Anda di halaman 1dari 5

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 3

BAB 1 : KONSEP ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL


PEMBANGUNAN ATUR CARA
•Penggunaan teknologi digital telah banyak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
manusia. Contohnya komputer digunakan untuk membangunkan atur cara atau aplikasi
yang memudahkan kehidupan manusia.
•Pembangunan atur cara melibatkan lima fasa

•Sila scan qr code yang diberikan untuk nota tambahan.

FASA ANALISIS MASALAH


•Pengatur cara mengenal pasti masalah.
•Menyatakan input, proses dan output.
•Melakukan soal selidik, temu bual dan
pemerhatian

FASA REKA BENTUK ATUR CARA


•Pengatur cara membuat :
•Pseudokod
•Carta alir
•Merekabentuk antaramuka pengguna

FASA PENGEKODAN
•Pengatur cara menulis atur cara menggunakan bahasa
pengaturcaraan seperti Python, Java, C++, Php dan lain-lain.

FASA PENGUJIAN DAN PENYAHPIJATAN RALAT


•Pengatur cara akan menguji aturcara yang dibuat dan menghapuskan 3 jenis ralat :
•Ralat sintaks : kesilapan menulis arahan pengaturcaraan
•Ralat logik : kesilapan dalam menulis logik atur cara. Mendapat output yang salah / tidak
dikehendaki.
•Ralat masa larian : kemasukan data yang tidak
menepati kehendak arahan.
•Penyahpijatan adalah satu aktiviti menghapuskan
ralat dan membetulkan ralat.

FASA DOKUMENTASI
•Terdapat 2 jenis dokumentasi :
•Dokemtasi luaran : adalah untuk rujukan
pengguna seperti manual pengguna atau
dokumen Pustaka.
•Dokumen dalaman : bertindak sebagai panduan
kepada pengatur cara yang baharu untuk
memahami keseluruhan atur cara. Contohnya
meninggalkan penulisan komen pada aturcara.
TEKNIK PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DALAM FASA PEMBANGUNAN ATUR CARA

Fasa pembangunan atur cara Teknik pemikiran komputasional

Analisis masalah Teknik leraian

Rekabentuk aturcara Teknik pengecaman corak


Teknik peniskalaan
Teknik pengitlakan
Pengekodan Teknik leraian
Teknik pengecaman corak
Teknik peniskalaan
Pengujian dan Teknik leraian
penyahpijatan ralat Teknik pengecaman corak
Teknik peniskalaan
Teknik pengitlakan
Dokumentasi Teknik leraian
Teknik pengecaman corak
Teknik peniskalaan
Teknik pengitlakan

•TEKNIK LERAIAN : memecahkan masalah besar kepada bahagian-bahagian masalah yang


lebih kecil

•TEKNIK PENGECAMAN CORAK: mengenalpasti ciri-ciri persamaan corak pada bahagian-


bahagian kecil masalah

•TEKNIK PENISKALAAN : mengenal pasti aspek-aspek penting dan meninggalkan aspek-


aspek tidak penting

•TEKNIK PENGITLAKAN : menghasilkan model bagi menyelesaikan masalah yang serupa.


__________________________________________________________________________________________
CONTOH MENGAPLIKASIKAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DALAM FASA PEMBANGUNAN ATUR
CARA

FASA ANALISIS MASALAH


1. TEKNIK LERAIAN

_________________________________________________________________________________________
FASA REKA BENTUK ATUR CARA
1. TEKNIK PENGECAMAN CORAK
2. TEKNIK PENISKALAAN
Aspek pentiing ialah melakukan pengiraan gaji dan bonus.
Gaji = bilangan jam x bilangan hari x kadar upah
Bonus = peratus bonus x gaji

3. TEKNIK PENGITLAKAN
Menghasilkan pseudokod dan carta alir

_________________________________________________________________________________________

FASA PENGEKODAN
1. TEKNIK LERAIAN

2. TEKNIK PENGECAMAN CORAK


PERSAMAAN PERBEZAAN

Pembolehubah : gaji = bilangan_hari x kadar_upah


kadar_upah bonus = peratus x gaji
bilangan_hari

3. TEKNIK PENISKALAAN
Aspek penting:
i. Pengishtiharan pemboleh ubah dan pemalar
ii. Penetapan nilai awal pemboleh ubah
iii. Rumus untuk proses pengiraan
iv. Kod untuk output
v. Tatatanda bagi setiap baris aturcara
_________________________________________________________________________________________

FASA PENGUJIAN DAN PENYAHPIJATAN


1. FASA LERAIAN
2. TEKNIK PENGECAMAN CORAK

3. TEKNIK PENISKALAAN
teknik peniskalaan akan memfokuskan kepada aspek penting terhadap mesej ralat yang
dipaparkan. (pengatur cara akan screen shot mesej ralat sintak )

4. TEKNIK PENGITLAKAN
Akan melibatkan pembinaan model bagi fasa pengujian dan penyahpijatan

LANGKAH- PENGUJIAN DAN PENYAHPIJATAN


LANGKAH ALGORITMA ATURCARA
1 Semak nama pemboleh ubah Laksana atur cara
Pastikan sintak bahasa pengatur- Teliti dan fahami mesej ralat
2
caraan adalah betul
Semak susunan dan kod arahan Kenal pasti lokasi ralat diperbetulkan
3
dan logik
Semak formula atau rumus Ulang Langkah (1) hingga (3)
4
matematik sehingga tiada mesej ralat
Gunakan sampel data untuk ujian Semak output dengan menggunakan
5
data
FASA DOKUMENTASI
1. TEKNIK LERAIAN

2. TEKNIK PENGECAMAN CORAK


Boleh digunakan untuk menyediakan dokumentasi luaran dan dalaman kerana walaupun
berbeza tetapi item yang diperlukan mempunyai persamaan

3. TEKNIK PENISKALAAN
Penulisan inden dalam kod aturcara sebahagiannya boleh menggunakan teknik pe-
niskalaan.

4. TEKNIK PENGITLAKAN
Menyediakan model untuk menghasilkan dokumentasi dengan merujuk kepada satu format
piawai yang boleh diterima oleh semua peringkat pengguna

Berikut adalah item-item yang diperlukan semasa penyediaan format dokumen Pustaka
dengan menggunakan teknik pengitlakan
i. Pengenalan system
ii. Keperluan system pengoperasian
iii. Keperluan system aplikasi
iv. Keperluan ruang ingatan
v. Psedokod atau carta alir
vi. Kod aturcara

Item-item yang perlu ada dalam dokumen Pustaka dalam format dokumen panduan
pengguna adalah
i. Langkah-langkah untuk memuat turun perisian
ii. langkah-langkah untuk memasang perisian

Anda mungkin juga menyukai