Anda di halaman 1dari 1

DARI EDITOR PJ PERKASA Assalamualaikum w.b.t dan salm 1 Malaysia. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.

t dengan limpah dan inayahnya kerana SMK Putera Jaya dapat menerbitkan majalah sulung pada tahun ini. Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang berusaha untuk menghasilkan majalah pertama ini terutama sekali kepada guru-guru dan siding redaksi yang bertungkus lumus dalam menambahbaik dan memantapkan lagi kualiti majalah ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan pelajar yang telah menyumbang karya yang menarik dan berkualiti untuk menyerikan lagi majalah sulung ini. Sekurang-kurangnya warga SMK Putera Jaya dapat menjadikan majalah ini sebagai kenangan terindah. Akhir kata, maaf dipinta sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam penerbitan majalah ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai