Anda di halaman 1dari 12

KANAK-KANAK DI DALAM AKTIVITI FIZIKAL DAN SUKAN

Disediakan Oleh: Nurul Amiliani Binti Azmi Syahidah Binti Ali

PENGENALAN KEPADA TINGKAH LAKU MOTOR

PENGENALAN TINGKAH LAKU MOTOR


Merujuk kepada semua perkara yang dilakukan oleh seseorang tindakbalas kepada stimulus (peristiwa dalaman atau luaran). semua pergerakan dan postur proses menyebabkan kepada perubahan prestasi Contohnya tindak balas kepada soalan sayajawapan anda adalah tindak balas kepada peristiwa luaran. Apabila anda lapar dan mencari makanan, anda bertindak balas kepada peristiwa dalaman.

Tingkah Laku Luaran Dan Dalaman


Tingkah laku luaran (overt) boleh dilihat/diperhatikan. Dua jenis lisan dan motor. Tingkah laku lisan melibatkan bahasa, manakala motor pula melibatkan pergerakan badan. Tingkah laku dalaman (covert) tidak boleh dilihat/ditunjukkan. Contohnya tindakbalas selepas mendengar lagu mengingatkan kepada sesuatu perasaan itu tidak dapat dilihat/diperhatikan. Diukur dengan menggunakan alat-alat tertentu.

TINGKAH LAKU MOTOR

Motor halus Motor kasar

MOTOR HALUS
Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata

MOTOR KASAR
Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan,kaki atau keseluruhan bahagian badan. Contohnya kanak-kanak yang merangkak, pergerakan ini melibatkan gerakan tangan, kaki, punggung dan bahagian badan yang lain. Oleh itu dalam pergerakan seperti ini, kita akan lihat koordinasi berlaku antara motor kasar dan motor halus. Selain itu,gerakan motor kasar ini juga memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang lain seperti mata dan sentuhan.

KAEDAH MEMPELAJARI PRESTASI MOTOR

CADANGAN BAGI AKTIVITI MOTOR HALUS


Membentuk plastisin menjadi bola menggunakan kedua tapak tangan. Mengoyakkan kertas surat khabar kepada jalur danmengumpalkannya menjadi bola Mengocak dadu menggunakan genggaman tapak tangan Membuat aktiviti mengait dan menjahit seperti memasukkan manic pada benang

CADANGAN AKTIVITI MOTOR KASAR


Berjalan ~ Aktiviti berjalan boleh dilakukan dengan berbagai cara yang lebih kreatif seperti berjalan kehadapan, berjalan ke belakang, berjalan dalam bulatan, berjalan ke tepi, berjalan dalam bulatan, berjalan dengan perlahan, berjalan dengan laju, berjalan bersendirian dan berjalan secara berkumpulan. Berlari ~ Kanak-kanak suka berlari dan bergerak cergas dalam banyak ketika. Aktiviti berlari haruslah dilakukan di tempat yang lebih luas dan lapang. Ini adalah untuk memastikan keselamatan kanak-kanak semasa aktiviti berlari. Berlari dengan perlahan, berlari berganti-ganti, berlari sambil membawa bola dan berlari berhenti dan berlari. Skipping ~ skipping menggunakan tali, skipping secara sendirian atau bermain lompat tali dalam kumpulan. Membaling dan menyambut bola ~ menggolekkan bola, menahan bola yang bergolek, membaling bola, menyambut bola bergilir-gilir dalam kumpulan, permainan bola dan monyet, Mengimbangkan badan ~ berjalan meniti sekeping papan yang diletakkan di atas tanah, meniti seutas tali yang diletakkan di atas tanah, membawa bola di atas sudu, menjunjung pundi kacang hijau di atas kepala.

PENDEKATAN MELATIH KANAK-KANAK DALAM SUKAN


perhatian dan pemerhatian (persepsi) yang menunjukkan kemahiran replikasi (pelaksanaan) dari apa yang telah diperhatikan maklum balas pengulangan (latihan yang kerap)

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai