Anda di halaman 1dari 4

Terima kasih saudari Pengerusi Majlis,

Yang Berbahagia,
Tn. Walter wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kudat
Yang Berusaha, Tuan Mohammad Juari bin Amit guru besar SK Muhibbah,
Yang berusaha Puan Raffeah Mulanda Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang berusaha Puan Patimah Kassim Penolong Kanan Ha-Ehwal murid,
Yang berusaha EN.Abdul Malik Arip Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Jemputan khas,ketua kampung,ahli jawatankuasa PIBG,ibu bapa serta pelajar yang dikasihi.

Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh, dan salam


sejahtera.Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir
dalam majlis ini Anugerah Kecemerlangan dan Kemenjadian Murid, khususnya
kepada pelajar yang menunjukkan kepintaran dan sahsiah yang
cemerlang. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profesion
perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti baik dari segi akademik mahupun
sahsiah.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Pada hari ini, peranan pendidikan telah berubah. Murid-murid bukan sahaja datang ke sekolah untuk
belajar tetapi untuk dididik sebagai generasi negara agar menjadi modal insan yang berilmu
dan berakhlak mulia. Kita juga patut sedar, sistem pendidikan kini
memerlukan perubahan selaras dengan keperluan semasa, untuk memenuhi tuntutan zaman. Sistem
Pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia untuk melalui arus perubahan
dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman.

Para hadirin yang saya muliakan,


sasaran membawa negara mencapai standard pendidikan berkualiti diperingkat antarabangsa perlu
digalas semua pihak. Pelbagai program diperkenalkan oleh kementerian Pelajaran seperti Sarana Ibu
Bapa dan Sarana Sekolah sebagai platform meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran
anak-anakserta menggalakkan penglibatan komuniti dengan sekolah.Justeru itu
saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas yang telah
diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan,
kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin
sentiasa memberikan yang terbaik walaupun kadang kala berdepan dengan
kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG yang telah
diberikan oleh tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknyauntuk
membantu membiayai program-program sekolah untuk meningkatkan
pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Oleh itu saya
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi
sumbangan PIBG. Hal ini memudahkan pelbagai program sekolah dapat
dilaksanakan demi pembelajaran anak-anak.

Tuan dan Puan-puan Sekalian,


Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu
bapa. Sumbangan tersebut bukan semata-mata wang ringgit tetapi Kerjasama
daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah.
Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa itulah yang lebih utama dan
pentinsebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu saya menyeru agar ibu bapa
turut membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka.
Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibubapa agar sentiasa
menyokong dan memberikankerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah
bagimemastikan SK Muhibbah terus melakar kejayaan dan saya juga berharap
supaya semua AJK PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi
bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga

Anda mungkin juga menyukai