Anda di halaman 1dari 130

KEBAIKAN AMALAN RUMAH TERBUKA

Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah untuk sambutan perayaan di negara
ini termasuk Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas.
Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga pelbagai lapisan
masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang amat sinonim dalam kehidupan
mereka sejak turun-temurun. Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan
bahawa sebanyak enam perayaan kaum dianggap sebagai perayaan utama negara
yang enam perayaan kaum dianggap sebagai perayaan utama negara. Menyedari
kesungguhan kerajaan untuk menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional,
persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan-
kepentingan amalan rumah terbuka?

Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan


kemaslahatan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan
anggota masyarakat di negara kita. Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat
memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Selain itu, amalan rumah terbuka
memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai perpaduan yang harus
wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Amalan ini
juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat,
perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada
pembangkang atau kerajaan. Keadaan ini persis peribahasa buang yang keruh, ambil
yang jernih. Jadi, setiap kaum seperti Melayu, India, Cina, Kadazan dan sebagainya
boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa sebarang kekangan yang perlu
dibimbangi. Kesannya, perasaan muhibah antara satu sama lain dapat mewujudkan
kehidupan yang lebih harmoni. Tegasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat
dihidupkan melalui amalan rumah terbuka.

Dari perspektif yang lain , amalan rumah terbuka dapat membantu rakyat
Malaysia memahami budaya kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu
bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan agama. Amalan ini
juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain selain didedahkan
kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. Maklumlah tak
kenal, maka tak cinta. Sebagai contoh, orang-orang India, Cina, Iban dan Kadazan
merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan
begitu juga sebaliknya. Hal ini dapat membantu mereka mempelajari budaya kaum lain,
malah budaya sihat ini juga dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat berbilang
kaum di negara kita. Secara tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam
kalangan generasi sekarang. Tuntasnya, budaya dan adat resam kaum lain dapat
dipelajari melalui amalan murni ini.

Dari kaca mata yang berbeza, penganjuran rumah terbuka juga merupakan daya
tarikan kepada pelancong asing yang melancong di negara kita. Mereka bukan sahaja
datang ke Malaysia untuk melancong dan menikmati keindahan negara tetapi mereka
juga dapat mengalami dan menghayati sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai
kaum di negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. Keadaan ini
bertepatan dengan kata mutiara jauh perjalanan, luas pemandangan. Dalam konteks
ini, kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan
kerjasama kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah
terbuka Malaysia semasa Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Pesta Keamatan, Hari
Gawai, Deepavali dan Krismas. Pengalaman pelancong asing meraikan perayaan-
perayaan yang terdapat di Malaysia akan menjadikan nama Malaysia sentiasa meniti
dari bibir ke bibir mereka sekembalinya mereka ke negara asal mereka dan sekali gus
dapat merancakkan industri pelancongan negara. Izharnya, konsep rumah terbuka dapat
memberikan persembahan yang harmonis di mata pelancong asing kerana rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup di bawah payung keharmonian.

Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam


hubungan kekeluargaan. Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya amalan
rumah terbuka merupakan medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh
hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan
agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya
semakin layu dan pudar. Tanpa konsep rumah terbuka, hubungan silaturahim dan
perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan lesap dalam
kehidupan generasi akan datang yang semakin tidak mengenali sanak-saudara
mereka. Semasa menghadiri rumah terbuka, mereka akan beramah mesra dan dapat
melepaskan kerinduan di samping mendapat perkembangan terkini antara satu sama
lain. Yang muda pula dapat mengenali mereka yang tua dengan lebih dekat dalam
pertemuan ahli keluarga ini. Situasi ini dapat mencerminkan yang tua dihormati, yang
muda disayangi. Ringkasnya, hubungan kekeluargaan dapat diperkukuh dan serinya
tidak akan hilang jika amalan rumah terbuka dibudayakan.

Tempias daripada amalan rumah terbuka ini menyebabkan suburnya hubungan


silaturahim dalam masyarakat. Kesibukan bekerja dan mencari nafkah menyebabkan
rapuhnya institusi kejiranan yang dahulunya kukuh. Namun ikatan hubungan ini dapat
kembali disuburkan melalui amalan rumah terbuka. Rumah terbuka menyediakan ruang
serta peluang bagi masyarakat untuk mengenali jiran tetangga. Ghalibnya, masyarakat
setempat akan dijemput menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak tertentu.
Jiran tetangga yang sebelumnya tidak dikenali atau jarang bertemu dapat berkumpul
dan berbual-bual bagi mengukuhkan hubungan yang renggang. Segala salah faham
dapat diredakan melalui pertemuan serta perbincangan semasa amalan rumah terbuka.
Menurut Saidina Abu Bakar, ‘Hiduplah seperti pohon kayu lebat buahnya,
tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu, tetapi dibalasnya dengan
buah’. Malahan, hubungan antara pemimpin dan rakyat juga menjadi lebih erat apabila
mereka menganjurkan majlis rumah terbuka seperti yang dilakukan oleh Perdana
Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak setiap tahun.
Jelaslah bahawa amalan rumah terbuka mampu mengukuhkan hubungan silaturahim
dalam kalangan anggota masyarakat.

Selain itu, amalan rumah terbuka juga merupakan metodologi lain bagi melihat
serta merasai kepelbagaian masakan. Rumah terbuka yang dianjurkan di negara kita
telah memberikan kelebihan kepada masyarakat peribuminya. Setiap perayaan
mempunyai corak atau cara sambutan yang berbeza-beza, maka heterogen adat dan
tradisi mula diketengahkan menyebabkan masyarakat kini mampu mengenalinya secara
dekat. Keunikan adat dan tradisi yang diamalkan telah menjadi faktor penarik bagi
masyarakat lain untuk mula menyesuaikan diri serta merasai kepelbagaian juadah yang
disajikan. Sebagai contoh, rumah terbuka bagi masyarakat Iban biasanya menyajikan
sagu, manakala masyarakat India pula mementingkan manisan. Tetamu yang
menghadirinya pasti teruja apabila mereka dapat merasai juadah yang berbeza dan
pelbagai, justeru tradisi dapat terus dipertahankan, bak kata aforisme Melayu, biar mati
anak, jangan mati adat. Berakar umbi daripada amalan inilah masyaralat dapat
melihat serta merasai kepelbagaian aneka masakan daripada latar masyarakat yang
berbeza. Hal ini menyebabkan tradisi bangsa terus kukuh.

Pada kaca mata berbeza, pendapatan negara semakin meningkat apabila


industri pelancongan di negara kita semakin maju. Pelancong asing akan
bertandang ke negara kita kerana mereka teruja akan cara-cara masyarakat majmuk
menyambut rumah terbuka. Jabatan Perangkaaan Negara juga menjelaskan bahawa
hasil terimaan pelancong meningkat sebanyak 3.1 peratus pada tahun 2011 dan dijangka
akan terus meningkat saban tahun. Rumah terbuka dapat menjadi salah satu platform
dalam meningkatkan industri pelancongan Malaysia. Selain itu, sikap toleransi dan
persefahaman multi etnik yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sudah menjadi salah
satu daya tarikan yang kuat dalam kalangan pelancong asing kerana konsep yang berat
sama dipikul, yang ringan sama dijinjing telah lama sebati dan menjadi pegangan utuh
masyarakat kita. Pelancong juga sudah tentu teringin melihat kebudayaan yang sebelum
ini belum pernah dilihat. Hal ini disebabkan segala kebudayaan yang unik ini
dipersembahkan dalam bentuk yang asli. Tuan rumah dan tetamu yang hadir
mengenakan pakaian tradisi masing-masing. Juadah yang dihidangkan juga
mengutamakan hidangan tradisi, maka masyarakat Malaysia mahupun masyarakat
antarabangsa dapat menyelami budaya semua kaum di negara ini dengan lebih dekat.
Hasilnya, kesemua keunikan ini telah menjadi magnet tarikan kepada pelancong.

Malahan, amalan ini juga dilihat telah menyumbang kepada pembentukan


identiti Malaysia melalui budaya bangsa nasional. Sebenarnya, rumah terbuka
berlandaskan konsep seruan beragama dan adat budaya kaum masing-masing. Namun
demikian, perayaan masing-masing telah diasimilasikan sehingga melahirkan budaya
bangsa secara nasional. Senario ini bermakna perayaan negara kita telah berkonsep ala-
Malaysia. Pertembungan budaya antara dua atau lebih budaya sebenarnya membawa
kepentingan kepada semua pihak. Tamsilnya, masyarakat Cina tidak menyediakan
hidangan yang tidak boleh dijamah oleh masyarakat Melayu dan begitu juga dengan
masyarakat India. Pertembungan budaya ini sebenarnya bertujuan menjaga perasaan
sahabat handai. Hal ini disebabkan penghormatan itu merupakan asas keharmonian,
perpaduan dan kesejahteraan hidup. Keindahan, keunikan dan kehalusan budaya ini
akan menyebabkan generasi baru berasa banggsa dengan warisan yang dimiliki selagi
adat initidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Kebudayaan kebangsaan
Malaysia akan diwujudkan dan kebudayaan ini akan menjadi identiti rakyat Malaysia.

Setelah menghalusi hujah-hujah di atas, bayang kian jelas bahawa amalan rumah
terbuka memang banyak membawa manfaat kepada masyarakat dan negara. Oleh itu,
konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya
konsep ini tidak difahami dan dihayati, kemungkinan amalan ini akan mendatangkan
keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi
seperti rumah sudah siap pahat berbunyi apabila menganjurkan rumah terbuka. Jika
amalan murni ini dibudayakan, sudah pasti hasrat negara untuk mencapai Gagasan
1Malaysia akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Walaupun
negara kita merupakan satu titik kecil dalam peta dunia, namun usaha kerajaan untuk
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan teladan kepada negara-
negara di dunia.
Gaya Bahasa

Kata pinjaman
Pendahuluan

Rakan – rakan rencana

perayaan di negara ini termasuk

Hari Raya Aidilfitri, Deepavali,

Tahun Baru Cina dan Hari Krismas

turun-temurun
RUMAH
negara kerajaan untuk TERBUKA
menganjurkan rumah

terbuka pada peringkat

nasional

enam perayaan kaum


dianggap sebagai perayaan
utama negara

Internet pengetahuan sendiri


Perenggan isi ( pertama )

memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan


mengeratkan perpaduan kaum
visi negara dalam usaha untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara bangsa

Peranan Memupuk
anggota perpaduan
masyarakat
Perenggan isi ( kedua )
Perenggan isi ( ketiga )
Perenggan isi ( keempat )
Penutup

Rakan – rakan rencana

membawa manfaat

kepada masyarakat dan

negara

amalan murni

ini
dibudayakan RUMAH
konsep rumah TERBUKA

terbuka perlu

dihayati dengan

mendalam oleh

semua pihak

usaha kerajaan untuk

menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat


dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.
Internet pengetahuan sendiri
PENDIDIKAN MAYA

Pendidikan maya merupakan satu alternatif untuk menggantikan pembelajaran


dan pengajaran secara konvensional yang mempunyai sempadan-sempadan tertentu.
Selaras dengan hasrat negara untuk menjadi negara maju yang indikator utamanya
ialah kemajuan dalam bidang pendidikan , maka pendidikan maya telah diperkenalkan.
Pusat Rujukan Persuratan Melayu mentakrifkan maya sebagai bayangan, ilusi,
fatamorgana, atau khayalan. Oleh hal yang demikian, frasa pendidikan maya dapat
disimpulkan sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran yang tidak berlaku secara
langsung sebaliknya melepasi sempadan bilik kuliah atau kelas di sekolah. Pendidikan
maya merupakan satu bentuk pendidikan masa depan yang akan memaksimumkan
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pendidikan ini telah diperluas dengan pengenalan konsep pembelajaran
Sekolah Bestari, E-learning, Universiti Terbuka dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
(PSH) dan yang terkini ialah Frog VLE. Sesungguhnya, pendidikan maya mempunyai
kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri.

Sebagai menyahut ledakan teknologi maklumat, sewajarnyalah kita meraikan


pendidikan maya sebagai salah wahana untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
dengan cepat dan mudah. Pada zaman ledakan teknologi maklumat dan komunikasi,
setiap individu bersaing untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kerjaya
masing-masing. Nabi Muhammad s.a.w bersabda “tuntutlah ilmu walau di negara
China sekalipun”. Walau sukar sekalipun, seseorang itu digalakkan mencari ilmu. Ilmu
mampu meningkatkan martabat seseorang. Pada masa kini, ilmu mudah diperoleh
melalui ruang siber. Ilmu yang merentasi dunia tanpa sempadan memberi banyak
kelebihan kepada kita. Hanya dengan mengetik papan kekunci berbantukan
perkhidmatan jalur lebar, seseorang itu boleh menjelajah ilmu pengetahuan ke seluruh
pelosok negara melalui pendidikan maya atau virtual dengan cepat dan mudah.

Selain itu, konsep Pembelajaran Sepanjang hayat akan terlaksana. Mereka yang
sudah bekerja dapat meningkatkan kualiti diri mereka dengan melanjutkan pelajaran
secara virtual . Pendidikan maya tidak mengikat pekerja untuk menghadiri kelas secara
formal. Mereka boleh mencapai maklumat pada bila-bila masa tanpa terikat dengan
waktu kerja. Hassan Jantan (2005) juga mengatakan bahawa salah satu cara
meningkatkan kecemerlangan pekerja adalah dengan memberikan pemahaman dan
penghayatan kepada mereka tentang konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Pembelajaran Sepanjang Hayat merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan
yang merangkumi program untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi secara formal atau tidak formal di tempat kerja. Pendidikan maya memberi
banyak kelebihan kepada mereka. Pembelajaran di tempat kerja menjadi lebih
bermakna jika pekerja mengetahui masalah dan menetapkan objektif kerja sendiri.

Selanjutnya, para pelajar dapat menggunakan e-buku ataupun buku elektronik


yang merupakan komputer riba berukuran buku nota seberat satu kilogram. E-buku ini
dapat memuatkan 300 naskhah buku . Perisiannya membolehkan pelajar melayari
Internet. E-Buku mempunyai pelbagai aplikasi. Antaranya termasuklah pemprosesan
kata, hamparan data, senarai kandungan, kalendar dan sebagainya. Dengan e-buku itu,
para pelajar tidak perlu membawa buku yang banyak. Penggunaan buku elektronik ini
dijangka dapat mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah
pada jangka masa yang panjang. Penggunaan e-buku mampu menangani kepelbagaian
masalah pelajar dalam bidang akademik di dalam sesebuah kelas. E-buku menjadi
suatu wahana pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar juga boleh
dijadikan sebagai medium rujukan. Malahan, Internet juga dianggap sebagai
kutubkhanah maya yang menyimpan khazanah ilmu pengetahuan. Tuntasnya, melalui
pendidikan maya, maklumat dapat diperoleh dengan lebih cepat, mudah dan dapat
menjimatkan masa.

Selanjutnya, pendidikan maya membolehkan guru-guru menentukan tahap


pencapaian akademik pelajar. Dalam erti kata yang lain, guru-guru mampu mengenal
pasti sama ada pelajar pintar atau lembam dalam sesebuah kelas. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa pendidikan maya menjadi suatu wahana pendekatan
interpersonal antara guru dengan pelajar. Sebagai contoh, Persekitaran Pembelajaran
Maya Frog atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan
jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan
konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Guru-guru dapat memberi
tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat
menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Menerusi sistem pendidikan maya, para pelajar dapat menggunakan E-buku yang
boleh dimuat turun secara langsung dari alam maya. E-Buku mempunyai pelbagai
aplikasi. Antaranya termasuklah pemprosesan kata, hamparan data, senarai
kandungan, kalendar dan sebagainya. Dengan e-buku itu, para pelajar tidak perlu
membawa buku yang banyak. Penggunaan buku elektronik ini dijangka dapat
mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah dalam jangka masa
yang panjang. Penggunaan e-buku mampu menangani kepelbagaian masalah pelajar
dalam bidang akademik di dalam sesebuah kelas. E-buku menjadi suatu wahana
dengan pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar. Sebagai seorang pelajar,
internet juga boleh dijadikan sebagai medium rujukan. Malahan, internet juga
dianggap sebagai perpustakaan maya yang menyimpan khazanah ilmu pengetahuan.
Maklumat yang diperoleh lebih cepat, mudah dan dapat menjimatkan masa.

Seterusnya, pendidikan secara maya juga dapat menjimatkan pelbagai kos


kehidupan seperti penginapan dan pembelanjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana
pendidikan maya boleh dilakukan di rumah. Secara tidak langsung, kos perbelanjaan
dan penginapan para pelajar dapat dijimatkan. Para pelajar terutama di peringkat
pengajian tinggi tidak perlu lagi bersemuka dengan pensyarah. Sebagai contoh, para
pensyarah boleh menggunakan kemudahan telesidang yang menggabungkan audio,
video dan grafik dapat dilakukan di lokasi yang berbeza dengan peralatan canggih dan
didengari ramai tanpa melibatkan kos yang tinggi untuk para pelajar Program
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Malahan, konsep universiti terbuka seperti Universiti Tun
Abdul Razak dapat dirancakkan lagi kewujudannya tanpa pelajar perlu bersua muka
dengan pensyarah seperti masa ini. Oleh hal yang demikian, golongan seperti suri
rumah dan pesara dapat terus melanjutkan pelajaran tanpa perlu menghadirkan diri di
institusi pendidikan. Hal ini secara tidak langsung dapat memanifestasikan slogan
pendidikan sepanjang hayat yang amat digalakkan oleh kerajaan.

Tidak wajar sekiranya kita hanya membincangkan kebaikan pendidikan maya


sahaja. Walaupun banyak kelebihan, kelemahan pendidikan maya tidak dapat kita
nafikan.Kemudahan teknologi yang tidak mencukupi menjadi kekangan dalam
pendidikan maya. Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal
komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta
penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar. Sistem
penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah
satu punca permasalahan pengintegrasian ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk
proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah- sekolah tertentu
menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian TMK
dalam pembelajaran dan pengajaran.

Akhirul kalam, sememangnya pendidikan maya memberikan pelbagai kelebihan


kepada seluruh lapisan masyarakat. Umum mengetahui bahawa bentuk pengajaran
dan pembelajaran yang baharu membolehkan rakyat meningkatkan kemahiran dan
kelayakan akademik. Pelaksanaan sistem pendidikan maya di negara kita dapat
meluaskan lagi minda para pelajar. Para pelajar akan lebih terdedah dengan dunia
globalisasi sekiranya pendidikan maya dilaksanakan secara menyeluruh. Walaupun usia
telah meningkat ilmu pengetahuan tetap dapat dikuasai. Konsep pembelajaran
sepanjang hayat menerusi pendidikan sedemikian patut dimanfaatkan oleh semua
bertunjangkan pepatah ‘ sebab mutiara sebiji, lautan dalam diselami orang’. Selain itu,
pelbagai pihak tidak kira pihak swasta mahupun badan bukan kerajaaan (NGO)
perlulah bahu membahu bagai aur dengan tebing bersama-sama dengan kerajaan
untuk membangunkan lagi sistem pendidikan di negara kita agar ‘duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi’ dengan negara-negara maju yang lain.
Gaya Bahasa

Kata pinjaman

Pendahuluan
Rakan – rakan rencana

menggantikan pembelajaran

dan pengajaran secara konvensional

sistem pengajaran dan


bilik kuliah atau kelas
di sekolah
pembelajaran yang
tidak Pendidikan
berlaku secara langsung Maya pengajaran secara
konvensional

memaksimumkan penggunaan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam

proses pengajaran dan pembelajaran

Internet Perenggan isi ( pertama ) pengetahuan sendiri


menyampaikan ilmu pengetahuan dengan
cepat dan mudah

Perenggan isi (kedua)


Perenggan isi ( ketiga )
Perenggan isi ( keempat )
Penutup
Rakan – rakan rencana

pelbagai kelebihan

kepada seluruh lapisan masyarakat

Meningkatkan
di negara
kemahiran patut dimanfaatkan
Pendidikan oleh semua pihak
maya
dan kelayakan
akademik

membangunkan lagi
sistem pendidikan negara

Internet Pengangkutan Alaf Ini pengetahuan sendiri


Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan di negara Malaysia menjadi salah
satu cerucuk utama kemajuan yang telah kita kecapi setelah mencapai kemerdekaan selama
setengah abad. Pengangkutan alaf ini ataupun pengangkutan moden boleh didefinisikan sebagai
kenderaan yang digunakan pascamodenisasi ini untuk memenuhi kehendak negara serta
rakyatnya. Tidak semua orang mampu memiliki kenderaan sendiri, maka pengangkutan alaf ini
memberikan peluang atau nafas baru kepada semua untuk meneruskan kehidupan yang selesa
dan berkualiti. Hasil daripada penggemblengan usaha kerajaan dan generasi muda kita, negara
kita dilengkapi dengan pelbagai pengangkutan moden seperti monorel, perkhidmatan Transit
Aliran Ringan (LRT), kereta api elektronik, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan kontena
untuk masyarakat kita nikmati pada hari ini.

Persoalannya, apakah kepentingan pengangkutan alaf ini? Perkhidmatan ini telah berjaya
meningkatkan darjah ketersampaian di negara ini iaitu keupayaan untuk bergerak dari satu
tempat ke tempat yang lain. Hal ini dikatakan mustahak bagi sesetengah rakyat yang berulang-
alik ke tempat kerja pada setiap hari. Mereka yang tinggal jauh dari destinasi mereka setiap pagi
terpaksa mengambil masa berjam-jam sekiranya berlakunya kesesakan lalu lintas di jalan raya
tanpa kemudahan pengangkutan alaf ini. Tekanan perasaan akibat kesesakan lalu- lintas yang
dihadapi pula kemungkinan besar akan menjejaskan emosi mereka semasa bekerja nanti.
Deduksinya, pengangkutan alaf ini berupaya melahirkan masyarakat yang mampu berdepan
dengan dunia realiti kita yang pantas berubah dan berkembang.

Sementelahan itu, perkhidmatan pengangkutan moden juga mampu meminimumkan jumlah


kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita. Kebelakangan ini, kemelut tersebut telah
mengundang polemik sehingga membimbangkan masyarakat di negara kita. Penggunaan
pengangkutan yang pelbagai jenis dapat mengurangkan penggunaan pengangkutan jalan raya
semata-mata. Hal ini dapat menjamin keselamatan penduduk negara kita kerana kemalangan
yang berlaku terutamanya pada waktu puncak boleh mengakibatkan kematian. Buruk padahnya
jika mangsa kemalangan tersebut merupakan pewaris bangsa yang mampu memanifestasikan
kemajuan negara kita.

Pengkangkutan alaf ini bukan sahaja dapat menjamin kesihatan rakyat negara kita, tetapi juga
dapat memelihara hubungan yang erat antara manusia dengan persekitarannya. Hal ini adalah
kerana penggunaan perkhidmatan moden dapat mengurangkan pencemaran alam. Pembakaran
tenaga petroleum semasa penggunaan pengangkutan masa dahulu boleh menyebabkan
pembebasan gas beracun seperti gas karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrus dioksida.
Pembebasan gas-gas ini bukan sahaja memudaratkan kesihatan masyarakat negara kita,
menyebabkan kesan rumah hijau yang serius serta menipiskan lapisan ozon dunia.
Pengangkutan alaf ini seperti feri, kapal terbang, serta kereta api elektrik adalah mesra alam.
Baru-baru ini, kerajaan telah merancang untuk mengusahakan kereta yang mampu
menggunakan tenaga solar dan elektrik untuk bergerak. Hal ini dapat menyelamatkan bumi kita
daripada kehabisan bahan galian yang mustahak untuk memajukan aspek-aspek lain yang
memerlukan perhatian.

Walaupun kepentingan pengangkutan alaf ini telah jelas diperkatakan, semua pihak masih harus
berganding bahu menjangkau sehabis tangan untuk memastikan bahawa kemudahan ini dapat
dimanfaatkan secara maksimum. Tanpa usaha masyarakat, nescaya matlamat negara kita untuk
mengoptimumkan kebaikan pengangkutan moden tidak tercapai. Untuk menjamin penglibatan
aktif rakyat dalam memajukan pengangkutan alaf ini, kempen-kempen perlulah diadakan untuk
meniup kesedaran tentang peri pentingnya penggunaan kemudahan ini untuk kebaikan semua
pihak. Sekiranya masyarakat menggunakan pengangkutan moden dengan lebih kerap, kerajaan
akan sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit demi meningkatkan lagi taraf dan kualiti
kemudahan pengangkutan di negara kita. Kerjasama rakyat amat diperlukan kerana sesebuah
negara itu terdiri daripada rakyatnya. Kemudahan yang disediakan memang bermatlamat untuk
dinikmati oleh segenap lapisan rakyat di negara ini.

Di samping itu, kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) perlu dimantapkan lagi
untuk memajukan sektor pengangkutan di negara kita. Kerajaan kita telah menubuhkan Koridor
Raya Multimedia (MSC) yang merupakan sebuah rancangan kerajaan ke arah
kecanggihan teknologi maklumat. Kemudahan ini boleh digunakan untuk meningkatkan lagi
pengawasan dan pemanduan sistem pengangkutan serta menjamin penggunaan pengangkutan
moden yang lebih efisien dan sistematik. Hal ini seterusnya akan menaikkan keyakinan
masyarakat terhadap perkembangan pengangkutan alaf ini selaras dengan kemajuan yang telah
dikecapi oleh negara kita pada era globalisasi ini.

Sebagai intiha bicara, tidak dapat disangkal bahawa sistem pengangkutan yang moden serta
efisien adalah amat diperlukan bagi memenuhi kehendak manusia pada abad ke-21 ini. Raja
diibaratkan pohon manakala rakyat umpama akarnya, tanpa akar, mustahillah pohon itu dapat
berdiri. Dalam kata lain, kerjasama antara kerajaan dan rakyatnya amat mustahak kerana
muafakat membawa berkat. Kita hendaklah mengadunkan usaha yang cukup padu demi
membina impian masa depan kita yang lebih gemilang lagi. Yakinilah sistem pengangkutan kita
pada hari ini yang mampu mendorong kita untuk menangani pancaroba mayapada yang bakal
menghambat serta memajukan negara Malaysia yang telah lima puluh satu tahun mengecapi
kemerdekaan.
Gaya Bahasa

Kata pinjaman
Pendahuluan

Rakan – rakan rencana

kenderaan yang digunakan

pascamodenisasi

pelbagai pengangkutan
moden seperti monorel, memenuhi kehendak
perkhidmatan Transit negara serta rakyat
Aliran Ringan (LRT),
Pengangkuta
kereta api elektronik,
Sistem Penerbangan n alaf ini
Malaysia (MAS) dan
kontena

satu cerucuk utama


kemajuan yang telah
kita kecapi

Internet pengetahuan sendiri


Perenggan isi ( pertama )
Perenggan isi (kedua)
Perenggan isi ( ketiga )
Perenggan isi ( keempat )
Penutup

Rakan – rakan rencana

mengadunkan usaha yang


cukup padu demi membina
impian masa depan

sistem pengangkutan yang


moden serta efisien
memenuhi kehendak
adalah amat diperlukan
manusia pada abad ke-21
Pengangkuta
n alaf ini

kerjasama antara kerajaan


dan rakyatnya amat
mustahak

Internet pengetahuan sendiri


langkah-langkah yang perlu diambil untuk
mengukuhkan perpaduan.

Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu


dipupuk dari semasa ke semasa. Usaha ini amat penting dilakukan untuk
memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara. Pernahkah terlintas
dalam benak kita tentang apakah yang dimaksudkan dengan ‘perpaduan
rakyat’? Mengikut definisi yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi
Keempat, perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu
untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara
musyawarah. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu
dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan dan
ditingkatkan?

Satu daripada langkah yang perlu dilakukan ialah rakyat Malaysia haruslah
mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi terutamanya nilai toleransi. Hal ini
amat penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan atau
perselisihan faham yang akan memecahbelahkan rakyat Malaysia. Menurut
Tun Dr. Mohathir Mohamad, mantab Perdana Menteri Malaysia ke-4, kita
haruslah mengetepikan emosi yang akan menyebabkan perpecahan. Oleh
itu, rakyat Malaysia haruslah meneruskan kehidupan dalam suasana yang
aman dan saling membantu atau bekerjasama serta mengikis sikap ‘bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk memastikan
perpaduan dalam kalangan rakyat terus berkekalan.

Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang
penting dengan mengadakan pelbagai kempen untuk meningkatkan
perpaduan. Dalam hal ini, mereka hendaklah menganjurkan ceramah yang
bertajuk seperti “ Perpaduan Teras Kejayaan”. Aktiviti sebegini haruslah
diadakan secara berterusan dan bukannya setakat hangat-hangat tahi
ayam sahaja. Hal ini amat penting kerana melalui aktiviti tersebut, rakyat
Malaysia akan terdedah dengan kepentingan perpaduan. Persengketaan dan
perpecahan yang berlaku seperti di kebanyakan negara di dunia disebabkan
mereka tidak sedar akan kepentingan perpaduan. Puncanya ialah ketiadaan
kempen yang dijalankan secara berterusan. Oleh hal yang demikian,
sesebuah negara yang dahulunya mempunyai perpaduan yang erat dalam
kalangan rakyat, kini, mereka hidup porak-peranda. Adakah kita mahu agar
perkara sebegini berlaku di negara kita? Jawapannya tentulah tidak!

Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula seharusnya mengadakan aktiviti-


aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum. Melalui aktiviti tersebut, rakyat
pelbagai kaum akan dapat saling memahami budaya kaum yang lain.
Dengan ini, perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Sebagai contohnya, mereka
haendaklah menganjurkan aktiviti Majlis Rumah Terbuka sempena hari
perayaan supaya dapat dihadiri oleh semua penduduk. Melalui aktiviti
seperti ini, perkara sensitif yang melibatkan kaum tertentu dapat dielakkan
dan rakyat pula tidak akan membangkitkan persoalan tersebut dan
seterusnya mengelakkan berlakunya pertelingkahan mahupun pertelagahan
yang tidak diingini. Mereka juga harus memahami bahawa ‘ bersatu teguh
bercerai roboh’.

Pernahkan terlintas dalam fikiran kita bahawa ibu bapa juga memainkan
peranan yang penting bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan?
Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak. Oleh itu,
sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka
dengan nilai-nilai yang murni seperti toleransi. Berbalik pada zaman tradisi,
asuhan dalam keluarga merupakan pendidikan yang paling ampuh bagi
kanak-kanak mempelajari nilai-nilai murni daripada ibu bapa mereka. Oleh
sebab itu, ibu bapa hendaklah menunjukkan teladan kepada anak-anak
mereka agar anak-anak bergaul dengan kawan-kawan daripada pelbagai
kaum dengan harmoni. Pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana
acuan begitulah kuihnya. Melalui cara ini, anak-anak akan menjaga
sensitiviti kaum lain dan tidak akan menimbulkan masalah atau pergaduhan
yang akan menyebabkan perpaduan tidak dapat dikekalkan.

Sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit


sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni untuk memastikan
perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dikekalkan. Janganlah meranapkan
impian Malaysia untuk mencapai wawasan 2020. Biar matahari terus
bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus
gemilang. Ingatlah bahawa sekali sahaja perpaduan hancur, maka sukarlah
untuk kita membinanya kerana telur sesanggkak, pecah sebiji pecah
semuanya.
Gaya Bahasa

Kata pinjaman
Pendahuluan

Rakan – rakan rencana

Perpadua
n
Menjamin
keamanan

Internet pengetahuan sendiri


Perenggan isi ( pertama )
Perenggan isi ( kedua )
Perenggan isi ( ketiga )
Perenggan isi ( keempat )

Rakan – rakan rencana

Penutup

Internet pengetahuan sendiri


membawa manfaat

kepada masyarakat dan

negara

amalan murni

ini
dibudayakan RUMAH
TERBUKA
konsep rumah

terbuka perlu

dihayati dengan

mendalam oleh

semua pihak

usaha kerajaan untuk

menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat


dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.

Kejayaan dalam kerjaya


Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah
menyumbang kepada perkembangan ekonomi pesat yang menjana pelbagai sektor pekerjaan di
Malaysia. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita menghabiskan masa selama enam tahun di
sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah. Selama sebelas tahun ini, pelajar sentiasa
disoal oleh guru-guru, “apakah kerjaya yang anda inginkan?” Semasa dalam tingkatan empat,
pelajar perlu memilih gabungan mata pelajaran yang sesuai berdasarkan minat mereka untuk
mengejar kerjaya impian. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kerjaya merujuk kepada
profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah hidup. Kerjaya merupakan
panduan dalam kehidupan kita. Pada masa ini, pelajar sepatutnya telah menetapkan matlamat
tentang kursus dan kerjaya yang diingini mereka supaya mereka ada hala tuju dalam hidup tidaklah
seperti layang- layang yang terputus tali dan tidak menyesal dengan keputusan yang diambil.
Antara kerjaya yang menjadi pilihan ialah doktor, juruterbang, jurutera, ahli kimia dan
sebagainya. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dalam pemilihan sesuatu bidang
kerjaya? Hakikatnya, minat merupakan salah satu faktor dominan yang mewarnai fokus
perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

Kita dapat menyaksikan betapa minat merupakan faktor paling dominan yang mempengaruhi
seseorang dalam pemilihan kerjaya mereka. Dalam konteks ini, minat juga akan menyebabkan
seseorang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita mereka. Bertitik tolak
daripada itu, pelajar akan belajar dengan tekun untuk meraih kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan SPM mahupun STPM. Pelajar haruslah memberikan tumpuan semasa guru mengajar di
dalam kelas. Kesannya, pelajar akan lebih mudah memahami sesuatu pelajaran dan menjawab
soalan peperiksaan dengan senang. Sikap kesungguhan ini dapat digambarkan melalui
peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tegasnya, seseorang yang mempunyai minat
akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kerjaya yang diidam-idamkannya menjadi
kenyataan.

Umum mengetahui bahawa semasa di alam persekolahan lagi pelajar harus memilih subjek yang
berkaitan dengan kerjaya yang akan diceburi oleh mereka. Hal ini secara tidak langsung akan
menyebabkan mereka lebih mahir dalam menguruskan kerjaya yang akan diceburi kerana sudah
mengetahui dan membuat persediaan yang rapi umpama sediakan payung sebelum hujan.
Dengan perkataan yang lain, pelajar seharusnya mengambil subjek yang berkaitan dengan cita-cita
masing-masing semasa mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dalam zaman yang serba
canggih ini, bukan sahaja kemahiran yang dilihat oleh majikan tetapi keputusan yang cemerlang
dalam subjek yang dipilih itu bersesuaian dengan kerjaya turut diberi keutamaan. Bagi membuktikan
perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah jika seseorang ingin menjadi seorang jurutera,
subjek yang mesti dipilih ialah Lukisan kejuruteraan. Sebagai langkah untuk merealisasikan kerjaya
idaman dan cita-cita yang menggunung tinggi ini, pelajar haruslah memilih subjek yang seiring
dengan kursus yang dipilih mereka.
Sesungguhnya, seseorang pelajar sudah pasti mempunyai idolayang ingin dicontohi seb
elum mereka menentukan kerjaya masadepan. Biasanya, idola yang dipilih memang dik
agumi danmenepati dengan kerjaya yang dipilih. žSebagai contoh,seseorang yang ingin
menjadi seorang arkitek, mereka bolehmenjadikan arkitek negara yang terkenal dan gah
namanya dipersada dunia iaitu Hijjas Kasturi sebagai idolanya. Bukan itusahaja, malah s
egala ketekunan, kegigihan dan kekreatifanbeliau akan dijadikan sebagai teladan dalam
menggapai kerjayaidaman mereka. Impaknya, seseorang yang dijadikan idolaseharusnya
mampu mempengaruhi pemikiran, tindak tandukdalam membuat keputusan serta kesun
gguhan seseorang untukmemastikan kerjaya yang dihasratkan dapatdirealisasikan. Sem
emangnya, idola dapat mempengaruhi seseorang dalam membinasemangat dan motiva
si ke arah menjadikan kerjaya sebagai kenyataan bukannyaomong-omong kosong sahaja
.

Ironisnya, jika minat seseorang itu tidak mendapat sokongan daripada kedua-dua ibu bapa, sudah
tentulah punah harapan mereka. Hal ini bermakna, seseorang yang hanya mempunyai minat tetapi
tidak mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapa mereka tentang pemilihan kerjayanya, sudah
pasti mereka akan kecundang di peringkat awal lagi. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sewajarnya
menyokong minat anak-anak walaupun pemilihan kerjaya mereka bertentangan dengan harapan
kedua-dua ibu bapa. Bagi menyokong pemilihan kerjaya anak-anak mereka, ibu bapa boleh
memperlengkapkan segala keperluan anak-anak dalam memenuhi kriteria yang diperlukan. Sebagai
buktinya, ibu bapa bolehlah memberikan dorongan, semangat dan motivasi kepada anak-anak sama
ada dalam bentuk material mahupun spiritual. Izharlah bahawa ibu bapa juga berperanan
menyokong minat anak-anak mereka dalam merealisasikan kerjaya masa depan anak-anak mereka.

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam, minat menjadi prioriti
utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Dalam konteks ini, ibu bapa memainkan peranan penting
dalam pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana anak-anak mereka memerlukan
sokongan dan dorongan daripada mereka sama ada dari aspek mental, spiritual mahupun fizikal.
Contoh ketara dari aspek sokongan mental dan spiritual ialah ibu bapa perlu memberikan motivasi
kepada anak-anak, manakala sokongan dari aspek fizikal pula ialah mereka perlu menyediakan
kelengkapan belajar anak-anak seperti buku rujukan dan menghantar mereka ke pusat tuisyen.
Sekiranya hal ini dapat dilaksanakan maka tidak ada lagi orang yang akan sesat di perjalanan untuk
memilih kerjaya kerana mereka menetapkan sasaran dari awal lagi. Walaupun demikian, jika
seseorang mempunyai minat dan hala tuju yang jelas, tetapi mereka bersikap genggam-genggam
bara, terasa panas dilepaskan dan tidak ada semangat kegigihan, ketabahan, keiltizaman dan
kecekalan, sudah pasti segala hasrat termasuk kerjaya yang menjadi idaman akan hancur lebur
umpama kubur tanpa nisan. Tuntasnya, perkara-perkara yang dinyatakan di atas hendaklah
dilaksanakan secara efektif dan janganlah bersikap keras-keras kerak nasi yang mudah putus asa
supaya pemilihan bidang kerjaya impian akan menjadi lebih jelas lagi.
Gaya Bahasa

Kata pinjaman
Pendahuluan

Rakan – rakan rencana

membawa manfaat

kepada masyarakat dan

negara

amalan murni

ini
dibudayakan
RUMAH
konsep rumah TERBUKA
terbuka perlu

dihayati dengan

mendalam oleh

semua pihak

usaha kerajaan untuk

menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat


dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.

Internet pengetahuan sendiri


Perenggan isi ( pertama )
Perenggan isi ( kedua )
Perenggan isi ( ketiga )
Perenggan isi ( keempat )
Penutup
Rakan – rakan rencana

membawa manfaat

kepada masyarakat dan

negara

amalan murni

ini
dibudayakan
RUMAH
konsep rumah
TERBUKA
terbuka perlu

dihayati dengan

mendalam oleh

semua pihak

usaha kerajaan untuk


Internet pengetahuan sendiri
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat
dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.
Pendidikan industri teras pembangunan

Apabila kita membaca akhbar, kita sering didedahkan dengan berita


berkenaan transformasi sistem pendidikan negara pada alaf baharu
ini. Secara umumnya, transformasi pendidikan negara dapat
dijelaskan sebagai satu perubahan dalam sistem pendidikan negara.
Sebelum ini, isu berkenaan transformasi pendidikan negara tidak
banyak didedahkan oleh media untuk tatapan umum. Jika ada, ia
hanya sekadar perbincangan tidak rasmi di kedai kopi atau warung
kecil di pinggir jalan. Walau bagaimanapun, statistis telah
menunjukkan berlakunya peningkatan laporan berkenaan
kemorosotan keputusan pelajar dalam pendidikan negara seperti
yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Perkara ini turut ditegaskan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri
Muhyddin Yassin dalam majlis yang dihadiri beliau baru-baru ini.
Transformasi sistem pendidikan negara alaf baharu ini diperlukan
melalui peranan yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Salah satu langkah transformasi pendidikan negara ialah


memperkenalkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK).
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan dapat dijelaskan sebagai
transformasi pendidikan negara yang tidak lagi berorentasikan
terhadap peperiksaan sepenuhnya sebagai langkah tepat bagi
melahirkan modal insan holistik. Apabila Sistem Pentaksiran
Pendidikan Kebangsaan (SPPK) diperkenalkan, pelajar sudah pasti
mendapat peluang yang seimbang terutamanya mereka yang kurang
cemerlang dalam akademik untuk menonjolkan diri dalam aspek
kepimpinan, sahsiah diri dan komunikasi kerana Sistem Pentaksiran
Pendidikan Kebangsaan (SPPK) memasukkan elemen kecerdasan
akademik, sahsiah pelajar dan penglibatan dalam kokurikulum
sebagai penentu gred peperiksaan awam. Oleh itu, melalui SPPK
penilaian kecemerlangan pelajar berasaskan peperiksaan dalam
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah
Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dikurangkan.
Transformasi melalui Sistem Pentaksiran Kebangsaan (SPPK) telah
dapat dipertingkatkan dan terbukti melalui pencapaian akademik
pelajar yang semakin menunjukkan peningkatan seperti yang
dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa transformasi pendidikan negara dapat
dilakukan dengan cara memperkenalkan Sistem Pentaksiran
Pendidikan Kebangsaan (SPPK).

Selain itu, transformasi pendidikan negara juga dapat dilakukan


dengan cara memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi. Teknologi maklumat dan komunikasi
dapat dijelaskan sebagai teknologi yang berkaitan dengan
pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran
maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan
telekomunikasi. Apabila penekanan terhadap penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi diberikan, negara akan melahirkan
warganegara yang berilmu pengetahuan, celik Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT), berkemahiran bagi menghadapi cabaran baru
kesan dalam dunia serba maju dan moden ini. Mahu tidak mahu kita
tidak boleh menyingkirkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
dalam era globalisasi yang dikenali sebagai Dunia Tanpa Sempadan.
Ledakan maklumat yang menjadi pemangkin kemajuan ICT ini
memungkinkan kita untuk terus bersaing. Transformasi pendidikan
melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat
diberi penekanan dengan menyalurkan maklumat dan membekalkan
pengetahuan dan ini terbukti dengan wujudnya dasar dalam
menjayakan wawasan 2020 untuk menjadikan rakyat Malaysia
berpengetahuan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa transformasi pendidikan negara
dapat dilakukan melalui penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dengan lebih meluas.

Di samping itu, transformasi pendidikan juga dapat dibuat dengan


cara meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti
dan berkemampuan. Pendidikan prasekolah dapat dijelaskan sebagai
pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran
dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui
bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Apabila
peningkatan kadar penyertaan kanak-kanak yang berumur 4 dan 5
tahun ditingkatkan daripada 67 peratus kepada 87 peratus pada
tahun 2012, kanak-kanak yang berumur 4 dan 5 tahun lebih cepat
terdedah dengan pendidikan di alam persekolahan yang lebih
meluas serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Oleh itu,
kanak-kanak yang berumur 4 dan 5 akan diberikan pendidikan awal
dan ini akan melahirkan generasi kanak-kanak yang cemerlang.
Penyertaan kanak-kanak yang berumur 4 dan 5 dapat dibuktikan
melalui penyertaan semua kanak-kanak normal melangkah masuk ke
sekolah dengan boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sewaktu sekolah rendah. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa penyertaan kanak-kanak berumur 4
dan 5 dapat dipertingkatkan dengan cara memperluaskan akses
kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan.

Dalam pada itu, transformasi pendidikan juga dapat dilakukan


dengan memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik.
Pendidikan Vokasional dan Teknik dapat dijelaskan sebagai
pendidikan melalui latihan pendidikan bercorak kemahiran pra
vokasional dalam usaha untuk menyediakan mereka memenuhi
permintaan pasaran pekerjaan pada masa hadapan. Apabila
Pendidikan Vokasional dan Teknik dijadikan teras untuk
mempertingkatkan kemahiran pelajar khususnya tenaga kerja dalam
negara, mereka akan lebih terdedah dengan pengetahuan asas dan
kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor industri dan
perdagangan dalam dan luar negara. Oleh itu, pelajar akan lebih
mudah mendapatkan pekerjaan sebagai tenaga mahir dan separuh
mahir dalam sektor perindustrian, perdagangan dan pertanian.
Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha antaranya melaksanakan
program formal pendidikan teknik dan vokasional melalui agensi-
agensinya iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber
Manusia, Kementerian Belia Dan Sukan, dan MARA dan telah
melahirkan tenaga mahir dan separa mahir di bidang teknikal dan
vokasional disamping pengetahuan teknologi. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa pendidikan Teknik dan Vokasional dapat
dipertingkatkan melalui pendedahan awal ketika di usia remaja lagi.

Sehubungan dengan itu, tranformasi pendidikan juga dapat


dilakukan dengan memantapkan sistem pendidikan negara
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dapat dijelaskan sebagai satu usaha
berterusan kearah perkembangan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk,
kandungan penjadualan waktu dan penekanan kepada pendekatan
pembelajaran yang menyeronokkan dan ianya akan memberi
penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah,
meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan
luar bilik darjah. Oleh itu, sifat dan peribadi kental di kalangan
murid melalui transformasi sistem pendidikan negara berasaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang lebih efektif dapat
diperkukuhkan. Anugerah "Tokoh Kanak-kanak", "Pingat Hang Tuah",
"Olahragawan dan Olahragwati" dan lain-lain anugerah menunjukkan
nilai-nilai murni yang disemai dan keberkesanannya dalam
penerapan nilai murni melalui Falsafah Pendidikan Negara ini
berhasil. Hal ini jelas menunjukkan melalui negara sistem
pendidikan negara berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) akan melahirkan seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat
dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia,
dan berbakti.

Kesimpulannya, tranformasi sistem pendidikan telah telah memberi


sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan dalam sistem
pendidikan negara kita selama ini. Antara peranan yang dimainkan
oleh kerajaan dalam merealisasikan transformasi pendidikan negara
ialah memperkenalkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
(SPPK), memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi, meluaskan akses kepada pendidikan
prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan, memperluaskan
pendidikan Vokasional dan Teknik, dan memantapkan sistem
pendidikan negara berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Oleh sebab pelbagai usaha telah dilakukan dalam
merealisasikan tranformasi pendidikan negara, pelbagai kesan
positif telah diterima. Antaranya adalah peningkatan mendadak
keputusan pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah dan Sijil
Pelajaran Malaysia serta menaikkan nama negara dalam melahirkan
generasi muda yang berilmu dan bekerjaya. Perkara ini pernah
ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
dalam ucapan beliau sempena Hari Guru, Guru Penjana Transformas
Pendidikan Negara baru-baru ini. Oleh itu, semua pihak, iaitu orang
perseorangan, pelajar, masyarakat umum, pihak swasta,
kementerian dan kerajaan sendiri hendaklah bekerjasama antara
satu sama lain untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara
ini. Kerjasama ini amat penting dan bersesuaian pula dengan
pelaksanaan konsep 1Malaysia.
Gaya Bahasa

Kata pinjaman
Rakan – rakan rencana
Pendahuluan

membawa manfaat

kepada masyarakat dan

negara

amalan murni

ini
dibudayakan

konsep rumah
RUMAH
terbuka perlu TERBUKA
dihayati dengan

mendalam oleh

semua pihak

usaha kerajaan untuk


Internet pengetahuan sendiri
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat
dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.
Perenggan isi ( pertama )
Perenggan isi ( kedua )
Perenggan isi ( ketiga )
Perenggan isi ( keempat )
Rakan – rakan rencana
Penutup

membawa manfaat

kepada masyarakat dan

negara

amalan murni

ini
dibudayakan

konsep rumah

terbuka perlu
RUMAH
dihayati dengan TERBUKA
mendalam oleh

semua pihak

usaha kerajaan untuk


Internet pengetahuan sendiri
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat
dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.
Usaha memajukan pertanian
Sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang penting ynag mendapat
tumpuan dalam perdagangan dunia kerana sektor ini merupakan pembekal makanan
dan sumber bahan mentah kepada penduduk di dunia. Di Malaysia, sektor pertanian
amat penting dan meyumbang lima peratus kapada pendapatan kasar negara. Hal ini
dapat membantu meningkatkan pendapatan negara dan secara tidak langsung dapat
membantu ekonomi negara kita. Sektor pertanian di Malaysia berfungsi sebagai
pembekal sumber makanan kepada seluruh penduduk di Malaysia. Namun begitu kita
masih lagi mengimport tenaga asing dalam sektor perladangan dan di sektor lain.
Ramai dalam kalangan masyarakat kita masih tidak peduli tentang sektor pertanian ini,
padahal sektor ini mempunyai potensi yang besar untuk di majukan.

Masalah sektor ini belum dapat dimajukan ialah negara kita kekurangan tenaga
kerja mahir dan separa mahir. Hal ini demikian kerana ramai ramai golongan muda
terutama golongan mahasiswa dan mahasiswi tidak berminat untuk mempelajari dan
menceburi bidang pertanian ini kerana mereka tidak mahu bersusah payah di bawah
panas terik matahari dan lebih mementingkan keselesaan diri sendiri serta berminat
untuk makan gaji. Namun demikian golongan ini kurang meneroka untuk
mengaplikasikan apa yang mereka pelajari itu denagn sektor pertanian. Sebagai
contoh, pelajar yang mengambil jurusan sains boleh menggabungkan bidang sains dan
pertanian untuk menghasilkan satu bidang pertanian ynag lebih moden iaitu
bioteknologi. Golongan ini jugaharus menyedari bahawa sekarang ini sektor pertanian
di dominasi oleh golongan tua dan ini menyebabkan produktiviti menjadi rendah.
Dengan itu, golongan belia ynag mempunyai banyak kudrat harus membantu
membangunkan sektor ini.

Usaha yang dapat dilakukan untuk memajukan sektor pertanian ini boleh
dilaksanakan dengan bantuan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani .
Kementerian ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pertanian termasuk perikanan
dan ternakan. Kementerian ini juga memberi peruntukan yang besar untuk membuat
penyelidikan dalam sektor tertentu. Contohnya, Institut Penyelidikan dan
Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI). Mardi ditubuhkan dengan matlamat
memajukan dan menggiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam
industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan
keberkesanan denagn memodenkan sektor pertanian selain membantu meningkatkan
pulangan petani. Selain Mardi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga
berperanan membantu dalam sektor pertanian khususnya kelapa sawit. MPOB di
pertanggungjawabkan untuk meneraju dan membangunkan industri sawit negara.
Industri ini merupakan bahan eksport utama ke luar negara contohnya ke Amerika
Syarikat. Hasil daripada penyelidikan ini juga, penemuan teknologi dan inovasi baru
telah dikomersialkan. Contohnya penggunaan biojisim dan biodiesel, penjenteraan
ladang serta kawalan serangga dan penyakit. Oleh itu, bantu kementerian ini amat
diperlukan.

Seterusnya, strategi pemasaran untuk memperkenalkan jentera-jentera pertanian,


bahan pertanian, baja organik serta benih-benih ynag telah diinovasikan untuk
menghasilkan pokok yang bervariasi contohnya orkid. Pameran Pertanian, Horikultur
dan Agro Pelancongan Malaysia 2006 (MAHA 2006) merupakan pameran pertanian
yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia di (MARDI) Serdang Selangor. Lebih seratus jenis orkid di
pamerkan pada pameran pertanian itu termasuk dua spesis hybrid orkid baru yang
dilancarkan iaitu Dendrobium dan Ascorahnis . Spesis ini amat cantik dan mempunyai
saiz bunga yang lebih besar serta mampu bertahan sehingga tiga bulan. Dengan
adanya pameran seperti ini Malaysia dapat menarik perhatian sektor pertanian luar
negara untuk bersama-sama memajukan bidang pertanian. D samping itu, pameran ini
dapat membantu hubungan dua hala Malaysia dengan negara lain untuk
mengembangkan bidang ynag berkaitan dengan pertanian seperti perikanan dan
ternakan. Pertanian hiliran juga boleh dilakukan untuk memasarkan sesuatu produk
yang lebihlama ke pasaran antarabangsa. Contohnya, buah pisang ialah buah yang
cepat busuk dan tidak tahan lama. Hal ini dapat diatasi dengan menghasilkan makanan
segera seperti kerepek pisang yang bukan sahaja mempunyai tempoh pasaran ynag
lebih lama tetapi juga harga yang tinggi. Oleh itu, para petani yang sedia ada dan yang
bakal menceburi bidang ini seharusnya mempunyai pengetahuan yang tinngi tentang
strategi pemasaran ynag berkasan.
Teknologi moden untuk menggandakan hasil pengeluaran sesuatu produk boleh
dilaksanakan dengan menggabungkan teknologi sains dan pertanian. Kaedah ini
dipanggil sebagai bioteknologi.bioteknologi menghasilkan manfaat ketara seperti
pengurangan kos pengeluaran, peningkatan hasil pertanian, pengurangan penggunaan
racun perosak dan racun herba. Pelbagai kaedah digunakan untuk meningkatkan kualiti
dan kuantiti pengeluaran makanan. Contohnya, kaedah pembiakbakaan yang sering
digunakan dalam menghasilkan kelapa sawit yang lebih berkualiti. Kelapa sawit sepsis
Tenera dihasilkan melalui pembiakbakaan dua sepsis kelapa sawit iaitu sepsis dura dan
pisifera. Manakala kawalan biologi juga dapat membantu meningkatkan hasil produk.
Kaedah ini sering digunakan di kawasan ladang kelapa sawit bagi mengawal kerosakan
buah oleh tikus. Mereka lazimnya menggunakan ular atau burung hantu untuk
memakan tikus tersebut. Kaedah ini merupakan kaedah ynag mesra alam dan tidak
mencemarkan alam sekitar kerana tidak melibatkan bahan kimia dan hanya
menggunakan sifat semula jadi haiwan ynag berkenaan. Dengan itu, penggunaan
teknologi moden amat diperlukan dalam dunia yang kian berkembang.

Usaha lain yang dapat dilakukan ialah bantuan kewangan dan perundingan. Pihak
bank pertanian khususnya boleh memberi pinjaman kepada para petani untuk
memulakan projek pertanian mereka. Pinjaman yng dibuat dapat membantu membeli
jentera bagi menggantikan tenaga manusia dan membeli benih yang lebih bermutu
.skim pinjaman yang berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh bank, terutamanya
Agrobank untuk pekabun kecil. Sebagai contoh, Agrobank telah menawarkan Modal
Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk mengusahakan industry kecil dan
sederhana IKS yang berasaskan pertanian. Bak kata pepatah, ada padi semua kerja jadi,
ada beras semua kerja deras. Dengan adanya skim mikro, pekebun kecil dapat
megusahakan pertanian atau penternakansecara komersial dan saintifik dan berupaya
menjalankan iks.oleh itu, pihak bank amat membantu dalam mengubah hidup para
petani kita.

Tuntasnya, kata orang tua-tua, genggam bara api biar sapai jadi arang.semua pihak
yang terlibat perlu menggembleng tenaga untuk memajukan sektor ini. ibu bapa harus
memainkan peranan untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bidang pertanian
kepada anak –anak sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Ibu bapa juga boleh menyemai sikap cinta akan pertanian dalam diri
anak-anak dengan membawa mereka ke pameran pertanian seperti MAHA yang
dijalankan setiap dua tahun untuk memdedahkan anak-anak dalam dunia pertanian
yang menguntungkan. Kita juga harus mengubah persepsi masyarakat kita
bahawa bidang pertanian ini amat menguntungkan dan bukannya memenatkan
sahaja..bak kata pujangga Aminuddin Baki, ayam dikepuk mati kelaparan,itik di air mati
kehausan. Kiasan tersebut memberikan tamparan pedas bahawa apa-apa bidang
sekalipun jika tidak diusahakan dengan segala ikhtiar dan kebijaksanaan, kita tidak
akan dapat mengubah hidup kita.
Gaya Bahasa

Kata pinjaman
Rakan – rakan rencana

Pendahuluan

membawa manfaat

kepada masyarakat dan

negara

amalan murni

ini
dibudayakan

konsep rumah

terbuka perlu

dihayati dengan RUMAH


mendalam oleh TERBUKA

semua pihak

usaha kerajaan untuk


Internet pengetahuan sendiri
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat
dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.
Perenggan isi ( pertama )
Perenggan isi ( kedua )
Perenggan isi ( ketiga )
Perenggan isi ( keempat )
Rakan – rakan rencana

Penutup

membawa manfaat

kepada masyarakat dan

negara

amalan murni

ini
dibudayakan

konsep rumah

terbuka perlu

dihayati dengan

mendalam oleh RUMAH


semua pihak TERBUKA

usaha kerajaan untuk


Internet pengetahuan sendiri
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat
dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.
Pelaburan mengubah masa depan

Amalan menyimpan wang bolehlah dikaitkan sebagai sikap suka


menabung dalam kalangan masyarakat moden. Wang dianggap oleh
masyarakat sebagai satu kayu pengukur dalam penentuan kejayaan
kehidupan seseorang itu. Individu yang mempunyai simpanan wang
yang cukup pasti akan menikmati satu kehidupan yang jauh berbeza
daripada mereka yang kais pagi makan pagi kais petang makan
petang. Lantaran itu, ada pelbagai tindakan yang boleh dilaksanakan
untuk memastikan sikap menyimpan wang ini menjadi satu budaya
kita yang berakar umbi dalam jiwa masyarakat.

Langkah awal ialah kerajaan perlulah mengadakan satu kempen


kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh menggunakan
kecanggihan media massa yang wujud di negara ini untuk mencapai
tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Dalam kempen ini
dijelaskan cara-cara menyimpan wang, faedahnya dan dirangka
dalam satu bentuk yang mudah untuk difahami oleh remaja kita
semua. Maka, kempen yang dirangka dengan baik dan dilaksanakan
sepanjang tahun berupaya untuk membentuk satu kesedaran dalam
naluri masyarakat kita terutamanya remaja yang sememangnya
dahagakan kesedaran sejati itu.

Selain itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka sebagai


pembentuk yang sejati dengan memberikan teladan yang sewajarnya.
Setiap bulan ibu bapa haruslah memaparkan kepada anak mereka
bahawa mereka memang membuat simpanan wang di dalam bank
yang akan meninggalkan kesan mendalam dalam pemikiran anak
mereka itu kelak. Kalau sejak kecil remaja sudah didedahkan dengan
sikap ibu bapa merek sendiri yang suka menyimpan wang sudah pasti
sikap yang positif ini akan terus tertanam dalam jiwa mereka.
Sesungguhnya ayah borek anak rintik menjadi bukti bahawa teladan
ibu bapa yang mampu mewujudkan tabiat suka menyimpan dalam
jiwa remaja kita itu.

Malahan, pihak bank juga boleh mewujudkan pelbagai pakej


simpanan yang menarik dan memberikan pulangan pelaburan jangka
panjang yang banyak. Kewujudan pakej simpanan sebegini mampu
menarik minat masyarakat terutama golongan muda untuk membuat
simpanan ketika usia mereka masih muda kerana menyedari
simpanan itu akan membawa pulangan yang lumayan kelak.
Simpanan yang dibuat sejak muda hendaklah diberi sedikit
keistimewaan yang memberikan faedah tambahan seperti pemberian
perlindungan insuran selain memberikan faedah yang tinggi
kadarnya. Jelaslah, pihak bank turut mempunyai peranan untuk
memupuk semangat suka menyimpan ini dengan merangka pakej
simpanan yang mampu menarik minat masyarakat.

Tambahan pula, pihak sekolah juga boleh menghulurkan bantuan


dengan mewujudkan Kelab Menabung di sekolah. Kita semua sedia
maklum bahawa sekolah mempunyai banyak pelajar yang mampu
untuk menyimpan dalam bentuk harian yang boleh dikumpulkan
untuk menjadi satu jumlah yang besar lalu boleh dilaburkan oleh
pihak sekolah dalam pakej kewangan yang membawa keuntungan
pula. Wang saku yang diberi oleh ibu bapa tidak digunakan
sepenuhnya oleh pelajar lalu boleh dijadikan asas kepada simpanan
secara sedikit demi sedikit oleh pelajar itu. Sesungguhnya, pihak
sekolah mampu memberi kefahaman kepada pelajar akan
kepentingan simpanan dengan penubuhan kelab sebegini di sekolah.

Konklusinya, semua tindakan yang dijelaskan itu berupaya untuk


memupuk sikap suka menyimpan dalam diri masyarakat terutama
golongan muda. Kerjasama semua pihak terutama pihak sekolah dan
ibu bapa pula memberikan impak yang paling penting kerana remaja
menghabiskan masa mereka di rumah dan sekolah. Jika amalan ini
mampu dipupuk sudah pasti negara kita akan mempunyai satu aset
simpanan wang yang sukar untuk ditandingi oleh mana-mana negara
di dunia pun. Sememangnya menyimpan wang itu satu amalan murni
kerana sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.
Gaya Bahasa

Kata pinjaman
Rakan – rakan rencana

Pendahuluan

membawa manfaat

kepada masyarakat dan

negara

amalan murni

ini
dibudayakan

konsep rumah

terbuka perlu

dihayati dengan

mendalam oleh RUMAH


semua pihak TERBUKA

usaha kerajaan untuk


Internet pengetahuan sendiri
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat
dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.
Perenggan isi ( pertama )
Perenggan isi ( kedua )
Perenggan isi ( ketiga )
Perenggan isi ( keempat )
Rakan – rakan rencana

Penutup

membawa manfaat

kepada masyarakat dan

negara

amalan murni

ini
dibudayakan

konsep rumah

terbuka perlu

dihayati dengan

mendalam oleh

semua pihak RUMAH


TERBUKA

usaha kerajaan untuk


Internet pengetahuan sendiri
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat
dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.
Kepentingan pemakanan seimbang

Sejak kita mentah lagi dan darah hanya setampuk pinang, kita telahpun
dididik dan diingatkan berulang-ulang kali oleh ibu bapa dan guru tentang
kepentingan pemakanan seimbang. Satu senario yang tidak asing kepada
seseorang kanak-kanak adalah apabila ditegur oleh ibu bapa kerana enggan
makan sayur-sayuran dan hanya ingin menjamah makanan ringan. Terdapat
sesetengah pihak yang berpendapat bahawa pemakanan seimbang tidak
begitu vital kepada kesihatan seseorang individu. Menurut persepsi mereka,
kehidupan manusia di muka bumi hanyalah sementara dan harus dinikmati
sepenuhnya. Oleh itu, mereka memandang enteng terhadap kepentingan
pemakanan seimbang. Pandangan ini dapat disangkal dengan mudah kerana
impak pemakanan seimbang terhadap kesihatan dan kebahagiaan seseorang
amat ketara dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia. Namun
demikian, mengapakah masalah obesiti kian bertambah kritikal jikalau
kebanyakan komuniti sedar tentang kepentingan pemakanan seimbang?
Kajian terkini mendapati bahawa 33% daripada semua penghuni dunia ini
menghadapi masalah obesiti. Statistik ini amat meruncing kerana hal ini
bermaksud terdapat kira-kira 2 bilion orang di seluruh pelosok dunia yang
tergolong dalam kategori obes! Apakah kepentingan pemakanan seimbang
yang harus dikupas dan dibugar secara terperinci hingga ke akar umbi, bagi
menyedarkan dan menginsafkan masyarakat agar lebih peka terhadap diet
mereka dan tidak bersikap bena tak bena terhadap kesihatan dan kebajikan
peribadi mereka? Marilah kita mengkaji persoalan yang masih menjadi
polemik dalam kalangan masyarakat..

Sebagai pembuka tirai pembincangan ini, salah satu kepentingan atau


faedah pemakanan seimbang yang jelas dan nyata adalah untuk menjadikan
tumbesaran manusia lebih sempurna dari aspek fizikal dan fisiologi. Tubuh
badan akan menerima semua zat yang diperlukan untuk menjalani aktiviti
seharian tanpa menjadi lesu. Oleh itu, seseorang yang menjaga dan
mengawal pemakanannya akan memiliki keadaan fizikal yang jauh lebih
baik berbanding seseorang yang kurang prihatin terhadap diet dan cara
pemakanannya. Zat dan mineral seperti kalsium, magnesium dan fosforus
penting dalam proses pembentukan gigi dan tulang yang kuat. Kanak-kanak
khususnya yang harus mengambil zat-zat ini dalam kuantiti yang optimum
supaya dapat membesar sebaik-baiknya. Di samping itu, mineral seperti zat
besi penting untuk memastikan sistem peredaran darah seseorang itu efisien
dan berfungsi secara lancar. Kanak-kanak dan remaja memerlukan tenaga
dan bahan mineral secukupnya untuk membesar, bukan sahaja dari aspek
lahiriah seperti ketinggian dan berat badan, malah juga dari segi kelancaran
fungsi organ dalaman dan kecekapan sistem-sistem badan. Sekiranya
pemakanan mereka tidak seimbang, mereka akan mengalami pertumbuhan
yang terbantut serta tidak sempurna. Hal ini akan memudaratkan kesihatan
mereka secara keseluruhannya dan akan mengakibatkan mereka kurang
berkemampuan untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Satu tamsilan
yang amat menyayat hati ialah kanak-kanak yang berada di negara-negara
Dunia Ketiga seperti Ethiopia dan Afrika Selatan yang tidak mempunyai
akses kepada makanan berkhasiat. Oleh sebab tidak berpeluang
mengamalkan pemakanan yang seimbang, kanak-kanak ini tidak dapat
membesar dengan sempurna dan kebanyakannya mereka mempunyai jangka
hayat yang amat pendek, seperti 7 hingga 12 tahun sahaja. Ironinya, ramai
individu di negara yang maju berupaya mengamalkan diet yang sihat dan
berkhasiat, namun mereka enggan bertindak sedemikian.

Bertitik tolak daripada huraian sebelum ini, manfaat lain yang diperoleh
daripada pemakanan seimbang ialah menjamin perkembangan mental
seseorang yang lebih cekap dan berkesan. Kekurangan zat makanan yang
tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau
mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami
semasa meneroka liku-liku kehidupan. Situasi ini menjadikan seseorang itu
gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif dan
rasional berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya.
Dr Andrew McCulloch dari Mental Health Foundation telah menjalankan
penyelidikan yang mendapati bahawa pelbagai penyakit mental seperti
depresi ( kemurungan ), schizofrenia, penyakit Alzheimer dan ADHD
( Attention Deficit Hyperactivity Disorder ) dapat dihindari sekiranya
mengambil makanan dan minuman yang seimbang dan berkhasiat. Menurut
beliau, otak manusia sebagai pusat kawalan seluruh sistem badan juga
dipengaruh oleh nutrien-nutrien yang terdapat dalam diet kita. Kajian
saintifik terkini juga mengeluarkan laporan bahawa mineral seperti kalsium
dan sodium terlibat dalam proses penghantaran impuls dalam sistem saraf
badan kita. Dr McCulloch telah mengutarakan evidens bahawa pemakanan
seimbang dapat mengurangkan tekanan emosi serta meningkatkan
keupayaan seseorang individu untuk menangani dan mengatasi sesuatu
masalah atau pancaroba dengan minda yang tenang dan waras.

Sebagai rentetan daripada perbincangan di atas, pemakanan seimbang telah


terbukti dapat mengurangkan risiko untuk menghidapi pelbagai penyakit
yang berbahaya. Malnutrisi didefinisikan sebagai mempunyai diet yang tidak
seimbang, seperti mengambil nutrien-nutrien dalam kadar yang terlalu
banyak ataupun terlalu sedikit. Makanan ringan yang digemari ramai
mempunyai kandungan kolesterol, garam, gula dan lemak yang terlalu
tinggi. Sekiranya kita terlalu kerap makan makanan ringan, kita akan
mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi penyakit obesiti, diabetes,
hipertensi dan juga strok. Sebaliknya sekiranya kita kekurangan kalsium,
fosforus dan vitamin D dalam diet harian, kita akan menghidapi penyakit
osteoporosis dan osteomalacia, iaitu tulang dan gigi menjadi lemah dan
mudah retak. Seperti yang berlaku kepada kanak-kanak di negara-negara
daif, kekurangan protein akan menyebabkan penyakit kwashiorkor dan
marasmus. Penyakit kanser juga terbukti dapat dielakkan dengan
mengamalkan pemakanan yang seimbang, terutamanya kanser payu dara,
kanser buah pinggang dan kanser hati. Oleh itu, memang tidak dapat
dinafikan bahawa jikalau kita mengambil semua nutrien, bahan mineral dan
zat yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang tepat, kita akan
mengurangkan risiko diri untuk dijangkiti berbagai-bagai penyakit yang
bukan sahaja menderitakan malah juga berpotensi membawa maut.
Janganlah sampai nasi menjadi bubur, barulah kita bertindak dan mengambil
berat kepentingan pemakanan seimbang kerana sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tiada gunanya.

Kepentingan pemakanan seimbang yang terakhir namun tidak kurang


signifikannya berbanding kepentingan yang dihuraikan sebelum ini ialah
pemakanan seimbang dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan perubatan
seseorang, khususnya golongan yang kurang berkemampuan. Suatu soal
selidik yang dijalankan iaitu Consumer Expenditure Survey 2009 telah
menganggarkan bahawa setiap individu membelanjakan kira-kira 6.37%
daripada pendapatan bulanan mereka untuk membiayai perbelanjaan
perubatan. Secara amnya, seseorang itu akan membelanjakan sebanyak
US$3,126 (RM9,975) setiap tahun semata-mata untuk menjelaskan kos
perubatan. Pada tahun 2009, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan
perbelanjaan sebanyak RM13.8 bilion untuk menampuang segala keperluan
dan kemudahan perubatan rakyat Malaysia. Senario ini tidak harus berlaku,
kerana kita sewajarnya berusaha menjaga kesihatan diri dan tidak bergantung
kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah-masalah kita. Jikalau kita
mengamalkan pemakanan yang seimbang, kita mampu menjimatkan
perbelanjaan perubatan sebanyak beribu-ribu ringgit dan wang tersebut dapat
disimpan untuk masa kecemasan yang lain. Dari aspek ekonomi negara pula,
berbilion-bilion ringgit dapat difokuskan bagi menjana pembangunan dan
perkembangan dalam industri lain seperti industri pelancongan dan
penyelidikan. Sesetengah pihak akan mengemukakan hujah bahawa
pemakanan seimbang tidak begitu penting, kerana sains dan teknologi
moden dalam bidang perubatan menjelang era pascaglobalisasi ini mampu
mengubati hampir setiap penyakit. Memang benar, bidang perubatan kini
semakin canggih hasil daripada daya intelek golongan saintis dan pakar
perubatan. Namun demikian, persis madah pujangga Melayu ada berbunyi,
mencegah lebih baik daripada mengubati. Dalam konteks ini, peribahasa ini
menegaskan bahawa lebih baik kita menghindari diri daripada menghidapi
sesuatu penyakit daripada mengubati penyakit tersebut selepas dijangkiti.
Hal ini juga dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan kita. Membeli
makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran jauh lebih murah
daripada membeli ubat-ubatan daripada farmasi.

Tuntasnya, kepentingan pemakanan seimbang amat jelas dan ketara dalam


kehidupan seharian setiap manusia di permukaan bumi ini. Sebelum
meletakkan mata pena dan menulis noktah terakhir, seruan saya ialah kita
mestilah sedar bahawa tabiat pemakanan kita bukan sahaja mendatangkan
kesan terhadap kesihatan fizikal kita, malah akan meninggalkan implikasi
terhadap kesihatan kita secara holistik. Pepatah ada mengatakan, Diri Anda
ialah Apa yang Anda Makan dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
Memang tidak payah untuk mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Kita
perlulah membina jadual pemakanan yang terancang berdasarkan Piramid
Makanan serta mematuhi arahan doktor. Andai kata semua warganegara
Malaysia berganding bahu dan bersama-sama mempraktikkan diet dan
pemakanan yang seimbang, bukan sahaja individu malah masyarakat dan
negara yang akan menerima kesan positif daripada usaha kolaboratif ini.
Akhir kata, marilah kita semua mengamalkan pemakanan seimbang supaya
negara dan juga dunia kita ini akan lebih sihat dan cergas, sekali gus
melahirkan masyarakat yang cemerlang dan berakal tajam, kerana badan
sihat, otak cerdas.
Gaya Bahasa

Kata pinjaman
Rakan – rakan rencana

Pendahuluan

membawa manfaat

kepada masyarakat dan

negara

amalan murni

ini
dibudayakan

konsep rumah

terbuka perlu

dihayati dengan

mendalam oleh

semua pihak
RUMAH
TERBUKA
usaha kerajaan untuk
Internet pengetahuan sendiri
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat
dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.
Perenggan isi ( pertama )
Perenggan isi ( kedua )
Perenggan isi ( ketiga )
Perenggan isi ( keempat )
Rakan – rakan rencana

Penutup

membawa manfaat

kepada masyarakat dan

negara

amalan murni

ini
dibudayakan

konsep rumah

terbuka perlu

dihayati dengan

mendalam oleh

semua pihak

RUMAH
usaha kerajaan untuk
Internet TERBUKA pengetahuan sendiri
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat
dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.
Kepentingan sukan kepada negara

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Hal ini demikian kerana
masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum iaitu kaum Melayu, Cina, India dan
lain-lain. Tiga kaum utama serta rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam
keadaan yang aman dan damai. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu
berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara dan pelbagai langkah telah
dilaksanakan untuk memupuk perpaduan rakyat. Salah satu kaedah yang dapat
meningkatkan semangat perpaduan masyarakat Malaysia ialah sukan. Hal ini
demikian kerana, kebanyakan rakyat Malaysia amat meminati sukan. Bola sepak,
bola tampar, badminton, bola keranjang, renang, futsal merupakan sukan yang
paling popular di negara kita. Dalam sukan Olimpik Rio yang baru habis pada
bulan lepas, Malaysia merupakan salah satu negara yang menghantar atlet ke
kejohanan sukan terbesar dunia ini. Acara yang atlet Malaysia bertanding dalam
Sukan Olimpik ini ialah acara badminton, lumba basikal, terjun papan anjal, golf,
renang, angkat berat, olah raga, perahu layar, menembak, dan memanah. Sukan
Olimpik ini menarik minat seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menyaksikan
masa gemilang Rio Brazil. Walau bagaimanapun, atlet negara tidak dapat
memungut pingat Emas dalam Sukan Olimpik edisi 2016 tetapi juga meraih 4
pingat Perak dan 1 pingat Gangsa untuk Malaysia. Sesunggurnya, pencapaian atlet
Malaysia di Sukan Olimpik telah membawa pelbagai impak yang positif kepada
rakyat dan negara. Tegasnya, sukan merupakan aktiviti yang perlu digalakkan
kerana ia memberikan sumbangan kepada pembangunan negara dan juga
memanfaatkan individu.

Seperti yang kita maklum, sukan merupakan suatu aktiviti yang amat
memberi manfaat kepada kita sama ada kepada negara atau rakyat. Menurut
Utusan talian pada 22 Ogos 2016, sukan adalah antara saluran paling berkesan
bagi menyatukan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Seperti sukan Olimpik 2016
di Rio Brazil yang baru habis, atlet-atlet Malaysia telah memenangi empat pingat
perak dan satu gangsa malahan kemenangan kepada seluruh rakyat Malaysia yang
cintakan perpaduan. Dalam konteks ini, seluruh rakyat Malaysia tidak mengira
kaum dan agama setia di depan televisyen dan berkumpul di Dataran Putrajaya
atau dataran di seluruh Malaysia untuk mengambil peluang menyaksikan
perlawanan antara atlet negara dengan atlet negara lain. Selain itu, rakyat Malaysia
juga tidak melepaskan peluang untuk bersorak dan memberi sokongan kepada
atlet negara walaupun di depan televisyen sahaja. Hakikatnya, pencapaian pemain
negara di sukan Olimpik Rio ini telah meningkatkan semangat patriotik dan dapat
memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Oleh itu, sukan mampu
memupukkan semangat satu Malaysia.
Dalam hal ini, semangat satu Malaysia dan semangat tidak berputus asa yang
dicapai oleh atlet negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Pandelela Rinong,
Azizulhasni Awang, dan sebagainya telah memberi daya juang kepada atlet-atlet
Paralimpik 2016 di Rio sekarang. Atlet-atlet Paralimipik bukan sahaja
menyambungkan kemenangan pungutan pingat di sukan Olimpik, malah juga
berjaya lakar sejarah menang pingat emas untuk Malaysia. Menurut Berita Harian
Online, (11 September 2016) pingat emas pertama dimenangi oleh Mohamad
Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy) dan tidak lama
kemudian, pingat emas kedua diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod
baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran). Seterusnya,
Abdul Latif Romly juga menghadiakan pingat emas ketiga negara dan pecah rekod
dunia dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual) di Sukan
Paralimpik Rio. Selain itu, hal ini juga akan menarik lebih banyak generasi muda
berminat dengan sukan, akhirnya Malaysia akan melahirkan pelbagai pemain yang
cermelang dan layak lawan atau berlumba di pentas bertaraf antarabangsa. Saya
percaya semangat tidak berputus asa atlet dapat mempengaruhi atlet yang lain
untuk membuat yang terbaik dan melahirkan generasi yang berpotensi tinggi
dalam bidang sukan.

Dengan ini, imej negara juga dapat ditingkatkan semasa bendera negara,
Jalur Gemilang dan lagu Negaraku berkumandang di pentas bertaraf dunia. Walau
bagaimanapun Jalur Gembilang dan lagu Negaraku tidak dapat dikumandang, imej
negara juga dapat diharumkan. Hal ini demikian kerana, apabila negara kita
mengambil bahagian dalam sukan yang bertaraf dunia, nama negara Malaysia akan
dikenali atau muncul di televisyen seluruh dunia. Menurut berita Astro Awani
(Ogos 25, 2016), Datuk Nicol Ann David telah mencatat rekod kemenangan
Terbuka Hong Kong sebanyak 10 kali sejak 2006. Kemenangan dan pencapaian
tersebut turut mengharumkan nama negara dan imej Malaysia. Tambahan pula,
Malaysia telah meriah 4 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa di Sukan Olimpik Rio
2016 dan juga memungut 3 pingat Emas dan 1 pingat Gangsa di Sukan Paralimpik
Rio 2016. Ini juga pencapaian yang terbaik bagi atlet Malaysia dalam Sukan
Olimpik dan Sukan Paralimpik. Hal ini membolehkan seluruh dunia mengetahui
Malaysia merupakan salah satu negara yang cemerlang dalam bidang sukan dan
mengenali negara Malaysia.

Seterusnya, aktiviti sukan telah diakui penting untuk kesihatan manusia dan
mendapat menkuatkan badan kita. Walaupun aktiviti sukan amat memanfaatkan
kesihatan kita, tetapi masih ada orang yang degil dan tidak suka bersenam atau
aktiviti sukan. Oleh hal yang demikian, kita boleh mengeksploit sukan Olimpik
musim panas di Rio ini yang masih hangat, mengalakkan rakyat terlibat dalam
aktiviti sukan. Atlet Malaysia kali ini telah menjadi idola rakyat Malaysia dan
dianggap sebagai wira negara. Jadi, atlet negara sememangnya mengumandangkan
orang ramai melibatkan diri dalam aktiviti sukan atau bersenam. Pihak berkuasa
patut mengiklankan kebaikan sukan di media massa dan mengekspoit daya tarik
atlet terkenal di Malaysia supaya dapat menarik minat rakyat bersenam. Dalam hal
ini, apabila kita bermain bola keranjang, bola sepak, bola tampar, olahraga, dan
badminton misalnya akan berpeluh dan melancarkan peredaran darah. Hal ini
turut membolehkan jantung kita berfungsi dengan baik, dan juga menguatkan
tulang serta otot kita. Dalam hal yang sama, aktiviti sukan mampu melahirkan
masyarakat yang sihat dan turut membantu kerajaan membangunkan negara.
Mampu atau tidak sukan mengubah nasib seseorang? Jawapannya. Seperti
yang kita maklum, atlet golongan OKU (orang kurang upaya) telah menghadiakan
pingat emas kepada negara Malaysia di Sukan Paralimpik Rio. Hal ini membuka
mata dan minda seluruh masyarakat bahawa kekurangan bukan satu halangan
untuk berlawan. Tambahan pula, kejayaan dan pengorbanan mereka memberitahu
seluruh rakyat prasarana dan kemudahan yang lebih khusus untuk golongan OKU
amat diperlukan. Menurut Utusan Online (September 14, 2016), Abdul Latif Romly,
pemenang pingat emas Sukan Paralimpik dalam lompat jauh T20 di Rio pernah
mencipta kemenangan pertama dalam Sukan Para ASEAN di Nay Pyi Taw,
Myanmar pada 2014 dan telah menghadiahkan wang kemenangannya untuk
dibuat sedikit tambahan rumah dan ruang dapur. Walau beliau tergolong dalam
golongan orang kurang upaya (OKU) tetapi beliau juga seperti orang lain yang
tidak pernah menjadikan kekurangan diri itu sebagai penghalang tambahan
kejayaan. Sekarang beliau mampu mengubah nasib keluarga dan dirinya untuk
memberi tempat tinggi yang lebih selesa kepada keluarganya. Berdasarkan berita
Utusan Online, pada 13 September 2016, seorang bekas atlet memberi pandangan
tentang ketibaan masa kerajaan mewujudkan pusat pengajian khusus, pelatih
professional, pelbagai keperluan dilengkapi untuk atlet OKU supaya meningkatkan
kemahiran sampingan dalam diri. Hal ini juga memberi keyakinan kepada ibu bapa
yang memiliki anak-anak OKU menyerahkan anak mereka ke pangkuan negara.
Oleh itu, hal ini melakar sejarah dalam bidang sukan Malaysia dan berjaya menarik
perhatian seluruh rakyat tentang keperluan yang golongan OKU perlu.

Secara kesimpulan, pihak berkuasa atau kerajaan harus mengetahui


keperluan yang betul-betul diperluhi oleh atlet negara. Hal ini demikian kerana
prasarana, kemudahan pusat latihan yang lengkap membolehkan atlet negara
dilatih secara profesional supaya melahirkan seorang atlet yang cermelang dan
turut meningkatkan imej negara. Sehubungan dengan itu, aktiviti sukan juga
melahirkan masyarakat yang berkualiti dan menurunkan kadar kematian negara.
Justeru, usaha untuk meningkatkan kesedaran dan menarik minat orang ramai
terlibat dalam aktiviti sukan yang amat berfaedah ini mestilah dilaksanakan dari
semasa ke semasa supaya merealisasikan matlamat kerajaan serta Wawasan 2020.

Gaya Bahasa

Kata pinjaman
Rakan – rakan rencana

Pendahuluan
membawa manfaat

kepada masyarakat dan

negara

amalan murni

ini
dibudayakan

konsep rumah

terbuka perlu

dihayati dengan

mendalam oleh

semua pihak

RUMAH
usaha kerajaan untuk
Internet TERBUKA pengetahuan sendiri
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat
dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.
Perenggan isi ( pertama )
Perenggan isi ( kedua )
Perenggan isi ( ketiga
Perenggan isi ( keempat )
Rakan – rakan rencana

Penutup
membawa manfaat

kepada masyarakat dan

negara

amalan murni

ini
dibudayakan

konsep rumah

terbuka perlu

dihayati dengan

mendalam oleh

semua pihak

usaha kerajaan
RUMAH untuk
Internet TERBUKA pengetahuan sendiri
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat
dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.
Kebaikan dan keburukan internet

Internet merupakan rangkaian maklumat antarabangsa yang


terbesar di dunia yang memungkinkan kita saling bertukar informasi
mahupun data maklumat. ’Dunia Tanpa Sempadan’ adalah satu
istilah yang sinonim dengan internet. Penggunaan jaringan internet
kini semakin meluas ke serata dunia di era zaman moden ini. Pada
masa kini, pelbagai kemudahan telah muncul kesan daripada
pembangunan sains dan teknologi. Kemajuan teknologi semakin
berkembang pesat dan maju dari hari ke hari. Segala kemudahan ini
telah menjadikan kehidupan manusia maju ke hadapan.Setiap
sesuatu benda atau perkara itu pasti ada kebaikan dan
keburukannya. Sama juga seperti internet, ia juga mempunyai
kebaikan dan juga keburukan jika menggunakannya terlalu kerap ia
akan mengakibatkan ketagihan.

Antara kebaikan penggunaan internet kepada pelajar ialah melalui


internet, kita akan menerima maklumat dengan mudah dan pantas.
Carian maklumat juga tidak dihadkan. Maklumat carian juga bukan
sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar rajah
mahupun jadual, carta grafik, audio, animasi dan lain lain dalam
bentuk media elektronik. Melalui cara ini, pelajar lebih didedahkan
kepada World Wide Web (www) untuk mencari maklumat yang
dikehendaki. Dengan ini, pelajar tidak perlu ke perpustakaan kerana
mereka boleh melayari internet di mana sahaja untuk mendapatkan
maklumat yang mereka mahukan dengan kadar segera.
Malah, penggunaan internet ini secara tidak langsung telah
menjimatkan kos seperti kos perbelanjaan dan juga kos-kos lain
seperti kos pengangkutan. Sebagai contoh, jika pelajar mahu
membuat rujukan tetapi tidak mencukupi wang untuk membeli buku,
mereka boleh melayari internet sahaja untuk mencari sumber rujukan
yang betul dan relevan. Dalam masa yang sama, ini dapat
menjimatkan kos dan masa. Ia juga tidak membebankan pelajar
mahupun mengganggu pembelajaran mereka.

Selain itu, pelajar juga dapat menambah kenalan daripada


penggunaan internet. Hal ini kerana laman social seperti Facebook
dan Twitter kini telah menjadi virus epidemik dalam kalangan pelajar
di seantera dunia. Oleh itu, pelajar boleh bertukar-tukar maklumat
mahupun pendapat melalui kenalan daripada laman sosial.
Tambahan pula, pelajar boleh menggunakan internet sebaik-baiknya
dengan mencari pelbagai latihan untuk dijadikan latihtubi untuk
persediaan peperiksaan. Malah jika pelajar stress dengan
pembelajaran mahupun ujian dan peperiksaan mereka boleh mencari
hiburan yang mampu mengurangkan stress mereka walaupun untuk
seketika di internet.

Di sebalik kecanggihan internet yang banyak memberikan


kebaikan selaras dengan perkembangan semasa namun banyak juga
keburukan yang boleh didapati di internet yang boleh meracuni minda
pelajar masa kini. Antara keburukan internet terhadap pelajar ialah
mereka bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana internet
dikatakan dunia tanpa sempadan. Bahan-bahan lucah sering menjadi
kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa kawalan. Keseronokan
menonton bahan lucah mendorong individu menjadi gila seks selain
perlakuan ini bakal mengundang perlakuan seks bebas. Selain itu,
internet juga dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus
kepada proses pembelajarannya. Pelajar banyak menghabiskan
masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-
mata hanya untuk keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang
input. Masa yang patut diperuntukkan untuk mengulang kaji pelajaran
terbuang begitu sahaja dengan melayari laman sosial seperti
facebook,twitter dan sebagainya.

Seterusnya, penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa


kawalan juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat aktif
dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan
berpersatuan dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan
daripada pelajar. Pelajar kini lebih suka menghabiskan masa di
hadapan komputer. Malah pelajar akan jadi malas kerana badan
tidak aktif sewaktu di dalam kelas. Hal ini tidak sepatutnya berlaku
kerana ia akan merosotkan prestasi pelajar sewaktu di dalam
kelas. Di samping itu, hal ini juga akan melahirkan pelajar yang
kurang inovatif kerana kokurikulum menggalakkan aktiviti
berpersatuan. Persatuan amatlah penting untuk pelajar supaya lebih
bertanggungjawab dalam menguruskan organisasi.
Selain menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum,
penggunaan internet tanpa had juga mendedahkan pelajar kepada
jenayah siber. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan,
kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer,
pencurian maklumat, penggodam dan lain-lain. Oleh hal yang
demikian, pelajar akan melakukan jenayah siber terhadap institusi
mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak
tertentu untuk melakukan jenayah. Di samping itu, isu ini akan
mempengaruhi minda pelajar dengan kenyataan kenyataan yang
salah dari kenyataan yang tidak sepatutnya. Jenayah siber ini juga
boleh merosakkan minda pelajar dari segi politil, terlalu banyak isu
politik yang palsu terdedah di internet mengakibatkan tanggapan
remaja kepada ahli politik menjadi negatif serta merta. Ia akan
melahirkan pelajar yang tidak produktif hasil dari penipuan di internet.

Kesimpulannya, pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan


kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh
yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda atau pelajar.
Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang
akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke
semasa. Oleh itu, pihak tertentu perlulah mengambil tindakan untuk
mengawal secara rapi penggunaan internet dalam kalangan pelajar
supaya pelajar tidak cenderung kepada masalah social. Malah,
dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya
mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif internet
ini sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan
Negara bangsa Malaysia.

Gaya Bahasa

Kata pinjaman
Rakan – rakan rencana

membawa manfaat

kepada masyarakat dan


Pendahuluan
negara

amalan murni

ini
dibudayakan

konsep rumah

terbuka perlu

dihayati dengan

mendalam oleh

semua pihak

usaha kerajaan untuk


Internet pengetahuan sendiri
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat
dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.
RUMAH
TERBUKA

Perenggan isi ( pertama )


Perenggan isi ( kedua
Perenggan isi ( ketiga )
Perenggan isi ( keempat )
Rakan – rakan rencana

membawa manfaat

kepada masyarakat dan


Penutup
negara

amalan murni

ini
dibudayakan

konsep rumah

terbuka perlu

dihayati dengan

mendalam oleh

semua pihak

usaha kerajaan untuk


Internet pengetahuan sendiri
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat
dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.
RUMAH
TERBUKA

Kepentingan memelihara budaya warisan

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang


berbilang kaum. Tiga kaum yang terbesar terdapat di negara ini ialah
kaum Melayu, Cina dan India. Perkara ini juga merupakan salah satu
keunikan Malaysia berbanding negara lain di dunia. Kewujudan pelbagai
kaum ini telah menyebabkan variasi dalam pelbagai bentuk aspek
kehidupan seperti makanan yang berlainan untuk setiap kaum, cara
berpakaian dan pakaian tradisional mengikut mengikut kaum masing-
masing, adat melangsungkan perkahwinan mengikut agama dan
kepercayaan serta bahasa. Seperti yang telah termaktub dalam
perlembangan Malaysia, agama Islam merupakan agama rasmi negara
tetapi agama lain bebas diamalkan. Oleh itu, pelbagai budaya warisan
telah wujud di Malaysia sejak dahulu lagi. Namun, pada zaman era
globalisasi ini, pelbagai masalah datang menghampiri masyarakat dengan
kemasukan budaya-budaya luar seperti budaya Barat dalam kehidupan
seharian menyebabkan keaslian budaya warisan pelbagai kaum terhakis.
Sebagai masyarakat Malaysia, usaha mengekalkan budaya warisan
pelbagai kaum adalah amat penting.

Antara kepentingan mengekalkan budaya warisan kaum masing-masing


adalah sebagai tanda ketaatan dan kepatuhan terhadap agama masing-
masing. Setiap adat yang diamalkan oleh sesuatu kaum, pasti berkait
rapat dengan kepercayaan dan agama kaum tersebut. Contohnya, adat
melayan tetamu dalam masyarakat Melayu adalah dengan cara melayan
tetamu sebaik-baiknya. Hal ini berkaitan dengan ajaran Islam yang
menyuruh umatnya melayan tetamu dengan sebaik-baik mungkin kerana
tetamu yang datang ke rumah membawa rahmat. Selain itu, dalam adat
berpakaian pula, masyarakat Melayu memakai baju kurung yang agak
longgar. Hal ini kerana agama Islam meyuruh umatnya memakai pakaian
yang longgar dan sopan bertepatan dengan potongan baju kurung.
Perkara ini jelas menunjukan bahawa adalah amat penting untuk
mengekalkan budaya warisan sebagai tanda ketaatan dan kepatuhan
terhadap agama dan kepercayaan masing-masing.

Seterusnya, kepentingan mengekalkan budaya warisan adalah untuk


mengekalkan daripada terus dilupakan dan hilang ditelan zaman.
Warisan ini seharusnya dikekalkan supaya dapat diwarisi oleh generasi
akan datang agar tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas. Hal ini
juga penting bagi mengelakkan masyarakat terpengaruh dengan budaya
Barat yang boleh merosakkan bangsa kita. Kemasukan budaya Barat
dalam budaya warisan kita dikhuatiri akan merosakkan generasi yang
akan datang dengan pengaruh negatif yang dibawa oleh mereka. Perkara
ini juga penting untuk mengelakkan negara kita daripada dijajah lagi
oleh negara luar sama ada dari segi mental dan fizikal. Sudah terang lagi
bersuluh hal ini menunjukkan bahawa amat penting untuk kita
mengekalkan budaya warisan bangsa agar budaya Barat tidak dapat
menyerap masuk ke dalam diri anak-anak muda yang merupakan bakal
pemimpin negara pada masa yang akan datang.

Selanjutnya kepentingan mengekalkan budaya warisan adalah untuk


menunjukkan identiti kaum masing.masing. Misalnya, kita dapat
mengenali sesuatu kaum melalui cara berpakaian mereka. Contohnya
baju Melayu atau baju kurung merupakan pakaian tradisional orang
Melayu. Manakala, Cheongsam merupakan pakaian tradisional
masyarakat China dan Sari merupakan pakaian tradisional masyarakat
India. Perkara ini penting supaya kita dapat mengenali adat dan budaya
kaum lain dengan lebih mendalam dan kita akan lebih menghormati
kaum mereka. Identiti kaum adalah penting untuk menunjukkan
keunikan kaum masing-masing kerana setiap kaum pasti mempunyai
keunikan yang tersendiri. Melalui cara ini jugakita dapat
memperkenalkan budaya kita kepada orang luar. Tegasnya, pengekalan
budaya warisan amat penting untuk menunjukkan identiti kaum masing-
masing kepada masyarakat luar.

Akhirnya, kepentingan mengekalkan budaya warisan adalah untuk


menunjukkan variasi dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Perkara ini
boleh dijadikan sebagai satu bahan tarikan pelancong di Malaysia.
Makanan yang pelbagai, bahasa yang bermacam-macam memudahkan
komunikasi antara anggota masyarakat dengan pelancong asing. Malahan
pakaian tradisional serta adat-adat yang diamalkan oleh kaum masing-
masing amat menarik bagi orang luar. Tambahan pula, dengan suasana
negara dan keadaan yang aman damai ini telah mendorong kemasukan
pelancong asing. Kemasukan pelancong asing menyebabkan berlaku
pertukaran wang asing dan ini menyebabkan ekonomi Malaysia
meningkat. Perkara ini diumpamakan sambil menyelam minum air
kerana di samping mengekalkan budaya warisan bangsa , kita juga dapat
menolong meningkatkan ekonomi negara .Jelaslah bahawa mengekalkan
budaya warisan bangsa adalah penting bagi meningkatkan kadar
kemasukan pelancong asing ke negara kita.

Kesimpulannya, budaya warisan seharusnya dikekalkan bagi mengelakkan


budaya tersebut pupus ditelan zaman. Hal ini demikian kerana budaya
ini merupakan warisan daripada nenek moyang kita yang harus dijaga
sebaik-baiknya agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang justeru
semua pihak haruslah memainkan peranan dalam menjaga warisan
bangsa sebagai satu identiti kaum dan maruah bangsa.

Gaya Bahasa

Kata pinjaman
Rakan – rakan rencana

membawa manfaat

kepada masyarakat dan

negara
Pendahuluan

amalan murni

ini
dibudayakan

konsep rumah

terbuka perlu

dihayati dengan

mendalam oleh

semua pihak

usaha kerajaan untuk


Internet pengetahuan sendiri
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat
dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.
RUMAH
TERBUKA

Perenggan isi ( pertama )


Perenggan isi ( kedua )
Perenggan isi ( ketiga
Perenggan isi ( keempat )
Rakan – rakan rencana

membawa manfaat

kepada masyarakat dan

negara
Penutup

amalan murni

ini
dibudayakan

konsep rumah

terbuka perlu

dihayati dengan

mendalam oleh

semua pihak

usaha kerajaan untuk


Internet pengetahuan sendiri
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat
dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.
RUMAH
TERBUKA

Anda mungkin juga menyukai