Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID

Terima kasih puan pengacara majlis. Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera.

Yang berusaha, __________________________________ Yang dihormati, Guru Penolong


Kanan Pentadbiran, ______________________________, Guru Penolong Kanan
HEM_________________________________ Guru-Guru Kanan, Kaunselor, Guru Guru
seterusnya murid-murid SMUA AL-ULUM sekalian.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan seribu kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah
inayah-Nya, maka kita semua dapat berkumpul meraikan majlis yang berbahagia pada pagi ini.
Tidak lupa juga saya mengucapkan sekalung bunga terima kasih kepada pihak sekolah ini yang
sudi mengundang saya bagi merasmikan majlis pada pagi ini.

Murid-murid yang dikasihi sekalian,

di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
semua pemimpin murid yang dipilih dan dilantik pada hari ini. Saya yakin murid murid yang
dilantik pada hari ini telah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar mereka yang terpilih
memiliki ciri-ciri kepimpinan untuk membimbing rakan-rakan mereka di sekolah serta dapat
membantu guru guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka di samping memberi
pendidikan yang berkualiti. Hanya dengan pendidikan yang berkualiti sahaja dapat melahirkan
warganegara yang efisen dan menjadi modal insan negara yang produktif. Sesungguhnya
pengawas-pengawas yang dilantik harus berasa bertuah dengan perlantikan ini. Saya
memohon kepada mereka agar berasa syukur kepada Allah dan sentiasa mengingatiNya
semasa memikul tugas dan tanggungjawab itu nanti. Sehubungan itu, pada hari yang
bersejarah ini mereka patut diraikan.

Pemimpin murid berperanan sebagai pemimpin kecil yang dipilih untuk menjalankan tugas dan
tanggungjawab, membantu guru dan pentadbir sekolah agar dapat mewujudkan satu
persekitaran sekolah yang kemas dan teratur. Persekitaran yang dimaksudkan adalah untuk
menentukan suasana yang damai, situasi yang terkawal dan menumpukan kepada fungsi
utama sebuah sekolah iaitu untuk melahirkan murid-murid yang berpotensi menjadi pemimpin
negara masa hadapan dan tunggak pembangunan negara dalam apa jua bidang yang mereka
minati. Saya juga berharap pemimpin yang dilantik pada hari ini dapat menjalankan tugas dan
tanggungjawab mereka dengan penuh amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab.

Bagi murid-murid lain pula, saya ingin berpesan agar sentiasa memberi kerjasama kepada
semua pemimpin sekolah yang dilantik. Saya ingin menasihati murid-murid agar mematuhi dan
menghayati peraturan sekolah supaya guru-guru dan pentadbir sekolah dapat menumpukan
kepada usaha dalam membangunkan infrastruktur dan fasiliti sekolah serta pembangunan
akademik bagi menentukan kecemerlangan dan kegemilangan sekolah dapat dipertingkatkan.
Jauhi sikap-sikap negatif seperti perbuatan merosakkan kemudahan sekolah, perbuatan
membuli dan bergaduh serta tidak menghormati guru-guru dan kawan-kawan sekolah.
Saya juga ingin menasihatkan semua murid agar mengutamakan pelajaran di sekolah. Hanya
dengan memiliki pengetahuan dan kelulusan yang tinggi sahaja dapat menjamin kehidupan kita
pada masa hadapan. Ianya sungguh penting dalam kehidupan. Ilmu pengetahuan dapat
mengubah taraf hidup sesebuah keluarga, pengetahuan dapat memenuhi apa yang kita cita-
citakan, pengetahuan dapat membezakan yang baik dengan buruk. Untuk memperolehi
pengetahuan, murid-murid harus belajar bersungguh-sungguh, berdisiplin ketika belajar kerana
disiplin asas kejayaan, sentiasa berusaha tanpa mengenal putus asa.

Pada kesempatan ini, saya berdoa agar sekolah ini sentiasa mendapat kerahmatan dan diberi
perlindungan agar sentiasa berupaya melahirkan insan-insan yang menjadi kebanggaan negara
dan dijauhi dari segala bencana atau musibah. Saya berharap guru-guru dan pentadbir sekolah
akan melipat gandakan usaha mereka dalam membentuk dan memberi pelajaran kepada
semua murid sekolah ini. Saya juga berdoa agar murid murid sekolah ini sentiasa beroleh
kejayaan di dalam pelajaran dan peperiksaan yang mereka bakal hadapi.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama berdoa agar sekolah ini sentiasa cemerlang, gemilang
dan terbilang dalam aktiviti akademik dan kokurikulum dan menjadi sekolah contoh di daerah
ini.

Dengan ini, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan majlis pelantikan


pemimpin murid SEKOLAH MENENGAH UGAMA ARAB AL-ULUM bagi tahun 2023.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai