Anda di halaman 1dari 6

Pendahuluan

- Jelaskan konsep rumah terbuka secara umum.

Isi-isi Penting
i. mengeratkan perpaduan kaum
ii. memahami budaya kaum lain
iii. masalah kebersihan
iv. ada yang mementingkan diri

Penutup
- konsep rumah terbuka perlu dihayati.

Karangan Contoh

Kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan
rakyat Malaysia apabila tiba hari-hari perayaan utama. Konsep rumah terbuka ini memang
perlu diteruskan dan dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya. Dengan adanya rumah
terbuka, mudahlah seseorang itu untuk mengunjungi rumah saudara mara, jiran-jiran dan
rakan-rakan kerana tarikh dan masanya sudah ditetapkan. Seterusnya amalan ini sudah tentu
akan mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama anggota masyarakat. Hal ini pasti akan
mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni seperti kata
pepatah, "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat".

Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di
negara kita. Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah
mesra dengan tetamu yang lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka
berbual mesra dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di samping menjamu
selera, secara tidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah
Melayu, iaitu "Tak kenal maka tak cinta".

Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan
memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-
sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai contohnya, orang-
orang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama
dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya
dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Perkara ini sudah tentu akan
mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Selain kebaikan, terdapat juga keburukannya kerana rumah terbuka akan menimbulkan
masalah untuk menjaga kebersihan di tempat rumah terbuka itu diadakan. Hal ini disebabkan
oleh sikap tetamu yang hadir, iaitu tidak mementingkan aspek kebersihan. Mereka tidak
menghiraukan aspek kebersihan dan membuang sisa makanan atau bungkusan makanan di
merata-rata tempat. Perkara ini akan menimbulkan masalah apabila rumah terbuka itu berakhir
dan menyusahkan pihak penganjur untuk membersihkannya. Oleh itu, perkara ini perlulah
diberikan perhatian agar tetamu yang hadir akan menjaga aspek kebersihan dan tidak
mengotorkan tempat itu.

Keburukan lain akibat penganjuran rumah terbuka adalah terdapat pihak yang mementingkan
diri dan tidak menghiraukan orang lain. Perkara ini akan menimbulkan masalah dan kesulitan
kepada orang lain yang turut hadir dalam majlis itu. Ada tetamu yang berebut-rebut semasa
mengambil makanan atau bersikap tamak dengan mengambil makanan dalam jumlah yang
banyak. Sekiranya mereka menghabiskan makanan tersebut sudah tentu tidak menimbulkan
masalah, tetapi perkara yang berlaku ialah mereka tidak menghabiskan makanan tersebut. Hal
ini sudah tentu menyebabkan pembaziran berlaku, sedangkan ada orang lain yang mungkin
tidak mendapat makanan langsung.

Oleh hal yang demikian, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua
pihak. Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak mendatangkan kebaikan jika difahami dan
dihayati oleh anggota masyarakat. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti
amalan rumah terbuka akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk
menganjurkannya. Kita tidak mahu seperti kata pepatah, "Rumah siap pahat berbunyi"apabila
menganjurkan rumah terbuka. Jadi, semua anggota masyarakat haruslah memahami dan
menghayati konsep rumah terbuka yang sebenarnya agar hasrat yang dicita-citakan akan dapat
dicapai.

Pengenalan:
-majlis rumah terbuka dijadikan sebagai perayaan nasional dan telah sebati dalam
kehidupan dan fungsi budaya masyarakat Malaysia.
-Rumah terbuka sebagai salah satu instrumen untuk menunjukkan ukuran toleransi dan
keterbukaan pemikiran kita terhadap agama, budaya, dan adat bangsa atau penganut
agama lain.
- pendapat tokoh: J.S. Furnival dalam bukunya “Colonial Policy and Practice” (1984)
menegaskan bahawa “setiap kelompok itu mempunyai agama budaya, bahasa, idea,
dan cara tersendiri.” Oleh itu, amatlah wajar apabila konsep ruamh terbuka ini cuba
diangkat oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan sebagai acara
dan identiti nasional.

Kepentingan majlis rumah terbuka


1…Wahana integrasi rakyat pelbagai kaum/perpaduan
-mengeratkan silaturahim melalui penghayatan perayaan, peluang meraikan tetamu
dengan lebih tersusun dan “bersungguh-sungguh”
-majlis rumah terbuka …berbilang kaum akan menyambut bersama-sama
-menikmati juadah bersama-sama
-hambatan duniawi dan masing-masing memikul pundak berat…jarang berpeluang
bersama-sama…
-oleh itu, majlis rumah terbuka merupakan satu peluang keemasan sanak-saudara dan
sahabat handai bertemu…
-berasa bangga dengan sikap rakyat Malaysia yang sentiasa bermuafakat dalam
melaksanakan sesuatu perkara. Hal ini dapat dilihat dalam sambutan Rumah Terbuka
Malaysia. Semua pihak sama ada kerajaan, swasta atau orang perseorangan
berganding bahu untuk menjayakan program yang julung-julung kali diadakan itu.
Kesepakatan rakyat Malaysia terserlah apabila mengendalikan majlis yang seumpama
ini. Oleh yang demikian, program ini perlu diadakan lebih kerap dan diperluas ke
seluruh negara.
-intergasi nasional dapat dibentuk

2. pembentukan identiti Malaysia melalui budaya bangsa nasional


-sebenarnya ‘rumah terbuka’ berlandaskan konsep seruan beragama dan adat budaya
kaum masing-masing
-namun demikian, perayaan masing-masing telah diasimilasikan sehingga melahirkan
budaya bangsa secara nasional. senario ini bermakna perayaan negara kita telah
berkonsep ala Malaysia.
- pertembungan budaya antara dua atau lebih budaya sebenarnya membawa
kepentingan semua pihak.
-contoh, konsep ruamh terbuka dalam tradisi masyarakat Cina ketika menyambut
Tahun Baru cina, kini diterima pakai oleh masyarakat Melayu-Islam. Pemberian “duit
raya” atau “ang pow” merupakan kesan jelas wujudnya asimilasi antara budaya.
-contoh, Masyarakat Cina tidak menyediakan hidangan yang tidak boleh dijamah oleh
masyarakata Melayu-islam begitu juga masyarakat India
-pertembungan budaya ini sebenarnya bertujuan menjaga perasaan sahabat handai.
Hal ini disebabkan penghormatan ini merupakan asas keharmonian, perpaduan, dan
kesejahteraan hidup.
-selain itu, pengekalan kebudayaan asal rakyat negara kita membolehkan generasi
akan datang mengenali dan menginati khazanah warisan budaya kita yang silam.
Keindahan, keunikan, dan kehalusan budaya ini akan menyebabkan generasi baru
berasa bangga dengan warisan yang mereka miliki. Kebudayaan kebangsaan Malaysia
akan diwujudkan dan kebudayaan ini akan menjadi identiti masyarakat majmuk rakyat
Malaysia.

3. Konsep rumah terbuka salah satu wadah peningkatan sektor pelancongan


-pelancong asing yang akan bertandang ke negara kita kerana mereka suspens cara-
cara masyarakat majmuk menyambut ‘rumah terbuka’
- selain itu, sikap toleransi dan persefahaman multi-etnik yang ditunjukkan oleh rakyat
malaysia sudah menjadi salah satu daya tarikan yang kuat kalangan pelancong asing.
-pelancong sudah tentu teringin melihat kebudayaan masing-masing. Hal ini
disebabkan segala-galanya dipersembahkan dalam bentuk yang asli. Tuan rumah dan
tetamu yang hadiri mengenakan pakaian tradisi masing-masing. Juadah yang
dihidangkan juga mengutamakan hidangan tradisi. Suasana rumah terbuka diceriakan
dengan lagu-lagu perayaan yang berkaitan. Masyarakat Malaysia mahupun
masyarakat luar dapat menyelami budaya semua kaum di negara ini dengan lebih
dekat.
-Daya tarikan inilah menarik perhatian pelancong domestik begitu juga pelancong asing
berkunjung ke negara kita dan secara langsungnya sektor pelancongan negara kita
dapat ditingkatkan secara konsisten. Jadi, tidak hairanlah setiap tahun sektor
pelancongan menyumbang jumlah yang banyak dalam pendapatan per kapita.
- konsep rumah terbuka yang diamalkan oleh rakyat Malaysia bukan sahaja membantu
sektor pelancongan malahan meningkatkan imej negara di seantero dunia.

4. Sambutan Rumah Terbuka mengambarkan kestabilan politik sesebuah negara


-Majlis Rumah Terbuka Rakyat Malaysia hanya dapat dijalankan apabila politik negara
kita berada dalam keadaan stabil.
-Politik yang stabil dapat dicapai apabila rakyat yang pelbagai kaum hidup bersatu
padu/ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh…
-acapkali kita dipelawa untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka yang disediakan oleh
Menteri-menteri… sebenarnya usaha ini bertujuan merapatkan hubungan antara
pemimpin dengan rakyat. Usaha ini dapat memupuk kesefahaman rakyat dengan
pemimpin. Oleh itu, segala dasar dan perancangan negara dapat dilaksanakan dengan
lancar.
-Para pemimpin dan rakyat perlu bersatu hati untuk menghayati suasana muhibah ini
dan jauhi aktiviti yang menjelikkan akhlak rakyat sehingga membawa kemusnahan
negara.
-politik yang stabil meningkatkan imej negara kita sehingga menjadi daya tarikan dan
teladan kepada masyarakat dunia luar.
-Jadi, tidak hairanlah mereka beria-ia mendapat resepi cara-cara negara yang berbilang
kaum ini dapat diadunkan sehingga menghasilkan bangsa yang bersatu padu.

Masalah-masalah yang bakal timbul daripada “Rumah Terbuka”

1. Pembaziran mungkin berlaku…


-setiap isi keluarga akan berbelanja lebih untuk mengadakan “rumah terbuka”
-kemungkinan terdapat kecenderungan yang semakin ketara, iaitu “perlumbaan-
perlumbaan tidak rasmi” dalam masyarakat untuk menentukan pihak yang lebih gah
dan “berprestij” dalam mengadakan rumah terbuka.
-masing-masing cuba berlawan untuk menyediakan hidangan yang hebat, atau
menjemput tetamu yang ramai
-dalam sebulan perayaan Aidilfitri, hampir setiap selang dua atau tiga hari kita dijemput
untuk menghadiri rumah terbuka.
-mereka sanggup berbelanja lebih untuk bertanding dengan jiran mereka ataupun
saudara mereka.

2. masalah sosial mungkin berlaku…


-kemungkinan remaja akan terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat.
-Misalnya, pengambilan minuman alkohol berlebihan, mabuk, kemalangan jalan raya
dan pergaduhan, kes pencurian
-keadaan ini memburukkan lagi suasana muhibah ini

Kesimpulan
-Konsep “rumah terbuka” sebenarnya merujuk selain membuka pintu rumah )atau
dewan sambutan) tuan ruamh dan seluruh tetamu yang hadir wajar “membuka hati”
masing-masing. Hati yang dibuka dengan penuh keikhlasan, saling bermaaf-maafan
dan melupakan kesalahn silam ialah tajuk utama yang dituntut.
-tiada gunanya perut yang kenyang tetapi hati masih tertutup.
-jangalah memilih hanya tetamu-tetamu tertentu sahaja yang hendak kita jemput. jika
kita berkeupayaan, kita patut menghebahkan jemputan kepada semua orang termasuk
musuh atau lawan kita.
-Menurut Saidina Abu Bakar, “Hidup seperti pohon kayu lebat buahnya, tumbuh di tepi
jalan. Dilempar orang dengan batu, tetapi dibalas dengan buah.”

Anda mungkin juga menyukai