Anda di halaman 1dari 2

KATA ALU ALUAN

KETUA PELAJAR

KETUA PELAJAR SMK SUNGAI PASIR KECHIL

SEKOLAH MENENGAH SUNGAI PASIR KECHIL

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah diberi
peluang untuk mengungkapkan sepatah dua kata dalam majalah SUTERA Smk Sungai Pasir
Kechil 2013. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada sidang redaksi yang telah bertungkus
lumus menyiapkan majalah ini.
Para guru dan rakan seperjuangan,
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak pentadbir, para guru dan rakan pelajar kerana memberi kepercayaan kepada
saya untuk mengetuai Badan Pengawas bagi tahun 2013. Sepanjang menjalankan tugas,
pelbagai pengalaman pahit dan manis telah saya lalui. Saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada rakan-rakan pengawas yang sentiasa memberi kerjasama melaksanakan amanah
yang diberi .Alhamdulillah, masalah disiplin dapat ditangani dengan sebaik mungkin.
Rakan-rakan yang dikasihi,
Marilah kita bersama-sama berusaha meningkatkan kecemerlangan diri dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum. Saya pasti, berkat kegigihan dan kesabaran kita akan berjaya
menjejakkan kaki ke menara gading.
Akir kata, saya mewakili semua pelajar menyusun sepuluh jari memohon maaf andai
terdapat kesilapan kata-kata dan tingkah laku yang tidak menyenangkan ketika menjalankan
tugas sepanjang tahun ini.

Sekian terima kasih.

SYED MUHD NOR BIN ABDULLAH.

KATA ALU ALUAN


YDP PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK SUNGAI PASIR KECHIL

YDP PIBG SMK SUNGAI PASIR KECHIL

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Sidang Redaksi Majalah SUTERA
Smk Sungai Pasir Kechil berjaya julung kalinya menerbitkan majalah sekolah ini. Syabas
dan tahniah saya ucapkan kepada mereka yang terlibat dalam penerbitan majalah sekolah ini.
Setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya
untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini.
Saya yakin dan percaya ,bukan mudah untuk menerbitkan sebuah majalah tanpa
kerjasama yang jitu, kesabaran dan komitment yang tinggi daripada sidang redaksi majalah
serta warga SMK Sungai Pasir Kechil.
Sehubungan itu, pihak PIBG berharap agar kerjasama antara pihak sekolah dengan
ibu bapa dapat diteruskan malah dipertingkatkan untuk kecemerlangan pelajar dalam semua
bidang termasuk sahsiah diri bagi mencapai visi dan misi sekolah. Hal ini kerana PIBG
bertanggungjawab bersama-sama sekolah untuk memastikan kejayaan pelajar yang bakal
menjadi pemimpin dan peneraju negara pada masa akan datang.
Akhir kata, tahniah sekali lagi saya ucapkan atas kejayaan dalam penerbitan majalah
LESTARI sekolah ini. Saya berharap para pelajar akan terus berusaha dengan gigih supaya
tidak menghampakan harapan sekolah dan juga ibu bapa.Tidak lupa ucapan penghargaan
kepada pihak guru yang tidak jemu mendidik pelajar menjadi modal insan yang cemerlang.

Sekian , terima kasih

(EN.DARUS BIN AHMAD)

Anda mungkin juga menyukai