Anda di halaman 1dari 1

Karangan Gambar (Diagnostik)

Bulan Januari tiba sudah. Aku dan ibu tidak sabar untuk membuat persiapan bagi sambutan
majlis hari lahir ayah. Kami bercadang untuk memberi ayah satu kejutan. Kami merahsiakan majlis
tersebut daripada pengetahuan ayah.
Ibu dengan pantas membuat catatan terhadap perkara-perkara yang perlu dilakukan. Aku
ditugaskan untuk menulis nama-nama pada undangan dan mengirimkan kad undangan buat mereka.
Pakcik Ramli, Encik Ahmad siapa lagi kawan ayah yang belum aku jemput? Aku terfikir
sejenak. Aku ingin pastikan aku tidak membuat apa-apa kesilapan sehingga ada kawan ayah yang
tidak aku undang.
Pada pagi hari sambutan majlis hari lahir ayah, aku dan ibu telah ke pasaraya untuk membeli
barang-barang yang diperlukan. Ibu akan menyiapkan beberapa jenis masakan dan minuman. Apa
yang ibu masak, aku tidak pasti kerana aku sekadar menolong ibu menyediakan pinggan dan
mangkuk.
Selesai memasak di dapur, ibu pun mengajak aku untuk menghias ruang tamu. Ibu
mengeluarkan kain rentang yang baru dipesannya minggu lepas dari dalam sebuah kotak dan
memasangnya.
Sengetlah Ibu. Tarik sedikit ke kanan kain rentang itu Ibu Berhenti! begitulah kecohnya diri
aku ketika memberi arahan kepada ibu yang bertungkus-lumus memasang kain rentang yang agak
panjang dan lebar itu. Pada masa yang sama, kami sering melihat jam didinding. Ibu takut jika ayah
pulang sebelum semua tetamu tiba!
Tidak lama kemudian, ruang makan rumahku dipenuhi dengan para hadirin yang hadir. Tiada
seorang pun yang hadir dengan tangan kosong. Mereka membawa hadiah untuk ayahku. Jantungku
berdebar-debar menunggu kepulangan ayah. Ibu meminta para tetamu agar senyap apabila
kedengaran bunyi tapak kaki yang semakin kuat menghampiri daun pintu rumahku. Suasana menjadi
sunyi sepi. Semua mata tertumpu di muka pintu.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi kunci di luar rumah. Perlahan-lahan pintu rumah pun dibuka luas.
Aku hanya nampak bentuk tubuh ayah. Muka ayah tidak dapat aku lihat kerana ruang tamu gelapgelita. Lampu tidak dinyalakan.
Hai. Mengapa gelap-gelita ni. Tiada orang kah di rumah hari ini? Kedengaran keluhan ayah.
Sebaik saja suis lampu dipetik dan bilik menjadi terang, kami serentak ternganga dan terbeliak!
Rupa-rupanya yang pulang adalah Abang! Kami semua tergelak seketika. Dengan pantas, kami
mendiamkan diri sekali lagi menunggu kepulangan ayah! Sebaik sajaha ayah muncul di depan pintu,
kami mengucapkan selamat hari lahir kepada ayah. Ayah tergamam. Dia tidak berkata apa-apa. Ayah
benar-benar tidak menyangkan bahawa kami akan mengadakan majlis kejutan buatnya. Ayah
memeluk aku dan ibu dan mengucapkan terimakasih kepada semua tetamu yang hadir. Pada hadirin
dijemput menjamu hidangan yang telah disediakan di atas meja. Walaupun berasa penat, aku berasa
gembira melihat ayah mengukir senyuman yang lebar pada hari itu.

Hasil karya:
Cikgu Melati Hallel
ST-ML SLPS

Anda mungkin juga menyukai