Anda di halaman 1dari 15

PENTAKSIRAN DAN

PENILAIAN KEMAJUAN
KANAK-KANAK
TAJUK : ETIKA
PENTAKSIRAN
-GARIS PANDUAN MEMBUAT PENTAKSIRAN
-PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU-GURU
PRASEKOLAH SEBAGAI ETIKA PENTAKSIRAN

PENGENALAN ETIKA PENTAKSIRAN

Etika merupakan kepercayaan peribadi individu


tentang hak. Ia merujuk kepada prinsip kelakuan
individu yang boleh diterima dari segi akhlak dan nilai
moral. Dalam penilaian perkembangan kanak-kanak,
etika pentaksiran merujuk kepada garis panduan
dalam membuat pentaksiran dan peranan serta
tanggungjawab guru prasekolah.

Dalam memastikan aktiviti pentaksiran


perkembangan kanak-kanak berjalan lancar dan
berkesan, Akta 308 dan Akta Pendidikan 1996 (Akta
550) merupakan panduan kepada pihak yang terbabit.

Garis Panduan Pertama:


Pentaksiran harus dijalankan
secara konsisten dengan tujuan
pentaksiran yang ditetapkan.

Hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu


guru merancang tindakan susulan yang berkesan
untuk tujuan :

Mengembangkan

potensi murid ke tahap optimum


dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Membantu

pembelajaran murid.

Memperbaiki

pengajaran guru dan seterusnya


meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
guru.

Garis Panduan Kedua:


Pentaksiran harus dijalankan ke
atas pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang dirangkumi dalam
Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan.

Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua


Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan termasuk:

Penerapan nilai
Pembentukan sikap
Penguasaan kemahiran
Status kecergasan
Status kesihatan
Kesediaan sosial (social readiness)

Aktiviti kokurikulum dan ekstra-kurikulum tidak


harus ditaksirkan berasaskan pencapaian sahaja
kerana pada peringkat umur ini murid tidak dapat
menyertai aktiviti ini secara berdikari.

Penyertaan dan kemenangan dalam pertandingan


tidak boleh diambilkira sebagai hasil pentaksiran di
peringkat prasekolah. Pada peringkat umur ini
pemilihan untuk pertandingan melibatkan banyak
faktor dan bukan sahaja atas kebolehan individu.

Garis Panduan Ketiga:


Pentaksiran dijalankan secara
berterusan sepanjang masa.

Garis Panduan Keempat:


Kaedah pentaksiran harus sah
dan sahih, sesuai dengan
perkembangan kanak-kanak

Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan


kriteria dan bukan perbandingan antara murid.

Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah seperti


berikut:
Pemerhatian berterusan
Penilaian hasil kerja

Kaedah berikut tidak diiktirafkan dalam pendidikan


awal kanak-kanak:
Ujian atau peperiksaan formal
Ujian kertas and pensil

Pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah


dan sahih

Proses dan kaedah pentaksiran tidak terlalu


rumit.

Data yang dikumpulkan perlu dianalisiskan


supaya inferens atau kesimpulan yang dibuat
adalah sah dan sahih.

Garis Panduan Kelima:


Hasil pentaksiran digunakan untuk
merancang tindakan susulan demi
meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran dan untuk membantu
pengajaran.

Hasil pentaksiran diserahkan kepada guru Tahun 1


selepas murid tamat prasekolah untuk tujuan
kesinambungan pentaksiran formatif.

Hasil pentaksiran digunakan untuk memberi laporan


dan maklumat kepada ibubapa mengenai kemajuan
anak-anak mereka.

Hasil pentaksiran digunakan untuk mengenalpasti


masalah murid-murid sama ada mereka perlu
dirujuk kepada pakar.

Garis Panduan Keenam:


Pentaksiran harus dijalankan
dengan penuh beretika, hak asasi
kanak-kanak perlu dipatuhi.

Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus


didedahkan kepada orang lain

Ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibubapa dan


pihak tertentu sahaja.

Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk


melabelkan kanak-kanak.

Melabelkan kanak-kanak pada peringkat umur ini


akan mempunyai kesan yang negatif dalam
perkembangan kanak-kanak ini kelak.

Anda mungkin juga menyukai