Anda di halaman 1dari 4

1

UCAPAN CEO PINTAR FOUNDATION


OLEH :
PN KARIMAH TAN BINTI ABDULLAH

Terima kasih Tuan/Puan Pengerusi Majlis,


Yang Dihormati Encik Zainal Abidin Bin Mohd Yusof, Pegawai Pendidikan
Daerah Hulu Selangor
Yang Berbahagia, Encik Rozali bin Mazlan, Pengetua SMK Ampang
Pecah.
Yang Berusaha, Encik Suhaimi bin Abdullah, Penolong Kanan SMK
Ampang Pecah,
Pn. Norlida binti Rahmat, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Manisah binti Md Sharif, Penolong Kanan Kokurikulum,
Pn Mazlina binti Mohamad, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,
Guru Cemerlang,
Guru-guru,
Ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada


semua yang hadir dalam majlis ini, khususnya kepada pelajar yang
menunjukkan kepintaran dan sahsiah yang cemerlang. Tahniah dan terima
kasih juga kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profesion
perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti baik
dari segi akademik mahupun sahsiah.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Pada hari ini, peranan pendidikan telah berubah. Murid-murid bukan
sahaja datang ke sekolah untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris
negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Kita
juga patut sedar, sistem pendidikan kini memerlukan perubahan selaras
dengan keperluan semasa, untuk memenuhi tuntutan zaman. Sistem
pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia
untuk melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring dengan
peredaran zaman.

Para hadirin yang saya muliakan,


Sasaran membawa negara mencapai standard pendidikan berkualiti
di peringkat antarabangsa perlu digalas semua pihak. Pelbagai program
diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran seperti Sarana Ibu Bapa dan
Sarana Sekolah sebagai platform meningkatkan penglibatan ibu bapa
dengan pembelajaran anak-anak serta menggalakkan penglibatan komuniti
dengan sekolah.

Usaha menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan


sekadar pengikut amat penting bagi mempersiapkan generasi muda
dengan keperluan abad ke-21. Selama ini, kita beranggapan penglibatan
ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah berlaku
secara semula jadi. Namun, dengan perubahan zaman dan cabaran
semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu
kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat
menyumbang kepada kejayaan anak-anak. Ibu bapa perlu menitikberatkan
soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga
di rumah.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Saya percaya sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik
pada hari ini selari dengan matlamat memotivasikan murid-murd agar terus
berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Diharapkan semoga program
seumpama ini dapat berterusan pada masa akan datang bukan sahaja
untuk murid yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada
peningkatan atau kemajuan.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas


dan tahniah kepada murid-murid yang akan menerima hadiah atas
pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian tersebut tidak berakhir di
sini. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi


mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah kerana berjaya
menganjurkan Majlis Anugerah Cemerlang pada tahun ini.

Sekian,
wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai