Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PERASMI MESYUARAT PIBG KALI KE-20 2023/2024

Yang Berusaha,
Puan Hajah Mariati Binti Abdullah,
Pengetua SMK Bandar Baru Sultan Suleiman,

Yang Berbahagia,
En Mohd Zulnizamriniudin bin Md Suhaini
Yang Dipertua PIBG Bandar Baru Sultan Suleiman,

Yang Berusaha,
Puan Hajah Faiezah Binti Jemali,
Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan Afishah Binti Musa


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Siti Arbaiah Binti Palil,


Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan guru,
Dan ibu bapa murid-murid yang dihormati sekalian.

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat berkumpul secara

maya sempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-20 tahun 2023

bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sultan Suleiman. Saya ingin merakamkan

ucapan terima kasih atas jemputan untuk hadir ke majlis ini dan seterusnya merasmikan

Mesyuarat Agung PIBG di sekolah ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Penasihat dan

Jawatankuasa PIBG kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan

mesyuarat ini.

Secara peribadi, saya berasa amat bangga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke

mesyuarat pada hari ini, yang jelas membuktikan komitmen dan iltizam yang tinggi terhadap

tanggungjawab serta peranan kita dalam organisasi yang dianggotai. Mudah-mudahan menerusi
mesyuarat ini, idea - idea baharu akan diperolehi bagi tujuan pembangunan ilmu melalui sekolah

ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagaimana kita sedia maklum Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi

yang cukup signifikan dan penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Tidak dapat

dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada

kemajuan dan pencapaian sekolah kerana PIBG menjadi medium atau wahana untuk

mencetuskan halatuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan. Pengurusan

PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang dan ia bukanlah hanya angan-

angan kosong semata-mata malah diharapkan dapat diaplikasikan sepenuhnya bagi mencapai

hasrat yang sama-sama kita inginkan.

Kecemerlangan sesebuah organisasi atau persatuan amat bergantung kepada beberapa elemen

yang perlu digerakkan secara seiring. Oleh itu, saya menyeru supaya kita bersama berpadu

tenaga dan menyumbang buah fikiran dalam membangunkan dan memajukan PIBG demi

kecemerlangan pendidikan anak-anak murid SMK Bandar Baru Sultan Suleiman. Elemen

perpaduan dalam kalangan ahli adalah sangat penting untuk membolehkan sesebuah organisasi

itu memaksimumkan sumber tenaga, usaha dan buah fikiran ke arah kecemerlangan yang

membanggakan.

Tuan –tuan dan puan-puan,

Sesungguhnya majlis pada pagi ini amat bermakna. Pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu
dan berbincang serta mencari kata sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak-anak.

Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan pihak sekolah. Selain

daripada memilih dan melantik Jawatankuasa PIBG yang baharu dan membincangkan usul-usul

daripada ibu bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG pada hari ini akan berbincang dan mendapat

persetujuan bersama dengan sebaik mungkin tanpa menimbulkan masalah kepada pihak ibu bapa

atau waris murid-murid. Harus di ingat juga, kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula

dari rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan memastikan anak-anak kita terdidik dengan

nilai-nilai murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala

negatif di luar rumah. Amat tidak adil untuk melepaskan sepenuhnya tanggungjawab itu

sewenang-wenangnya ke atas bahu guru dan pihak sekolah. Dalam konteks ini, PIBG sekolah

perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain daripada membantu

dalam kebajikan pelajar, guru dan juga pembangunan sekolah Alhamdulillah, setakat ini

kerjasama yang baik dan erat telah ditunjukkan oleh pihak sekolah dan PIBG.

Dalam usaha menyaingi arus pembangunan, pendidikan berkualiti yang sepatutnya dinikmati

oleh murid-murid wajar diseimbangkan dari segi pencapaian akademik, kokurikulum dan

perkembangan sahsiah. Sebagai ibu bapa, kita perlu bertindak proaktif dalam mengawasi dan

mengambil tahu segala aktiviti yang diceburi oleh anak-anak kita. Kesibukan kerja kerap

dijadikan alasan dan kita bimbang jika situasi ini berterusan, dalam diam kita menyerahkan tugas

mendidik anak-anak kepada satu pihak sahaja. Sebagai ibu bapa, kadang-kadang kita pening

melayan perangai tiga atau empat orang anak. Bayangkan tahap kesabaran seorang guru

menangani 35 hingga 40 orang pelajar dalam satu kelas. Satu penghormatan harus diberikan

kepada para pendidik yang begitu komited dalam melaksanakan amanah dan tugas mereka. Saya
berharap jalinan kepercayaan dan kerjasama antara guru dan ibu bapa dapat dibentuk melalui

aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti pada hari ini. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa

yang begitu mengambil berat dan menjunjung tugas mendidik ini bersama-sama. Ibarat kata

pujangga, “di rumah ada ibu, ada bapa, di sekolah ada guru turut menjaga”.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Pembiayaan persekolahan anak-anak memerlukan kos yang banyak dan semakin meningkat

setiap tahun. Kegawatan ekonomi global akibat pandemik turut memberikan kesan menyebabkan

ibu bapa menghadapi kesukaran dalam memenuhi permintaan anak-anak termasuklah hal-hal

yang melibatkan belanja persekolahan. Kata orang, keadaan sekarang ini ibarat memakai selimut

pendek, ditarik ke bawah nampak kepala, ditarik ke atas nampak kaki. Begitupun saya berharap

ibu bapa tetap memberi sokongan penuh kepada pihak sekolah dan berganding bahu membantu

melancarkan program-program yang direncanakan oleh pihak sekolah. Sesungguhnya, kejayaan

memerlukan pengorbanan dan keprihatinan. Disinilah peranan PIBG untuk tampil bersama-sama

tenaga pengajar SMK Bandar Baru Sultan Suleiman dalam usaha membentuk modal insan yang

cemerlang serta mencapai matlamat pendidikan berkualiti untuk semua murid. Tanpa kerjasama

semua pihak, mustahil untuk kita mencapai kejayaan.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan

terima kasih atas jemputan ke majlis pada hari ini. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan

tahniah kepada Jawatankuasa PIBG yang bakal dipilih dan dilantik sebentar nanti. Harapan saya

supaya Mesyuarat Agung PIBG SMK Bandar Baru Sutan Suleiman kali ke-20 ini akan berjalan
lancar dan teratur. Dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim, saya dengan sukacitanya

merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan

Bandar Baru Sultan Suleiman kali ke-20.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai