Anda di halaman 1dari 30

BAB DUA :

KEBANGKITAN
NASIONALISME
2.4
PERKEMBANGAN
NASIONALISME
DI ASIA
TENGGARA

Cikgu Rosle Yasin


 
SMK Sentul Utama
Kuala Lumpur
• Nasionalisme di Asia Tenggara (Filipina, Burma (Myanmar), Vietnam dan
Indonesia) merupakan gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa
Barat.
• Di Thailand, gerakan nasionalisme bersifat menuntut pembaharuan dalam
pentadbiran ke arah mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman
imperialisme.

Nasionalisme Bertujuan untuk


Filipina menghapuskan penjajahan
asing.
Jose Rizal  
Nasionalisme awal berbentuk Gerakan Propaganda dipimpin oleh Jose Rizal.
1. Gerakan ini menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah
Sepanyol mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol.
2. Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina (1892) mendesak kerajaan Sepanyol
melakukan perubahan politik, ekonomi dan social.
 Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk menuntut kemerdekaan
Filipina melalui revolusi (radikal).
Andres
 Katipunan menggunakan akhbar Kalayan untuk menyebarkan idea
Bonifacio
revolusinya.
 Bonifacio dan Aguinaldo telah memimpin Katipunan melancarkan
Emilio Revolusi Filipina pada tahun 1896 untuk menyingkirkan pemerintahan
Aguinaldo Sepanyol, tetapi gagal.

1. Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina.
2. Perisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo (1899) tidak diiktiraf oleh Amerika
Syarikat, Filipina diletakkan di bawah penguasaan Amerika Syarikat.
3. Golongan nasionalis mengubah strategi perjuangan dengan menggunakan saluran
diplomasi (melalui parti politik sederhana).
4. Sergio Osmena, pemimpin Parti Nasionalis dilantik menganggotai Dewan Perhimpunan
Filipina pada tahun 1907.
5. Gerakan menuntut kemerdekaan ini diteruskan oleh golongan nasionalis sehingga Perang
Dunia Kedua.
1. Apakah tindakan Andres Bonifacio setelah Gerakan
Propaganda gagal mencapai matlamatnya?

 ms I. Membentuk Liga Filipina


 28 II. Bekerjasama dengan Amerika
  III. Melancarkan revolusi bersenjata
  IV. Menyebar fahaman melalui akhbar
  A I dan II
  B I dan IV
  C II dan III
  D III dan IV
Nasionalisme di Asia Tenggara berakar umbi daripada gerakan
membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat seperti yang
berlaku di Filipina, Burma (Myanmar), Vietnam dan Indonesia.

  a. Jelaskan bagaimana berlakunya gerakan nasionalisme di


i. negara-negara berikut:
  Filipina
6 markah 
F1 Nasionalisme awal berbentuk Gerakkan propaganda
H1a Dipimpin oleh Jose Rizal
H1b Menuntut Filipina menjadi wilayah Sepanyol
H1c Filipina diberi hak yang sama dengan bangsa Sepanyol
F2 Menubuhkan Liga Filipina
H2a Mendesak pembaharuan dalam ekonomi, politik dan sosial
F3 Kegagalan Gerakkan propaganda
H3a Andres Bonifacio menubuhkan Katipunan
H3b Untuk mencapai kemerdekaan melalui revolusioner
H3c Menggunakan akhbar Kalayan untuk menyebarkan fahaman revolusi
 F4 Melancarkan Revolusi Filipina pada tahun 1896 untuk menyingkirkan pemerintahan Sepanyol
H4a namun usaha ini gagal
F5 Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat
H5a Berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina
H5b Perisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo pada tahun 1899 tidak diiktiraf oleh Amerika
  Syarikat
H5c Filipina diletakkan di bawah peguasaan Amerika Syarikat
F6 Di bawah penjajahan Arnerika Syarikat, golongan nasionalis ini mengubah strategi perjuangan
H6a Mengunakan saluran diplomasi melalui parti politik sederhana
H6b Pendekatan kerjasarna membolehkan Sergio Osmena dilantik menganggotai Dewan Perhimpunan
Filipina pada tahun 1907.
 
 
 
Nasionalisme Perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha
Burma (pongyi), Thakin (siswazah universiti) dan golongan
(Myanmar) petani menentang imperialisme British.

1. Dipimpin golongan kelas pertengahan Perbuatan orang


berpendidikan Barat kerana pengaruh British British yang memakai
mengancam kedudukan agama Buddha. kasut semasa
2. Mereka menubuhkan Persatuan Belia Buddha memasuki kuil
pada tahun 1906 untuk mengekalkan tradisi Buddha. Perbuatan ini
Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma. dianggap mencemari
3. Persatuan ini menggunakan isu kasut untuk kesucian agama
membangkitkan nasionalisme. Buddha.
 
Nasionalisme Burma (Myanmar)
1. Persatuan Belia Buddha diambil alih oleh pemimpin yang lebih radikal seperti U
Ba Pe, persatuan ini dinamakan Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma dan mula
memperjuangkan isu yang berkaitan dengan bangsa Burma.
2. Pada tahun 1920, Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti untuk mereka.
3. Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi dan
mencetuskan Pemberontakan Saya San (1930-1932). Pemberontakan yang
diketuai oleh Saya San, bekas pongyi mendapat sokongan golongan petani yang
terbeban dengan pelbagai jenis cukai.
1. Nasionalisme berikutnya dipengaruhi oleh pengenalan Perlembagaan Burma 1935 yang
memisahkan Burma dengan India. Perlembagaan ini merangsang perjuangan ke arah
berkerajaan sendiri.
2. Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang Burma) untuk
memperjuangkan kemerdekaan Burma.
3. Pemimpin parti tersebut ialah Aung San, Kyaw Nein dan U Nu menggelar diri sebagai "Thakin"
yang bermaksud tuan dan menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang Burma.
4. Dr. Ba Maw yang memenangi pilihan raya pada tahun 1937 kemudiannya dilantik sebagai
Perdana Menteri yang pertama.
Nasionalisme Vietnam

 Muncul akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi selepas


kedatangan Perancis (1918).
 Gerakan nasionalisme Vietnam dipelopori oleh golongan bangsawan
dan pegawai daripada golongan Mandarin yang memperjuangkan
pemulihan sistem pemerintahan beraja.

• Kemunculan golongan intelektual meningkatkan kesedaran


politik dan gerakan anti-Perancis.
• Akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee yang mengkritik
penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat Vietnam.
 
Selepas Perang Dunia Pertama

1.Gerakan nasionalisme bercorak revolusi didukung oleh ideologi


nasionalisme dan komunisme.
2.Parti aliran nasionalisme ialah Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD)
atau Parti Nasionalis Vietnam dipimpin oleh Nguyen Thai Hoc.
3.Parti komunis diterajui oleh Parti Komunis Vietnam (PKV) dipimpin
oleh Ho Chi Minh.
 
 Perjuangan VNQDD berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosialisme. Parti
ini melancarkan pemberontakan (1930) untuk mengusir Perancis dan
menubuhkan kerajaan republik Vietnam.
 Perancis mengambil kesempatan melumpuhkan gerakan golongan nasionalis
dengan menangkap pemimpin VNQDD dan Nguyen Thai Hoc dihukum bunuh.
 
1. Gerakan menentang Perancis diteruskan oleh Ho Chi Minh
melalui PKV.
2. Pada bulan September 1945, Ho Chi Minh mengisytiharkan
kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam di Hanoi,
Vietnam Utara.
3. Beliau dilantik sebagai presiden pertama, manakala Vietnam
Selatan yang berpusat di Saigon berada di bawah pengaruh
Perancis dan Amerika Syarikat.
4. Gerakan menentang penjajah berterusan sehingga Republik
Vietnam terbentuk tahun 1976.
 
• Nasionalisme awal berkisarkan isu pendidikan untuk mengubah nasib rakyat akibat
dasar penjajah Belanda.
• Dipelopori Raden Adjeng Kartini yang memperjuangkan kemajuan pendidikan
wanita.
• Karya Kartini, Hilang Gelap Terbitlah Terang dibukukan dan diterbitkan pada tahun
1911.
Nasionalisme Indonesia

• Kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa lnggeris dengan judul Letters of a


Javanese Princess.
• Karya ini mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang menindas dan membawa
kemunduran kepada bangsa Indonesia.

1. Nasionalisme seterusnya berkembang dengan kemunculan


pertubuhan yang lebih tersusun seperti Muhammadiyah untuk
mempertahankan agama Islam daripada ancaman sekularisme Barat.
2. Nasionalisme menjadi semakin radikal dengan penubuhan parti politik
yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Sarekat Islam (SI), Partai
Komunis Indonesia (PKI) dan Partai Nasionalis Indonesia (PNI).
3. Kepimpinan Soekarno menjadikan PNI sebagai sebuah parti yang
berpengaruh.
2. Karya berikut dihasilkan oleh Raden Adjeng Kartini.
Hilang Gelap Terbitlah Terang

  Karya tersebut mendedahkan tentang


 ms A Kemunduran rakyat
 30 B Kemerosotan ekonomi
  C Ketidakadilan undang-undang
  D Kelemahan sistem pemerintahan
• Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Indonesia melahirkan ikrar
"Sumpah Pemuda" menjadi tonggak nasionalisme.
• Soekarno mempelopori pembentukan Permuafakatan Perhimpunan
Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI), gabungan parti politik
Indonesia yang memperjuangkan kemerdekaan.

Pertama:
Kami putra dan putri Indonesia, mengaku bersumpah darah yang satu, tanah
Indonesia.
Kedua:
Kami putra dan putri Indonesia mengaku berbangsa yang satu, bangsa Indonesia.
Ketiga:
Kami putra dan putri Indonesia menjunjung bahasa persatuan, bahasa Indonesia.
Apakah tema yang terkandung dalam Sumpah Pemuda?

1. Tonggak nasionalisme Indonesia.


2. Tiga asas tonggak tersebut ialah satu tanah
air, satu bangsa dan satu bahasa.
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah sumpah tersebut dilafazkan?

1. Membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat.


2. Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat untuk
memperjuangkan kemerdekaan.
3. Mewujudkan keutuhan dalam pembinaan negara bangsa.
(Mana-mana jawapan munasabah)
(iii) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan
daripada kelahiran sumpah tersebut?

1. Menyemarakkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat


Indonesia.
2. Menyatupadukan rakyat dan melahirkan kerjasama dalam
gerakan politik.
3. Contohnya pembentukan Permuafakatan Perhimpunan Politik
Kebangsaan Indonesia (PPPKI).

(Mana-mana jawapan munasabah)


(iv) Bagaimanakah anda boleh memanfaatkan kandungan
sumpah tersebut untuk mengukuhkan pembinaan negara
dan bangsa Malaysia?
1. Bersatu padu mengukuhkan taat setia kepada negara.
2. Memupuk rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.
3. Mengukuhkan semangat patriotik untuk mempertahankan
bangsa dan negara.
4. Menggunakan bahasa kebangsaan untuk membentuk
perpaduan dalam kalangan rakyat.
5. Mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai identiti bangsa
sesuai dengan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”.
(Mana-mana jawapan munasabah)
2. Nasionalisme di Asia Tenggara berakar umbi daripada
gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa
Barat seperti yang berlaku di Filipina, Burma (Myanmar),
Vietnam dan Indonesia.
  a. Jelaskan bagaimana berlakunya gerakan nasionalisme
di negara-negara berikut:
ii. Indonesia
6 markah
F1 Berkisar isu pendidikan
H1a Pendidikan dapat mengubah nasib rakyat Indonesia
F2 Raden Adjeng Kartini mempelopori usaha memajukan pendidikan Kaum
  wanita
H2a Melalui karya sastera Hilang Gelap Terbitlah Terang
H2b Mendedahkan dasar diskriminasi Belanda menindas dan membawa
kemunduran dan rakyat Indonesia
F3 Kesedaran nasionalisme seterusnya berkembang dengan kemunculan
Pertubuhan Muhammadiyah
H3a Mempertahankan agama Islam daripada ancaman sekularisme Barat
F4 Gerakan nasionalisme menjadi semakin radikal
H4a Penubuhan parti politik yang memperjuangkan kemerdekaan
C4a contohnya Sarekat Islam (SI), Partai Komunis Indonesia (PKI) dan Partai
 F5 Nasionalis Indonesia (PNl)
H5a  Soekarno membentuk Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan
Indonesia (PPPKI).
H5b PPPKI memperjuangkan kemerdekaan Indonesia
Nasionalisme Thailand

Dipelopori oleh Raja Thailand


1. Melalui usaha diplomasi dan pemodenan.
2. Raja Mongkut membina hubungan baik dengan kuasa Barat (British, Amerika
Syarikat dan Perancis)
3. Melakukan pemodenan dengan melaksanakan birokrasi Barat.
4. Membawa masuk Penasihat Barat untuk melatih pegawai tempatan dalam
pentadbiran kewangan. pelabuhan, kastam, ketenteraan dan polis.
5. Guru dari Barat, terutamanya British turut dibawa masuk untuk melaksanakan
sistem pendidikan Barat.
6. Langkah ini membentuk imej Thailand sebagai negara yang bersahabat
dengan Barat.
7. Pemodenan dan dasar terbuka Raja Mongkut diteruskan oleh Raja
Chulalongkorn untuk menjadikan Thailand negara yang bebas daripada
penjajahan kuasa Barat.
Nasionalisme dalam kalangan rakyat

1. Timbul semasa pemerintahan Raja Vajiravudh.


2. Kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh menimbulkan kegelisahan rakyat terhadap
penguasaan politik oleh kerabat diraja.
3. Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshal Phibulsongkram menubuhkan Parti Rakyat dan
melancarkan Revolusi Thai (1932), menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak.
4. Pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan, raja diletakkan pada kedudukan tertinggi
tetapi tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Thailand yang dijalankan oleh Perdana
Menteri.
5. Seterusnya, Nasionalisme berkembang kerana rasa tidak puas hati rakyat terhadap
penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.
6. Perdana Menteri, Phibulsongkram meluluskan undang-undang nienyekat penguasaan ekonomi
oleh orang Cina dan menggalakkan peribumi terlibat dalam kegiatan ekonomi.
7. Semasa Perang Dunia Kedua, dasar bekerjasama dengan Jepun menyebabkan Thailand tidak
dijajah oleh Jepun.
8. Thailand memperoleh semula hak wilayah di Indochina dan negeri utara Tanah Melayu.
Thailand

Nama asal Thailand ialah Siam. Pada tahun 1939.


Siam ditukarkan kepada Thailand yang bermaksud
"Tanah Bebas".

Birokrasi Barat Raja Mongkut


1. Membawa masuk 80 orang penasihat Barat.
• Penasihat kewangan, pelabuhan dan polis dari Britain.
• Penasihat kastam dari Amerika Syarikat.
• Penasihat ketenteraan dari Perancis.
3. Apakah implikasi pelaksanaan birokrasi
Barat kepada negara Thai?
 ms A Persaingan kuasa Barat
 31 B Pemantapan kuasa raja
  C Pengekalan kemerdekaan
  D Penguasaan ekonomi oleh pembesar
2. Nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan
nasionalisme di negara lain di Asia Tenggara yang
bersifat antipenjajah dan memperjuangkan
kemerdekaan
  a. Apakah tujuan Nasionalisme di Thailand?

     
F1   Mempertahankan kedaulatan negara
.........................................................................................................................
F2 Menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan.
 
 
.........................................................................................................................
2 markah
b. Nyatakan usaha permodenan yang dilakukan oleh Raja Mongkut.
   
  ......................................................................................................................
 
......................................................................................................................
 
......................................................................................................................
3 markah
 
2.b  
F1 Raja Mongkut membina hubungan baik dengan kuasa Barat
C1a seperti British, Amerika Syarikat dan Perancis.
F2 Mongkut memulakan langkah pemodenan dengan melaksanakan birokrasi
  Barat.
H2a Penasihat Barat dibawa masuk untuk melatih pegawai tempatan
H2b Dalam pentadbiran kewangan, pelabuhan, kastam, ketenteraan dan polis.
H2c Guru dari Barat (British) dibawa masuk untuk melaksanakan sistem
pendidikan Barat
c. Jelaskan langkah yang diambil oleh Phibul Songkram untuk
  menjamin kedaulatan Thailand.
   
..................................................................................................................
 
F1 . Meluluskan undang-undang menyekat penguasaan ekonomi
    oleh orang Cina
F2 ..................................................................................................................
Menggalakkan peribumi terlibat dalam kegiatan ekonomi
F3 Dasar bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia kedua
.
2 markah
 
d. Andaikan anda seorang pemimpin, apakah yang anda lakukan
  untuk mengekalkan kedaulatan negara kita.
   
..................................................................................................................
.
 
..................................................................................................................
.
 
..................................................................................................................
.
3 markah
F1 Mendampingi rakyat dan menyelsaikan masalah mereka
F2 Menjalankan urus tadbir negara dengan amanah dan jujur
F3 Menjalin hubungan diplomatik dengan negara luar
F4 Bersikap berkecuali dan tidak campurtangan urusan negara luar
F5 Menyelesaikan sebarang masalah negara melalui musyawarah.
Mana-mana jawapan yang munasabah

Anda mungkin juga menyukai