Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia

Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya telah diberi
kesempatan untuk memberi sepatah dua kata didalam buku program ini. Terlebih
dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak pengurusan
sekolah kerana telah kerjaya menganjurkan majlis Anugerah Cemerlang Korikulum
ini yang merupakan aktiviti terakhir kelendar korikulum sekolah bagi tahun 2011.
Setelah bertungkus lumus berusaha sepanjang tahun 2011, pada hari ini pelajarpelajar diraikan dimajlis yang gilang gemilang. Sesungguhnya kejayaan pada hari
ini adalah permulaan kepada kecemerlangan yang bermakna dan mencabar dimasa
hadapan. Saya berharap semoga pelajar-pelajar akan terus berusaha dengan lebih
keras lagi kerana cabaaran yang menanti tentunya lebih hebat lagi.
Didalam meraikan kejayaan ini, kita harus sedar bahawa beradanya kita disini pada
hari ini adalah hasil daripada kegigihan guru-guru yang tidak penah mengenal rasa
jemu dan putus asa didalam mendidik para pelajar untuk menjadi pelajar yang
cemerlang. Segala jasa guru perlu kita hargai dan dikenang hingga akhir hayat.
Pelajar-pelajar juga harus bersyukur kerana telah dikurniakan ibu bapa yang
bertanggung jawab serta komited didalam memastikan kejayaan para pelajar
semua, tanpa pengorbanan dan sokongan daripada ibu bapa, sudah tentu para
pelajar semua dapat menikmati peluang untuk belajar dengan sempurna.
Saya selaku YDP PIBG, SMK Darul Ehsan ingin sekali lagi meyatakan komitmen PIBG
yang tidak berbelah bagi, membantu pihak sekolah didalam menjana
kecemerlangan sokolah samada didalam bidang kurikulum, kokurikulum serta
sahsiah pelajar. Komitmen para ibu bapa juga amatlah diharapkan didalam
memperkukuhkan komitmen PIBG kepada pihak sekolah.
Sebelum mengundur diri, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Tuan Pengetua, guru-guru serta seluruh warga SMK Darul
Ehsan diatas segala komitmen dan pengorbanan yang jitu yang telah meletakkan
SMK Darul Ehsan menjadi salah sebuah sekolah yang terbaik di Daerah Gombak ini.
Sekian, terima kasih.

ZAKARIA BIN HASHIM


Yang DiPertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru

SMK Darul Ehsan

Anda mungkin juga menyukai