Anda di halaman 1dari 2

BAB 1: Nasionalisme di Asia Tenggara

PERKEMBANGAN NASIONALISME
1. Umumnya perkembangan nasionalisme di Asia
Tenggara terbahagi kepada dua tahap.
2. Tahap pertama merupakan penentangan
penduduk tempatan secara terbuka tetapi
bersifat setempat dan tidak berorganisasi.
3. Antara ciri-ciri lain ialah isu yang dibangkitkan
ialah isu-isu kebudayaan, agama dan hak
peribumi.
4. Pemimpin yang mengetuai pergerakan ini juga
adalah golongan yang berpendidikan Barat dan
Asia Barat.
5. Pemimpin-pemimpin ini lebih menekankan
kesedaran politik daripada tindakan politik.
6. Mereka juga menuntut hak dan taraf hidup
mereka dikembalikan serta dibaiki.
7. Mereka tidak menuntut kemerdekaan dengan
segera.
8. Gerakan nasionalisme pada tahap kedua pula
lebih radikal dan berorganisasi. Ini kerana
gerakan nasionalisme pada tahap pertama
tidak berjaya mencapai matlamatnya.
9. Pemimpin yang memimpin gerakan pada tahap
kedua ini adalah orang yang berpendidikan dan
berpengetahuan luas dalam hal kebudayaan
dan ilmu pengetahuan Barat.
10. Pemimpin gerakan nasionalisme ketika itu
menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh
penjajah serta kesannya terhadap bangsa dan
negara mereka.
11. Menuntut kemerdekaan dan membentuk
kerajaan sendiri yang berdaulat adalah
matlamat perjuangan mereka.
PERKEMBANGAN NASIONALISME
Gerakan Nasionalisme di Filipina
1. Gerakan nasionalisme di Filipina adalah yang
terawal di Asia Tenggara.
2. Tahap pertama gerakan ini merupakan gerakan
dakyah.
3. Ia dipimpin oleh Jose Rizal yang sangat
berpengaruh dan disokong oleh golongan
pertengahan yang berpendidikan Barat.
4. Mereka menuntut supaya Filipina diberi hak
yang sama seperti bangsa Sepanyol, menuntut
Filipina dijadikan wilayah Sepanyol dan bangsa
Filipina diberikan kebebasan bersuara.
5. Apabila tuntutan mereka tidak mendapat
perhatian dan tindakan sepenuhnya, Jose Rizal
telah menubuhkan Liga Filipina pada 1892
untuk mendesak Sepanyol melakukan
pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.
6. Kerajaan Sepanyol yang berasa terancam
dengan tindakan tersebut telah menangkap dan
Jose Rizal dan dibuang negeri ke Dapitan di
Mindanao.
7. Jose Rizal kemudiannya dijatuhkan hukuman
bunuh di atas tuduhan terlibat di dalam
pemberontakan.
8. Walaupun dakyah ini berakhir tetapi gerakan
nasionalisme ini telah melancarkan gerakan
yang lebih radikal pada tahap kedua.
9. Gerakan nasionalisme pada tahap kedua pula
telah bermula apabila Katipunan ditubuhkan.
10. Katipunan telah ditubuhkan oleh Andres
Bonifacio yang memulakan penentangan secara
radikal ke atas Sepanyol.
11. Matlamat perjuangan gerakan ini ialah
menyatukan bangsa Filipina dan mencapai
kemerdekaan melalui revolusi.
12. Media cetak menjadi alat menyebarkan
fahaman revolusi Katipunan kepada rakyat dan
akhbar rasmi pertubuhan tersebut ialah
Kalayan.
13. Pada 1896, Katipunan telah melancarkan
revolusi bersenjata menggulingkan
pemerintahan Sepanyol tetapi gagal.
14. Pada 1897, Katipunan semakin lemah selepas
kematian Bonifacio yang dihukum mati oleh
Emilio Aguinaldo selepas berlaku
persengketaan antara keduanya.
15. Emilio Aguinaldo merupakan anggota
Katipunan yang sebelum itu telah dilantik
sebagai Datuk Bandar di Cavite pada 1895.
16. Pada 1897, Aguinaldo dilantik sebagai Presiden
Kerajaan Revolusi Filipina.
17. Pada 1898, Aguinaldo telah mengadakan
kerjasama dengan Amerika Syarikat dan
berjaya mengusir Sepanyol daripada Filipina.
18. Malangnya, pengusiran tersebut telah
menyebabkan penguasaan Amerika Syarikat ke
atas Filipina.
19. 1899, Amerika tidak mengiktiraf
pengisytiharan kemerdekaan Filipina yang
telah dibuat oleh Aguinaldo.
20. Oleh itu, revolusi perjuangan yang sedia ada
telah diteruskan oleh Aguinaldo sehinggalah
beliau ditangkap pada 1901.
21. Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan
penubuhan parti-parti politik sederhana.
22. Pada 1907, Sergio Osmena dari Parti Nasional
yang memenangi pilihan raya tahun itu telah
dilantik untuk mengetuai Dewan Perhimpunan.
23. Namun demikian, nasionalis Filipina hanya
kembali menuntut kemerdekaan pada 1930-an
melalui Perlembagaan apabila pucuk pimpinan
Amerika Syarikat telah bertukar kepada yang
lebih liberal.

Anda mungkin juga menyukai