatkan maklumat dengan senang dan tidak perlu membazirkan masa untuk mencari maklumat yang berkaitan. Komputer perlu disediakan dan diletakkan di kawasan sudut bilik darjah. Ini untuk memastikan para murid berupaya menggunakan alat teknologi dengan berkesan. Penggabungjalinan elemen-elemen ini dapat menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok untuk proses pembelajaran. Di sudut ini, disediakan sebuah kompuer dengan jaringan internet untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang berada di dinding bahagian tersebut. Sinki perlulah disediakan dan diletakkan di antara tandas perempuan dan tandas lelaki. Ini lebih memudahkan para murid untuk mencuci tangan d tempat tersebut sebaik sahaja merek menggunakan tandas. Rak buku di bahagian belakang tidak menghalang pencahayaan. Setiap sudut perlu meletakkan buku untuk bacaan murid.

Anda mungkin juga menyukai