Anda di halaman 1dari 1

AMALAN RUMAH TERBUKA

Setiap perayaan di negara kita disambut berbeza-beza mengikut kepelbagaian


masyarakatnya. Masyarakat Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri,
masyarakat Cina pula menyambut Tahun Baru Cina manakala masyarakat India
menyambut Deepavali.

Sehubungan dengan itu, amalan rumah terbuka diadakan semasa


menyambut perayaan-perayaan ini. Kepentingan mengadakan rumah terbuka ini
dapat mengeratkan lagi silaturahim tanpa mengira kaum dan agama sambil
menikmati makanan yang disajikan. Secara tidak langsung dapat mengenali
antara satu sama lain dan dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat di negara ini.

Selain itu, amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu masyarakat
mengenali budaya sesuatu kaum dengan merayakan bersama-sama walaupun
berbeza latar belakang dan juga agama. Setiap kaum akan dapat mengetahui
adat resam dan pantang larang dalam kalangan rakan mereka sendiri
contohnya kaum Kadazan, iban dan sebagainya.

Amalan rumah terbuka ini juga dapat melahirkan perasaan hormat dan
bermaaf-maafan. Hal ini wujud apabila tetamu yang muda akan berasa hormat
dengan tetamu yang tuan serta dapat mengurangkan perasaan rendah diri
akibat perbezaan taraf hidup dengan memberi layanan yang sama rata tanpa
mengira miskin atau kaya.

Oleh yang demikian, amalan rumah terbuka ini membawa banyak


kepentingan serta kebaikan kepada negara dan masyarakat. Jika amalan murni
ini dibudaykan sudah pasti hasrat negara akan tercapai dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai