Anda di halaman 1dari 5

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan Negara yang membawa

kepada gerakan yang membebaskan tanah air.Nasionalisme tidak terhad kepada


pembebasan kuasa politik sahaja tetapi juga pembebasan daripada cengkaman
ekonomi dan kebudayaan asing.

Antara faktor kemunculan Nasionalisme di Asi Tenggara ialah kerana dasar
penjajahan barat yang telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat
Negara-negara Asia Tenggara.Sistem Birokrasi barat yang diperkenalkan tidak
memberikan peluang yang sewajarnya kepada rakyat tempatan dalam system
pentadbiran moden.Rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional yang serba
kekurangan.Malah dasar ekonomi penjajah seperti system tanaman paksa di Indonesia
dan system polo di Filipina jelas menindas penduduk peribumi.Penjajah juga telah
mewujudkan jurang social dengan mengaggap bahawa mereka berada dalam kelas
yang tersendiri.Selain itu,mereka hanya layak berdampingan sesame meraka dan
bergaul dengan golongan elit tempatan yang terdiri daripada golongan bansawan serta
golongan pegawai kerajaan yang berpendidikan barat.Dasar keterbukaan penjajah
terhadap kemasukan imigran pula menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat tempatan
kerana penguasaan golongan tersebut dalam bidang ekonomi

Selain itu,pengaruh agama begitu jelas dalam mencetuskan nasinalisme di Aisa
Tenggara.Agama telah berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi
penindasan dan pengaruh kebudayaan barat serta agama kristian.Kemunculan gerakan
islah di Indonesia dan di Tanah Melayu serta penubuhan persatuan Belia Budhha(1906)
di Burma pada peringkat awal gerakan nasionalisme di Asia Tenggara menunjukkan
peranan agama sebagai alat perpaduan dan golongan agama sebagai pencetus
nasionalisme.Gerakan Islah telah memperjuangkan Pan-islamisme,iaitu penyatuan
dunia islam menentang penjajah barat.Agama kristian yang diperkenalkan oleh
sepanyol telah menyatupadukan penduduk peribumi untuk menentang kuasa
tersebut.Keadaan ini berlaku kerana penganut kristian tempatan dianggap kelas kedua
berbanding penganut kristian berbangsa sepanyol

Seterusnya karya kesusteraan di Asian Tenggara turut berperanan dalam
membangkitkan nasionalisme di Asia tenggara.Karya-karya ini merupakan media untuk
menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah
yang akhirnya membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air.Di
Filipina,novel Noli me Tabgere karya Jose Rizal bukan sahaja mencetuskan gerakan
nasionalisme di Negara itu tetapi juga menjadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme
di rantau Asia tenggara,Di Indonesia,Cerpen kerikil-kerikil Tajam dan ke Makam Bonda
karya Chairil Anuar begitu berpengaruh.Di Tanah Melayu pula,Putera Gunung Tahan
karya Pak Sako adalah antara puluhan novel yang terkenal

Sistem pendidikan juga merupakan antara factor yang mencetuskan nasionalisme.
Ini adalah kerana sikap penjajah yang mengamalkan sikap pilih kasih dalam
menyediakan kemudahan pendidikan dengan mengutamakan sekolah yang
menggunakan bahaasa penjajah sebagai bahasa penghantar.Penjajah hanya
memberikan pendidikan kepada peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit dan
penduduk Bandar.MIsalnya,di Indonesia anak golongan priyayi diberikan pendidikan
yang tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan.sikap pilih kasih yang
diamalkan oleh kerajaan Belanda ini bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat
tempatan.Di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh yang diperkenalkan
telah menjadi ancaman terhadap sekolah Buddha.Di Tanah Melayu pula, lepasan
vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah inggeris.

Kemunculan golongan intelektual merupakan pencetus gerakan
nasionalisme.Gomongan ini yang berpeluangmelanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia
Barat telah didedahkan dengan idea falsafah Barat dan islam.Pemgalaman mereka di
Barat dan di Asia Barat telah menyedarkan golongan ini betapa pihak penjajah tidak
mentadbir tanah jajahan seperti mereka mentadbir Negara mereka sendiri.Golongan
inilah kemudiannya memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air.Pada
peringkat awal mereka hanya menuntut tataraf hidup bangsa mereka dibela tetapi
akhirnya mereka meminta penjajah membebaskan Negara mereka

Pengaruh media massa seperti surat khabar dan majalah telah menyemarakkan
semangat nasionalisme di Asia Tenggara.Akhbar dan majalah berupaya menyebarkan
idea-idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah kepada rakyat jelata.Di
Vietnam, Tribune Indigene dan Cloche felee merupakan akhbar yang berpengaruh.Di
Tanah Melayu,al ikhwan,saudara,warta Malaya dan majlis adalah antara akhbar yang
utama.Pihak penjajah menganggap perkembangan ini sebagai ancaman terhadap
kepentingan politik mereka di tanah jajahan dan sikap mereka ini bertentangan dengan
kebebasan akhbar diamalkan oleh mereka di Negara mereka sendiri

Perkembangan dalam system pengangkutan dan perhubungan juga berperanan
dalam kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.Kewujudan perkhidmatan
telefon dn telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.Pembinaan jalan
kereta api dan jalan raya dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang sebelumnya
terpisah.Ini memudahkan rakyat dan para pemimpin bertemu dan membincangkan
idea-idea nasionalisme.

Pengaruh luar turut mencetuskan nasinalisme di Asia tenggara.kejayaan Jepun
menewaskan china pada tahun 1895 dan Rusia pada tahun 1905 telah membuka mata
para nasionalis di Asia Tenggara kerana keupayaan sebuah Negara kecil mengalahan
Negara besar,Perjuangan Mahatma Ghandi di India menentang British juga telah
memberikan inspirasi kepada nasionalis di Negara-negara Asia Tenggara

Perkembangan Nasionalisme di Filipina mendahului Negara lain di Asia
Tenggara.Tahap pertama gerakan nasionalisme di Asia Tenggara merupakan gerakan
dakyah yang dipimpin oleh Jose Rizal yang mempunyai pengaruh kuat dan disokong
oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat.Mereka menuntut supaya Filipina
dijadikan wilayah sepanyol,bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti yang
diperoleh bangsa sepanyol dan bangsa Filipina diberikan kebebasan suara.Apabila
tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas sepanyol Jose Rizal kemudiannya telah
menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892 dengan tujuan mendesak kerajaan
sepanyol melakukan pembaharuan politik,ekonomi dana social.Kerajaan sepanyol
berasa terancam lantas Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan di
Mindanao.Jose Rizal akhirnya dikenakan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam
gerakan pemberontakan.Walaupun gerakan dakyah ini berakhir tetapi gerakan ini
kemudiannya telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang lebih radikal pada tahap
kedua.

Gerakan nasionalisme pada tahap kedua di Filipina bermula apabila katipunan
ditubukan oleh Adres Bonifacio.Pertubuhan ini telah memulakan penentangan secara
radikal terhadap sepanyol.Matlamat perjuangannya adalah untuk menyatukan bangsa
Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi.Katipunan menggunakan media
cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat.Kalayan merupakan akhbar
rasmi pertubuhan tersebut.pada tahun 1896,Katipunan melancarkan revolusi bersenjata
untuk menggulingkan pemerintahan sepanyol tetapi gagal.Katipunan semakin lemah
selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo pada tahun 1897.Aguinaldo telah
mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir sepanyol pada
tahun 1898.Namun, penyingkiran seoanyol itu telah mrmulakan penguasaan Amerika
Syarikat terhadap Filipina.Pengisytiharaan kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo pada
tahun 1899 tidak disahkan oleh Amerika.Dengan itu,revolusi diteruskan sehingga
Aguinaldo ditangkap pada tahun 1901.Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan
pertubuhan parti-parti politik sederhana.Sergio Osmera telah dilantik mengetuai Dewan
Perhimpunan apabila partinya,iaitu parti Nasional memenangi pilihan taya pada tahun
1907.Walaupun begitu,hanya pada tahun 1930-an nasionalis Filipina kembali menuntut
kemerdekaan melalui perkembangan setelah pucuk pimpinan Amerika Syarikat
bertukar kepada yang lebih liberal.

Perkembangan nasionalisme di Burma pula pada tahap pertama memeperlihat
perjuangan golongan sami Buddha dan golongan elit berpendidikan Barat.Golongan
sami Buddha telah menubuhkan persatuan Belia Buddha pada tahun
1906.Penubuhannya adalah bertujuan unyuk mengekalkan tradisi Buddha dan
memajukan pendidikan di kalangan rakyat Burma.Pertubuhan ini menggunakan isu
kasut untuk membangkitkan semangat nasionalisme rakyat.Menjelang tahun
1916,Persatuan Belia Buddha telah dipmpin oleh nasionalis yang lebih radikal seperti U
Ba Pe.Pemimpin-pemimpin Pesatuan Belia Buddha kemudiannya menubuhkan Majlis
Persatuan Am kesatuan-kesatuan Burma pada tahun 1920 yang lebih radikal.CErakan
nasionalisme tahap kedua di Burma muncul apabila laporan Montagu.Chelsford
menyatakan bahawa Burma masih belum bersedia untuk memerintah sendiri.mejelang
tahun 1920,tercetus revolusi pelajar yang menuntut pertubuhan sebuah university untuk
mereka.Gerakan nasionalis seterusnya merupakan gerakan golongan sami Buddha
melalui Majlis Am sangha sametggi yang mencetuskan pemberontakan saya san,iaitu
bekas pongyi dan pemimpin di Tharawaddy.Kemudian muncul pula Liga Antipemisahan
yang menganggap pemisah dengan India hanya akan melewatkan
kemerdekaan.Pengenalan perlembagaan Burma 1935 memberikan peluang kea rah
berkerajaan sendiri.Golongan Thakin menubuhkan Parti Dobama Asiayone pada tahun
1935 untut menuntut kemerdekaan.Para pemimpinnya terdiri daripada Aung San,Kyaw
Nein dan U Nu yang menggelarkan diri mereka sebagai Tuan.Dr Ba Maw yang
memenangi pilihan raya pada tahun 1937 telah dilantik menjadi perdana menteri yang
pertama.

Langkah-langkah untuk memantapkan jati diri dan patriotism melalui unsure
perpaduan ialah sanggup berkorban demi kebaikan bersama serta bermusyawarah
untuk mencapai kata sepakat.Selain itu,menjaga nama baik Negara dan menghargai
perjuangan nasionalisme pada zaman dahulu.Seterusnya, berusaha untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan dan mengisi kemerdekaan dengan
kemajuan.Demikian itu, dengan memupuk semangat juang yang kental kita tidak akan
mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran.Seterusnya, mengekalkan perpaduan
antara kaum serta tidak mengamalkan diskriminasi antara kaum.Akhir sekali,
meningkatkan taraf hidup rakyat dan saling bertolak ansur dalam politik.

Antara kejayaan yang dicapai malalui semangat nasionalisme ialah dapat
mengekalkan kestabilan politik.Seterusnya,dapat memacu ekonomi setanding dengan
Negara maju dan dapat mengurangkan kemiskinan tegar.Selain itu, kita juga dapat
melahirkan pemimpin yang berwibawa seperti Tun Dr Mahathir dan juga melahirkan
angkaswan Negara iaitu Datuk Sheikh Muzafar,tidak lupa juga kita dapat melahirkan
ahli sukan bertaraf dunia seperyi Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David.Di
samping itu,kejayaan yang seterusnya kita dapat membina banggunan pencakar langit
seperti menara Berkembar Petronas,KLIA dan menara Kuala Lumpur,kita juga
dapatmengeluarkan kereta nasional iaitu Proton saga,MyV dan sebagainya.Dari segi
telekomunikasi pula kita dapat mewujudkan koridor multimedia dan dapat membina
Litar Sepang serta dapat membina Pusat Pentadbiran Putrajaya.

Antara cabaran untuk mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan generai
muda Malaysia kini ialah masih wujud lagi pertikaian antara kaum pada masa
kini.Selain itu, berlakunya kegiatan rasuah dalam pentadbiran dan wujudnya
demonstrasi jalanan yang akan menggugat kestabilan Negara.Seterusnya,kita masih
belum dapat dan berupaya untuk menghapuskan kemiskinan di Negara ini serta rakyat
yang tidak manghayati Rukun Negara yang boleh menyebabkan perasaan tidak puas
hati antara kaum.Selain itu,masalah social seperti dadah,Mat rempit dan pembuangan
bayi adalah cabaran yang agak besar bagi Negara serta terhakisnya sikap jati diri di
kalangan remaja dan gangguan daripada pihak luar yang ingin menanguk di air yang
keruh.

Langkah-langkah untuk menangani cabaran tersebut ialah dengan mewujudkan
perpaduan antara kaum .Seterusnya,mengamalkan sikap bersih,cekap dan amanah
serta mengamalkan semangat cinta akan Negara.Selain itu, kita hendaklah mempunyai
jati diri yang kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama.Kita juga haruslah
saling menghormati kebudayaan kaum lain.Demikian itu,Pihak kerajaan hendaklah
sentiasa merancang aktiviti yang boleh disertai oleh pelbagai kaum seperti sukan untuk
semua dan aktiviti pekhemahan.Akhir sekali, menjadikan mata pelajaran sejarah
sebagai subjek wajib lulus.


Nilai-nilai murni yang dapat diambil daripada gerakan nasionalisme di Asia
Tenggara ialah dapat meningkatkan semangat kerjasama antara kaum.Selain itu,dapat
melahirkan sikap toleransi antara kaum dan melahirkan semangat
keberanian.Seterusnya,kita akan mempunyai semangat yang kental dan sanggup
berkorban demi Negara .Kita juga harus menguasai ilmu pengetahuan dan gigih
berusaha.Di saming itu,kita juga boleh mewujudkan slogan Negara kita Tanggungawab
kita sebagai pembakar semangat serta sentiasa berwasapada terhadap kuasa
luar.Nilai yang lain ialah menghargai jasa dan pengorbanan pejuang Negara dan yang
paling penting patuh kepada undang-undang.Seterusnya, menanam sikap setiakawan
dan menghayati prinsip Rukun Negara.

Kesimpulannya,sebagai generasi selepas merdeka kita seharusnye menghargai
perjuangan nasionalis silan dan kita sewajarnye berusaha untuk mempertahankan dan
mengekalkan kedaulatan Negara serta mengisi kemerdekaan dengan kemajuan untuk
mencapai matlamat wawasan 2020.Generasi muda perlu mempunyai jati diri yang
tinggi dan idak mudah dipengaruhi oleh kebudayaan asing untuk mengekalkan
kedaulatan Negara.Sebagai warganegara Malaysia,kita perlu menjadi modal insan
kelas pertama bertaraf dunia bagi memacu arus globalisasi.Dengan itu harapan agar
rakyat dapat mengekalkan parpaduan kaum dan meningkatkan pencapaian yang telah
dilaksanakan dengan sebaiknya.

Anda mungkin juga menyukai