Anda di halaman 1dari 9

KEMAHIRAN MEMBACA

TEKNIK 5W1H
2.1
STANDARD KANDUNGAN membaca secara mekanis pelbagai bahan prosa dan puisi
2.1.1
membaca surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi dan teks pengacaraan dengan
STANDARD PEMBELAJARAN sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat

Aktiviti Pengukuhan 1 : Bahan berpandukan Buku Teks


Baca surat kiriman rasmi dan gunakan teknik bacaan 5W1H untuk mengenal pasti maklumat dalam
surat.

Teknik Bacaan 5W1H ialah membaca sambil mencari maklumat yang berkaitan dengan soalan-soalan iaitu
who(siapa), what(apa), where(di mana), when(bila), why(kenapa), dan how(bagaimana).
BIL TEKNIK MAKLUMAT
siapa yang bertanggungjawab dalam proses tersebut?
siapa yang terlibat dalam proses tersebut?
1. Who (siapa) siapa yang ada kepentingan dalam proses tersebut?
1. Pengetua
2. Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga, Daerah Kluang.
3. Murid
Apa yang hendak dilakukan?
Apa yang perlu dilakukan?
2. What (apa) Apa yang perlu dikawal?
1. Kempen Semakin hari semakin sihat.
2. Ceramah berkaitan kesihatan kepada semua murid.
Di mana patut dilakukan?
Di mana patut diusahakan?
Di mana patut dijalankan?
Tempat strategik?
3. Where (di mana) 1. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jauhari
Bila hendak dilaksanakan?
Bila masa yang sesuai?
Bila keadaan mengizinkan?
1. Kempen selama sebulan
4. When (bila) 2. Tarikh dan masa ceramah tersebut bergantung pada kesesuian masa pegawai
Apa tujuan sebenar proses yang hendak dijalankan?
Apakah kepentingannya?
Kenapa perlu dilakukan?
1. Untuk meningkatkan kesedaran murid tentang aspek kesihatan khususnya
dari segi fizikal, mental dan emosi.
5. Why (kenapa) 2. Dapat melahirkan generasi yang sihat, ceria dan berjaya.
Macam mana keadaan sekarang?
Macam mana patut dilakukan?
Macam mana cara perlu dibuat?
1. Menyampaikan ceramah
6. How (bagaimana) 2. Mengadakan kempen
KEMAHIRAN MENULIS
3.1
menulis untuk menerangkan makna kata dan istilah; maksud rangkai kata, ungkapan
STANDARD KANDUNGAN dan ayat.
3.1.1
menulis untuk menyatakan makna kata, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta
STANDARD PEMBELAJARAN menggunakannya dengan betul mengikut konteks.

Aktiviti Pengukuhan 2 : Bahan berpandukan Buku Teks


Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian tulis ayat-ayat mudah dengan menggunakan
perkataan digaris.
Maksud
BIL PERKATAAN MAKSUD PERKATAAN
1. kuantiti jumlah / bilangan (sesuatu)
2. aset wang tunai / harta benda (seperti tanah / bangunan)
3. minda akal fikiran / daya berfikir
4. tempoh waktu / masa / pada masa / pada ketika / pada saat
5. tahap peringkat / tingkat
6. dipantau menengok / melihat / menjenguk
ASPEK SENI BAHASA
4.1
STANDARD KANDUNGAN memahami dan mengapresiasi karya sastera dengan memberikan respons peribadi.
4.1.1
memahami dan mengapresiasi karya prosa dari aspek sinopsis, tema, persoalan, nilai
dan pengajaran, watak dan perwatakan dengan memberikan respons yang betul dan
STANDARD PEMBELAJARAN rasional.

Aktiviti Pengukuhan 3 : Bahan berpandukan Buku Teks


Baca cerita di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang dinyatakan di bawah.
Bahagian B : Pemahaman
(10 markah)

1. Berdasarkan petikan di atas, mengapakah aku menolak pemberian hasil hutan daripada
penduduk kampung?
[3 markah]

Berdasarkan petikan di atas, aku menolak pemberian hasil hutan daripada penduduk
kampung kerana tidak gemar memakan petai, jering, kerdas, asam kelubi, pucuk paku
dan pelbagai hasi hutan.

2. Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua persoalan berserta contoh yang sesuai.
[3 markah]

Dua persoalan dalam petikan ialah persoalan kepentingan memakan hasil hutan.
Contohnya, aku menyedari khasiat makan makanan hutan dan menjadi makanan
kegemaran kini. Selain itu, persoalan mengenang jasa atas pemberian orang lain.
Contohnya, aku sambut dengan mengucapkan terima kasih atas pemberian Ambon.

3. Jika anda dihantar bertugas di kawasan pedalaman, adakah anda akan menerima tugasan
tersebut?
Jelaskan sebabnya. [4 markah]

Saya akan menerima tugasan tersebut kerana kawasan pedalaman jauh daripada
pencemaran dan masyarakat di kawasan pedalaman tidak sibuk seperti di bandar.
Kawasan pedalaman mempunyai udara yang segar dan nyaman. Kos sara hidup juga
murah di kawasan pedalaman dan kita boleh menjimatkan perbelanjaan.
KEMAHIRAN MENULIS
3.3
STANDARD KANDUNGAN menulis untuk melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan.
3.3.1
STANDARD PEMBELAJARAN Menulis untuk melengkapkan perenggan dalam pelbagai bahan dengan betul dan tepat.

Bahagian C
Pemindahan Maklumat : Ulasan
[15 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut,
tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

ETIKA BATUK DAN BERSIN

Tahukah anda?
 Semasa batuk, dianggarkan 3000
titisan air liur dikeluarkan.
 Semasa bersin, dianggarkan 40 000
titisan air liur dikeluarkan.
 Titisan yang lebih ringan akan
diterbangkan ke udara lalu tersebar.
 Batuk dan bersin secara sesuka hati
mencerminkan imej diri yang negatif.

Etika batuk dan bersin yang betul


1. Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan.
2. Buang tisu ke dalam tong sampah.
3. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih.
4. Sentiasa memakai penutup mulut dan hidung.
KEMAHIRAN MENULIS
3.5
STANDARD KANDUNGAN menulis untuk meringkaskan dan merumuskan pelbagai bahan prosa.
3.5.1
menulis ringkasan dan merumus pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan
STANDARD PEMBELAJARAN ayat yang gramatis.

Bahagian C
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 20 minit]

Anda mungkin juga menyukai