Anda di halaman 1dari 8

PERINGKAT- PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

DISEDIAKAN OLEH: NURUL AMIRAH BINTI HAZIZI NORATIQAH HANIM MOHD ROSLIN

Hasil daripada pengaruh proses- proses biologi,

kognitif dan sosioemosi( santrock 2008).

Peringkat bayi (0-2 tahun) - Kadar ciri- ciri pertumbuhan cepat seperti sifat-

sifat manusia, bahasa, kebolehan fizikal dan kebolehan menjalin perhubungan emosi mula kelihatan.

Peringkat awal kanak- kanak (3-8 tahun) - Dapat bermain menggunakan imaginasi,

perkembangan bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan kebolehan bersosial.

Peringkat kanak- kanak ( 9-11 tahun)

- Mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan

dalam alam dewasa. Mula menjalin hubungan dengan rakan sebaya dan memahami peraturan.

Peringkat awal remaja (12-15 tahun)


- Sensitif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal

yang dialami. Boleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik.

Peringkat remaja ( 15 20 tahun)

- Perhubungan yang rapat dengan rakan sebaya dan keinginan berdikari.

Perkembangan kanak- kanak ialah satu bidang kajian yang merangkumi semua aspek perubahan serta pertumbuhan yang bermula daripada peringkat persenyawaan sehingga peringkat remaja. Ada beberapa teori yang menjelaskan perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah:

Teori Perkembangan Kanak-Kanak

1) Kematangan Biologi

- Teori ini melihatkan perkembangan fizikal sebagai perubahan fisiologi dan neurologi yang tidak dapat dikawal.

Teori Perkembangan Arnold Gesell. Menurut Arnold Gesell, perkembangan


manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan.
Arnold Gesell menyatakan bahawa

perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu. Kadar perkembangan berbeza bagi setiap individu.
berpendapat bahawa kanak-kanak perlu

diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut.

Kognitif - Menurut teori ini, individu menyumbang secara

aktif kepada perkembangan intelektual mereka. Ia menyatakan seseorang individu akan berusaha menyelesaikan masalah atau percanggahan dalam cara pemikiran mereka dan mencari cara baru untuk memahami persekitaran mereka.

Teori Perkembangan Jean Piaget.

- Menurut Jean Piaget, perkembangan kognitif dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu sensorimotor (lahir hingga 2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke atas). Perkembangan kognitif melibatkan proses-proses seperti skema asimilasi, akomodasi, penyusunan semula dan keseimbangan.

Sosial Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh budaya masyarakat persekitaran kanak-kanak tersebut. Teori Perkembangan Robert Havighurst. -Robert Havighurst menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya. - Menurutnya pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai. Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagian kepada individu manakala kegagalan dalam menyempurnakan tugas tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasantugasan berikutnya. - Percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nialai-nilai, norma dan budaya masyarakat.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai