Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pendahuluan

Bertepatan dengan pandangan Jumali Hj. Selamat (2009), bahawa penghasilan sesebuah karya

adalah rangkuman fikiran pengarang yang diluahkan secara bertulis atau lisan yang berkaitan

dengan kepelbagaian kehidupan manusia dan juga alam yang diadun sebati bersama pengalaman

dan dihiasi dengan imaginasi dan kreativiti. Seterusnya, menurut pandangan Asmah Hj. Omar

(1986) pula, pemikiran adalah sebagai satu keadaan atau situasi yang memaparkan kepelbagaian

gambaran atau citra yang mempunyai konsep abstrak atau tersirat dan perkaitan antara peringkat

inilah yang akan menjadi tumpuan dan perhatian.

2.0 Hasil Dapatan dan Perbincangan

2.1 Aspek Pemikiran Dalam Novel Dunia Sayap Kecil.

2.1.1 ASPEK PEMIKIRAN NILAI MORAL DAN BUDI

Menurut Hussin (1995), nilai adalah idea tentang kepentingan, faedah, mutu dan

kebernilaian tentang segala benda, perkara dan fenomena yang terdapat dan berlaku di dalam

alam semesta ini. Seterusnya Majid (2012), menyatakan nilai murni dapat didefinisikan sebagai

perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama

manusia, alam dan tuhan. Moral bermaksud ajaran atau pegangan yang berkaitan dengan buruk

baik sesuatu perbuatan, kelakuan atau akhlak. Moral merangkumi tingkah laku ke arah positif

serta diterima masyarakat. Moral merangkumi sifat luhur, baik hati, hemah tinggi, hormat-

menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kejujuran, kerajinan, semangat

bermasyarakat dan sebagainya.


Aspek Keberanian

Menurut Aboebakar Atjeh (1988:19), keberanian ialah sikap tidak ragu‐ragu untuk mengambil

sesuatu tindakan walaupun dalam keadaan yang berbahaya dan berisiko tinggi. Keberanian

memerlukan kebijaksanaan dan keupayaan memanipulasi keadaan, kerana berani secara melulu

akan mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan. Nilai keberanian menggambarkan

kesanggupan seseorang menghadapi cabaran dan tentangan dengan penuh yakin serta berani

menanggung risiko.

Contoh petikan yang diambil dalam novel Dunia Sayap Kecil yang berkaitan aspek

keberanian ini:

“Jangan apa-apakan dia. Dia tak bersalah!” Tiba-tiba Kirung melompat keluar dari
bawah daun untuk mendapatkan Pak Kumai.
(Novel Dunia Sayap Kecil, 2018:57)

Dalam analisis ini, nilai keberanian yang tergarap dalam karya ialah sifat berani seseorang untuk

membantu orang lain yang dalam kesulitan dan sedang ditimpa masalah. Sifat berani bermaksud

kesanggupan dan kesediaan melakukan sesuatu perkara atau perlakuan yang penuh dengan

cabaran untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain. Contohnya, keberanian yang ditunjukkan

oleh Kirung dalam menyelamatkan Pak Kumai yang berada dalam keadaan bahaya. Oleh

itu,keberanian hendaklah disertai dengan kebijaksanaan dan keikhlasan kerana manusia sanggup

menipu melakukan kejahatan kepada orang lain demi kepentingan mereka. Tindakan ini

bertujuan mencari kesejahteraan hidup menerusi pengetahuan, keikhlasan dan kebaikan

seseorang yang berkaitan dengan manusia dan suasana persekitarannya.


Aspek Kerjasama

Kerjasama merupakan faktor terkuat dalam menegakkan sebuah masyarakat yang seimbang baik

dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Dalam hal ini, Islam menggesa pihak pemerintah

dan yang diperintah atau masyarakat seluruhnya supaya mempertingkat kerjasama dalam segala

urusan kehidupan untuk kebaikan bersama (Al‐Buraey,1992:329). Amalan bekerjasama seperti

tolong‐menolong,bantu‐membantu dan saling hormat‐menghormati dengan akhlak mulia penting

dalam kehidupan bermasyarakat (Ali,1996c:134).

Contoh petikan yang diambil dalam novel Dunia Sayap Kecil yang berkaitan aspek

keberanian ini:

Dia mencari-cari jalan untuk membantu, atau setidak-tidaknya mengesahkan bahawa

dirinya tidak berbahaya.

(Novel Dunia Sayap Kecil,

2018:59)

Melalui contoh petikan di atas jelas menunjukkan pemikiran nilai moral dan budi terdapat dalam

novel ini iaitu dari aspek kerjasama. Nilai kerjasama yang terlihat dalam analisis ini merangkumi

sifat kerjasama, tolong-menolong dan kebaikan bersama antara masyarakat dan novel ini

menceritakan tentang kehidupan haiwan di sebuah tempat. Seterusnya, sebagai contohnya,

Kirung berusaha mencari cara untuk membantu rakannya yang menghadapi masalah. Kirung

cuba memberi kerjasama kepada rakannya yang sedang mengalami masalah itu. Situasi ini

menunjukkan konsep persaudaraan merujuk kepada hubungan erat antara sesebuah komuniti

tertentu. Justeru, nilai bekerjasama merupakan usaha yang baik serta menggambarkan suasana
saling bantu‐membantu dalam melakukan sesuatu perkara atau usaha yang mendatangkan

kebaikan secara menyeluruh dengan aman dan harmoni.

2.2 Perkaitan Aspek Pemikiran Dengan Teori Moral.

Teori Moral merupakan satu teori yang menjelaskan fenomena-fenomena didaktisme, etik,

kebaikan, keindahan serta keseronokan dalam karya kesusasteraan. Perkara-perkara kebaikan

yang dapat membawa manusia kepada tingkat kehidupan yang baik dan menyenangkan

tergolong dalam perkara moral yang baik dan terpuji. Secara umumnya, Aristotle menjelaskan

terdapat sebelas sifat moral terpuji iaitu, keberanian, kesederhanaan, keindahan, kemurahan hati,

harga diri, kesabaran, kejujuran, kepandaian, berjenaka, kemesraan dan kerendahan hati

(Matluthfi,2017:37)

2.2.1 Perkaitan antara Nilai moral dan budi dari aspek keberanian dengan teori

moral.

Nilai keberanian ialah sikap tidak ragu‐ragu untuk mengambil sesuatu tindakan walaupun dalam

keadaan yang berbahaya dan berisiko tinggi. Nilai keberanian menggambarkan kesanggupan

seseorang menghadapi cabaran dan tentangan dengan penuh yakin serta berani me‐nanggung

risiko. Di dalam Teori Moral seperti yang dinyatakan oleh Aristotle, terdapat sebelas sifat moral

yang terpuji dan antaranya ialah sifat keberanian. Oleh itu, sifat moral keberanian ini dapat

dikaitkan dengan pemikiran moral dan budi dari aspek keberanian.

Contoh petikan yang mempunyai sifat moral “keberanian” ialah:

“Jangan apa-apakan dia. Dia tak bersalah!” Tiba-tiba Kirung melompat keluar

dari bawah daun untuk mendapatkan Pak Kumai.


(Novel Dunia Sayap Kecil, 2018:57)

Melalui petikan di atas jelas menunjukkan ada sifat moral atau aspek keberanian dalam novel ini.

Sifat berani bermaksud kesanggupan dan kesediaan melakukan sesuatu perkara atau perlakuan

yang penuh dengan cabaran untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain. Contohnya, keberanian

yang ditunjukkan oleh Kirung dalam menyelamatkan Pak Kumai yang berada dalam keadaan

bahaya. Sifat keberanian ini dapat menarik emosi pembaca untuk berasa kagum dengan watak

Kirung yang digambarkan dalam novel ini. Tuntasnya, sifat keberanian perlu ada pada semua

orang terutamanya keberanian dalam menegakkan keadilan, membantu orang lain dan

sebagainya.

Rujukan

Hussin, S. (1995). Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Edisi

kedua.

Majid, L. Abdullah, N & Zakhi, N. H. (2012). Penerapan Nilai Murni Dan Pembentukan Jati Diri

LAMPIRAN

PETIKAN KODING KATEGORI SUB ASPEK


DARIPADA TEKS PEMIKIRAN PEMIKIRAN
CERPEN
“Jangan apa-apakan B1 Kebaikan Keberanian Pemikiran nilai
dia. Dia tak Jangan apa- moral dan budi
bersalah!” Tiba-tiba apakan dia.
Kirung melompat Dia tak
keluar dari bawah bersalah!
daun untuk
mendapatkan Pak
Kumai.

(Novel Dunia
Sayap Kecil,
2018:57)
Dia mencari-cari B2 Kebaikan Tolong- Pemikiran nilai
jalan untuk Mencari-cari menolong moral dan budi
membantu, atau jalan untuk
setidak-tidaknya membantu
mengesahkan
bahawa dirinya tidak
berbahaya.

(Novel Dunia
Sayap Kecil,
2018:59)

Anda mungkin juga menyukai