Anda di halaman 1dari 26

Bahagian B : Soalan Struktur

1. Jadual berikut berkaitan dengan tokoh-tokoh yang mengamalkan dasar perluasan kuasa
pada zaman tamadun awal.

Tokoh Tamadun
Alexander The Great Yunani
Shih Huang Ti China
Asoka India

(a) Apakah sumbangan Alexander The Great dalam perluasan empayar Yunani?
(i)
…………………………………………………………………………………….

(ii)
…………………………………………………………………………………….
(2 markah)

(b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah Maharaja Shih Huang Ti


memperkukuhkan pemerintahannya?
(i)
…………………………………………………………………………………….
(ii)
……………………………………………………………………………………
(2 markah)

(c) Nyatakan dua pembaharuan yang dilakukan oleh Asoka dalam dasar peluasan
kuasanya.
(i)
……………………………………………………………………………………
(ii)
…………………………………………………………………………………....
(2 markah)
(d) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh seseorang pemimpin
pada masa ini untuk mengekalkan kestabilan pemerintahan negara?

(i) …………………………………………………………………………………….

(ii) …………………………………………………………………………………….

(2 markah)

(e) Mengapakan tindakan perluasan kuasa tidak dibenarkan pada masa ini?

(i) …………………………………………………………………………………….

(ii) …………………………………………………………………………………….
(2 markah)
Bahagian C : Soalan Esei

1. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem perundangan yang diperkenalkan sejak


tamadun awal manusia.

Tamadun Undang-undang
China Legalisme
Rom Kod undang-undang
Justinian

(a) Jelaskan perbezaan prinsip undang-undang berasaskan Falsafah legalisme dengan


prinsip undang-undang berasaskan Confucius dalam tamadun China.
(8 markah)

(b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah undang-undang Rom masih


diamalkan oleh sesetengah negara di dunia sehingga kini?
(6 markah)

(c) Pada pandangan anda, mengapakah undang-undang penting untuk meningkatkan


kecemerlangan sesebuah negara?
(6 markah)
1. (a) Mengapakah perkembangan sistem pendidikan tamadun India dikatakan
berkaitan hal-hal keagamaan.
[ 8 Markah ]

(b) Huraikan sistem pendidikan dan peperiksaan tamadun China.


[ 8 Markah ]

(c) Pada pandangan anda, apakah tujuan negara kita mewujudkan pendidikan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual?
[ 4 Markah ]

2. Tamadun Yunani, Rom, India dan China banyak menyumbang kepada tamadun hari
ini.

(a) Berdasarkan penyataan di atas, terangkan sumbangan tamadun-tamadun


tersebut dalam bidang teknologi, kesusasteraan dan bahasa.
[ 8 Markah ]

(b) Nyatakan perkembangan Sukan Olimpik di Yunani dan bezakan dengan Sukan
Olimpik pada masa kini.
[ 8 Markah ]

(c) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri masyarakat yang dapat menyumbang
kepada kegemilangan sesebuah tamadun?
[ 4 Markah ]

3. (a) Huraikan kedudukan raja dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran tamadun
India.
[ 8 Markah ]

(b) Jelaskan perkembangan sistem beraja di China yang akhirnya menjadi sistem
Maharaja.
[ 8 Markah ]

(c) Pada pendapat anda, Bagaimanakah pencapaian sesebuah tamadun dapat


diabadikan sebagai pencapaian yang agung demi bangsa, agama dan rajanya?
[ 4 Markah ]

4. Agama merupakan keperluan utama dalam pembentukan dan peningkatan tamadun


dan membimbing manusia ke arah kehidupan yang sempurna.

(a) Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan lapan jalan dalam agama Buddha
yang menjadi pedoman manusia ke arah mencari kebenaran.
[ 8 Markah ]

(b) Terangkan perkara-perkara dalam Rukun Iman dan Rukun Islam yang wajib
diyakini oleh orang-orang Islam.
[ 8 Markah ]

(c) Pada pandangan anda, mengapakah setiap individu harus menganuti agama
masing-masing?
[ 4 Markah ]

5. (a) Jelaskan tentang kelahiran dan sumbangan ahli-ahli falsafah dalam tamadun
Yunani.
[ 8 Markah ]

(b) Bincangkan perkembangan seni bina dalam tamadun Rom.


[ 8 Markah ]

(c) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempunyai falsafah hidup?
[ 4 Markah ]

1. Senarai di bawah merupakan tokoh-tokoh yang terlibat dalam perluasan kuasa


semasa zaman peningkatan tamadun.

(a) Alexander The Great terlibat dalam penyebaran kebudayaan Hellenistik.


Sebutkan kebudayaan yang termasuk dalam kebudayaan Hellenistik.

(i)

(ii)
[2 markah]

(b) Nyatakan peristiwa yang membawa kepada keruntuhan Empayar Yunani?

(i)

(ii)
[2 markah]

(c) Apakah perbezaan tindakan yang digunakan oleh Asoka dengan penakluk lain
dalam usaha meluaskan empayar?

[1 markah]
(d) Senaraikan langkah yang diambil oleh Shih Huang Ti sehingga berjaya
menyatukan seluruh kerajaan kecil di China?

(i)

(ii)
[2 markah]

(e) Pada pandangan anda, mengapakan kegiatan sesebuah negara menceroboh


negara lain tidak wajar lagi dilakukan pada zaman kini?

(i)

(ii)

(iii)
[3 markah]

2. Agama merupakan keperluan utama dalam pembentukan dan peningkatan tamadun.

(a) Nyatakan tiga fungsi utama Tuhan dalam agama Hindu.

(i)

(ii)

(iii)
[3 markah]

(b) Pada zaman empayar manakah agama Hindu mencapai zaman kegemilangan?

[1 markah]

(c) Apakah matlamat hidup penganut agama Hindu?

[1 markah]
(d) Apakah dua perkara yang menjadi sumber atau pencetus kepada tamadun
Islam?

(i)

(ii)
[2 markah]

(e) Pada pandangan anda, apakah kelebihan seseorang itu menganut sesuatu
agama?

(i)

(ii)

(iii)
[3 markah]

3. Setiap masyarakat mempunyai sistem sosialnya tersendiri.

(a) Nyatakan tiga kelas yang terdapat dalam sistem kasta di India.

(i)

(ii)

(iii)
[3 markah]

(b) Golongan manakah yang menjadi ancaman kepada pemerintah di Sparta?

[1 markah]

(c) Senaraikan tiga kelas dalam masyarakat mengikut Confucius.


(i)

(ii)

(iii)
[3 markah]

(d) Apakah cara individu di China boleh lakukan untuk menukar kelasnya kepada
kedudukan yang lebih baik?

[1 markah]

(e) Nyatakan dua golongan yang terdapat dalam organisasi sosial masyarakat di
Athens, Yunani?

(i)

(ii)
[2 markah]

4. Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di


sekitarnya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean.

(a) Nyatakan dua buah negara kota Yunani yang terkenal.

(i)

(ii)
[2 markah]

(b) Gunakan istilah yang sesuai bagai menggambarkan maklumat di bawah.

(i) Kawasan tertinggi yang menempatkan bangunan kerajaan dan


keagamaan.

(ii) Tempat pertemuan atau mesyuarat rakyat yang merupakan pusat ekonomi
bagi sesebuah negara kota.
[2 markah]

(c) Namakan dua badan yang terdapat dalam sistem demokrasi di Yunani.

(i)

(ii)
[2 markah]

(d) Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan di Sparta?

[1 markah]

(e) Senarai tiga sistem pemerintahan yang diamalkan di Yunani sebelum sistem
demokrasi diamalkan.

(i)

(ii)

(iii)
[3 markah]

5. (a) Nyatakan pihak yang terlibat dalam pemerintahan republik di Rom.

[3 markah]

(b) Namakan jawatan tertinggi dalam sistem pemerintahan republik moden yang
diamalkan hari Ini.

[1 markah]
(c) Senarai dua buah epik sastera terkenal yang dihasilkan oleh tamadun India.

(i)

(ii)
[2 markah]

(d) Tokoh sastera Yunani iaitu Homer turut menghasilkan karya yang masih
menjadi rujukan hingga hari ini. Namakan dua buah karyanya itu?

(i)

(ii)
[2 markah]

(e) Seni berpidato begitu oleh masyarakat Rom pada masa dahulu. Pada
pandangan anda, apakah kelebihan seni berpidato ini?

[2 markah]

Jawapan

1 a. Apakah sumbangan Alexander The Great dalam perluasan empayar


Yunani? (m/s 48)

F1 Berjaya meluaskan kawasan takluk Yunani 1

F2 Menguasai Parsi, Mesir, Turkistan dan Samarkand 1


1
Seluruh kawasan Laut Mediterranean dikuasai
F3 1
Terlibat dalam penyebaran kebudayaan Hellenistik
F4 1
F5 Kebudayaan campuran antara Yunani dan Parsi serta kebudayaan Timur
lain
1
F6 Mengepalai gabungan tentera Macedonia dan Yunani 1
F7 Menakluk empayar Parsi
(2 m)

Mana-mana 2 isi × 1 m

1 b. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah Maharaja Shih


Huang Ti memperkukuhkan pemerintahannya? (m/s : 49)

F1 Berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China 1

F2 Memerintah secara autokratik 1


1
F3 Tegas dan berkuasa mutlak
1
F4 Menghapuskan golongan bangsawan
1
F5 Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir
1
F6 Mengarahkan pembinaan Tembok Besar China
1
F7 Mempertahankan China daripada serangan orang Gasar
1
F8 Menggelar dirinya sebagai Maharaja China
(2 m)
Mana-mana 2 isi × 1 m

1 c. Nyatakan dua pembaharuan yang dilakukan oleh Asoka dalam dasar


peluasan kuasanya. (m/s : 49)

F1 Menekankan kedamaian 1

F2 Menekankan kemajuan sosial 1

F3 Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha 1


F4 Menjalankan penaklukan tanpa melalui ketenteraan 1

F5 Menekankan dasar yang lebih lembut 1

Mana-mana 2 isi × 1 m (2 m)
1 d. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh
seseorang pemimpin pada masa ini untuk mengekalkan kestabilan
pemerintahan negara?

F1 Memerintah dengan adil / saksama 1

F2 Mengutamakan perpaduan kaum 1

F3 Bijaksana mentadbir negara 1

F4 Sentiasa menjaga kebajikan rakyat 1

F5 Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan 1

F6 Sentiasa berusaha menguasai kemahiran masa ini / teknologi 1

F7 Menanamkan sikap patriotisme dalam kalangan rakyat 1

2 isi × 1m (mana-mana jawapan yang munasabah) (2 m)


1e Mengapakah tindakan perluasan kuasa tidak dibenarkan pada masa ini?

F1 Menghormati kedaulatan negara lain 1

F2 Melanggar hak asasi manusia 1

F3 Kemusnahan harta benda 1

F4 Memenuhi piagam PBB 1

F5 Mengelakkan kematian 1

F6 Mengelakkan kemusnahan alam 1

F7 Mengelakkan persaingan senjata 1

F8 Menjamin keamanan sejagat 1

2 isi × 1m (Mana-mana jawapan yang munasabah) (2 m)

Bahagian C : Soalan Esei


1a. Jelaskan perbezaan prinsip undang-undang berasaskan Falsafah legalisme
dengan prinsip undang-undang berasaskan Confucius dalam tamadun
China. (m/s : 47 dan 57)

Legalisme

F1 Diperkenal oleh Han Fei Tzu 1

F2 Zaman Dinasti Chin 1

F3 Berasaskan penguatkuasaan undang-undang yang tegas 1

F4 Mengetepikan perasaan belas kasihan 1

F5 Undang-undang yang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia 1

F6 Undang-undang dan penguasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa 1


jua keadaan.

F7 Ketegasan ini penting untuk membendung tindakan liar manusia 1

F8 Raja mesti memiliki kuasa yang utuh 1

Confucianisme

F8 Diperkenalkan oleh Kung-fu Tze 1

F9 Zaman Dinasti Han 1

F10 Menekankan keperluan membentuk budi pekerti 1

F11 Menjaga keharmonian manusia dan masyarakat 1

F12 Tidak mementingkan kekerasan 1

F13 Menggalakkan hubungan baik sesama manusia 1

Mana-mana 8 isi × 1m (8 m)

1b. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah undang-undang Rom


masih diamalkan oleh sesetengah negara di dunia sehingga kini? (m/s : 46)

F1 Menjadi asas undang-undang dunia pada masa ini 1


F2 Semua manusia sama di sisi undang-undang 1

F3 Seseorang dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah 1

F4 Keadilan terhadap setiap individu 1

F5 Hak manusia dilindungi undang-undang 1

F6 Hukuman berasaskan bukti yang kukuh 1

F7 Mudah difahami dan diterima ramai 1

F8 Menjamin hak asasi manusia 1

F9 Mampu mendisiplinkan rakyat 1

F10 Mampu memelihara keamanan negara 1

F11 Lengkap iaitu merangkumi tiga cabang utama iaitu sivil, rakyat dan natural 1

6 isi × 1 m (mana-mana jawapan munasabah) (6 m)

1c. Pada pandangan anda, mengapakah undang-undang penting untuk


meningkatkan kecemerlangan sesebuah negara?

F1 Memupuk semangat patriotik kepada negara 1

F2 Menjamin keamanan negara 1

F3 Mengekalkan kestabilan politik negara 1

F4 Mengekalkan kedaulatan negara 1

F5 Mengekalkan keharmonian kaum 1

F6 Mendisiplinkan rakyat 1

F7 Menegakkan keadilan kepada rakyat 1

F8 Mewujudkan kehidupan dan aman dan sejahtera 1


F9 Memupuk perpaduan kaum 1

Mana-mana 6 isi × 1m (mana-mana jawapan munasabah) (6 m)

1) (a)
Perkembangan sistem pendidikan India yang dikatakan berkaitan hal-hal agama
- bermula zaman Vedik
- agama Hindu menjadi terasnya
- menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati.
- segala hukum agama harus dipelajari supaya dapat hidup sempurna dengan
dengan nilai murni yang diajar oleh agama
- untuk mencapai taraf Brahmin yang berpendidikan seseorang harus menghafal
pelbagai buku agama.
- buku Veda mengandungi peraturan ritual, mantera dan lagu-lagu agama

- kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-


kitab Veda
- pendidikan memberikan perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda dan
bahasa Sanskrit.
(Mak 8m)

(b) Sistem pendidikan dan peperiksaan tamadun China

- pentadbiran di China menjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran


- tahap pertama Hsiu Tai (ijazah pertama)
- tahap kedua Chun-Jen (sarjana)
- tahap ketiga Chin Shih (doktor falsafah)
- peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah
- peperiksaan tahap kedua di ibu kota daerah
- peperiksaan pada tahap ketiga di kota empayar atau istana hadapan maharaja
- lulus ijazah pertama berpeluang menjadi pegawai kerajaan
- lulus ijazah ketiga layak menjadi pendidik
- peperiksaan awam tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun
- peperiksaan awam tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali
(Mak 8m)

(c)
- Mewujudkan masyarakat berpengetahuan
- Masyarakat berkemahiran
- Masyarakat sihat dan cergas
- Masyarakat bersatu
- Masyarakat penyayang
- Masyarakat berdaya saing
- Masyarakat global
- Masyarakat hidup sejahtera
(Mak 4m)
2) (a) Berdasarkan penyataan di atas, terangkan sumbangan tamadun-tamadun tersebut dalam
bidang teknologi, kesusasteraan dan bahasa.
teknologi
- Teknologi pembinaan
- / aqueduct / colloseum / pantheon / Tembok Besar
- China / Stupa / candi / pagoda
- Sumber pelancongan
- Sumber contoh seni bina
- Teknologi membuat kertas dan tembikar

Kesusasteraan
- Hasil sastera yang masih dibaca dan dijadikan rujukan hingga ke hari ini
- seperti Illiad, Odyssey, Mahabharata dan Ramayana
- Rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia
- kisah perjalanan
- maklumat geografi yang digunakan sebagai sumber sejarah

- Bahasa
- bahasa Latin dan Sanskrit merupakan bahasa penting yang berkaitan
dengan agama dan kesusasteraan
- Dipakai dalam hal keagamaan.
- Contohnya bahasa Latin untuk agama Kristian
- bahasa Sanskrit untuk agama Hindu dan Buddha

[ 8 markah ]

(b) Nyatakan perkembangan Sukan Olimpik di Yunani dan bezakan dengan Sukan
Olimpik pada masa kini.

- sukan olimpik telah diperkenalkan pada zaman Yunani


- pertandingan diadakan di Olympia
- pertandingan antara negara kota
- diadakan empat tahun sekali
- bertujuan menghormati Tuhan Zeus
- Negara kota yang bersaing ialah Athens, Sparta, Corinth
- perbezaan dengan sukan Olimpik moden
- Tujuan organisasi
- Bilangan peserta bertambah berlipat ganda
[ 8 markah ]

(c)

- Berfikiran inovatif
- Masyarakat yang kreatif
- Mementingkan pendidikan
- Bersifat daya saing
- Berfikiran futuristik
- Bersemangat patriotik
- Berkepimpinan wibawa
- Berani menanggung risiko
[ 4 markah ]

(a) 3) Kedudukan raja dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di India

- raja mengamalkan kuasa mutlak.


- diperkukuh dengan upacara ritual
- sesorang raja itu adalah suci dan harus dihormati.
- golongan Brahmin sebagai penasihat
- menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan
- Chandragupta Maurya telah mengubah status raja kepada maharaja.
- Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah masa pemerintahan Maharaja
Asoka.
- Asoka menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya,
- Bindusara menakluk negeri Kalinga yang memiliki penduduk yang ramai
- Selepas perang Kalinga Asoka lebih menekankan kedamaian dan kemajuan
sosial
- menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha
- tidak lagi melalui ketenteraan.
( Mak 8)

(b) Perkembangan sistem beraja di China menjadi sistem Maharaja

- perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk feudal kepada


pemerintahan berbentuk pentadbiran berpusat.
- perluasan kuasa telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin
- Konsep raja telah bertukar kepada Maharaja.
- pemerintahan oleh Maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem
pentadbiran atau birokrasi awam.
- pegawai dilantik oleh maharaja
- pegawai terdiri daripada rakyat.
- perlantikan dibuat oleh jawatankuasa perkhidmatan awam
- iaitu Hon Kao Tsu
- perlantikan pegawai diasaskan pada pencapaian dalam peperiksaan
(8m)

(c)
- Perlu bersikap inovatif
- Berusaha membaiki dan meningkatkan kehidupan yang sedia ada
- Membentuk keamanan negara
- Mewujudkan sistem pemerintahan yang adil
- Menambah ilmu pengetahuan untuk meningkatkan kemahiran
- Meneroka bidang baru untuk meningkatkan tamadun

(4m)

4) Agama merupakan keperluan utama dalam pembentukan dan peningkatan tamadun dan
membimbing manusia ke arah kehidupan yang sempurna.

(a) Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan lapan jalan dalam agama Buddha yang
menjadi pedoman manusia ke arah mencari kebenaran.
- Kepercayaan yang betul
- Tujuan yang betul
- Pertuturan yang baik
- Perbuatan yang baik
- Hidup yang baik
- Usaha yang baik
- Fikiran yang baik
- Renungan yang baik
[8 markah ]

(b) Terangkan perkara-perkara dalam Rukun Iman dan Rukun Islam yang wajib diyakini oleh
orang-orang Islam.
Rukun Iman
- Percaya kepada Allah s.w.t.
- Percaya kepada malaikat
- Percaya kepada kitab-kitab
- Percaya kepada para nabi dan rasul
- Percaya kepada hari kiamat
- Percaya kepada qadha dan qadar
Rukun Islam
- Pengakuan “ tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi
Muhammad itu pesuruh Allah”
- Wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam
- Wajib berzakat
- Wajib berpuasa pada bulan Ramadhan
- Menunaikan fardu haji di Makkah bagi yang mampu

[ 8 markah ]

(c)
- Sebagai panduan hidup
- Tidak berani melakukan dosa
- Hidup sejahtera dan aman
- Tidak melakukan kesalahan sesuka hati
- Mencintai sesama manusia
- Menghargai kebebasan masing-masing

[ 4 markah ]

5) (a) Jelaskan tentang kelahiran dan sumbangan ahli-ahli falsafah dalam


tamadun Yunani.
[8 markah]

Herodotus
- menghasilkan karya, History of Persian War
- dikenali sebagai Bapa Sejarah
- Thucydides
- Dianggap sebagai pengasas sejarah saintifik
- Menulis karya History of the Peloponnesian War
- Menggunakan pendekatan penulisan sejarah yang berteraskan penyelidikan
Socrotes
- Bapa falsafah Barat
- Pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab
- Berusaha mencari unsur-unsur dalam kehidupan dan masyarakat bahagia
- Dihukum bunuh dengan cara meminum racun
Plato
- Karyanya Republic, membincangkan bahawa sesebuah masyarakat dan negara paling
baik diperintah oleh ilmuwan dan ahli falsafah
- Menyedarkan masyarakat tentang perkara asas dalam falsafah Socrates
- Mengasaskan akademik falsafah di Athens yang kekal selama 1000.
Aristotle
- Mendalami bidang sains dan falsafah
- Hasil penerbitan mengandungi ilmu logik, metafizik, etika. politik, fizik, sains tabii,
astronomi dan geologi
- Falsafah beliau adalah untuk membaiki dunia
- Guru kepada Alexander.
(b) Bincangkan perkembangan seni bina dalam tamadun Rom.
[8 markah]

- seni bina tamadun Rom ialah Aqueduct


- merupakan saluran air
- membawa bekalan air dari gunung
- Aqueduct paling panjang ialah di Marcia
- Air disalurkan melalui saliuran dalam tanah dan saluran dalam pintu gerbang (arches)
- Teknologi aqueduct berasaskan sistem graviti
- Seni bina Pantheon
- Binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia
- Berfungsi sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa
- Tempat menjalankan kerja awam
- Seni bina Colloseum
- Pembinaan dimulakan pada tahun 70-an Masihi
- Selesai dibina oleh Maharaja Flavian
- Berbentuk kubah
- Boleh memuatkan 50000 – 80000 penonton
- Berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan sebagai teater

(c)
- Panduan untuk mencapai matlamat
- Mendisiplinkan diri
- Ciri-ciri hidup yang berprinsip
- Menjadi pegangan hidup
- Menunjukkan kematangan berfikir
- Tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain

1)
a) - Kebudayaan Yunani
- Kebudayaan Parsi
- Kebudayaan Timur

b) - Kemunculan Rom
- Kematian Alexander The Great

c) - Menekankan dasar yang lembut dan terbuka


- Menggunakan ajaran agama Buddha

d) - Memerintah secara autokratik


- Pemerintahan tegas dan mutlak
- Menghapuskan kuasa golongan bangsawan
- Berjaya menawan seluruh kerajaan kecil\
- Melahirkan Dinasti Chin

e) - Mengancam kedaulatan negara lain


- Menghargai kedaulatan negara lain
- Bertentangan dengan prinsip PBB masyarakat antarabangsa
- Menimbulkan konflik antarabangsa
- mencintai kesejahteraan dan keamanan dunia

2)
a) i) Mencipta(Brahman)
ii) Memelihara(Vishnu)
iii) Membinasa(Siva)

b) Empayar Gupta

c) Mencapai Moksya/kebebasan mutlak


d) i) Akidah
ii) Syariah

e) - Tingkahlaku dapat dikawal


- Menjadi panduan hidup
- Tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan agama
- Hidup dalam harmoni
- Cintai keamanan dan kesejahteraan

3)
a) i) Brahmin
ii) Ksyatria
iii) Vaisya
iv) Sudra

b)Helot

c) i) Golongan sarjana
ii) Golongan petani
iii) Golongan tukang
iv) Golongan pedagang

d) Menerusi pendidikan

e) i) Warganegara
ii) Penduduk bukan warganegara
iii) Golongan hamba

4)
a) i) Athens
ii) Sparta
iii) Corinth

b) i) Acropolis
ii) Agora
c) i) Majlis
ii) Dewan Perhimpunan

d) Sistem pemerintahan tentera

e) i) Sistem beraja
ii) Oligarki
iii) Aristokrasi
iv) Tirani
v) Diktator
vi) Demokrasi

5)
a) i) Dewan Senat
ii) Dewan Perhimpunan
iii) Konsul

b) Presiden

c) i) Mahabharata
ii) Ramayana

d) i) Illiad
ii) Odyssey

e) - Petah berucap di khalayak ramai


- Disukai ramai
- Mempunyai keistimewaan tersendiri
- Berupaya mempengaruhi orang

Anda mungkin juga menyukai