Anda di halaman 1dari 38

Perkembagn jantug,paru2 dan darah

Mohd Idris b. Jusoh Siti Fatihah bt Abdullak

KERANGKA TAJUK
Perkembangan Fungsi Anatomi & Fisiologi Jantung Darah Paru-Paru Prestasi Aerobik & Anaerobik Prestasi Motor

Perubahan jantung, darah dan paru-paru semasa pertumbuhan (Heart, blood and lungs) Ciri-ciri peredaran darah fetus Jantung dan salur darah adalah terbentuk daripada sel-sel embrio mesodermal. 3 minggu selepas persenyawaan, salur jantung primitif mula terbentuk. Sejurus selepas itu, jantung ini mula berdenyut.

Perubahan jantung, darah dan paru-paru semasa pertumbuhan (Heart, blood and lungs)
Salur ini akan tumbuh dan membentuk kaviti perikardial. Jantung akan membentuk struktur umumnya pada penghujung minggu ke-6 selepas persenyawaan, dan salursalur darah utama terbentuk pada minggu ke-8. Salur jantung primitif akan melipat dan menyimpul dengan sendirinya lalu membentuk 4 ruang yang jelas. Kedua-dua proses ini mengakibatkan 4 ruang jantung tersusun pada kedudukan yang betul dalam kaviti perikardial bersama-sama salur-salur darah utama jantung. Pelbagai jenis penyakit jantung kongenital yang wujud adalah hasil daripada proses embrio yang terganggu. Sistem peredaran fetus yang utama dapat diperhatikan dalam gambarajah di bawah.

Sistem peredaran fetus yang utama

Perubahan jantung, darah dan paru-paru semasa pertumbuhan (Heart, blood and lungs)
Perubahan saiz jantung Dalam hidup fetus, jantung sebelah kanan mempunyai isipadu yang hampir sama dengan sebelah kiri. Selepas kelahiran, pertumbuhan ventrikel kiri adalah lebih pesat berbanding sebelah kanan. Isipadu jantung pada masa kelahiran adalah lebih kurang 40cm3.Jumlah ini akan berganda menjelang 6 bulan, 4 kali ganda pada tahun 2 dan akan mencapai antara 600 800 cm3 dalam dewasa.

Perubahan jantung, darah dan paru-paru semasa pertumbuhan (Heart, blood and lungs)
Perubahan fungsi jantung (i) Denyutan nadi - Purata kadar nadi dalam bayi yang baru dilahirkan adalah 140 dsm. - Kadar dasar nadi menurun dari 140 dsm (kelahiran) ke 100 dsm (1 tahun), dan menurun seterusnya ke 80 dsm (6 tahun) dan 70 dsm (10 tahun). (ii) Isipadu strok dan keluaran kardiak Isipadu strok: Isipadu darah yang dipamkan oleh ventrikel kiri pada satu penguncupan, meningkat dari peringkat kanak-kanak ke remaja. Jumlahnya adalah antara 3 4ml (kelahiran) dan meningkat 10 kali ganda iaitu 40ml di peringkat sebelum remaja. Keluaran kardiak: Keluaran darah dari ventrikel kiri dalam satu minit. Keluaran kardiak adalah 0.5L/min (kelahiran) manakala di peringkat dewasa adalah 5L/min.

Perubahan jantung, darah dan paru-paru semasa pertumbuhan (Heart, blood and lungs)
Tekanan darah - Tekanan darah sistemik dalam fasa-fasa diastolik dan sistolik penguncupan otot jantung meningkat semasa pertumbuhan. - Tekanan darah sistolik dalam bayi berubah-ubah antara 40 75mmHg. - Dalam lewat bayi, tekanan darah ini meningkat ke 80mmHg dan tekanan darah diastolik meningkat ke 50 55mmHg. - Tekanan darah sistolik meningkat lebih daripada tekanan darah diastolik semasa peringkat kanak-kanak ke remaja.

Perubahan jantung, darah dan paru-paru semasa pertumbuhan (Heart, blood and lungs)
Semasa pertumbuhan, saiz jantung bertambah dan ini ada berkait dengan jisim badan. Ini bererti saiz jantung adalah berkadaran dengan jisim badan. Jantung secara progresifnya akan disesuaikan dengan penambahan kerja, walaupun dalam keadaan rehat.

Perubahan ciri-ciri darah semasa pertumbuhan Isipadu darah

- Dalam kanak-kanak, isipadu darah berkait rapat


dengan jisim badan dan saiz jantung.

- Dalam orang dewasa secara puratanya terdapat 5L


darah di mana 3L adalah plasma dan bakinya adalah sel, khususnya sel darah merah. - Bayi yang baru dilahirkan mempunyai antara 300 400ml darah dalam badan.

PARU-PARU
Perubahan fungsi paru-paru dan pernafasan semasa pertumbuhan (i) Perkembangan dan pertumbuhan paru-paru - Paru-paru mula bertumbuh sebaik sahaja berlakunya persenyawaan. - Pembentukannya bermula sebagai satu kantung di minggu ke-4 dan seterusnya terbahagi kepada dua. - Pada minggu ke-16, pokok bronkiol mula terbentuk dan 3 bulan terakhir fetus, alveoli mula terbentuk. Kebanyakannya terbentuk dengan lengkap semasa pasca natal. - Paru-paru fetus terdiri daripada cecair, termasuk cecair amniotik dan komponen darah. - Kebanyakan cecair ini dikeluarkan apabila toraks ditekan dalam proses kelahiran, dengan bakinya dikeluarkan melalui salur limfa. - - Pergerakan pernafasan yang dapat dikesan dalam fetus menunjukkan bahawa pusat pernafasan di otak dan mekanisme otot-saraf yang perlu untuk proses ini telah wujud sebelum kelahiran. - Paru-paru manusia adalah seberat 60 70g semasa kelahiran dan jisim ini meningkat sebanyak 20 kali ganda sebelum kematangan. - Bilangan alveoli meningkat dari 20 juta (kelahiran) ke 300 juta (umur 8 tahun).

PARU-PARU
Isipadu paru-paru adalah lebih daripada jisim paru-paru. Bayi yang baru dilahirkan boleh menyedut sebanyak 3ml udara segram tisu manakala orang dewasa adalah antara 8 10ml. Fungsi pernafasan Proses respiratori melibatkan dua komponen. Pertama, melibatkan paru-paru di mana pemindahan oksigen dan karbon dioksida antara kanak-kanak dan ruang persekitarannya. Kedua, melibatkan pengangkutan gas dalam darah ke dan dari tahap sel-sel atau dikenali sebagai respirasi selular.

PARU-PARU
Kekerapan pernafasan semasa kelahiran adalah sebanyak 40 nafas seminit dan kadar ini menurun ke 30 nafas seminit menjelang umur satu tahun. Di antara umur 5 6 tahun, kekerapan adalah sebanyak 22 nafas seminit dan seterusnya menurun ke 16 atau 17 nafas seminit.

PERKEMBANGAN MOTOR
Perkembangan motor merupakan satu proses di mana kanak-kanak memperolehi kemahiran dan pola pergerakan. Ini dicirikan dengan suatu modifikasi berterusan yang berasaskan kepada: Proses kematangan otot-saraf yang berkemungkinan diselaraskan secara genetik. Sifat-sifat kematangan dan pertumbuhan dalam kanakkanak (cthnya: saiz dan komposisi badan) Kesan sampingan pengalaman motor yang terdahulu dan pengalaman motor yang terkini.

Motor halus adalah pergerakan yang memerlukan kejituan dan kemahiran seperti dalam tugasan manipulatif. Motor kasar adalah pergerakan yang melibatkan seluruh badan atau anggota badan seperti dalam aktiviti lokomotor. Kebanyakan lakuan motor merangkumi unsur-unsur motor kasar dan halus.

Klasifikasi aktiviti motor


Pola motor asas Ini adalah merujuk kepada bentuk pergerakan asas. Bentuk pergerakan asas ini terdiri daripada lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif. Bentuk pergerakan asas boleh terdiri daripada gabungan manamana aspek yang disenaraikan. Proses dan hasil pergerakan Proses pergerakan melibatkan: teknik sesuatu pergerakan, contohnya putaran pinggul, aksi lengan, aksi kaki, dan sebagainya . mekanik sesuatu pergerakan, contohnya sudut lonjakan , panjang tuas lengan, sudut antara sendi, dan sebagainya Hasil pergerakan tertumpu kepada keputusan akhir sesuatu lakuan, contohnya jarak lompatan, catatan masa larian, dan sebagainya.

Tindak balas motor bayi yang baru dilahirkan adalah sambungan daripada apa yang telah wujud semasa dalam keadaan fetus. Pola ini wujud dalam bentuk pantulan semasa kelahiran. Sesetengah pantulan ini adalah berbentuk mudah dan dikawal oleh saraf tunjang manakala sebahagiannya adalah kompleks dan memerlukan integrasi otak dan pusat saraf yang lain. Pantulan Moro (Moro reflex) adalah pola pantulan yang wujud dalam bayi sejak lahir ke 3 bulan.

Pantulan dalam bayi yang baru dilahirkan

Pantulan dalam bayi yang baru dilahirkan


Pantulan Startle (Startle reflex) wujud akibat bunyian yang kuat dan bayi akan bertindak balas dengan mengfleksikan anggota badan.

Pantulan dalam bayi yang baru dilahirkan


Pantulan genggaman (palmar grasp reflex) berlaku apabila sesuatu objek diletakkan pada tapak tangan bayi.

Pantulan dalam bayi yang baru dilahirkan


Pantulan leher (tonic neck reflex) mula kelihatan selepas beberapa bulan dilahirkan. Apabila kepala bayi dipusingkan ke sebelah, bayi akan bertindak balas dengan memanjangkan kaki dan lengan pada bahagian yang dipusingkan dan fleksi pada bahagian yang bertentangan.

Pantulan leher (tonic neck reflex)

Pantulan dalam bayi yang baru dilahirkan


Pantulan righting adalah berkait dengan hubungan antara kepala dengan anggota badan. Pantulan labyrinthine adalah berkait dengan orientasi badan terhadap daya graviti.

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak


Cara penjagaan Bilangan kelahiran Bilangan kanak-kanak dalam keluarga Peluang untuk pergerakan dan bermain secara aktif . Status sosioekonomi Status pemakanan Persekitaran

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak


Biologikal (genotaip, saiz badan, komposisi badan). Persepsi kanak-kanak terhadap persekitarannya .

KUMPULAN 4 TAJUK 5: Perkembangan Fungsi Anatomi dan Fisiologi Prestasi kekuatan dan motor Prestasi Aerobik Prestasi Anaerobik
Disediakan Oleh: SITI FATIHAH BT ABDULLAH MUHAMMAD IDRIS BIN JUSOH

Prestasi kekuatan & motor


Perkembangan kemahiran motor asas kanakkanak lazimnya terbentuk menjelang umur 6-7 tahun. Komponen kekuatan di ambil kira kerana ia merupakan komponen penting dan berkait rapat dengan kekuatan otot. Kekuatan adalah daya tahan otot atau kebolehan individu membentuk tekanan terhadap rintangan luaran.

Terdapat 3 jenis kekuatan iaitu:i. Kekuatan statik ii. Kekuatan dinamik iii. Letusan (kuasa)

Kekuatan statik

Kekuatan statik atau isometrik adalah daya yang dikenakan ke atas rintangan luar tanpa perubahan pada panjang otot.
Lazimnya, kekuatan jenis ini diukur pada kumpulan otot khusus contohnya. kekuatan genggaman

Kekuatan Dinamik Kekuatan dinamik adalah daya yang dibentuk hasil daripada penguncupan otot yang berterusan. Contohnya. Pengukuran tekan tubi Letusan (kuasa) Kuasa adalah kemampuan otot melepaskan daya semaksimum mungkin dalam sutu tempoh yang singkat Contohhnya, pengukuran lompat jauh berdiri

Ujian prestasi yang merangkumi kemahiran motor asas lazimnya melibatkan kawalan motor dan kekuatan.

Prestasi motor di peringkat awal kanak-kanak Kekuatan otot meningkat pada peringkat ini.
Lelaki menunjukkan peningkatan yang lebih berbanding perempuan di dalam aktiviti berlari, melompat dan membaling.

Perempuan menunjukkan prestasi yang lebih baik di dalam aktiviti imbangan berbanding dengan lelaki di antara umur 3-5 tahun dan lebih baik di umur 6 tahun.

Secara puratanya, lelaki menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam aktiviti yang melibatkan kuasa dan kelajuan. Manakala perempuan lebih ke arah imbangan.

Prestasi motor di peringkat pertengahan kanak-kanak dan remaja Kekuatan lelaki meningkat secara linear mengikut umur sehingga 13 tahun atau 14 tahun di mana peningkatan adalah mendadak .

manakala kekuatan perempuan meningkat secara linear mengikut umur sehingga 16 atau 17 tahun. Daya tahan otot lelaki meningkat secara linear dari 5 sehingga 14 tahun.
Manakala daya tahan otot perempuan meningkat secara linear mengikut umur.

Bagi komponen kelenturan (fleksibility) perempuan lebih lembut daripada lelaki di semua peringkat umur, dan ini amat ketara di peringkat pertumbuhan pesat remaja dan kematangan seksual. Tempoh antara 5 hingga 8 tahun adalah suatu tempoh perubahan di dalam konteks perkembangan kekuatan dan prestasi motor.

Prestasi Aerobik
(Aerobic perfomance)
Petunjuk prestasi aerobik semasa pertumbuhan adalah merujuk kepada perubahan di dalam kardiovaskular, pulmonari, otot rangka, pengawalatur suhu badan.
Kuasa aerobik adalah kuasa maksimum tenaga yang dihasilkan dalam seminit oleh gentian otot yang berfungsi Kapasiti aerobik adalah jumlah tenaga yang sedia ada untuk melaksanakan aktiviti aerobik.

2 petunjuk utama metabolisme aerobik semasa senaman di dalam individu yang membesar
I. Adaptasi terhadap senaman submaksimum II. Adaptasi terhadap senaman yang lama dan senaman bercorak daya tahan

Prestasi Anaerobik
(Anaerobic perfomance)
Penghasilan tenaga aerobik adalah penting dalam pertumbuhan kanak-kanak kerana kebanyakan aktiviti mereka melibatkan pengunaan tenaga yang banyak, berintensiti tinggi dan jangka masa lama.
Oleh itu, sumber tenaga yang dihasilkan oleh pengoksidaan otot rangka adalah tidak mencukupi bagi menampung keperluan tenaga.

Kepekatan maksimum laktat darah meningkat mengikut umur semasa pertumbuhan.


Semasa pertumbuhan, kepekatan laktat otot semasa senaman submaksimum adalah lebih rendah dalam kanak-kanak berbanding dewasa.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai