Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN

Kesusasteraan melayu moden adalah kesinambungan daripada kesusasteraan melayu

tradisional. Perkembangan pemikiran masyarakat dengan usaha membina dan

membangunkan tamadun, seiring dengan hasil-hasil karya berbentuk penulisan yang

dihasilkan oleh pengarang yang berada dalam kemompok masyarakat. Kesusasteraan

moden terbahagi kepada prosa dan puisi. Bagi prosa, karya yang dikategori kan adalah

genre cerita pendek (cerpen), novel dan drama.

Cerpen atau singkatan bagi cerita pendek merupakan hasil kesusasteraan yang

dikategorikan dalam prosa moden. Cerpen ialah cerita pendek merupakan kisah rekaan

yang ringkas yang panjangnya antara 500 hingga 12 000 patah perkataan. Perkataan

pendek itu masih tidak jelas ukurannya dan dikatakan pendek kerana genre prosa ini

berbanding dengan novel, dari segi dalamnya serta memiliki kesan tunggal, keterbatasan

ciri tidak beragam dan tidak rumit atau kompleks.

Kajian ini juga membicangkan tentang aspek pemikiran dan struktur naratif dalam

sesebuah karya sebelum merdeka dan pada abad ke 21. Pemikiran dapat ditakrifkan

sebagai satu perkara yang dianggap sebagai induk atau nadi yang menghidupkan semangat

seseorang penulis untuk melebarkan jalan perjuangan mereka menerusi hasil-hasil

seninya. Kepelbagaian pemikiran atau gagasan yang diutarakan oleh seseorang penulis

dalam menyampaikan amanatnya itulah merupakan sesuatu yang menarik untuk dihalusi

oleh khalayak pembaca. Pemikiran adalah sesuatu proses yang menggunakan minda

untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang

timbul dengan menggunakan pelbagai cara, membuat pertimbangan dan keputusan serta

refleksi yang logika dan munasabah terhadap proses yang dialami. Aspek pemikiran dapat

dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu pemikiran agama, politik, budaya, ekonomi,

pendidikan, nilai budi dan moral.

1
Struktur naratif pula merupakan suatu proses dan gabungan di antara beberapa unsur

cerita seperti objek, aksi, struktur dan peristiwa-peristiwa penting. Naratif digerakkan oleh

seseorang dan beberapa narator (watak atau pencerita) sehingga menghasilkan sebuah

cerita yang menarik ataupun tidak. setiap naratif perlu mempunyai 3 unsur utama. Ini

termasuklah rangkaian peristiwa yang sebahagiannya berkemungkinan digarap daripada

peristiwa realiti, mempunyai cerita tertentu (story) dan penceritaan (narrative). Terdapat

tujuh unsur utama dalam struktur naratif bagi sesebuah karya fiksyen iaitu tema, masej,

watak, plot, latar, sudut pandangan dan gaya bahasa.

2.0 PERSAMAAN ASPEK PEMIKIRAN DAN PERBEZAAN STRUKTUR NARATIF

ANTARA KARYA PROSA MELAYU SEBELUM MERDEKA DENGAN PROSA

MODEN ABAD 21.

2.1 persamaan aspek pemikiran

Berdasarkan karya cerpen yang dikaji sebelum merdeka iaitu cerpen “Keinsafan

Dimalam Sunyi” dan cerpen abad 21 pula iaitu “Dosa Pejuang”. Kedua-dua karya cerpen

ini dilihat mempunyai persamaan dalam pelbagai aspek pemikiran yang dibawah oleh

penulis karya tersebut. Pemikiran ialah sesuatu yang berada dalam pengetahuan

pengalaman dan tanggapan seseorang. Pemikiran dalam karya adalah berkait dengan idea

yang ingin dinyatakan oleh seseorang penulis. Aspek pemikiran dianggap sebagai kajian

instrinsik atau dalaman. Pemikiran juga berkait dengan bidang tertentu seperti politik

dalam masyarakat, kebudayaan, pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Ia juga dapat

dikesan dari sudut prinsip keagamaan, nilai moral dan sebagai. Oleh yang demikian,

persamaan aspek pemikiran yang dapat dikenalpasti dalam kedua-dua karya cerpen

tersebut ialah:

2
2.1.1 Aspek pemikiran keagamaan

Keagamaan adalah sifat-sifat yang terdapat dalam agama atau segala sesuatu

mengenai agama, misalnya perasaan keagamaan, atau soal-soal keagamaan. Pengertian

“Agama” dapat dilihat dari dua aspek iaitu aspek subjektif (peribadi manusia), dan aspek

objektif (nilai-nilai ajaran Tuhan kepada manusia).

Pemikiran keagamaan dilihat menerusi dua aspek utama iaitu hubungan manusia

dengan Tuhan (HablumminAllah) dan hubungan manusia dengan manusia yang lain

(Hablumminannas).Contoh hubungan manusia dengan Tuhan (HablumminAllah) seperti

Menunaikan segala ibadat dan ibadah kepada Allah SWT spt yang terkandung di dalam

Rukun Islam dan Rukun Iman. Contoh hubungan manusia dengan manusia yang lain

(Hablumminannas) seperti melakukan kebaikan kepada manusia lain dengan memperoleh

pahala atau ganjaran daripada Allah SWT menerusi apa yang telah ditetapkan dalam

ajaran agama.

Contoh petikan teks cerpen sebelum merdeka “ keinsafan dimalam sunyi’:

“...menyambung silaturrahim antara keluarga kami yang miskin

yang sudah turun-temurun terikat rapat itu.”

(Halaman: 94)

Contoh petikan teks cerpen abad 21 “Dosa pejuang”:

“Lelaki berusia 60-an biasanya sudah luntur, fikiran rizman,

memberi salam dan menanggalkan kasut”.

(Halaman: 173)

3
Kedua-dua contoh petikan teks ini menunjukkan persamaan aspek pemikiran

keagamaan yang diketengahkan oleh penulis. Aspek pemikiran keagamaan tersebut

merupakan aspek hubungan antara manusia dengan manusia (habluminalnas).

Berdasarkan aspek habluminalnas ini, pengarang ingin menyatakan bahawa adalah

penting kita sebagai umat manusia untuk saling berbuat baik sesama manusia. Untk

memastikan hubungan silaturrahim bertambah erat, kita perlu memastikan kita sentiasa

mengamalkan nilai-nilai baik dalam kehidupan.

Contoh petikan teks “dosa pejuang”:

“Dan kariman yang menjadi bilal di masjid itu merasakan

inilah antara cabaran atau ujian yang paling besar

daripada tuhan”.

(halaman: 176)

“…pergi ke kolam, mengambil air sembahyang. Satiaman

dan anak-anaknya menunggu dan memerhatikan

kariman yang sedang solat”.

(halaman:

183)

Berikut pula adalah petikan teks yang mengambarkan pemikiran keagamaan dari

aspek hubungan manusia dengan tuhan. Seperti yang kita ketahui, dalam kehidupan kita

dituntut untuk beramal kepada tuhan. Sebagai contoh, umat islam berpegang teguh

kepada prinsip rukun islam yang mana salah satunya adalah menunaikan solat. Solat

merupakan tiang agama dan umat islam diwajibkan untuk menunaikan solat walau apa

jua keadaan sekali pun. Hal ini menunjukkan kita sebagai umat islam sentiasa

memelihara hubungan dengan pencipta sekalian alam iaitu Allah S.W.T.

4
2.1.2 aspek pemikiran politik

Pemikiran politik merupakan konsep-konsep yang terdapat dalam politik yang

digunakan untuk menjalankan suatu tindakan politik dalam pencapaian tujuan politik itu

sendiri. Pemikiran mengenai politik lebih ditekankan untuk menciptakan suatu tuntutan

masyarakat yang teratur dan baik, untuk pembuatan suatu keputusan, kebijaksanaan oleh

sesebuah negara dan sebagainya. Antara aspek pemikiran politik yang sering dikaitkan

dalam karya ialah isu kebijaksanaan, isu pemimpin dan kepimpinan, isu semangat

berpasukan, isu patriotisme, isu kepahlawanan dan isu keadilan sosial.

Berdasarkan kajian keatas kedua-dua cerpen ini, pengarang dikedua abad iaitu

sebelum merdeka dan abad ke21 ingin menjelaskan bahawa pemikiran politik ini dapat

dilihat apabila seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara untuk kepentingan dirinya

sendiri serta juga untuk kepentingan orang lain. Watak yang dibawa biasanya mempunyai

semangat yang luar biasa dalam diri mereka untuk menegakkan sesuatu perkara.

Contoh petikan teks “Keinsaan Dimalam Sunyi”:

“Kalau dunia ini penuh keadilan, kenapa kebahagiaan

bapak dihancur musnahkan untuk orang lain meneruskan

kehendak hawa nafsu dan kesombongan hidupnya”.

(Halaman:

91)

Contoh petikan teks “ Dosa Pejuang”:

“Dua orang daripada mereka erat memegang parang,

sementara seorang lagi cekal dengan kapaknya”.

5
(Halaman:

181)

Berdasarkan petikan tersebut, kita dapat lihat isu yang ingin disampaikan oleh

penulis berkaitan dengan pemikiran politik. Petikan teks daripada cerpen “Keinsafan

Dimalam Sunyi” mengambarkan kebahagian yang tidak tercapai disebabkan pelbagai

halangan telah menyebabkan watak berasa kecewa sehingga mengatakan bahawa dunia

adalah tidak adil. Perasaan ingin menuntut keadilan semakin membuak-buak sehingga

watak hilang pertimbangan diri. Manakala cerpen “Dosa Pejuang” pula berkait dengan

hal keberanian dalam diri. Keberanian yang ada dalam diri seseorang watak telah

menjadikan dirinya sanggup melakukan apa sahaja. Hal ini telah membuktikan mereka

ini memiliki semangat kepahlawanan yang tinggi sehingga tidak gentar akan musuh yang

datang.

2.2 Perbezaan unsur struktur naratif.

struktur naratif yang terdapat dalam kedua-dua karya cerpen yang dikaji iaitu “keinsafan

dimalam sunyi” dan “dosa pejuang” dilihat mengandungi perbezaan. Struktur naratif

merupakan suatu proses dan gabungan di antara beberapa unsur cerita seperti objek, aksi,

struktur dan peristiwa-peristiwa penting. Terdapat tujuh unsur utama dalam struktur

naratif bagi sesebuah karya fiksyen iaitu tema, masej, watak, plot, latar, sudut pandangan

dan gaya bahasa. Oleh yang demikian, perbezaan ini dapat dilihat dari segi:

2.2.1 Tema

Tema adalah gambaran tentang gagasan, fikiran atau persoalan pokok yang menjadi

tunjang sesebuah cerita atau persoalan utama yang diutarakan atau dikemukakan oleh

pengarang sesebuah karya ataupun isi atau inti pemikiran yang ingin disampaikan.

Tema tidak akan dikesan sehingga tamat membaca keseluruhan karya tersebut. Dalam

6
sebuah karya sastera, di samping terdapatnya tema sentral, seringkali terdapat juga tema

sampingan. Tema sentral adalah tema yang menjadi pusat seluruh rangkaian peristiwa

dalam cerita. Manakala tema sampingan adalah tema-tema lain yang

mengiringi tema sentral. Berikut merupakan tema cerpen sebelum merdeka dan abad ke 21

Tema cerpen “keinsafan dimalam sunyi”:

Tema yang cuba diketengahkan oleh pengarang adalah berkait dengan

kisah percintaan yang terpaksa diputuskan akibat orang ketiga. Perjanjian untuk

melangsungkan perkahwinan tidak dapat diteruskan demi menjaga hubungan dan

meneruskan kehidupan kerana hidup orang miskin bergantung kepada belas

kasihan dan pertolongan daripada orang kaya. Kehadiran orang ketiga dalam kisah

percintaan mereka menyebabkan watak utama dalam cerpen ini hilang

pertimbangan sehingga berlaku pembunuhan sebagai membalas dendam kerana

merampas kekasihnya.

Tema cerpen “dosa pejuang”:

“Tema yang dikentengahkan dalam cerpen dosa pejuang ini adalah berkait

dengan perjuangan seorang lelaki dalam mengharungi serangan daripada pihak

askar jepun. Dalam perjuangan ini, lelaki atau gelaran namanya kariman,

mempunyai tanggunggjawab yang berat terutamanya tanggungjawab kepada

keluarga, masjid dan masyarakat disekelilinya. Dalam masa yang sama, sebagai

seorang bilal, dia turut bertanggungjawab terhadap masjid. Hal ini menunjukkan

beliau bukan sahaja bertanggungjawab dan berjuang demi keluarga malah turut

berjuang demi agamanya”.

Berdasarkan kedua-dua tema tersebut, dapat dirumuskan bahawa keduanya

mengandungi perbezaan tema yang dibawa oleh pengarang. Tema cerpen sebelum

7
merdeka memperlihatkan pengarang menimbulkan isu percintaan yang mana manusia

akan hilang pertimbangan diri apabila percintaannya terputus disebabkan orang ketiga.

Keadaan itu menyebabkan manusia sanggup bertindak melakukan perkara yang tidak

sepatutya sehingga sanggup membunuh.

Akan tetapi, berbeza pula pandangan pengarang cerpen yang dikaji pada abad

ke 21. Hal ini dikatakan demikian kerana pengarang telah menimbulkan isu peperangan

pihak jepun keatas masyarakat melayu. Dalam perjuangan menghadapi peperangan ini,

terdapat ramai masyarakat yang terkorban dan tidak dapat diselamatkan. Pada masa

yang sama, pengarang abad 21 ini juga telah menyelitkan tema sampingan iaitu berkait

dengan keagamaan. Dalam hal ini, tanggungjawab terhadap keagamaan turut dikaitkan

dimana terdapat seorang lelaki yang berusaha mempertahankan agama sebagai tanda

tanggungjawabnya terhadap tuhan.

2.2.2 Perbezaan Plot

Plot ialah rentetan cerita atau peristiwa yang timbul kesan daripada sebab dan

akibat. Plot juga merupakan siri sebab dan akibat yang dikumpulkan dalam satu cerita

menjadi plot. Bilangan plot bergantung kepada kependek atau panjang sesebuah cerita.

Dalam karya “keinsafan dimalam sunyi” dan ‘dosa pejuang” jelas menunjukkan plot atau

jalan cerita yang sangat berbeza kerana kedua-dua pengarang ingin menyampaikan

sesebuah cerita yang dapat memberi masej kepada pembaca. Berikut ialah alur cerita

yang membezakan kedua-dua karya:

Plot cerpen “keinsafan dimalam sunyi”:

Bahagian awal:

8
“Cerpen Keinsafan Dimalam Sunyi” bermula dengan seorang lelaki tua yang tidak

berdaya serta penampilan dirinya tidak terurus berkeliaran disekitar ibu kota. Lelaki tua

tersebut terlonta-lonta di tepi jalan berbantukan sebatang tongkat untuk menambah

kekuatan badannya yang kurus dan lemah. Dia membawa sebuah tempurung dari pintu ke

pintu untuk mengemis. Apabila malam tiba, lelaki tua tersebut berteduh dikaki lima tetapi

sering dihalau oleh orang-orang yang menjaga kawasan tersebut. Dengan keadaannya

yang tua itu, dia merebahkan badan kerana keletihan dan pada masa yang sama, turut

mengenang nasib dirinya yang miskin dan tua itu.

Contoh petikan teks:

“Kasihanilah saya, anak, saya ini miskin dan sengsara, sudah tua dan

hidup sebatang kara, tidak mampunyai tempat tinggal walau pondok

sekalipun. Saya sudah tidur di pangkal jati ini hampir sepuluh tahun

lamanya.”

(Keinsafan dimalam sunyi, Halaman: 89)

Bahagian tengah:

Lelaki tua memulakan perbualan dengan anak muda yang bekerja disekitar

tempat yang menjadi kebiasaanya untuk tidur selama hampir sepuluh tahun. Pemuda

tersebut memulakan sapaan dengan bertanyakan mengenai pekerjaan lelaki tua tersebut.

Lelaki tua mengatakan bahawa dia tidak bekerja dan setiap hari hanya meminta sedekah

serta belas kasihan daripada orang yang masih berbudi. Perbualan diteruskan dengan

menceritakan tentang kisah hidup lelaki tau tersebut semasa dia masih muda. Lelaki tua

megimbau kembali kisah pecintaanya dengan seorang gadis sewaktu di kampung.

Pelbagai pekerjaan sawah padi diusahakannya bagi mengumpul wang untuk berkahwin

dengan perempuan tersebut. Malangnya hasrat tersebut terpaksa dibatalkan kerana

9
memenuhi lamaran tuan haji muhammad iaitu orang kaya kampung mereka dan

merupakan pemilik kepada semua kebun-kebun serta sawah padi yang menjadi tempat

orang kampung untuk mencari rezeki.

Masalah bertambah rumit apabila lelaki tersebut telah kecewa dan patah hati

lalu bertindak membunuh orang kaya tersebut. Hal ini dilakukan supaya tidak ada siapa

yang dapat merampas kekasih hatinya iaitu siti mariam. Pada masa yang sama, siti

mariam turut terbunuh dalam kejadian itu. Lelaki tersebut kemudiannya dimasukkan ke

dalam penjara.

Berikut merupakan contoh petikan teks:

“...ku ceritakan bahawa si jahanam orang kaya itu telah menerima

bahagiannya, kukirim ia ke akhirat menemui nerakanya dengan sekali

tikam saja. Pisau belati tajam berkilat-kilat telah menamatkan

riwayatnya.”

(keinsafan di malam sunyi, halaman: 96)

Bahagian akhir:

Pengarang menceritakan tentang kisah lelaki kampung yang telah keluar dari

penjara akibat kesalahan membunuh kerana berdendam terhadap orang kaya yang

merampas kekasihnya. Lelaki tersebut telah tua dan hidupnya merempat serta tidak

terurus. Pemuda yang mendengar kisah lelaki tua itu seakan berfikir mencari makna

disebalik kata-kata lelaki itu yang menyatakan bahawa dunia ini tidak ada keadilan.

Pemuda itu membandingkan kisah lelaki tua tersebut dengan dirinya yang mana dia juga

telah lari dari kampung kerana kekecewaan daripada pergaulan hidup yang keruh

dikampungnya. Dia merasakan dirinya seakan pengecut. Pemuda itu gelisah di tempat

tidurnya, didesak rasa insaf dan sedar.

10
Plot cerpen “dosa pejuang”

Bahagian awal:

Cerpen “dosa pejuang” bermula dengan seorang lelaki yang bernam Rizman telah

menginterview seorang lelaki tua yang ternyata gemar berahsia. Lelaki tersebut bernama

kariman. Hubungan mereka semakin rapat semenjak Rizman membantu menghantarnya

ketika kariman jatuh sakit. Kaminan merupakan seorang perahsia dan enggan untuk

bercerita mengenai sejarah hidupnya, akan tetapi hasil pujukan rizman dia akhirnya akur

dan menjawab serba sdikit mengenai persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh Rizman.

Kariman merupakan bilal disebuah masjid di kawasan tmpat tinggalnya.

Kampung kariman yang sedang bergolak dengan serangan pihak jepun telah

menyebabkan kawasan tersebut tidak selamat lagi untuk didiami sehingga ramai yang

telah terkorban. Isterinya Sotifah telah terlantar di hospital akibat jatuh dari tangga dalam

satu gegaran bom sehingga menyebabkan kakinya patah dan terseliuh di bahagian leher.

Bahagian tengah:

Rizman meneruskan catatannya sepanjang dua bulan tersebut mengenai

peristiwa-peristiwa yang diceritakan oleh Kariman. Dia mendapati bahawa Kariman

menghadapi pelbagai dugaan sebagai seorang bilal, dugaan hawa nafsu dan usaha untuk

memerdekakan malaya. Hari demi hari, suasana di tempat tersebut semakin rancak

dengan dentuman bom yang dilemparkan oleh pihak jepun. Nenek Chow Wah telah

meninggal dunia kerana tidak sempat diselamatkan oleh cucunya. Kariman yang

menyaksikan hal tersebut telah meminta utk Chow Wah lari bersembunyi terlebih dahulu,

tetapi enggan dan akhirnya turut terkorban bersama neneknya.

11
Kariman juga telah diuji dengan godaan seorang wanita yang bernama

satiamah. Satiamah merupakan ibu kepada 3 orang anak dan masih memiliki suami,

tetapi suaminya telah menghilangkan diri. Oleh yang demikian,Satiamah telah meminta

untuk Kariman menjaga dia dan anak-anaknya kerana anaknya mememrlukan kasih

sayang seorang ayah. Hal ini telah mengangu fikiran Kariman kerana dirinya masih

mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan teutama terhadap keluarga,

agama dan masjid.

Contoh petikan teks:

“ abang kar ada disini, benar. Tetapi, aku mempunyai tanggungjawab besar, kepada

keluarga, kepada masjid, kepada...... semua hal ini hanya terucap dalam kepala

kariman. Dan dalam kepala itu juga, serasa didengarnya sungutan Satiamah: ‘adakah

tanggungjawab ke atas wanita malang seperti saya dengan tiga orang anak yang

tersia-sia ini tidak besar?’

(Dosa Pejuang, Halaman: 181)

Bahagian akhir:

Satu pertemuan rahsia telah diadakan antara kariman dan ahli-ahli masjid yang

lain untuk berbincang mengenai strategi-strategi yang akan digunakan dalam perjuangan

kemerdekaan untuk membebaskan melaya dan menyatukannya dengan indonesia. Namun

begitu, perjumpaan tersebut terpaksa dibatalkan kerana suasana semakin rumit dengan

dentuman bom yang semakin rancak oleh pihak jepun. Seramai dua ratus orang telah

tertangkap kerana strategi yang dirancang sebelum ini telah dapat dihidu oleh pihak

jepun.

12
Kisah diteruskan lagi dengan rizman yang hampir dapat menyiapkan tugasan

tesisnya berkaitan dengan kisah perjuangan kemerdekaan yang menjadikan kariman

sebagai sumber intervienya. Melalui kajian ini, rizman sedar bahawa terdapat banyak

tugas dan tanggungjawab yang perlu digalas oleh kariman sebagai seorang pejuang

kemedekaan. Namun, sikapnya yang perhasia mampu menutup segala keperitan yang

dilakuinya. Melalui kajian tesis ini juga, rizman dapat mengetahui tentang kumpulan

yang menuntut kemerdekaan serta dapat juga menyelongkar isu yang berkait dengan

adanya kubur beramai-ramai Cuma tidak diketahui dimana tempatnya. Dan masih

menunggu jawapan daripada kariman.

“Dan tidak terfikir, dalam penyelongkarannya itu ada cerita lain yang

menyangkut diri, turut menyangkut kumpulan kemerdekaan itu juga.

Dia mula tahu ada kubur beramai-ramai, Cuma tidak diketahui di

mana”

(Halaman 183)

Berdasarkan kedua-dua plot atau jalinan peristiwa antara cerpen sebelum

merdeka dengan abad 21 jelas menunjukkan terdapat berbezaan. Hal ini dikatakan

demikian kerana, jalinan cerita cerpen sebelum merdeka menggunakan alur maju iaitu

jalinan peristiwa dari masa lalu ke masa kini. Keadaan ini dapat dibuktikan apabila

pengarang mengangkat isu percintaan yang mana memerlukan watak mengimas kembali

detik-detik yang dilalui semasa zaman mudanya. Hal ini dikukuhkan lagi dengan kedaan

watak yang digambarkan pada masa kini telah tua dan tidak terurus akibat hidup

gelandangan di kaki lima. Kisah percintaannya telah diceritakan kepada seorang pemuda

dan juga turut mengaitkan hal tersebut sehingga lelaki tua tersebut hidup gelandangan.

13
Namun begitu, jalinan cerita cerpen abad ke 21 adalah menggunkanan alur mundur.

Alur mundur ialah jalinan peristiwa dari masa kini ke masa lalu. Hal ini dikatakan

demikian kerana, pengarang mengangkat watak kariman yang mana merupakan seorang

pejuang kemerdekaan. Rizman selaku orang yang menjalankan tugasan tesis telah

menginterview kariman untuk berkongsi pegalaman hidupnya dalam menjalankan

tangjunggjawab terhadap keluarga, agama dan masyarakat. Alur ini dikatakan mundur

kerana pengarang ingin watak pada masa kini kembali megingat semula masa lalu yang

pernah dihadapi olehnya. Kisah perjuangan yang dihadapi ternyata memberi kesan yang

mendalam tambahan pula watak kariman merupakan seorang yang perahsia. Namun

begitu, usaha yang ditunjukkan oleh rizman untk mnegetahui hal tersebut dilihat

membuahkan hasil apabila kariman memberikan impak positif dalam merungkai kisah

hidupnya. Rizman kini akhirnya mampu menyelesaikan tugasan tesisnya.

14

Anda mungkin juga menyukai