Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

• Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang


disampaikan melalui bahasa atau kesusasteraan
boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang
indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.

• Novel ialah cerita kesusasteraan yang ditulis


seseorang penulis. Novel diterjemahkan sebagai
cerita panjang atau 'cerpan'. Novel yang mudah ialah
hero yang mudah dikenali. Plotnya berdasarkan
permulaan, konflik dan peleraian.

• Novel biasanya mengisahkan seseorang watak dan


watak sampingan dalam bentuk yang panjang.
Latar belakang kajian

 Dalam kajian ini, pengkaji memilih novel “Gadis Oren” untuk dianalisis dengan menggunakan teori strukturalisme.
 Novel ini dikarang oleh Jostein Gaarder dan telah diterjemah oleh Zaitul Azma Zainon Hamzah.
 Teori struktural diasaskan oleh Claude Levi-Strauss, iaitu seorang ahli antropologi yang mengaplikasikan
Strukturalisme.
 Strukturalisme menurut Barthers (1970: 412) adalah suatu cara menganalisis artifak budaya selagi cara ini berasal
daripada kaedah linguistik sezaman.
 Dalam teori ini, Levi-Strauss menekankan hubungan sinkrinik dan bukannya hubungan diakronik dalam sesuatu
mitos.
 Teori struktural merupakan suatu percubaan untuk menerapkan teori linguistik kepada objek-objek dan kegiatan-
kegiatan lain, selain bahasa itu sendiri yang membezakan antara langue dan parole.
 Oleh hal yang demikian, teori struktural menekankan perkara-perkara dalaman yang membentuk rangka atau
struktur sesebuah teks. Aspek yang terkandung dalam stuktur sesebuah teks termasuklah tema, plot, perwatakan,
bahasa, latar dan sudut pandangan (Mana Sikana, 1983: 82-83).
SINOPSIS

 Ayah Georg Roed meninggal dunia sebelah tahun yang lalu ketika usianya empat tahun. Kini,
dalam usia lima belas tahun, dia tidak menyangka akan mendengar lagi celoteh ayahnya
apabila dia menulis sebuah buku bersama-sama ayahnya di rumah keluraganya di
Hemleveien, Oslo. Gambar, perabot dan video lama, semuanya mengimbau kembali kenangan
lama bersama ayanya yang tercinta, seolah-olah ayahnya masih lagi hidup. Sepucuk surat
yang ditujukan kepadanya djumpai di bawah pelapik kereta sorong lama. Surat tersebut
memang sengaja disembunyikan oleh ayahnya sebelah tahun lalu untuk dibaca oleh Georg
apabila dia sudah dewasa supaya Georg dapat mengerti tentang dirinya.

 Namun, surat tersebut banyak menceritakan tentang seorang gadis cantic yang penuh misteri,
si Gadis Ore. Georg cuba menyelami siapakah si gadis misteri ini. Georg turut tertari dengan
minat ayahnya untuk mengetahui tentang perkembangan Teleskop Angkasa Hubble dan
keupayaannya menyelongkar rahsia alam semesta. Bagi Georg, dengan meneropong bintang
yang jauh di angkasa, teleskop itu sebenarnya meneropong jauh ke masa lampau.
Kaedah kajian; Objektif kajian;

• Kajian ini dijalankan dengan menggunakan


beberapa kaedah, iaitu;
• Kepustakaan
• Internet
Dapatan/ perbincangan

 Tema
 Kehidupan dan Kekeluargaan
Melalui analisis kajian ini, tema yang diangkat dalam novel ini lebih tertumpu kepada kisah kehidupan dan kekeluargaan.
“sekarang tibalah masanya untuk mendengar cerita ayah. Namun, aku akan menyelitkan satu dua komenku sepanjang
aku bercerita.”
(Gadis Oren, hlmn 9)
 Persoalan
Persoalan yang sering diutarakan oleh pengarang dalam novel ini, ialah;
 Sepucuk surat yang dijumpai di bawah pelapik kereta sorong lama.
Surat yang dijumpai menjadi tanda tanya dan satu demi satu persoalan dirungkai setelah membaca surat tersebut.
“Cerita ‘Gadis Oren’ hanya ditemui pada hari isnin. Pada masa itu, nenek berada di dalam bangsal barang dan dia
terjumpa cerita itu terselit di dalam lipatan pelapik kereta sorong merah yang kunaiki semasa aku kecil.”
(Gadis Oren, hlmn 5)
 Kisah percintaan antara bapa dan gadis misteri/gadis oren (ibunya)
Bapa Georg menceritakan kisah perkenalannya dengan seorang gadis sewaktu menunggu tren di Luar Panggung Teater Negara.
“ perkara pertama yang menarik pandangan ayah ialah seorang gadis cantic yang sedang berdiri di situ sambal
mendakap sebuah beg kertad yang sarat berisi buah oren”
(Gadis Oren, hlmn 21)

 Minat seorang bapa tentang perkembangan Teleskop Angkasa Hubble


Walaupun ayah Georg berkhidmat sebagai seorang doktor perubatan, tetapi ayahnya juga meminati bidang astronomi dan
minat itu juga turut mengalir dalam diri Georg.
“Teleskop Angkasa Hubble mengambil masa Sembilan puuh tujuh minit untuk mengorbit bumi pada kelajuan du
puluh lapan ribu kilometre sejam.”
(Gadis Oren, hlmn 83)

Anda mungkin juga menyukai